nuffnangku

Friday, January 11, 2013

Birthday saya adalah hari ini. im turning 28!

Happy Birthday to me. Hihi.

Juga pada Siti Nurhaliza. Saja nak tumpang glamer.

Syukur alhamdulillah sebab masih hidup, masih dapat melihat dunia pada tahun 2013. Tapi selama mana tu, tak tahu. Paling tidak, biarlah selepas ziyadh iman dan juga anak-anak lain sempat besar. Dah jangan nak main teka2 aku pregnant pula. Nooooo. Hihi.

Masa kecik, banyak sangat permintaan / wish / doa aku sempena birthday. Tapi makin dewasa, i guess wishlist tu pun macam tak berapa nak banyak. Bagi aku la. Sejak jadi mak orang, aku macam tak berapa kisah pasal certain-certain benda. Sedangkan masa aku belum kahwin, hari-hari nak window shopping, tak kisahlah window shopping yang turun naik mall tu ke or online shopping kat Zalora tu je sebab hari-hari nak lawa. Bila dah ada anak ni, malas dah nak keluar rumah selalu. So online shopping kat Zalora je,best, semua di hujung jari, yang penting tetap boleh cuci mata dan melawa.Hehe. Sekarang, aku still nak nampak kemas jela. Taknak serebeh-serebeh macam anak 10 orang, padahal anak baru sorang.

Laki aku tanya, tahun ni nak hadiah apa. Setiap tahun pun dia tanya dan setiap tahun pun aku tak pernak aim nak apa-apa. Aku lebih suka dia beli sesuatu ikut kemampuan dan ikut pilihan dia. Dia suami aku, buat apa aku nak bebankan dia dengan permintaan yang dia tak berapa nak mampu pun kan. Even kalau dia mampu pun, aku lagi suka dia simpan untuk anak kitorang. In case di masa depan, jadi apa-apa dekat kitorang, anak kitorang ada duit nak teruskan hidup. Teruskan hidup ye, bukan tampung hidup :-)

Dah 28 tahun aku hidup.

Kadang-kadang terfikir juga, apa yang aku dah capai, apa yang dah aku berjayakan, apa yang dah aku usahakan selama umur tu. Kadang-kadang aku sendiri lost mencari apa yang jiwa aku nak sebenarnya. Bila kawan baik aku sambung study dekat korea, aku pun rasa macam nak ikut jejak dia. Bila kawan aku yang lain pergi vacation oversea, aku pun rasa macam nak pergi. Bila orang asik shopping sana-sini, aku pun rasa macam nak. Bila orang naik pangkat or dapat bonus masyuk, aku pun nak rasa macam tu. Kadang-kadang aku rasa aku nak apa yang orang lain ada ( normal la kan ) sampai aku lupa apa yang aku ada.
Hishh, nafsu perempuankan.
Bila aku sedar apa yang aku ada, aku bersyukur. Paling utama, syukur sangat aku dapat peluang jaga anak sendiri. Tengok dia dan bermacam ragam dia depan mata aku sendiri. Aku bersyukur ada suami yang baik, yang tak banyak kerenah, yang sentiasa terima aku seadanya, ada keluarga yang memahami, ada kawan-kawan yang baik. Ada anak yang gewdixx, hahaha.
Tapi aku harap umur 28 ni, aku dapat apa yang aku impikan. Korang doakan lah ye :-) doa korang antara yang memainkan peranan penting dalam hidupku.
Published with Blogger-droid v2.0.10

9 comments:

  1. selamat hari ulangtahun kelahiran dear...:)

    ReplyDelete
  2. happy birthday dear!! i ingat sangat yg arini bday siti nurhaliza.hehe..dah 28 ye..i tahun ni 25 thn.tp malasla nak panggil kakak.u pun nampak muda belia jer..hehe..

    ReplyDelete
  3. happy birthday lara!panjang umur, murah rezeki n happy selalu..seronoknye laa dpt tgk anak 24 hours kan :(

    ReplyDelete
  4. happy birthday Lara. pergh sama bday dgn Siti Nurhaliza. I sama bday dgn Shah rukh khan(kakakak tetibe)

    semoga panjang umur murah rezeki sll. jaga anak sndri wpn byk benda keinginan sndri terpaksa dikorbankan adalah priceless. u r consider lucky :)

    kdg2 i rs luahan hati u ni mcm luahan hati i jugak.haha

    ReplyDelete
  5. happy besday lara... hope all yr dream come true...

    ReplyDelete
  6. selamat hari lahir veelara.
    semoga panjang umur dan sentiasa murah rezeki.amin.

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...