nuffnangku

Monday, December 31, 2012

2013.

2013!

Aku harap masih dapat menjenguk tahun 2013 lagi. Tahun ni tak ada azam tahun baru pun. Yang ada, listing wishlist yang perlu aku tunaikan / gapai / impikan untuk sepanjang tahun ni.Aku harap sangat tahun ni adalah tahun yang lebih baik dari tahun 2012. Tahun 2012 memang bukan tahun yang ' baik' untuk aku dari segi kerjaya. But hadir Ziyadh Iman umpama embun yang mendinginkan dan menyamankan.

Tapi aku percaya perancangan Allah itu lebih terbaik. Apa yang terjadi aku redha. Apa yang bakal terjadi pun aku redha.

Aku bersyukur masih bertahan setelah badai datang bertimpa. Itu bukan buat semangat aku patah. Tapi membuatkan aku lebih bertahan. Alasan utama : Ziyadh Iman. Dia semacam beri 1 bisikan halus yang meresap terus ke jiwa setiapkali aku macam nak berputus asa. Keluarga dan suami juga pengerak utam.

So aku tak nak expect banyak untuk tahun ni, cuma nak laluinya dan cuba kejar apa yang aku impikan.Terima kasih pada manusia yang ada pertalian darah dengan bapa aku, tapi buat kitorang sampai macam ni. ko menjawab lah nanti di akhirat sana. Mati hidup semula pun, aku tak mengaku korang tu pakcik makcik aku, puiii.

whatever.

sekian, salam.


eh, apalah sangat setakat harta di dunia ni kan. pecah amanah tu tak akan mengenyangkan dan mengkayakan keturunan ko sampai mati pun mat tab oi.


Sunday, December 30, 2012

DULU! Pada tahun 2008.

Ini pertamakali. Masa ni sangat benci, menyampah dan tak suka.
Hari ni? Dia adalah suami -_-'

Published with Blogger-droid v2.0.9

birthday #2

Ini pula birthday second batch. Siap ada second batch gittew. Kali ni celebrate untuk orang yang lahir dari april sampai disember, buat pada 16 disember 2012. Kali ni lebih meriah sebab ramai yang dapat datang dannn.... Kho pandan junior pun turut serta sebab diorang dah lahir. Hagaga. Iman dan Zahrah. Dan bersama seorang lagi bakal junior, insyaAllah. Err, of coz bukan dari aku la yang bakal tu.

Yang potong kek kali ni WANIE  SIDI  SHIERA  TOBEK  LAN  UWAIS  APIS  SAMSUL dan KAMAL.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Birthday #1

Ini cerita yang terlalu lama dah. Sebab masa tu aku pregnant dan ada macam-macam hal, sampai aku lupa nak update. Ini masa celebrate birthday untuk orang yang lahir dari januari sampai mac 2012. Aku - tomat - ajie - awid dan zira. Tapi laki bini tu tak dapat datang sebab ada hal. Kitorang buat simple je, just makan- makan dan potong kek pada 31 mac 2012.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, December 28, 2012

Aku Menangis masa bersalin?

Aku tak tahu aku ni kategori manusia yang mana. Aku jenis cepat terasa, panas baran, pemarah tapi...tapi hati aku cepat sejuk. Cepat panas, cepat sejuk.

Entri ni memang tak berapa nak ada motif, tapi aku cerita jela ek.

Masa aku sakit nak bersalin, aku tak menangis langsung. Serius. Aku cser tapi emergency cser lepas meneran tak lepas -_-' . Masa pukul 5 pagi aku pergi hospital, bukaan dah 5 cm ok. Aku pun tak sangka. Aku bayangkan aku sakit berguling-guling, tapi rupanya sakit macam period pain tu sakit nak beranak rupanya. Lepas tu kena tahan labour room. Dari kul 6 pagi sampai kul 12 tengahari untuk fully dilated ( alhamdulilah sebab memang tak lama sangat bagi aku ).

Sepanjang masa aku dekat situ, suami aku ada je dekat sebelah, usap- usap kepala ke badan ( hehe, lupa ) sambil baca itu ini hembus-hembus dekat ubun kepala. Masa setiapkali sakit tu datang, aku pegang penghadang katil tu :-) . Pegang kuat-kuat sambil kejungkan badan. Sebab sakit oi. Hihihi. Boleh je pegang tangan laki, tapi tak feel. I mean tak feel sebab tangan dia lembut, masa-masa macam tu aku perlu berpaut pada sesuatu yang keras dan tak bergerak. Err, korang faham ke apa aku terangkan? Hehe.


Seingat aku, selama dalam labour room aku memang tak menangis. Aku tanya suami aku just nak make sure kan. Dia pun kata aku memang tak menangis. Mengerang pun tak. Cuma mendengus je.


Sebelum melalui saat tu, aku bayangkan aku mungkin menangis-nangis, merayu-rayu atau tak mampu kawal diri tapi alhamdulilah sangat. Aku tak panik sebab aku boleh expect apa-apa yang mungkin terjadi dalam LR. Itu semua thanx pada blogger-blogger lain yang sudi berkongsi pengalaman masing-masing. Dekat 8 dan 9 bulan, aku habiskan banyak masa untuk blogwalking blog mummy2.


Oh ini bukan entri nak riak ke apa. Aku sekadar berkongsi. Nak riak apa kan, aku akhirnya cser. Hehehe, walaupun dah fully dilated, tak mengapa, Allah lebih mengetahui kan. Aku tak pernah kisah nak bersalin normal ke cser sepanjang pregnant dulu, maksud aku tak adalah rasa macam rendah diri sebab cser. Apa orang nak cakap pun, aku tak ambil peduli. Ini takdir aku, jadi aku gembira melaluinya. Yang penting, budak debab itu selamat, nyawa aku terkorban pun tak apa ( serius, itu yang aku fikirkan masa pergi hospital tu, dan masa tu aku redha ) 

Eh. Panjang pula aku melencong cerita.

Aku tak menangis masa sakit nak bersalin, tapi bila Iman sakit, aku menangis. Bila dia terhantuk sikit pun, aku nangis. Bila dia buat hal tak mahu tidur malam dan aku marah dia dengan tepuk bontot dia, lepas tu aku menangis. Aku tak tahu kenapa bab ini aku tak kuat pula. Weekend lepas, Iman tergelincir sikit masa nak mandi ( bukan aku yang mandikan ) aku lari pergi dekat dia sambil menangis automatik, peluk dia terus bawa masuk bilik gosok kepala dia. Tahu keadan anak aku masa tu macam mana? Dia gelak-gelak. Sebab dia bukan jatuh pun. Aku je over lebih...

Terus sapu air mata. Huhhh. Budak ni kan.........

Banyak perkara aku jarang nak nangis, atau nangis depan orang tapi pasal mamat tu, airmata aku murah gilaaaa...


Teringat masa sebelum nak sign borang untuk operate cser tu, aku tanya suami aku, abang takpe ke cser? Abang redha ke? 

Masa tu tengah sakit, sempat lagi aku masih ingat nak tanya. Laki aku angguk dan jawab - dia redha.


Published with Blogger-droid v2.0.9

Berserah pada Allah.

Ini je yang termampu.

Bukan lukisan aku. Ambil dari page muhammad rusydee

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, December 26, 2012

Moving On or Letting Go?

Tak pastilah kenapa tiba-tiba aku ada perasaan seperti ini.

Lama dah rasa, tapi tak pernah tulis atau fikirkannya secara mendalam. Apa aku rasa, apa aku lalui, aku cuma ikut arus je. Tapi hakikatnya, dalam hati yang terpaling dalam, memang ada perasaan yang lain.

