nuffnangku

Friday, November 30, 2012

My 1st Solid Food !

solidpuri1

Yes!
Carrot / Lobak + Susu.

Thursday, November 29, 2012

Avillion Admiral Cove Port Dickson : review.

Review ini berdasarkan pengalaman kami tiga beranak semata-mata. Kalau ok, maka aku akan kata ok. Kalau tak ok, akan di nyatakan juga. Hehe.

151120123754
Mula-mula cari papan tanda batu ni.Kemudian masuk ke dalam,kiri kanan ada pokok-pokok je, sebelum sampai ke pak guard.

151120123757-1
Ini dekat lobi, ada disediakan katil yang menghadap ke arah laut.

Walaupun agak panas sebab menghadap laut, tapi of coz memang best. Rasa tenang je jiwa tengok laut dan tiupan angin tu. Iman pun layan je.

DSC_0325


DSC_0322
menghadap laut.

DSC_0176
lobi.turun tangga untuk ke swimming pool :)

BILIK:

avillion-admiral-cove-port-dickson_060120110234509211
di ambil dari website Aviliion. Bilik kami memang sebiji macam dalam gambar ini, bezanya kitorang bukan seaview :)

Kitorang ambil bilik Superior yang boleh muatkan max 2 orang dewasa dan seorang kanak-kanak / baby. Malam-malam kalau nak tidur, boleh tarik sliding door sebelah katil. Tu memisahkan ruang kamar dengan beranda. So selamat dan tak adalah rasa macam seram. Walaupun hotel ni memang tak seram pun,heheh.Bila ada sliding door ni, tak adalah aircond ni direct ke arah kita, so tak adalah over sejuk. tapi masih sejuk juga, hehe.

151120123765-1
katil di rapatkan. Tapi mama dan baby tidur sekatil, wuwuwu.

DSC_0259
selesa.

151120123768-1
table for two.

151120123769-1
bilik mandi yang transparent :)

151120123766-1
sofa untuk rilex-rilex. Selesa dan cukup untuk tambah seorang lagi untuk tidur dekat sini ( serius selesa)

151120123767-1
ada sinki yang selesa untuk cuci botol susu :) sebelah tu meja study.Bawah sinki ( dalam kabinet) ada peti ais.

DSC_0258
dekat dengan stroller tu ada almari, dalam tu ada iron / seterika dan hair dryer.

Overall, aku bagi 4 bintang dari 5 sebab :
1) tak ada wifi. Di mana-mana pun tak jumpa, hee.
2) tak ada disediakan berus dan ubat gigi. Biasanya pergi hotel mana-mana ada je di sediakan -__-

yang lain-lain aku tiada complaint, sebab semuanya ok. Staff pun mesra. Bilik memang selesa. Persekitaran pun tenang je. Kolam mandi terjaga elok.

segmen : JEJAK KAKI KU DI BLOG MU

Ini pertamakali aku join segmen ni. Saja-saja join sebab boring. Hehe.Walaupun sedikit confuse dengan syarat yang maera bagi, tapi aku cuba buat apa yang aku faham k. :)

  1. http://www.maeraismail.com/
  2. http://indahsutera0605.blogspot.com/
  3. http://dia-honey.blogspot.com/
  4. http://ciksiputmanis.blogspot.com/
  5. http://lamanprincess.blogspot.com/
  6. http://wifecombat.blogspot.com/
  7. http://2octobersecret.blogspot.com/
  8. http://mrsdhya.blogspot.com/
  9. http://www.nieyxzha.com/
  10. http://creamyshuga.blogspot.com/
  11. http://juneaina.blogspot.com/
  12. http://www.syuhadasalleh.my
  13. http://cikdania.blogspot.com
  14. http://nyueyien.blogspot.com
  15. http://kay-akam.blogspot.com
  16. http://myjourneyandestiny.blogspot.com/
  17. http://farahijriah.blogspot.com/
  18. http://meyrajohn.blogspot.com/
  19. http://pandaiscute90.blogspot.com/
  20. http://ieranie80.blogspot.com/
  21. http://laramorreno.blogspot.com/
  22. http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com/
  23. http://www.mamashikin.com/


Ini pesanan maera :
Link lists akan diupdate lagi jika peserta makin bertambah ya, so peserta pun kena update link list itu k. Kemudian, kepada peserta,sila tinggalkan comment pada entry rakan-rakan yang join sekali. Kena jujur ya. Dah namanya blogwalking kan. Maera juga akan meninggalkan jejak dalam entry anda. =)
Moga aktiviti nie tak terhenti disini saja. Maera harap dengan blogwalking seumpama ini, kita boleh semakin mengeratkan tali silaturahim sesama muslim. Maera akan create satu lagi bloglists KHAS UNTUK PESERTA SEGMEN INI. InsyaAllah ya. =)

Wednesday, November 28, 2012

Reaksi Iman buat pertamakali

pelik tapi benar, haha.

