nuffnangku

Wednesday, February 13, 2013

Buffet Dinner Di Hotel Istana,

Dinner sempena birthday aku. Hihi.

Tak kisah lah walau birthday telah lama berlalu, sebab setiap sabtu ahad ada je agenda nak kena urus. Tu yang belated sangat. Apa-apapun, aku bersyukur sebab masih dapat peluang duduk semeja bersama keluarga kecilku ini. Even anak aku dah bermacam akal dia, tapi dialah racun, dia lah madu kitorang :)

Ni gelagat dia,

dinner1
tengoklah gambar terakhir tu, cepat je dia capai kek tu. Macamlah dia boleh makan kan. Sabar jelaaa.
:Dari gambar di atas ni pun, korang dah boleh agak betapa tak reti duduk diam betul mamat ni. Ada je yang nak dicapai, nak direngekkan dan nak di bebelkn. Well, bebel dalam bahasa dia la kan :)

1 Februari kan hari KL cuti. So kitorang decide untuk pergi buffet dinner di Hotel Istana. Husben beli voucher dekat mydeal, so harga dapat murah :) Mulanya aku dah planning nak pergi dengan BFF aku, Puan Wani, tapi husben aku tak perasan kot aku cakap nak pergi hari ahad, so dia pergi buat booking hari Jumaat. Ok, ape-ape jelaa....apa-apa jela husben :p

dinner2
Famili.

Makanan sangat ok, puas hati :) Meh la tengok gambar, walau takbanyak pun sebab bz sangat melayan ragam dan kerenah si bujang sorang ni. Dia mana boleh duduk satu-satu tempat tu lama-lama, mesti bising merengek dan suka mengacau gak -____-

dinner3
Ziyadh Iman yang dah macam toddler dah. Grrr

Meriah sungguh bila ada anak kecik ni. Layan kerenah dia sorang jela sepanjang masa. Tambah bila dia dah pandai capai dan buang / baling. Redha jela mengutip. Asal jangan yang kaca sudahlah.

dinner5
Makanan.

Ini je sempat snap. Sebab makan bergilir. Haha. Tak pun, laki aku pergi ambil, aku duduk dekat meja, sambil makan sambil berperang dengan ziyadh iman, grrrrr.

dinner4
Patung tiruan tu dalam pegangan husben aku. Hahaha.

5 comments:

  1. hai la si ziyadh iman ni..mmg da mcm toddler gaya dia..hehehe

    ReplyDelete
  2. alahai comelnya ziyadh tu! badan semangat giler. aritu i beli dekat groupon voucher pegi genting. tapi takbest lak. pasni kena nengok betul2 ah...rasa macam ahhh ruginya, kalau tau beli mahal sikit pon takpe, janji puas hati..sedeyh first world genting!

    *scary pon ade gak*
    ;p

    ReplyDelete
  3. Lajuuuuuu tangan nk cpai benda eh... Heeee

    ReplyDelete
  4. baby comel.
    I tahu food Istana sgt sedap. tp tak sempat nak makan ms last year 1 yr annv. stress. sbb demam. apedaaaa

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...