Normal lah kan bila kita kahwin, akan ada sempadan antara kita dengan dunia luar. Dunia luar yang aku maksudkan ini lebih kepada kawan-kawan dan gaya hidup yang sebelum ini. Aku sendiri pun terlalu sibuk dengan urusan keluarga sendiri, terutama bila ada anak kecil. Tapi satu je tentang aku, yang aku memang confirm itu perangai atau sifat yang sedia ada dalam diri, kalau aku tak ada depan mata diorang pun, aku tetap tengok kawan-kawan aku dari jauh. 

Tapi masa nak lepak-lepak walaupun sejam dua, macam dah tiada. Aku sendiri pun tak tahu masa bila yang aku free. Sebab jadual aku hari-hari berubah-ubah. Kawan-kawan pula macam masing-masing dengan haluan masing-masing. Dah ada geng sendiri. Jadi, aku kurang selesa. Sekarang, masa aku memang banyak habis dengan Ziyadh Iman dan suami. Bukan bermaksud, aku ni tak fikir tentang diri sendiri, tak bagi ruang untuk diri sendiri, tapi itulah realiti.

Aku tahu memang normal, bila kita kahwin seumpama kita move on dari hidup yang sedia ada. Kalau dulu, bila-bila je aku boleh ikut atau ajak kawan-kawna lepak minum, tapi sekarang, memang tak mungkinllah. Iman jadi keutamaan.

Entahlah.
Banyak yang aku nak tulis, tapi macam hilang ayat/kata-kata.
Aku pun dah tak pasti apa sebenarnya yang aku nak luahkan.
Aku nak luahkan pada semua kawan, tapi akhirnya tak ada kata-kata. Jadinya hanya tertuju pada seorang kawan.

Kawan,
Terlalu banyak masa yang hilang dalam persahabatan ini. Sampai semuanya 'pause' untuk tempoh setahun. Aku pun tak tahu kita akan mula semula bagaimana, walaupun aku cuba, tapi keadaan tetap tak sama macam setahun sebelum yang 'pause' itu. Aku memang tak pernah tulis pasal ini dalam blog ini, sebab semua adalah privacy. Tapi bila dah reda, ya...aku tulis tentang ini sekarang. Selepas setahun yang hilang, muncul pula hari-hari sepi selama 2 tahun yang bakal mendatang itu. Aku pun tak pasti, tapi aku faham, ini adalah realiti kehidupan. Selepas bertahun menjadi kawan baik, kemudian 'pause' setahun, kemudian sekarang, kita ni status apa ye? Aku pun tak tahu.

Tapi tak apalah. Aku doakan yang baik-baik mengiringi langkah kau di sana nanti. Aku memang bangga ada kawan macam kau. Nanti kem salam peluk cium dekat Lee Min Ho, hahaha.




Monday, December 24, 2012

Update Perkembangan Iman : 6 Bulan.

10104_4782410913895_1073423913_n
Gambar di ambil pada usia Iman 6 Bulan 2 Minggu 6 hari / 20 Dis 2012.


check-up usia 6 bulan ( 20 dis 2012 ) :
berat : 8.7 kg
panjang : 72 cm
lilit kepala : 44 cm


Sekejapnya masa berlalu. Sedar tak sedar dah 6 bulan dah. Tapi bulan ni berat dia naik 500 gram je dari bulan lepas. Tak pasti kenapa, nak kata dia sakit ke demam, so far memang tak ada. Mungkin sebab dia makin lasak kot. Atau sebab dia dah perlu makan 2 kali sehari, tapi aku kadang-kadang bagi makan, kadang tak.  Bukan apa, kalau aku tengok dia sehari tak poopoo, aku terus tak bagi makan esoknya, sebab aku takut dia sembelit, nanti sakit, kasihan.



Apa ye perkembangan Iman sepanjang 6 bulan ni?

-Yang pasti dia memang meniarap dah laju ke depan, ke belakang, kiri, kanan, terbalik semula pun reti dah. Tertonggeng dan berpusing pun reti dah.


041220123985-1
-suka tido menonggeng macam ni


-belum tumbuh sebatang gigi pun. 


-suka panjat badan orang masa orang tengah baring. Sakitttt kena lanyak dengan dia.


iman
-dah pandai kawal pergerakan tangan dengan betul. tengok la tu, kipas tu pun dia nak capai   -____-


-suka raba muka aku bila dia dah hampir nak tidur tu. Kadang-kadang cakar sekali -___-'


201220124159-1
-masih suka masuk jari dalam mulut, tapi 2 batang je, huhahaha. -Sekarang ni, memang pantang lah nak biar dia sorang-sorang atas katil kalau dia tak tidur. Walaupun letak bantal sebagai benteng, dia boleh lepas je, sebab dia panjat :(


-suka nak terjun katil. ahhh, satu hari entah berapa puluh kali aku kena angkat dia dari tepi katil. Adoi, kalau jatuh naya je 


DSC_0559-1a
-makan, ok. Tapi bila tukar menu baru ada yang dia ok, ada yang dia tak suka. Lobak + pisang, dia nak muntah. Wahaha. Beras perang pun dia macam loya. Beras biasa tu dia ok pula.


-Dia sangat benci air masak. Sumbat macam mana pun, 5 minit kemudian, berjurai keluar semula sebab dia simpan dekat tekak dan tunggu masa nak keluarkan semula


-masa happy dan rilex, suka main air liur dekat tekak. Serius, aku tak reti buat. 


-Suka tengok gambar baby! Terutama baby dekat plastik petpet tu. Hari-hari nak tengok. 100 kali pun tak apa. Setiapkali tengok, setiapkali itulah dia kaan senyum dekat baby kat plastik tu   -_-'


-sekarang dah pandai, malam-malam datang sendiri sebelah aku dan himpit aku suruh peluk dia.


-suka kacau papa dia tidur. cepat je dia menapak ke papa dia, kalau papa dia sedap tidur.


201220124149-1
-dia bukan baby yang sombong, tapi bukan peramah. Orang agah, layan dia, dia ok, sampai boleh gelak-gelak. Tak layan dia, dia pun buat derk je. hehehe. Entah ikut perangai sape entah. Tapi ambil masa nak ok dengan orang. Tapi kalau orang pegang dia, dia tak nangis pun, cuma dia diam je.


-kalau dekat rumah, perangai dia lain sikit. Depan orang, dia lain.Dekat rumah, kalau dia letih atau tak suka sesuatu, dia akan membebel bahasa dia.


-takut dengan kereta remote kontrol


181220124138-1
-sangat suka benda-benda selain mainan dia - remote astro / tv,handphone, lappy, tab mama papa.pernah satu malam tu, dia main phone aku sampai pergi call mimi- ibu rafif tu. Pukul 2 pagi. Berderau darah mak nak. Nasib masa tu mimi off handset. So akuhantar mesej je say sorry :(


-tiba-tiba dah tak suka tidur malam . * ini aku memang hanginnnn*


-suka bila kita nyanyi dekat dia.


