nuffnangku

Tuesday, January 15, 2013

Terima Kasih Suami, wink.

11 jan, aku genap 28 tahun.

Yeay! and nay?!

Yeay sebab dapat hadiah. Nay sebab dah makin tua. Hoho. Tapi tetap bersyukur sebab di usia ini aku dah kahwin, dah ada suami, dah ada anak, dah rasa sakit beranak ( ehh? ) walaupun cser, maknanya macam dah lengkap kitaran hidup aku sebagai perempuan. Lepas ni tunggu cucu pula ( insya Allah ) kalau panjang umur ye dak.

6 Jan, aku yang ajak suami jalan-jalan gi Wangsa Walk. Suami ajak pergi Midvalley tapi masa tu jam dah pukul 6 lebih. Kang nak bersiap itu ini, siapkan anak bujang lagi, dengan jalan jam, aku rasa dekat pukul 8 lebih ada kot yang kitorang baru sampai. So aku ajak pergi Wangsa Walk sebab dekatlah jugak dengan rumah kitorang.

Suami tanya nak hadiah apa tahun ni?

Krik....krik.....
Serius, aku tak reti nak minta apa. Aku tak ada wishlist. Tak pernah.

Suami kata tak kisah ke kalau bagi perfume sebotol.

Krikk...krikkk....
Hahaha. Tak kisah pun, kalau bagi bajet tu untuk shopping baju Iman, lagi terbaik.

Terbaik, sampai aku boleh tidur dalam senyuman. Sejak ada anak, shopping barang dan baju dia adalah satu ketagihan baru untuk aku lol. Aku ikut suami pergi survey-survey area jual phone. Masa tu aku rasa macam nak dapat phone baru je ni ( senyum sampai telinga ). Tapi yang dia tanya dari kedai ke kedai adalah samsung galaxy note dan samsung s III. Aku macam tak berkenan sebab besar. Aku dah dapat samsung galaxy tab dari suami masa birthday tahun lepas, so aku tak perlukn another baby yang besar, hehe. Aku mahu yang cute-cute aje untuk aku guna sambil-sambil jaga Iman, sambil-sambil masak ke kan.

Then ada satu kedai ni jual Samsung Galaxy SIII Mini.

Suami aku berkenan yang itu. Then terus belikan untuk aku. So aku adalah birthday girl yang happy, kahkahhkah.

Function samsung galaxy s3 mini ni tak banyak beza dengan sIII besar tu. Tapi ada la beza sikit-sikt,aku tak kisah pun. Bezanya sIII ni HD. Mini punya skrin biasa je, 1Ghz Dual Core, kamera 5MP.Aku dah 2 tahun tak tukar phone. Phone 2 tahun lepas tu pun hadiah dari suami. Hehehe. Masa bel tu oran kedai kata, s3 mini ni baru je release :-) sebab tu ramai tak tahu.

Apapun, terima kasih suami.
Terima kasih sebab memahami diriku...
Sentiasa membahagiakanku dalam perkahwinan ini.
Tak bagi hadiah pun tak apa....hehe

Suami aku kenal aku masa aku umur 23 tahun. Sekarang aku dah 28 tahun. Dia kata cepatnya masa berlalu, haha

Ini entry review sebab ada kawan tanya. Alang-alang tu, aku tulis sekali buat my soulmate.

Published with Blogger-droid v2.0.10

7 comments:

  1. Bestnya dapat hp baru..tp betul la kan,kalau dapat beli barang utk anak,teruja mcm dapat beg LV ori pulak.haha..

    ReplyDelete
  2. best gileeee.ok la tu ade hadiah dr takde.haha.i ni xtkr2 dh bape thn,still setia dgn nokia e72.haha.bg hint nk hp husben i ckp beli sndri.gagagaga

    ReplyDelete
  3. Aa s3 mini baru keluar..function lebih kurang mcm s3 jugak kan cuma spec rendah sikit..bestnye dapat handphone baru ^-^

    ReplyDelete
  4. Best dpt phone baru..i pn addicted gila shopping baju anak..smpai xmuat drawer bju dia..pastu tau2 je da xmuat..

    ReplyDelete
  5. Dpt duit bonos seben aritu pun buat soping brg ank lg byk.. Dpt bli selai dus baju bsahan ank pun da happy.. Hihi.. Nk tgk s3 mini aritu.. Tp blm tiba kt kdi tu pulakk.. Hihi

    ReplyDelete
  6. betollll shopping barang anak lagi syok! i rela sekat beli barang sendiri asalakn boleh beli utk anak...hehe

    btw happy belated bufday! bestnyaaa dpt hadiah hp :)

    ReplyDelete
  7. happy belated bufday! syiokknya hadiah dia! act kan, i pon same case now pikir nak beli barang anak je. bonus ke,duit lebih cket ke,sale ke konpem pikir nak abeskan kat anak. padahal anak tu tak kisah ponnnn.die gune je pe mak die bagi kan.hahahaha

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...