Tuesday, November 27, 2012

Selamat Hari Lahir.

Untuk suami aku, 24 November 2012.

" semoga panjang umur, murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat "

" kami berdua sayang papa" - dari mama dan Iman.









-- ucapan-ucapan yang lain biarlah jadi privasi. Dah kata duduk serumah, tak akan lah nak ucap birthday pun nak ucap dekat sini kan. Face to Face sudah. Hehe

Monday, November 26, 2012

Holiday Kami Yang Pertama!

Sebab pertama kali pergi membawa bersama si anak, Ziyadh Iman pada 15 dan 16 November 2012.

Minggu lepas kan ada cuti panjang sikit, so suami ajak pergi Port Dickson untuk bercuti secara rilex-rilex. Mulanya kitorang nak juga pergi Cameron, tapi bila fikir jalan yang bengkang-bengkok dengan cuaca yang tak menentu, sebab kejap-kejap hujan, kitorang tak beranilah nak merisikokan Iman. Kitorang risau kesihatan Iman. Itu yang paling penting.

Papa dia kata, ini kali pertama holiday, bawa tempat dekat-dekat dulu, kang bawa jauh-jauh terus, terkejut Iman. Mama tak ada hal, sebab pergi mana-mana pun, asal ada muka laki dengan anak depan mata, im ok with it, gituw. Tujuan pergi PD memang bukan nak mandi pantai ke apa ( bahaya ada anak kecil ) tapi saja-saja nak rehatkan otak dan badan. Memang nak duduk lepak-lepak je. Ala bukan kitorang pergi berhari-hari pun, pergi khamis,balik jumaat. Cukuplah tu kan. Lepas tu terus balik Melaka, itu lagi lah heaven kan.

Segala urusan booking dan apa-apa berkaitan dengan holiday ni, di handle sepenuhnya oleh si papa.

151120123754
Kitorang stay dekat Hotel Avillion Admiral Cove

Rabu tu aku dah siap kemas-kemas apa yang patut. Baju dan barang-barang Iman memang kena packing awal-awal, sebab kalau last minit baru nak kemas, memanglah ada yang tertinggal nanti. Walaupun orangnya masih baby dan kecil, tapi barang dia adalah 90 percent memenuhkan ruang kereta kami. Mama dan papa ada beg baju sorang satu. Tu je. Tapi yang memenuhkan bonet kereta, seat depan dan belakang, adalah barang budak tecit ni @_@

Khamis tu Iman macam tahu-tahu je nak pergi berjalan. Siap dia bangun awal tu. Selalunya dia bangun dan tidur semula, tapi hari tu, bangun dengan bersemangat tu. So kitorang keluar rumah dalam pukul 11 pagi.

sblm
papa depan, kami di belakang. ready to go!

Sampai Pd dalam pukul 1 lebih kot. Berhenti lunch kejap dan pusing-pusing area PD tu sebab tersesat masa nak cari hotel dan singgah beli pelampung untuk Iman.Yes, actually kitorang ada survey pelampung untuk baby, siap pergi Jusco Aeon lagi nak beli pelampung, nasib baik tak ada untuk baby, sebab kalau ada, mahaaal nya. Lepas tu, papa dia survey online, dan kata pelampung ada jual dekat PD. Yess. Kedai pertama yang kitorang singgah, tak ada pelampung cun pun, harga RM15. Kemudian kitorang pergi kedai lain, dapatlah RM10. Nasib baik reti bersabar kan :)

Kemudian, terus check in hotel pukul 3 petang.

151120123757-1
Iman layan blues sementara tunggu papa selesaikan urusan check-in :)

151120123763
urusan check in settle, terus ke bilik. Yeyhh.

sampai
reaksi Iman bila pertamakali sampai dan diletakkan di atas katil.
kiri : pura-pura baring elok-elok
kanan : beberapa saat je terus bergolek!