-satu seksaan pada batin aku bila nak pakaikan dia pampers. Sebab apa jadi seksaan batin? Sebab aku kena nyanyi lagu ABC kuat-kuat dan kena buat-buat nyanyi macam apa je / kena buat muka pelik-pelik sampai dia ketawa / kena agah dia. Semput!~


-Terlalu manja dengan atok dan nenek. Bila ada nenek dia, dia langsung tak heran dekat mama dia :(


211220124160
-Selalu buat posisi merangkak, tapi belum confident nak ke depan. Selalu dia angkat-angkat bontot je.Kalau posisi macam dalam gambar ni, bila lah agaknya nak merangkak anak oi. Ade ke angkat bontot gitu, dah macam ulat je :P


PicMonkey Collage
-suka melompat. papa dia pun rajin melayan . Suka main gomol-gomol dengan papa dia 


-bila tengok BabyTV, dia dah ada certain cerita yang dia suka.


- Paling terbaru, dah pandai berpaut nak berdiri.

Ini apa yang aku ingat jela ye.





Durian crepe / pancake.

Sekarang tengah demam durian crepe kan. Sana sini durian crepe. Dan demam ni buatkan ramai giler orang yang jual. Ada yang best, ada yang so-so je la kot.

Aku pun nak try.

Sebab aku memang suka giler durian. Dari kecik, hantu durian gituww. Sabtu hari tu, pergi Ikano, so aku beli 2 pax.1 pax ada 6 ketul comel-comel harga rm10. Oklsh, not bad. Kalau bagi pilihan, aku pilih durian lagi. Puas, tak digangu dengan krim dan kulit tu. Hehehe.

Tapi..

Durian crepe pun aku layan je. 2 pax tu aku makan sorang. Hehehe.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, December 23, 2012

Gedik.

Tengoklah tu. Bila mood gedik dia datang, menangis-nangis minta angkat. Huhhhh.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, December 21, 2012

happy.

Mestilah sebab hari ni hari jumaat yang mulia :-)

Semalam Iman pergi check up. Berat naik tak berapa best. Hish. Nantilah aku update dalam entri lain ye. Salam jumaat semua :-)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, December 19, 2012

Seperti bos.


Letak je dalam carseat terus zzzzzzz. Masa ni otw pergi beli krim ruam dia.

Wordless wednesday :-)
Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, December 18, 2012

ruam kot?

Bawah leher iman ada merah-merah. Dan dia garu sampai berdarah. Telinga pun sama. Tapi tak ada keruping kuning ke apa. Ruam ke eczema tu? Aduhhhh. Risau sangat.

Tanya etty, dia suggest seba med lotion.

So skg tengah
confuse lagi seba med lotion ke ezerra. Jap lagi nak pergi beli.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, December 15, 2012

Anak orang. dan anak kita?

Aku memang tak suka nak campur hal perihal orang lain.

Lagi-lagi bab jaga anak. Serius. Sebabnya aku rasa mak bapak budak tu confirm lah tahu macam mana nak jaga anak diorang kan? Tapi kalau aku tengok parent tu macam ada buat silap, of coz lah aku akan tegur atau bagi advise tapi aku tengok juga diorang jenis parent yang macam mana. Sometimes ada parent memang tak suka orang lain menyibuk tentang cara dia besarkan anak dia.

Contoh bab pemakanan baby.
Ini contoh, bukan kejadian sebenar.

Kawan aku, anak dia berumur 3 bulan. Disebabkan aku ada anak yang dah 6 bulan, so aku dah lalui step 5 bulan tu.

Aku : Baby makan nestum apa? ( ini serkap jarang je sebenarnya, sebab aku nak tengok kawan aku parent yang jenis macam mana.

Kawan : dia makan cerelac beras merah campur madu tu.

Aku  : awal ek bagi makan?

Kawan  : haah, sebab kat umah bs ( baby sitter ) dia taknak minum susu, so aku bagi dia nestum. Malam-malam dia df dengan aku.

Aku? Mestilah aku tak memandai nak nasihat ke apa. Dia ada alasan dia sendiri. Yang boleh aku buat, kongsi serba sedikit ilmu pemakanan baby yang aku ada. Ciput pun aku kongsi juga. Tapi aku memang takkan nak blame dia atau memandang dia macam buat apa je semata- mata bagi anak makan awal dan makanan itu adalah nestum. Kan itu anak dia...

Lagi contoh,

Aku  :baby F dah makan?

Kawan : belum. Dia baru 4 bulan. Bukan ke makan umur 6 bulan nanti?

Aku : haah. Saja tanya, ingatkan ko dah bagi dia makan. Nanti ko bagi dia makan apa? Nestum?

Kawan  : haah la. Nestum apa yang baik ek?

Aku? Kawan ni jenis yang alert dengan ilmu pemakanan baby. So bolehlah aku sharing ilmu yang terperinci sikit. Memandangkan baby dia belum sentuh makanan langsung.

Aku  : dari ko bagi nestum, baik ko masak bubur. Guna beras perang.

Kawan  : haah kan. Tapi mak aku kata kalau pandai masak, tepung beras tu je pun boleh bagi baby makan.

Aku : eh, tak payah bagi tepung beras, nanti aku ajar cara masak bubur tu. Nanti aku add ko dekat group pemakanan baby ye. ( nampak tak camne aku nak avoid dia bagi benda merepek dekat anak dia?)

Kawan  : haa, ok jugak tu :-)

Nanti anak dia dah 6 bulan, aku akan tanya dan kongsi dengan dia tentang macam mana nak buat puri dan semua tu la.

Apa motif aku cerita ni? Aku cuma nak cakap, kadang- kadang aku annoying juga dengan mak - mak yang over kepoh ni. Semua benda terus nak blame si ibu semata sebab cara dia didik anak tak sama macam  apa yang kita baca, macam apa yang kita tahu. Aku pun cuba avoid untuk buat diri aku jadi kepochi. Serius. Aku hanya suka kongsi ilmu yang aku tahu dan bertukar pendapat dengan orang- orang sealiran je dengan aku.

Kalau kawan- kawan tu, aku tengok dia jenis yang macam mana. Nak nasihat atau nak sharing boleh tapi berpada. Macam isu pemakanan baby, memang ramai masih ikut cara konvensional lagi. Ada baby umur 3 bulan dah bagi makan. Semalam aku baca, baby dia umur 4 bulan, dia dah bagi minum air 100 plus. Nak tersedak aku baca. Tapi takkan aku nak bz body pula kan. Kalau orang tu jenis boleh terima kita nasihat, aku akan cakap. Tapi sebenarnya, aku tak suma nak nasihat orang memvavi buts je. Kalau boleh dalam nasihat  / advise tu aku sertakan sekali alternatif lain.

Lagipun, buat apa nak nasihat beria. Come on lah kan, sekarang kita duduk zaman apa? Kita duduk dalam zaman IT. So internet tanpa sempadan uolls. Ilmu juga bertebaran, berlambakan. Cuma perlu tapis ilmu mana yang kita nak guna pakai. So ibu- ibu tadi, kalau boleh berfacebook sentiasa takkanlah hal perihal baby dia tak  boleh nak cari, belajar dan praktikkan kan? Takkan lah...........

So kita yang memang sentiasa suka membaca ni, boleh jadi pemangkin, perantara pada ibu- ibu ni untuk lebih alert. Macam contoh, add je dia dekat group2 berkenaan, biar dia explore sendiri ilmu mana nak guna pakai.kalau still guna cara yang salah,so kita siapa nak kepoh sangat pasal anak dia? Anak dia adalah anak dia, so kita jaga je anak sendiri :-)

Sharing is caring. Tapi awas, kadang- kadang jangan sampai sharing is annoying. Wahaha. Aku pun tak expert sebab tu kalau ada apa- apa masalah pada anak, aku banyakkan membaca dan bertanya pengalaman ibu-ibu lain.

Anak orang tetap anak orang. Jangan memandai kita nak aturkan. Tapi berkongsi ilmu tak salah. After all, terpulang pada parent itu sendiri.

