nuffnangku

Tuesday, January 8, 2013

Mula melasak.

Sekarang dia dah belajar melasak.

Serius. Tak sampai 5 minit, dia dah ada dekat kepala katil. Kena amik dia, takut jatuh. Kang 5 minit lagi kat tepi katil pula sedang tengok ke bawah dengan aksi nak terjun ( bukan sekadar aksi, memang niat dia nak terjun pun ). Aku ngeri ya amat ok.


memanjat, untuk naik ke atas.


Pernah beberapa minggu lepas, masa tu public holiday kalau tak silap, kitorang anak beranak tidur tengahari tu ( papa, mama dan iman sekali ). Tengah sedap tidur, aku terjaga bila dengar suara merengek. Tindakan refleks aku terus cari dia area bawah katil. Memang! ? Berderau darah aku tak usah cakap. Kalau ada sakit jantung, aku memang zzzzzz selamanya. Dia jatuh tertiarap. Entah bila masa dia bangun, aku pun tak sedar.

Terus angkat dia yang menangis tu.

Ok, suspen sangat citer aku kan.

Sebenarnya kitorang tak pakai katil yang tinggi tu. Kitorang guna katil ala japanese tu, katil rendah. So selamatlah iman walaupun jatuh, masih tak dasyat kesannya. Tapi dia stil bengkak dan luka dekat bibir.



terselit / tersepit! good!

Pada hari yang sama, petang pula. Dia jatuh lagi. Masa tu kitorang rehat-rehat sambil tiga-tiga tidur sekali. Aku paling last tidur sebab bila iman tidur baru aku tidur. Mesti korang pelik, apsal banyak naw kitorang tidur kan. Hahaha. Gini kisahnya, sejak masuk 6 bulan, en Iman kita ni suka overnight. Selalu tidur dalam pukul 4,  5 atau 6 pagi. Keadaan aku? Usahlah cakap. Hari-hari aku meroyan tahan kepala tingtong semata ikut jadual si Iman ni. Bila tidur pukul 6 pagi, sudahnya bangun tidur pukul 5 petang. Boleh gitu? Tapi bukan straight la. Ada beberapa kali bangun minum susu juga. Selalu dekat pukul 6 petang, baru lah tergesa-gesa mandi pagi sebab papanya nak balik dari kerja dah. So saat tu memang aku pun dah tak reti nak buat macam mana lagi dengan ragam Iman ni.

Call nenek dia. Bagitau dia jatuh. Punyalah mak aku terkejut, hahaha. Lepas tu mak aku suruh bentang toto atau tilam dekat bawah tu. So aku pun buat. Settle masalah. Sekarang dia terjun dan bergolek ke bawah sesyka hati dia. Macam-macam gaya, ada masa kepala jatuh dulu, ada masa kaki terbongkang naik ke atas.

Baby boy kan. So aku pun malas larang. Biar dia explore dunia dia sendiri. Jatuh, sakit, terhantuk tu perkara normal dalam pembelajaran asalkan tak sampai luka berdarah segala. Aku memang sentiasa ada sebelah dia je



Published with Blogger-droid v2.0.9

4 comments:

  1. hehee... kurus lah mama nya. asalkan tak teruk biar dia explore kan :)

    ReplyDelete
  2. Nasib baikla u xkerja..if kerja mmg ting tong kepala tahan ngantuk kt office haha.
    nsb baik katil u rendah. katil i ...errr tinggi paras peha.hannah jatuh dr katil i aritu i cm hmmmmmmmmmmmmmmmm speechless.nk marah diri sendiri pn xtermarah. gagaga...risau bkn sbb apa..baby kan lembut lg segala tulang,kepala dia etc.. tu je..huhu..

    ReplyDelete
  3. eh btw , header baru ni lawa.nk je i mntk u tlg buat header I satu haha

    ReplyDelete
  4. hahaha...teringat zmn aku kecik2 asyik jatuh masa mula nk berdiri sbb kepala berat sgt.

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...