151120123765-1
terus meniarap dan gelak-gelak -_-'

Lepas dah check in terus rehat-rehat. Kami tiga beranak tidur lepas tu ok :) Dalam pukul 5 kitorang bangun dan bersiap nak bawa Iman mandi kolam.

DSC_1021
Iman dan pelampung Ben10 dia.

DSC_1025
Bersemangat diorang ni.

DSC_1034-1
lihat muka jaguh renang bernama Iman tu. Steady tu.

DSC_0005-1
berbual ke?

Puas bermandi-manda dah dekat pukul 6.30 petang, so siap-siap nak balik ke bilik. Bawa baby ni tak boleh lah nak rendam lama-lama walaupun masa tu cuaca cerah lagi.

DSC_0176
Pulang ke sarang, haha.

Malam dalam pukul 8, kitorang keluar makan. Then, balik hotel. Lepak-lepak je.

famili
papa hanya watak sampingan. Kami berdua yang beria berposing, ahak.

Jumaat, kitorang turun sarapan dalam pukul 8 lebih. Masa makan tu Iman bantai tidur, hahaha. Mesti mengantuk sangat tu.

161120123801
alahai,pengsan dah dia. Grrrrrr.

Mulanya ingat nak bawa dia mandi kolam lagi dalam pukul 10 tu ke sebelum check out, tapi dia tidur nyenyak dari masa kitorang makan sampailah pukul 11 -____- . Pukul 12 dah check out.

Sebelum itu :

DSC_0296-1
gambar sekeluarga, haha.

Bila dah ada anak, memang rasa sangat best bawa dia bercuti, walaupun kitorang memang tak ada buat apa-apa aktiviti selain lepak-lepak, tapi itu pun dah cukup terbaik kan ( bagi aku lah) sebab yang penting boleh rehatkan minda, otak, badan dan boleh recharge semula. Lagi seronok sebab boleh nampak Iman memang seronok sangat. Dia ok je sepanjang holiday, langsung tak cranky. Aku mula-mula risau gak kalau dia cranky ke or kena gangu ke, tapi alhamdulilah, dia ok je selama berada di sana :)



Akhir sekali, terimalah gambar ini sebagai penutup.

DSC_0335-2
Buat muka sambil termenung jauh masa tengah tunggu papa settlekan urusan check out :)

Saturday, November 24, 2012

instagram.

Sesiapa yang ada instagram, jum lah follow kite.hehe.biasalah kan, kat sini,mana rajin sangat nak upload pic daily kite...sane jela tempatnya.Lagipun kalau hari-hari upload berpuluh photo kat sini, memang orang menyampah je baca, haaha

Cari nama : veelara12
Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, November 23, 2012

Update Perkembangan Iman : 5 Bulan.

Memang lambat pergi check- up nya.

22 Nov baru nak pergi padahal dah nak masuk 6 bulan dah. Tak apa lah kan. Asalkan pergi juga, sebab banyak sangat agenda nya :)

DSC_0224-1edit
zebra mode turn on. hehe.

check-up usia 5 bulan ( 22 Nov 2012 ) :
berat : 8.2 kg
panjang : 69.5 cm
lilit kepala : 43 cm

Aku rasa panjang dan ukur lilit kepala Iman tak accurate bulan ni. Sebab masa nurse baringkan dia nak ukur panjang, dia pergi angkat kepala. Sebab bulan lepas panjang dia adalah 70 cm. Bulan ni 69.5 cm. so memang tak logik, sebab takkan dia memendek pula kan? Aku tengok makin panjang je budak ni. Hehe

Ukur lilit kepala pun sama. Bulan lepas 47 cm. Tapi bulan ni 43cm. Takkan kepala dia mengecil pula kan?Padahal beran dia semua ok je naik? Lagipun masa nurse ukur kepala dia, dia marah nurse tu sebab biasalah dia mana suka kena baring.Siap nak pegang-pegang tali ukur tu.