Entri ni macam tak ada motif. Aku pun tak tahu nak pilih tajuk apa. Harap ada isi la dalam entri ni. Hihi. Babai. Malam tadi aku tidur pukul 6 pagi uolls. Anak aku tu entah apa angin dia entah. Dah berubah masa tidur kot. Gambatee je aku tahan mata...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, December 14, 2012

Hey :)

nuff

Kat blog aku ni ada survey, kalau korang rajin, tolong lah jawab ye. Ala 2 soalan je pun. Itu pun tentang pendapat korang pasal blog aku ni.


Korang buat ek.
Pleishhh.
Sebab aku nak tahu pendapat korang. Itu je * kenyitmata

Thursday, December 13, 2012

Anak Papa?

PicMonkey Collage Ramai orang kata anak lelaki kena rapat dengan mak dia. Pastu ramai juga yang kata anak lelaki kalau ikut muka bapak -- akan 'panas' nanti. Iman memang tak ikut sangat muka aku. Lebih kepada muka papa dia.

Dari sisi tepi, depan memang seiras. Dia anak papa. Sebab kalau nampak papa dia balik kerja je, papa dia akan bagi salam dulu dekat dia. Dengar ASSALAMMUALAIKUM.....je, terus mengelupur gelak-gelak, sengih-sengih. Happy giler main dengan papa dia, siap gelak-gelak, jerit-jerit. Kalau papa dia buat bunyi-bunyi, dia yang tengah meniarap tu, automatik baring dengan muka bersedia untuk main gomol-gomol -_-'

Pastu, dia paling suka papa dia pegang, sebab dia boleh melompat lama-lama. Dia tak berapa rapat dengan aku. Aku macam cuma mama dia je. manja-manja, minta susu, minta peluk.Tapi papa dia dah
jadi papa dan bestfriend dia. Hmmmmmmmm..........

papa dia penyabar giler. mama dia? hahaha

Wednesday, December 12, 2012

Ditangkap.


Ziyadh Iman caught in action!


Amboi sekarang pantang leka, semua benda jadi permainan dia. Mainan sendiri ada, tapi dia tak minat. Minat juga dekat lappy, tab, handphone dan remote astro. Gambar ni di ambil lepas aku pergi dapur kejap, balik dari dapur, dia tengah syok tekan-tekan keyboard X-(
Published with Blogger-droid v2.0.9

Amanda Todd.

Hari ni baru aku dapat tahu pasal kisah Amanda Todd. Itupun lepas baca dari page fynn jamal.

Aku tengok video yang dia buat, yang ceritakan pasal life dia tu. Kalau korang nak tahu kisah hidup dia, cari under nama tu dekat youtube ok. Bila aku tengok video yang dia buat, serius aku rasa dia tak patut MATI AWAL. Dia muda lagi. Sangat-sangat.

Aku kasihankan dia sebab dia teruk kena buli. Tapi silap dia yang satu lagi tu, bagi pic tunjuk boobs kat lelaki tu memang tak boleh diterima. Semuanya bermula bila lelaki tu mula ugut dia. Kemudian.... ( panjang lagi citer dia, malas nak cerita) dia kenal seorang lelaki ni. Laki ni BF  orang. Bila GF dia dapat tahu, dia malukan dan sakiti Amanda ni teruk-teruk.

Amanda sangat-sangat depressed. Akhirnya, bunuh diri. Dan sekarang, dia macam jadi epik pula.

Point aku untuk remaja-remaja senasib Amanda, bunuh diri bukan penyelesaian. Kalau kena buli pun, still jangan fikir tentang bunuh diri. Sayang kot, Amanda tu memang lawa. Tapi apa nak buat...... Lagisatu, kena buli fizikal dan mental.buli ni memang terjadi dekat mana-mana. Ada manusia, tak dapat buli kita depan-depan, dia buli kita online- dengan cara tulis dekat blog, facebook, twitter. Macam-macam manusia ni. Dorang ada seribu satu cara untuk menyakiti orang lain.

Cukuplah. Malas aku nak fikir banyak-banyak. Hee, aku update sebab dari tadi dok fikir.

RIP.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, December 10, 2012

rezeki berbeza

Setiap orang rezekinya berbeza kan..... Harap-harap adalah rezeki untuk diri ini. Selepas kecewa segala usaha selama 4 tahn berkubur macam tu aje akibat tak pandai bodek, tak pandai TUNJUK rajin.

Yang aku reti buat je keje, walau tak ada siapa nampak pun tak apa, yang penting aku keje. Orang ( read : partner ) buli pun aku diam aje, semata dia senior. Semata aku taknak kacau periuk nasi dia.

Bila ada compaint sama-sama masuk bilik bos itteww, aku banyak diam sebab si partner ni akan jawab dengan ayat kebaboom. Padahal yang bermati usaha, aku. Yang check keje staff, aku. Yang perbetulkan kesilapan dia, aku. Kalau staff keliru, aku juga jadi tukang review dan semak kerja dia. kerja aku, memang orang jarang nak keliru sebab setiap arahan, aku tulis sebutir-sebutir. partner tu memang spesies tak tulis arahan, bila staff buat salah, salah key in dia akan bercakap macam dia buat kerja dah cukup bagus dan staff tu yang tak pandai baca. itu semua staff tak tah sebabdia baik denan staff. dalam bilik bos ittew, dia hentam kaw2.

Manusia kan. ada lagi yang lain, asik bercinta je, tapi sebab pandai TUNJUK buat kerja baik, walaupun kerja dia adalah yang paling kacang bagi aku, tetap dia disukai.

Bos ittew selalu kata, kerja aku bagus. cuma aku selalu mc. selalu datang lambat. kalau dah setiap bulan aku period pain, macam mana aku nak kerja? aku bukan boleh pilih nak period pain weekend je. lagipun ada 1 tahun tu, life aku memang miserable. memang hancur, tapi aku kuatkan hati. tapi aku dah memang sakit-sakit masa tu, macam mana aku nak hadap? tapi kerja aku tetap jalan. cuma bila aku betul-betul tak larat, aku tak pergi kerja. aku bukan jenis sakit pun datang kerja, semata datang tapi nak tidur kat surau atau duduk depan pc macam buat kerja padahal tak larat. aku tak suka dapat rezeki dengan cara macam tu.

lepas tu ada seorang budak ni baru mula kerja. tak siapa pun beria nak ajar dia sebab semua bz kan. tapi aku kesian, aku ajar sampai dia pandai. akhirnya, dia lagi berjaya dari aku.

banyak lagi pahit yang aku lalu.

terutama masa aku mengandung, dekat 3 bulan aku on off pergi kerja. tahu apa jadi, kena brainwash weyy. siap kata - orang lain pun preggy juga, tapi tak macam awak pun. 

