nuffnangku

Thursday, January 17, 2013

Bila anak susah tidur malam.

Masa dalam pantang, Iman memang jenis tidur siang tapi berjaga malam. Masa tu aku bergilir dengan mak ayah aku dan weekend bila suami balik. Memang hectic sangat. Tapi alhamdulilah, aku dah lalui tanpa meroyan. hehe.

Kemudian bila dah masuk 3 bulan, aku tengok jadual tidur dia dah mula tersusunsedikit. Malam dia tidur dalam pukul 12 am dan bangun pukul 8 pagi. Antara tu, bangun beberapakali untuk minum susu. Sampai lah ke usia 5 bulan. Tapi makin bertambah usia dia, jumlah bangun minum susu antara jarak waktu tu semakin berkurang.

TAPI...

Masa dia betul-betul 6 bulan, tiba-tiba dia tak nak tidur malam langsung. Aku amatlah geram. Dah tak tahu dah nak buat apa dekat dia. Kata jangan bagi tidur siang banyak sangat, YES, aku tak bagi dia tidur sangat. Lagipun dia tidur kejap je dalam 20 minit then bangun dah. Bagi dia tidur dalam pukul 11 malam, CONFIRM dia bangun semula lepas sejam dua tidur. Aku blurr sangat, dah tak reti nak buat macam mana dah. Kalau masa dia 3 bulan - 5 bulan tu, kalau pukul 11 malam dia dah mengantuk, InsyaAllah dia akan terus tidur sampai pagi. Aku hari-hari sakit kepala sebab jadual tidur kucar-kacir dek penangan Ziyadh Iman ni.

Dia tidur pukul 4 pagi. Bangun pukul 5 petang. Aku sendiri serius tak larat nak ubah, sebab aku pun sama. mengantuk dengan dia. Weekend pula kitorang bangun awal walaupun tidur pukul 4 pagi. Walau berjalan seharian, dia tidur kejap or lama dalam stroller or dekat carseat ke, walau letih macam mana sekalipun, dia tetap tidur pukul 3 or 4 pagi.

Aku makin lama, redho je.

TAPI... again...

Masuk lagi 2 or 3 hari nak 7 bulan, tiba-tiba jadual tidur dia berubah kepada normal. Memang syukur, syukur, syukur sangatlah. Tak payah lah aku malam-malam berdrama swasta or marah-marah Iman sebab taknak tidur.

Dari info yang aku baca, kalau anak taknak tidur, kita buat beberapa perkara supaya dia tidur. Antaranya :
-mandikan dia dengan air suam supaya dia selesa nak tidur ( tak buat sebab tak elok mandi malam, cuma lap-lap je dia)
-hari-hari masuk tidurkan dia pada waktu yang sama ( buat, tak jalan juga)
-elakkan suasana bising ( buat, tetap tak jalan )
-malapkan lampu ( ini aku akui aku tak buat)

Yes, malapkan suasana or tutup lampu. Ini aku tak buat. Iman belum pernah tidur bergelap sejak lahir sampai umur 6 bulan. Tapi bila dia dah mula tidur macam biasa, aku ambil peluang praktikkan tutup lampu ni.Aku rasa ini antara cara yang buat aku berjaya tackle semula masa tidur dia.

Sebelum ni aku tak buat sebab aku risau jadi apa-apa dekat dia, sebab gelap kan. Tapi sekarang, aku buat juga, cuma aku buka sedikit ruang pintu biar cahaya malap dari hall masuk samar-samar dalam bilik. Kadang-kadang dia terjaga tengah malam nak minum susu, tapi sebab gelap, dia minum susu dalam mamai-mamai dan sambung tidur.

Im a happy mama now, alhamdulilah.

8 comments:

  1. budak2 mmg cmtu. kadang2 pening di buatnya.. nak buat cmner... redho je... =)

    ReplyDelete
  2. kalo riso pasang lampu tdo.. mmg xelok tdo pasang lampu sbb dia blh aktifkan sel kanser.. kalo blh cube tdo tutup lampu :)

    ReplyDelete
  3. beli lampu tidur la sarah, rin buka lampu bathroom je, lps tu tutup pintu, sbb bathroom dlm master bedroom tu pintu kaca..see through, klu family semua dtg, bathroom luar sesak, bila rin offer bathroom dlm bilik rin, semua taknak, segan nak mandi..hahah boleh? tahanlah diaorg tunngu turn bathroom kat luar, bukan aku nak intai pon diaorg mandi..ohoiii lamenya tak update blog.

    ReplyDelete
  4. gunalah lampu tido dear.patutlah sekarang dah jarang update instagram time subuh2 ye..i selalu time nyusukan rissa buka instagram,mesti nampak u ada update..hehe.sekarang dah takde.. :)

    ReplyDelete
  5. Hi.
    my son pon dulu susah tido. tapi bila mengamalkan petua tutup lampu gelap gelita baru ok sikit. Hahahah!
    Tapi tetap dalam gela-gelap pon nak kena bobok sampai dia betul-betul lena.
    Nasib ade tukang bobok bertauliah dekat rumah yakni babanya. So sekarang Mikha dah tido lena selena-lenanya. Cuma kalo diapers basah jer volume dia tinggi skit hihihihi!
    :)

    ReplyDelete
  6. lara,i rs mmg teknik malapkan lampu tu berkesan.sbb dr pantang dlu i tdo dlm gelap dgn sdkit lampu samar2 dr dapo umah mak i haha.i pn jnis tdo xbole ade lmpu.kene gelap.tp i perasan slg xtutup lampu slg tu la hannah xnk tdo.if dlm gelap biar je dia mamai lama2 tdo sndri.if bgn tgh mlm nk susu pn dia nyusu dlm mamai.haha.so teruskan la ye malapkan lampu hehe.semoga mendapat tidur yg indah :D

    ReplyDelete
  7. yana pun tak boleh tdo kalau ada lampu... kalau ada warm light pun okay kot kan Imaan :)

    ReplyDelete
  8. Nieza memang amal tido tutup lampu..so anak2 dah terbiasa..baby pun macam dah tau2..kalau gelap..time tido

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...