nuffnangku

Monday, January 21, 2013

Walker Untuk Baby?

walker

8 atau 9 Disember 2012, aku dan suami belikan walker untuk Iman. Beli lepas kitorang decide. Aku memang tahu walker tak elok untuk baby. Malah banyak negara oversea haramkan penjualan benda alah ini.

Tapi kenapa aku beli juga?

Sebab ia memudahkan aku. Memudahkan Iman sekali. Sebab bila nak suap dia makan, aku letak dia dalam tu. Selamat. Kalau siang hari, aku dan Iman je yang ada di rumah. So macamana aku nak suap dia makan kan. Nak tampung dengan bantal, sekejap je pun, lepas tu mesti tergolek. Bila aku nak buat kerja rumah, aku letak dia dalam tu. So dia berlegar-legar dalam kawasan yang sepatutnya. Kalau aku tak letak dia dalam tu, dia mungkin akan merangkak ke sana-sini, main benda bukan-bukan yang merbahaya.

walker2

Aku fikir positif je pasal walker ni. Sebab aku letak Iman dalam 20 minit je pun paling lama. Lepas 20 minit, aku angkat dia, layan dia main or bagi dia merangkak. Bila dah lama sikit, aku letak semula untuk tempoh yang sama. Pada walker tu pun advice untuk letak dalam anggaran 20 minit je. Aku tak pernah nak letak sampai dekat sejam. Serius tak. Aku particular pasal masa, Hahaha.

Lagipun aku letak dia dalam tu bila dia dah masuk 6 bulan. Bukan kecik-kecik, leher pun belum tegak, dah masukkan dia dalam tu. Aku letak Iman bila dia dah start nak merangkak. Mula-mula letak dekat sebulan jugalah dia statik je duduk dalam tu. Dia buat walker tu macam kerusi je untuk tengok babytv. Heehe.Tapi masuk 7 bulan, barulah terrer nak ke hulu-ke hilir dengan kereta hijau dia tu.

So untuk parent yang was-was, macam nilah. Walker ni ada function untuk jadi kerusi je. maksud aku, statik je, tayar boleh kunci. so korang bolehlah pilih nak guna roda or jadikan kerusi je. Sebab lagi senang suap anak dalam walker berbanding dalam rocker. then jangan letak dia lama-lama sangat. Buat anggaran masa dalam 15- 20 minit je untuk elakkan anak lenguh.

Jangan gunakan walker semata sebab nak suruh anak cepat berjalan. Aku letak dia dalam walker sebab aku nampak kecenderungan dia suka berpaut sana-sini tu. So merbahaya bila dia berpaut untuk berdiri pada kabinet tv, almari dan sofa. Dia boleh terlentang ke belakang. Kalau aku depan mata dia, bolehlah aku awasi dia. Kalau aku jarak 10 langkah, mana sempat nak sambutkan. So walker antara penyelesaian, bagi aku lah.

181220124146
brand : sweetcherry

yang kaler merah tu boleh angkat untuk keluarkan dan jadikan tempat letak mangkuk makanan dia.

roda boleh adjust untuk jadi kerusi sahaja atau jadi walker.

harga : rm179 kot. serius lupa. beli dekat sogo.





Apa-apapun, ikutlah masing-masing. anak masing-masingkan.

Boleh refer artikel ini : http://www.babycenter.com/404_will-baby-walkers-and-jumpers-help-my-baby-learn-to-walk_6878.bc

10 comments:

  1. uih mahal jgk harga walker ni.huhu.i xpenah survey price walker.igtkan below 100 dh bole dpt huhu.myb bole tp yg cikai la kot?kan? hmmmmmm..i rs walker jd tmpt duduk nk suap makan tu mcm menarik punya idea.

    ReplyDelete
  2. same ngan ekin
    klu be2 je kat umah, ade walker nie seng skit

    ReplyDelete
  3. i takut nak belikan rissa walker ni sbb i takut bs dia letak rissa 24 jam dalam tu.mak yg paranoid katakan..kalau i sendiri yg jaga,i beli kot.. :)

    ReplyDelete
  4. hehee... labuh nya pipi Iman. takpe kak, mom's knows best.

    ReplyDelete
  5. umi Qaiser beli walker sejak Qaiser belum lahir lagi...haaaa semangat x hingat hehhe...itulah ada gak baca pasal keburukan walker nih...tp itulah semua barang permainan bayi semua ada risikokan....yg ptg semasa bg diorg main permainan pastikan kita ada dgn baby...insyaAllah diorg selamat...:) i pun beli jenama swwet cheery...yeyyy sama gan Qaiser :)

    ReplyDelete
  6. i pun tau walker tu xelok tp i nak beli jugak sbb dulu pun pki walker..xlarat nak dukung 24 jam..-_-

    ReplyDelete
  7. hurm, now mcm terpikir nk bg hussein pakai walker jugak. sebabnya asek la dok memanjat sana sini which is very scary.hurmmm

    ReplyDelete
  8. tmbamnya bby.. :)
    kalau fkir secara positif, ada baiknya walker ni..cuma kita jgn leka je.. :)
    follow sini.. :) #344

    ReplyDelete
  9. Walker same macam qaleef..:-) yer ar..amik dr sudut positif tuk kebaikan dn keselamatan anak jugak...:-)

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...