Speechless sangat. Ingat alahan masa preggy ni boleh buat main-main ke. Kalau orang lain tak macam aku, itu sebab dugaan dia lain-lain.dah aku memang tak boleh bangun, asik muntah-muntah je, kerap pitam, nak suruh aku pergi kerja juga ke? Kalau apa-apa jadi, siapa nak bertanggungjawab? Lepas tu aku pergi toilet, menangis. Sedih sangat. Kenapa tak prihatin dengan keadaan orang mengandung? Bos ittew seorang muslimah berhijab, labuh, menutup aurat dengan sempurna. Dikurniakan anak satu, lepas bertemu jodoh pada usia nak senja. Dia baik tapi dia bukan bos yang baik. Aku tak pandai bodek, tapi aku boleh berterus-terang. Aku tak suka cara dia treat orang bawahan dia, jadi aku memang jarang nak bergelak ketawa dengan dia. Aku cuma harap dalam hidup aku lepas ni, takkan ada lagi bos macam dia. Biarlah yang baik-baik, yan tak buruk sangka pada pekerja. Harap dapat company yang boleh bertolak ansur, dapat bos yan baik. Ni kalau anak sakit, jangan haraplah semudah it dapat cuti atau EL? Dia akan tanya macam polis pencen. Memang situ bukan rezeki terbaik untuk aku. Tapi banyak mengajar aku tentang hidup. Banyak mengajar aku kenal jenis-jenis manusia yang ada. Yang mana lawan, yang mana kawan. 4 tahn dekat situ, sekilas di air, aku dah tahu jantan betinanya. Tapi yang indah pun banyak juga, tapi memang all the time, bila bos ittew tak ada dalam kenangan tu la. Kalau ada, spoil. Bercakap pasal rezeki, ya, aku tahu situ bukan tempat aku. Tapi di mana? Entahlah. Belum nak cari lagi. Baru-baru ni kawan aku yang gojes yah, dapat rezeki yang best. Sorang lagi pulak, ajie, dapat kerja tetap. Alhamdulilah untu diorang.

Published with Blogger-droid v2.0.9

gemuk.

Berat : 66 kg
Tinggi : 165 cm
BMI aku adalah : gemuk.

Panggg sedas. Tsk tsk tsk.

Nak berada di range normal kena berat 62 kg. Dalam 4 kg to go. Grrrrrr. Mampukah aku?

Gambatee mama.
Demi kesihatan dan demi senang nak beli baju dan muat pakai saiz  M semula.

Published with Blogger-droid v2.0.9

hello

Semalam timbang berat badan.

Dari 69 kg, sekarang dah 66 kg. Suka gilerrr. Gila tak suka, tanpa sedar tetiba lepas 2 bulan tak timbang, alih-alih turun 3kg padahal aku tak diet pun, cuma makan nasi sekali je sehari. Aku rasa mungkin sebab jaga Iman kot? Kalau perasan, kebanyakkan entry yang aku update via blogger-droid ni mesti tengah-tengah malam buta  / awal pagi. Itu adalah waktu lepas Iman terbongkang. Hish. Jadi itu antara penyumbang, beratku turun.

Hari jumaat hari tu aku tak tidur 24 jam ok. Nasib ok je, tak ting tong kepala. Semuanya sebab iman tertidur awal dalam kul 8 sampai kul 11. Lepas tu? Gambate jela aku dengan maksu dia. Nasib adik aku ada. Hari ni adik aku dah balik melaka, so merasalah aku tahan mata melayan budak ni. Tak boleh nak suruh suami jaga sama, esok dia kerja kan.

Tadi gerak dari melaka dalam pukul 8 malam. Jalan tak jem sangat, tapi a bit slow la. Sampai depan rumah pukul 11 tepat lepas dah settle tapau burger. Amik masa dalam 3jam lebih juga. So sepanjang2 tempoh tu Iman tidur je. Tepat je sampai rumah, tadaaa, dia pun bangun. So itu la sebabnya aku sampai sekarang belum tidur lagi. Dia baru je tidur.

Nak on lappy, malas. So update kat tab je. Tapi kurang suka sebab jari aku gemok. Wahaha. So itu yang kalau entri tetengah malam macam ni lebih kepada merepek dan macam diari harian je.ok sambung,masa dah kawin berat aku 65kg, tengok pic masa tu macam ok je badan. Tapi apsal sekarang ni,aku masih rasa aku gemok ek?

Mungkin sebab aku target nak berat 60 kg. Wahaha. Boleh ke ek? Entah, belum dapat dipastikan lagi. Hihihi. Tapi aku berusaha. Tapi masalah paling besar adalah buncit akibat cser ni. Ini memang menguji kesabaran. Nak je sumbat dalam girdle ketat ke korset tapi lepas tu merasalah bisa-bisa area operate. So memang tak mungkinlah aku nak tanggung risiko..... :-)

Sekarang popular diet atkins kan..................hmmm #angkatangkatkeningjaribelaibelaidagu
Tak sure sanggup ke aku.........ahhh, tak sanggup......cancel.

Tapi happy dengan 66 kg.

Till then,
Muahhh.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, December 9, 2012

Life Of Pi.

Pertamakali lepas Iman lahir, kitorang laki bini tengok wayang berdua. Bukanlah dating sebenarnya, lebih kepada suami teman aku yang nak sangat tengok movie, boleh? Haha. Sebab hari ni Iman ada penjaga yang BOLEH DIPERCAYAI ( read : nenek dan atok dia), maka mama dan papa bolehlah outing berdua.

Well, aku tahu adakalanya suami isteri ni walaupun dah beranak pinak, tetap kena luangkan masa berdua. Tapiiiiii, aku rasa terseksa. Hoho. Rasa macam ada yang kurang bila tak bawa Iman. Remember, we are FAMILY? Hehe. Serius, aku rasa macam tak lengkap kalau Iman tak bersama kitorang. Rasa janggal. Since sejak dia lahir, dia adalah sebahagian diri kami. Kalau belum lahir, selalu berbual dengan suami, macam mana life lepas ni, bila baby dah lahir. Tapi sekarang, bila dia dah lahir, aku tak mahu langsung fikir macam mana nak hidup kalau dia tak ada. No.

Aku ni jenis cepat marah. Kadang-kadang ( read : selalunya) bila Iman meronta- ronta tak nak pakai pampers, aku mesti membebel. Bila kena tendang kaw2 dekat perut pun, memang aku membebel dekat dia, but itu tak bermakna aku tak sayang dia kan?

Masa tengok movie tu,asiklah aku check handphone kot-kot mak aku ada call / mesej inform Iman meragam ke apa kan. Risau. Bukan risau sebab bagi mak aku jaga, tapi risau dia sedih papa mama takde. Btw kalau nak tahu, orang yang memang aku percaya sepenuh-penuhnya untuk jaga Iman, of coz lah mak ayah aku. Mak aku terutamanya sebab apa? Sebab dia tak pernah memandai- mandai nak suruh aku buat itu ini kat anak aku. Apa-apa kecerewetan aku dalam hal anak ni, mak aku follow je, tanpa banyak soal. Cuma kalau dia tak faham tentang sesuatu tu, aku akan terangkan. Contoh, mak aku bagi kitorang makan nestum sejak umur sebulan. Tapi tak pernah pula dia suruh aku bagi anak aku benda macam tu dan guna ayat sakti mak-mak konvensional ni - aku buat dekat korang dulu, boleh je,hidup je korang sampai hari ni.kenapa x boleh buat benda yang sama dekat cucu aku.

Kalau nak memandai, memang jangan harap aku nak percaya nak suruh handle anak aku :-)

Nasib dapat MIL pun yang tak banyak kerenah :-)

Ok, pasal LIFE OF PI, ok lah not bad. Aku malas nak review, kalau nak tahu google yea :-) yang paling aku suka, cerita ni dibiarkan bersama interprestasi masing- masing. Ada 2 versi-Maknanya kau nak percaya cerita  A! silakan. Nak percaya cerita B pun tak ada masalah. Either one.

Macam suami aku, dia percaya cerita pertama, based on apa yang dia tengok. Aku pun. Tapi aku yakin cerita sebenar dia adalah version B.