Berat dia naik 1kg lagi, alhamdulilah. Aku nervous juga asalnya sebab masa Isnin dan Selasa (19 nov dan 20 nov) dia kena cirit birit.Kesian kot kat dia. Tapi bukan setiap jam sekali.Setiap 4 ke 5 jam sekali poo poo. Tapi rabu dah ok. Alhamdulilah, lega. Kalau tak, kesian, masa tengah tidur pun mengagau meniarap sambil mata pejam sebab nak poopoo. Lagi kesian kat mama dan papa dia, bergilir tu settle kan dia :)

Senarai semak perkembangan Umur 5 Bulan
1}Bayi boleh mengawal kepalanya ketika ditarik dari keadaan baring ke duduk - checked!
2)bayi boleh meniarap dan menelentang - checked!
3)Bayi boleh menggengam objel-checked! 
-berapakali dah hset aku jatuh sebab ditarik oleh Iman ni :(
4)Mata bayi mengikut pergerakan objek - checked!
5)Bayi bertindakbalas pada buyin- checked!

style apa ni? macam dalam percubaan nak merangkak tapi setakat montot dan lengan je di angkat, tiada pergerakan ke depan atau ke belakang di hasilkan, haha.
Merengek sikit je masa kena cucuk dekat peha kanan. Yang tukang pegang adalah papa dia. Mama tak masuk, takut you! Inject yang sama macam masa umur 2 dan 3 bulan, kali ni dos ke 3.


22 Nov : Iman berusia 5 bulan 3 minggu 1 hari !

Thursday, November 22, 2012

Gambar-gambar Iman masa cukur jambul.

Majlis dah berlalu dekat sebulan ( 27 . 10 . 2012 )

Tapi aku baru sempat nak upload beberapa gambar untuk jadi kenangan di blog ini. Hee. Gambar-gambar sekitar majlis kesyukuran si Ziyadh Iman ni :) .Of coz lah gambar si pengantin kecil yang caught in action. Haha.

Jom lah tengok gambar je, mama nya malas nak cerita banyak. Semua dah di ceritakan dalam entry sebelum-sebelum ni pasal majlis cukur jambul cari makan Iman ni. Hahaha.

1moment4
Iman buat muka risau.

edit5
Papa cuba setenang yang boleh, haha.

DSC_0700
Jari tak lepas dari mulut.

edit2 (1)
Alamak!

edit4
Auww.

edit3
OhMaiGucci. Habislah rambutku.

edit1
Ape benda ni? -- Iman cakap dalam hati.

1moment3
Nervous.

1moment
Iman rilex jer.

DSC_0760
Iman bagi pesanan berupa amaran keras pada cousin dia yang sedang nak pegang gunting, potong jambul dia.

1aa-1
Adoi. Mama muk nya.

1moment5
Majlis dah nak tamat. Iman dah separuh bogel. hahaha. Ape punya family potrait daa.


Sekian, wayang tamat. Eh?
hahaha.

Wednesday, November 21, 2012

The Familia 2012.

Masa raya aidilfitri, giliran raya pertama di rumah aku. So, memang tak sempatlah nak ambil gambar sekeluarga di pagi raya sebab masa raya kedua kitorang sampai petang, ada adik beradik suami yang dah bersiap nak balik sebab ada urusan kerja.

Maka, masa raya haji yang kedua 27.10.12, masa majlis cukur jambul Iman, sempatlah kitorang bergambar sekeluarga. Tahun ni memang excited sikitlah nak bergambar sekeluarga, sebab ada pertambahan ahli keluarga kan. Haruslah semua pun excited nak memotraitkan si Ziyadh Iman bersama dalam gambar kenangan ni.

Tapi anak aku ni, dan dan masa ni lah tak nak pandang kamera kan -__-

Apa boleh buat
--redho jela.

DSC_0880
Family belah suami. Semua ada.

Monday, November 19, 2012

Untuk Anakku.


Untuk Anakku,
Bila aku kata aku sayangkan kau, 
percayalah itu adalah benar.
Bila aku katakan cinta itu untuk selamanya, 
ketahuilah aku tak akan sesekali tinggalkan kamu.
Tapi bila ianya terjadi juga dan aku terpaksa pergi, 
berjanjilah kau tidak akan menangis.
Kerna pada hari aku meninggalkanmu, 
adalah pada hari kematianku.

Terima Kasih Allah kerana memilih dia sebagai anakku.

gambar ini bukan aku upload terbalik k. Dia yang posing macam ni.

Thursday, November 15, 2012

Header Blog.