Cerita ni tentang apa yang kita sendiri nak percaya sebagai BETUL. Kita sendiri yang pilih apa yang kita nak percaya, right? Macam kata Pi - DO YOU BELIEVE THE FIRST STORY OR THE SECOND? IF YOU BELIEVE THE FIRST STORY! THEN YOU BELIEVE IN GOD..

Till then,
Love :-)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, December 7, 2012

3 pagi.

Sekarang dekat pukul 3.
Time-time macam ni aku memang belum tidur lagi kalau korang nak tahu la. Taknak tahu takpe.haha. Iman memang dah tidur. Semua orang dalam rumah ni dah tidur. Adik ipar aku dan adik aku sendiri pun rasa-rasanya dah lama tidur. Aku malas nak tidur awal sangat sebab Iman ni rajin meniarap sambil tidur atau sondol-sondol tilam sambil mata pejam -_-' pastu menangis sebab tak selesa tidur, so memang dah jadi keje PART TIME aku untuk betulkan tidur dia seperti keadaan asal semula. Grrr.
Aku jenis kalau dah tidur, memang tak suka kena bangun banyak kali, sebab nanti kepala aku sakit, migrain. Nanti rasa berpusing semua benda. So waktu-waktu macam ni kira macam waktu untuk diri aku sendiri. Sambil perhatikan dia tidur, sambil blogwalking ke blog orang.
Dan malam-malam macam ni la masa aku update blog. Biasanya aku draft dan update sikit-sikit bila ada masa. Publish bila entry tu dah lengkap dan sempurna. Biasanya aku buat schedule entry, kalau korang perasan, aku up entry biasanya pagi-pagi, amat jarang aku up petang-petang. Of coz petang adalah waktu bz aku.
Lately, aku rasa bermacam perasaan. Aku pun tak tahu nak describe macam mana. Hurmmm.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, December 6, 2012

Frozen Solid Food.

Aku memang buat stock.

Mesti pelik kan kenapa aku nak buat juga stock solid food Iman padahal aku ada banyak masa? Err. Siapa kata aku ada banyak masa. hihi.Sebenarnya memang lagi elok kalau kita boleh provide makanan yang segar bugar dekat baby kita, but penyediaan puri ni, even nampak mudah, tetap ambil masa.

Ditambah pula dengan Encik Ziyadh Iman yang memang tak nak tidur siang, kalau tidur pun paling lama 20 minit! so cara ini adalah jalan yang terbaik. Sebab sangat menjimatkan masa.Lagipun takkan lah aku nak bergolok gadai hari-hari dekat dapur semata-mata nak siapkan setengah potong epal yang nak buat puri tu?Yela, baby awal-awal makan, dalam berapa ml je hari-hari makan kan. Macam Iman purata dalam 30 - 40ml, bersamaan dengan sepotong buah. Kalau hari-hari nak buat puri fresh, bayangkan betapa banyaknya masa yang aku perlukan.

Ambil masa, sebab kena monitor Iman, kena ulang -alik ke dapur semula. Macam itu lah selagi dia tak tidur. Kalau tidur pun 20 minit,APTB! haha. Iman ni dia bukan hanya nak kita ada depan mata dia je k, no no no.Kalau setakat depan mata dia, tapi tak pegang dia, dia akan merengek-rengek menangis ok. Last sekaliakan melalak @____@


021220123975
Aku guna Baby Cubes 40 ml. Label digunakan supaya aku tak confuse dan dapat monitor lah berapa lama dah puri ni di frozen.


So aku pilih untuk buat stock. Tapi seboleh-boleh memang aku cuba untuk bagi yang fresh. Stock ni pun aku buat tak banyak. Biasanya dalam 5 atau 6 cubes tu je, macam untuk guna 4 hari ( follow 4 day rule) dan ada balance dalam 1 atau 2 cubes.

Puri ni memang aku buat stock je. Tapi kalau Iman dah start makan bubur nanti ( dalam 7 bulan ) InsyaAllah hari-hari aku akan cuba masak bubur yang fresh. Cuma nanti bila nak mix kan je mungkin akan guna puri yang frozen :)


Baby Cubes yang aku beli macam dalam gambar ni. Beli di Fabulousmom, RM 12.90.

Mudah bila ada baby cubes ni. Selain terjamin lah kebersihan kan. Yelah, letak sekali dengan ayam, ikan semua kan.Walaupun ada ruang masing-masing, STILL dalam tempat yang sama kan.

Bercakap pasal persediaan nak buat solid food ni, aku memang tak beli alat-alat yang canggih. Hihi. Lesson learned! sebab masa pregnant, aku over excited dan membeli bermacam benda yang sudahnya banyak yang tak digunakan atau disimpan lepas beberapa ketika je guna ( sambil mata memandang warmer tommee tippee yang tersimpan cun tu ). So untuk kali ini, aku rasa memadai menggunakan apa yang sememangnya ada di dapur aku tu. Aku guna je steamer yang memang ada dekat rumah ni, guna je blender yang memang aku khaskan untuk buat jus. Itu je.

Ada aku baca, kata tak elok bagi baby makanan yang frozen, tapi aku rasa kalau stock seminggu, stil nutrien tu masih ada kan. Sebab aku baca juga kaedah-kaedah nak pastikan nutrien tetap ada dalam makanan even di frozen. So pilihan di tangan masing-masing. Aku dulu belajar sains, cikgu kata boleh je frozen kalau guna cara simpan yang betul..........

: nanti lah aku pergi baca lagi....kalau jumpa info, aku kongsikan nanti ye.Ta!

Lefty Person.

Yes. Aku orang yang menggunakan tangan kiri. so ada masalah ke?

aku dapat komen dari seorang anon yang suruh aku suap anak guna tangan kanan. meh aku nak bagitau.....baca sampai habis ok.


orang panggil tangan kidal.Itu bukan sesuatu yang di buat-buat sebab itu semua datang secara natural. Masa kecil, aku mana tahu semua tu kan, so itu semua memang yang dah di tentukan. Mak aku kata penat dah ajar tangan kanan, tapi tak pernah berjaya sebab kiri selalu menang. Dia ajar pegang pensil tangan kanan, kang kejap lagi aku tukar tangan kiri. Dan akhirnya, mak aku pun dah tak kuasa.


Cuma, kalau makan pakai tangan, aku memang pakai tangan kanan ( alhamdulilah ). Tapi kalau pakai sudu, aku tetap guna tangan kiri. Potong daging steak pun tangan kiri. Menulis tangan kiri. Suap makan anak pun tangan kiri walaupun kadang-kadang aku cuba juga tangan kanan, tapi sangat kekok. Aku tak boleh nak buat. Iron baju tangan kiri, tolak pintu tangan kiri dan semuanya adalah tangan kiri.


Adakah aku salah? Adakah aku berdosa kerana mengunakan anugerah ini? Ye, aku anggap ini anugerah sebab tidak semua orang dilahirkan kidal.10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal. 10 peratus je oi. Mak ayah aku bukan kidal. Adik-beradik aku pun tak kidal. So dari mana aku dapat ini, aku sendiri pun tak tahu.


Paling aku menyampah, bila aku makan nasi guna sudu dan sudu tu dipegang tangan kiri, orang pandang aku semacam. Macam aku tengah buat dosa terbesar sekali. Macam aku teruk sangat. Aku tahu, apa-apapun kanan adalah lebih baik. Tapi aku tak dilahirkan sebagai orang bertangan kanan. Aku kidal! Cukuplah aku mampu suap nasi dengan baik menggunakan tangan kanan. Yang lain-lain, aku kekok sangat-sangat :( Adakah aku dilabel sebagai tak sopan hanya kerana tangan?



Rasulullah saw bersabda, “Wahai anak, bacalah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah seterusnya dengan tangan kananmu.” (HR. Bukhori Muslim)




Tapi ada juga yang mampu buat aku tersenyum. Terutama bila kata orang tangan kidal ni kreatif :) , berseni. Itu aku suka, well, siapa tak suka kena puji kan? Ini dari apa yang aku baca, orang kidal menggunakan otak sebelah kanan mampu menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksaan.

Dulu masa sekolah, aku memang suka melukis. Selalulah juga masuk pertandingan melukis. Asal melukis je, memang nama aku naik. tapi bila dah besar ni, entah ke mana perginya bakat aku tu. Entah ada lagi entah tidak. Cuma satu jela, kalau nak melukis, aku kena ada feel ( gittew), kena ada imaginasi dan kena ada kesungguhan. Kalau salah satu tak ada, memang lukisan aku tak akan siap sampai bila-bila.



Ini lukisan aku. Memang tak cun, tapi nak tunjuk juga.Haha.


veelara

di lukis pada tahun 2009.

Janganlah pesimis sangat pada orang kidal, kesian kami. Uhuk2.Aku tak kisah pun Iman nak jadi orang kidal ke kanan ke. Kalau kidal, aku ajarlah dia certain hal guna tangan kanan juga.










Entry ini sebenarnya lebih kepada luahan perasaan, hagaga. Tapi alang-alang dah muncul entri ni, meh aku letak sekali fakta yang aku jumpa dari hasil google :










KELEBIHAN DAN KEKURANGAN
1. Kesukaran bagi individu kidal:
Menulis didalam buku tebal (diari, buku laporan,dll ) akan menyukarkan individu kidal semasa menulis di bahagian kiri mukasurat kanan buku.Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik sedikit.

Penggunaan peralatan lain tangan kanan; Gunting, senjata api (machine gun, alatan memanah, dll ), komputer (tetikus), peralatan dapur, dan lain-lain.

Kerusi meja (kerusi kuliah) ; Penggunaan meja kerusi meja di dalam kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Maka, individu yang kidal perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar tangan kidal dapat memanfaatkan setiap ruang meja yang ada.

 Individu kidal dipercayai mempunyai kelemahan dalam aspek:
* Pengurusan
* Kesihatan
* Pendidikan
* Kerjarumah/surirumah
* Pelajar

2. Kelebihan bagi individu kidal:
Tulisan Arab:
Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa.

Kreativiti:
Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.

Kamera :
Bentuk kamera SLR yang memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.


Individu kidal dipercayai mempunyai kelebihan dalam aspek:

a) Teknologi Maklumat
Bill Gates

b) Seni ( suara, lukis, pertahanan diri/peperangan )
Saidina Umar Al-Khattab
Julius Caesar,
Alexander the Great,
Napoleon Bonaparte dan Isterinya,
Leonardo Da Vinci

c) Musik dan hiburan
Michelangelo Buonaroti,
Beethoven
Selebriti
Oprah Winfrey
Amitabh Bachchan
Tom Cruise
Charlie Chaplin
Nicole Kidman
Marilyn Monroe
Angelina Jolie
Keanu Reeves
Sylvester Stallone
Asmawi bin Ani( Mawi )
Man Kidal

d) Sukan
Pelé -Edson Arantes do Nascimento (Bolasepak)
Diego Armando Maradona (Bolasepak)
Lieonel Messi (Bolasepak)
Rafael Nadal (Tenis)
John McEnro (Tenis)
Lin Dan (Badminton)
Valentino Rossi (Lumba motosikal)

Rumusan
1. Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.
2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg. juga kidal.
3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg. dpt. mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg. mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.
4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.
5. Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ni budaya orang barat-tak perlu ikut..huhu)
6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan



Wednesday, December 5, 2012

Iman dah mula makan :)

Officially pada 5 Bulan 3 Minggu!

Aku tahu nanti mesti ada yang cakap - eh, belum 6 bulan dah bagi makan? Ala rilex lah. Bukannya aku bagi makan masa dia umur 2 bulan ke 3 bulan ke kan? Aku awalkan betul-betul seminggu je dari usia 6 bulan dia tu. Sebab awal seminggu tu adalah 24 November 2012, sempena birthday papa dia. So kitorang decided ( keputusan bersama ni) untuk bagi Iman rasa makanan pertama dia pada hari tersebut. So bila dia besar or sampai bila-bila, InsyaAllah boleh ingat, sebab kali pertama itu adalah pada hari lahir ayahnya sendiri :)

mind you ok, jangan ada pula yang nanti kata, kesian baby dia, awal sangat bagi makan. Aku bukan bagi makan nasi ke nestum ke ok. Puri je uolls. hihi

So mula-mula aku pun tak pasti nak bagi apa dulu. Antara dua ni - lobak / epal. Kemudian, tanya papa dia. Dia cakap elok bagi lobak dulu. So proceed :) LOBAK!

solidpuri1

persediaan untuk buat puri. Aturan dari kiri ke kanan :)


Mula-mula bagi, ini reaksi Iman :

pertamakali-2411
Hari pertama - 24 November 2012, Ini memang betul-betul pertamakali punya suapan :) yang dapat kitorang captured. 

Kalau tengok reaksi dia dengan mimik muka yang macam ni, mesti bajet sekali suap je dia dah taknak makan. Salah ok. Muka dia memang macam ni tapi mulut nganga lagi. Haha. Tapi aku had kan la, tak habiskan pun 20 ml tu. Sebab dari apa yang aku baca, baby pertamakali makansolid food mungkin akan makan sesuap dua. Tapi Iman, lebih dari 5 kali. So alhamdulilah lah, even muka dia tak boleh bla. Haha.



Biasalah baru pertamakali rasa benda asing dalam mulut kan. Kalau anak korang yang baru pertamakali makan, dan buat muka atau makan 1 suap je, korang jangan terus 'down'. Rilex lah. Bagi dia masa. Kita pun kalau pertamakali makan sesuatu, belum tentu kita boleh terima kan. Ada orang ambil masa baru ok dengan sesuatu makanan. Ni kan pula budak yang seumur hidup dia belum pernah lagi rasa apa-apa yang lain selain susu.



Awal-awal makan ni,tak payah assume nak kenyangkan baby tau. Bagi puri ni dengan tujuan nak biasakan perut dan usus dia dengan bendasing. Sebab selama ni asik proses susu je, tetiba kena kerja kuat sikit untuk proses solid food pula kan. Mula-mula dulu aku pun ada terfikir, eh baby makan buah je, boleh kenyang ke? Itu dulu, masa pregnant. Tapi bila dah makin faham, dah belajar, then baru tahu awal-awal ni bagi puri sebab nak latih sistem badan dan pencernaan dia untuk proses solid food yang tak berapa solid ni :) . Awal-awal masa intro solid food, bagi dalam kuantiti sedikit dulu. Then tambah sikit demi sedikit lama-lama tu. Jangan mula-mula je terus hentam bagi baby makan sampai 60 ml. Terkejut perut dia nanti :)


Bila dah intro sesuati makanan, tunggu jela 4 hari untuk tengok reaksi badan dia dengan makanan yang kita bagi tu. Penting ok sebab kalau ada alergik ke apa, kita boleh kesan makanan yang mana jadi puncanya.


Lagi satu awal-awal makan ni, tak payahlah skema sangat sampaikan bergolok gadai setiap hari nak bagi baby makan breakfast, lunch,tea-time dan dinner :) Awal-awal ni elok bagi sekali sehari. Dan jumlah ni tingkatkan lah minggu by minggu.