Aku ni ada penyakit suka tukar header. Kahkahkah.
Entahlah, aku cepat bosan tengok benda yang sama je. Nak tukar yang lain-lain, aku sayang, sebab kang susah pula nak betulkan semula.Tapi aku memang suka background putih bersih dan header yang simple.
Sedap mata aku memandanglah. Heee.So dengan tukar header jelah yang mampu pun. Umpama macam korang tengok aku hari ni dress up lain, esok lain pula. Hahahaha. Kaitkan dengan benda yang entah apa-apa.

Esok lusa, bertukar lagi ni
haha



Asmiza tanya kita hari tu kan. Kita reply sini teruslah ye?
Kita edit dekat edit biasa tu je, tak ada guna adobe photoshop ke apa.
Kadang-kadang kita guna photoscape tu je.
Semuanya buat manual.
Hahaha.
Cth : pergi dekat paint, dapatkan pic kosong je.
Then pergi dekat photoscape pula, upload pic tadi then edit.
Sebab tu header kita simple sangat.


Nursing In Public - tapi aku bukan BF mum.

Aku bukan breastfeed mum.

Tak apa, next anak, aku cuba jadi breastfeed mum ( aku fikir positif).

Aku pun baca blog si mantot tu. Semua entry pasal NIP (Nursing In Public) dia, aku baca.

Setiap orang ada pendapat dia sendiri. Cuma aku rasa, mantot ni patut komplen ke tegur ke apa ke sesuatu yang di dalam bidang dia sendiri, yang bukan bidang dia? Diam -diam sudah, sebab ternyata ilmu yang dia ada senipis kulit bawang pasal BF ni. Cari ilmu dan research dari pelbagai sudut dulu please sebelum tegur orang. Phewww!~

Untuk Bf mum, anggap je mamat ni salah satu cabaran korang dalam bf ye. Chaiyokk.

Wednesday, November 14, 2012

Tak Sangka..



Wordless Wednesday sungguh.
Tak sabar nak pergi short vacation dengan famili kecilku.
Aku ni pergi mana-mana pun tak apa, asalkan suami dan anak ada bersama.








Monday, November 12, 2012

Menu Baby Mengikut 4 Day Rule ( bila baby berusia 6 bulan )

Untuk panduan ibu-ibu yang pening nak fikir nak introduce macam mana solid food ni pada anak. Ikut 4 day rule ok. Maksudnya 4 hari menu yang sama sebelum tukar ke menu yang baru.

Hari Menu
Hari ke 1 - 4 1 jenis buah ( contoh : epal )
Hari ke 5-8 epal (puri)+bubur beras kosong
Hari ke 9 -12 1 jenis buah baru (contoh: pear) + beras bubur kosong/oatmeal
Hari ke 13 puri epal + puri pear + bubur beras kosong (dipanggil waktu rehat,hehe)
Hari ke 14 puri epal +puri pear+oatmeal (dipanggil waktu rehat juga, hehe)
Hari ke 15 -19 1 jenis buah baru (contoh: pisang) + bubur beras kosong/oatmeal
Hari ke 20 puri pisang +puri epal+bubur beras kosong/oatmeal
Hari ke 21 puri pisang + puri pear + bubur beras kosong/oatmeal
Hari ke 22 - 25 1 jenis vege (contoh : peas) +bubur beras kosong/oatmeal
Hari ke 26 combo apple sauce + peas puri + oatmeal ("waktu rehat")
Hari ke 27 apple sauce + peas puri + bubur 0 ("waktu rehat")
Hari ke 28 1 type of new vege (contoh carrot) + bubur beras 0 atau oatmeal


sharing is caring.

Daaa.

Friday, November 9, 2012

Realiti Sebenar Tentang SAHM.

SAHM : Stay At Home Mom !

Siapa tak nak kan? Lebih-lebih lagi bila dah ada anak, perasaan untuk jadi SAHM adalah sangat membuak-buak. Macam tak boleh nak ditahan-tahan lagi. Setiap masa bila menghadap kerja, mesti fikir tentang SAHM. Bangun tidur mesti fikir SAHM ( kecuali sabtu ahad lah kot? hehe).

Dalam dunia ni, tiada apa yang mudah.
Tiada apa yang tiada risiko. 
Tiada apa yang tidak ada kebaikan dan keburukannya kan.


ini benar!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...