261120123928a

Hari ketiga, 26 November 2012, Reaksi semakin terkawal ,ahaha.

271120123937a

Hari keempat, messy nak oi. Tapi nasib comel.

281120123948

Hari kelima, puri epal pula!

Ini pula lebihan makanan yang tinggal :

261120123932a

281120123954a


011220123970a


24 Nov - 27 Nov : puri lobak + susu
28 Nov- 1 Dis : puri epal + susu
2 Dis - 5 Dis : puri pir + susu

Kali ni, memang aku tak buat preparation sangat pun untuk buat solid food ni. Semua guna alatan yang ada kat rumah ni je. Dan aku dapati memang berbaloi tidak membeli apa-apa alatan yang canggih-canggih ( untuk aku lar )

OH YEA.....






Sebelum nak bagi anak makan terawal sikit dari yang di sarankan ( 6 bulan ), sila lihat checklist ini dulu, kalau dah pass, then boleh proceed BUT if awal berminggu-minggu dari 6 bulan, better dapat advice dari paed la kan :)






• boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu - pass!

Adalah penting bagi bayi anda untuk mengekalkan posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu. 

• duduk dengan baik apabila dipegang - pass!
Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkan dia atas seorang orang dewasa. Kerusi tinggi budak boleh digunakan selepas itu, apabila dia sudah pandai duduk dengan sendiri. 

• melakukan pergerakan mengunyah - pass!
Bayi anda mestilah boleh menolakkan makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi anda pandai menelan dengan efisien, anda akan memerhatikan yang air liurnya sudah kurang meleleh. 

• telah naik berat badan secara sihat - pass! lahir 3.77kg, masa 5 bulan berat dia adalah 8.2 kg!
Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan separa pepejal apabila dia menggandakan berat lahirnya, yang akan berlaku sebelum atau sekitar usia enam bulan. Jika bayi anda tidak mencapai berat badan yang normal, berbincanglah dengan pakar pediatrik anda. 

• amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan - pass! selalu terliur je
Bayi anda mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut anda. 

Tuesday, December 4, 2012

4 Dis 2012

4 Dis 1998 - 4 Dis 2012, 14 tahun nenek pulang ke rahmatullah.

Rindunya dekat dia. Rindu sangat dekat orang yang jaga aku masa aku baru lahir. Rindu sangat dekat orang yang excited sambut kelahiran aku suatu masa dulu. Rindu sangat dekat orang yang rajin melayan kerenah aku. Allah pinjamkan dia sekejap sangat dengan aku, 13 tahun je. Pergi pada saat aku masih baru nak kenal-kenal alam sekolah menengah. Pergi pada saat aku masih belum mampu nak beri dia kesenangan.

Bila dia pergi, terlalu banyak perkara berubah.

Sekelip mata, satu kebiasaan yang aku selalu buat dulu, tiba-tiba dah takde. Dulu, kalau raya mesti balik kampung, tapi bila dia dah takde, kampung tu pun entah ke mana. Hancur luluh aku tengok rumah yang suatu masa dulu penuh gembira, banyak kenangan, banyak pokok-pokok buah-buahan sekeliling, tiba-tiba hari ini, bukan lagi tempat aku pulang. Rumah itu dah sewa dekat orang.

Lumrah hidup. Kebiasaan hidup akan berubah bila hilang seseorang yang terpenting.

Semoga aman dan tenang nenek di sisi Pencipta-Nya.Bila Iman dah besar nanti, tetap akan aku cerita pada dia tentang moyangnya ini. InsyaAllah.


Monday, December 3, 2012

I can swim, woohooo !

Pertamakali budak tecit ni belajar berenang pada usia 5 Bulan 2 Minggu ( 15 November 2012 ).

Tapi bukan belajar berenang yang step by step tu. Ini cuma ajar dia kenal-kenal kolam, kenal-kenal air, kenal-kenal alam sekeliling dia. Saja-saja ajar dia main air. Mula ingat dia akan melalak-lalak taknak main air sebab belum pernah lagi kan, sekali masukkan dia dalam kolam................. rilex je dia. Ok je dia. Langsung tak ada cuak ke gayat ke. Impress!

Meh la tengok aksi dia dalam kolam.

swim4
Amboi. Buaya dalam air ( pada baju dia ) kemain suka ye!

swim1
Cuma nak tunjuk gerakan kaki Iman, tapi pic ni agak sexy, demi maruah Iman bila besar nanti, mama cover yang sexy guna bunga ye. Hehe.

DSC_0014-1
Steady je.

DSC_0017-1
amboi pipi dan mata! hidung mancung, hahaha.



DSC_1034-1
naik pelampung siap ada tukang tolak.

swim2
pertamakali di ajar berenang.

swim3
dia suka sangat dengan pelampung dia.

swim5
happy baby and a proud papa.

swim6
belajar step secara serius, haha

swim7
enjoy!

swim8
kaki Iman tu.....hahaha

swim9
amboi.

Lepas ni bolehlah bawa dia pergi swimming pool lagi. Disebabkan Iman rilex dan excited mandi kolam, papa dia dah belikan dia 1 kolam palsu. Hahaha. Yang boleh bentang di mana-mana termasuk dekat ruang tamu pun @_@

Seronok sangat tengok dia main air, berenang dan naik pelampung. Mungkin ini yang di namakan motherhood tak? hahah. Aku pun tak pasti terlalu awal ke ajar dia main air dan kolam, sebab aku tengok dekat oversea dan Sheikh Muzaffar pun intro swimming dekat baby diorang, masa awal-awal lagi kan. So aku rasa, ok kot intro dekat dia mengenai swimming. Selain untuk bersuka ria, boleh develop dia punya pemahaman tentang dunia persekitaran dia, boleh menyihatkan badan dia dan kuatkan otot-otot dia, kan? Ini pendapat aku je.


Tapi kalau dah bawa baby dekat tempat public, sila pastikan :
-baby tak tertelan air kolam tu ye sebab mengandungi kandungan klorin yang tinggi
-kolam tu tak terlalu ramai orang / pengunjung
-jangan terlalu lama bagi baby dalam air ( baby lagi kan)
-lepas dah swim, cepat-cepat bersihkan dia. Takut kulit dia kena ruam ke apa kan.

-paling penting, walaupun ada pelampung, jangan biarkan baby sorang-sorang, maksud aku macam kita letak baby atas pelampung, kita berenang sebelah dia ke, tak boleh ye,sebab kena fokuslah dekat baby. bahaya, apa-apa boleh jadi.macam pelampung Iman guna tu, kalau biar dia sorang-sorang memang tak akan terbalik, tapi apa-apapun boleh terjadi kan, so hati-hati.

-pakaikan dia diapers yang memang untuk swim. Aku masa ni, tak tahu pun wujudnya diapers khas untuk baby yang swim. Hehe. Aku redah je bawa Iman tanpa pakai pampers, sebab aku tahu jadual poopoo dia, hahaha.So selamat lah.

-Kalau baby baru pertamakali nak ajar dia swim, jangan terus masukkan dia dalam air tu, intro perlahan-lahan k, tengok dulu reaksi dia macam mana bila kaki dia sentuh air tu dan bila dia aware persekitaran dia hanya ada air semata. Kalau nampak dia macam takut, so jangan paksa, bagi dia masa. Kena pastikan dia rilex.


Itu jelah kot yang kitorang praktikkan.
Pertamakali berenang di kolam Avillion Admiral Cove, PD :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...