nuffnangku

Sunday, September 30, 2012

Beg Untuk Bawa Baby Pergi Jalan-Jalan.

Entah apa punya tajuk entah.

Aku tak tahu nak letak apa sebagai tajuk yang ringkas dan senang faham. Sebenarnya ini beg yang aku guna dan bawa kalau nak bawa Iman pergi jalan-jalan untuk tempoh sehari, macam pergi shopping complex ke pergi rumah kawan ke. Kalau nak balik kampung, memang berbeg-beg lah yang kena angkut :)

Dulu, pergi mana-mana bawa handbag. Masa tu memang syok lah membeli beg tangan ni. Tapi sekarang, memang tak perlu dah, sebab kena angkut beg Iman. Ohh. Apa dah jadi dengan aku? Gaya semua tak ada dah, sobss sobss. Tak apalah nak, ini pengorbanan mama untuk awak, ahak.

280920123092-1
Ini beg diapers Iman, hadiah dari Apis. Tq uncle apishh.

280920123093-1

Ini isi dalam beg tu.
1.changing mat
2.seluar  + baju ( biasanya aku lebihkan seluar dalam 2 helai lagi, biasalahkan poopoo takut terkena nanti )
3.napkin, 2 helai
4.sweater
5.wrislet mama ( macam ni la gaya orang dah tak berhandbag lagi da)
6.pampers 4 pcs
7.bedak dan toilettories travel pack.
8.vicks
9.babywipes
10.sapu tangan

280920123095-1
Ini 2nd handbag.

280920123094-1
1.termos
2.susu
3.botol ( biasanya letak 2 botol)
4.air suam

Kalau kitorang keluar tak bawa stroller, aku akan bawa 1 beg je. Beg yang dekat atas tu. Dalam tu aku isi sekali termos, milk dispenser, air suam dan 2 botol tommee tippee. Memang aku tak bawa setin macam tu. Pengsan nak angkut banyak-banyak. Tapi aku ni jenis particular sikit. So walaupun dalam beg semua aku letak yang comel-comel je, tetap aku standby susu setin tu untuk tinggal dalam kereta. In case, tetiba dah plan lain, then ter'drag' plan ke, termerayap lebih dari waktu yang kitorang bajet ke, so tak payah nak risau pasal susu budak tecik ni. Ada je bekalan lebih dalam kereta.

*

Saturday, September 29, 2012

Pacifier atau Jari?

Tak pasti yang mana satu.

Aku tengok ramai je bagi anak diorang pacifier atau puting ni. Kadang-kadang baru sehari dua lahir pun dah bagi. Iman memang aku tak terfikir pun nak bagi. Sebab aku sendiri tak tahu bila patut bagi puting tu dan kenapa nak kena bagi. Jujur ni, aku betul-betul blur time bila nak bagi pacifier ni.

Tapi masuk ke usia 3 bulan, Iman mula suka hisap jari dia. Air liur pun berjejeh je macam air hujan. Orang tua-tua kata sebab ada benda yang aku mengidam tak dapat. *tak percaya sebab aku tak ada mengidam apa-apapun. Kadang-kadang dia hisap bukan 1 jari tapi sampai sepenumbuk tu nak masuk mulut.

Sebagai ibu baru, mestilah aku risau. Aku siap risau kalau jari dia kecut. Kehkehkeh. Siap cakap dekat Etty. * Hai Etty!* tetiba. Etty kata tak adalah. Jari tak kecut. Hihihi.

Aku baca dari dua info ini dan buat perbandingan :
Hisap jari normal
tentang hisap pacifier dari babycenter


040920122747
kalau muat, penumbuk ni semua nak masuk mulut

100920122840
syoknya

180920122944
tengoklah habis berjejeh air liur. huh.

Lepas tu malas fikir dah. Biarlah dia hisap jari je. Hehe. Dua-dua pun ada kebaikan dan keburukannya. Jadi sebagai ibu kepada anak kita, pandai-pandailah fikir apa yang ok dan tak ok untuk anak.  Tak semestinya ok dekat anak orang, akan ok juga dekat anak kita. vice versa.

Kadang-kadang ada yang taksud sangat dengan certain info yang diorang dapat hasil sharing-sharing dari FB tu. Aku, ada masa percaya, ada masa tidak. Kena tengok dulu sumber tu dari mana. Tak boleh main hentam je semua benda pun nak terima dan percaya bulat-bulat.

Friday, September 28, 2012

Doaku.


Ini sebuah dedikasi dan doa untuk seseorang yang baru nak mula bina kehidupan berumahtangga bersama pilihan hatinya. Semoga jodoh ini berpanjangan sampai syurga. amin. Dia nikah hari ni. Barakallah!



Do’a untuk Pengantin Baru:“Barakallahu laka wa baraka ‘alaik, wa jama’a bainakuma fi khair”Mudah-mudahan Allah memberkatimu, baik ketika senang mahupun susah dan selalu mengumpulkan kamu berdua pada kebaikan”  
                                                          (HR. Abu Daud, Tirmidzi dan Ibn Majjah)


MENURUT Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata : 

Maksudnya: "Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan.”
Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan “Semoga berbahagia dan banyak anak.” sumber dari sini [ klik ]  



Thursday, September 27, 2012

Kamu tahu kamu seorang mummy bila :

Meh aku tulis sikit kriteria-kriteria seorang mummy.

Ini semua berdasar pengalaman aku yang tak sampai setahun jagung jadi seorang mama. Siapa yang lebih kurang sama dengan aku, meh komen.

Kamu tahu kamu seorang mummy bila :

1) topik perbualan dengan kawan adalah pasal warna poopoo anak atau jadual poopoo anak T_T

2) semua pasal anak, sibuk nak update. Nak cerita dengan kawan. Atau cerita dekat blog.

3) mula hafal semua atau certain lagu-lagu nursery rhythm. Tak kisahlah yang islamic atau yang twinkle twinkle tu. Kes Iman, papa dia pun hafal certain lagu. Kahkahkah.

4) rumah dh macam nursery atau tadika. Penuh dengan mainan.

5) sales untuk pakaian/barang-barang wanita bukan lagi nafsu utama korang. Sebaliknya, baby expo, baby sales, memang korang antara muka yang pertama tersengih macam nak terjah masa tu juga :) *aku kata bukan nafsu utama tau, bukan mati nafsu terus.hahaha.

6) bila korang, tanpa ada anak bersama pun, lagu-lagu nursery rhythm bermain di fikiran. ( Pernah terjadi kat aku, seharian lagu-lagu tu bermain kat kepala, aku cuba buang, tak boleh, semua gara-gara aku dok hafal lagu tu konon nak nyanyi untuk Iman nanti senang, arghhh)

7) bila korang tengok diapers sama macam korang aim handbeg mahal-mahal. tambah kalau ada sales diapers di mana-mana.

8) bila dulu korang bersiap bila nak keluar rumah, jalan-jalan  ambil masa dekat setengah jam atau lebih. Sekarang, kurang 10 minit :(

9) bila pergi mandi, siap tak tutup pintu bilik air sebab punyalah risau dekat anak kalau jadi apa-apa bila tinggal berdua je dengan dia, hahahah.

10) bila tempat utama yang korang akan masuk dulu adalah kedai barangan baby!

11) bila keluar jalan-jalan, kadang-kadang kat baju ada kesan air liur anak, atau muntah dia. hhahaha.

12) bila keluar berdua dengan papa, akan cepat rasa bersalah sebab baby tak ikut T___T.

13) bila rumah korang ada babytv atau apa-apa application dekat tab untuk download untuk baby T__T.

14) bila kisah mana-mana anak kecil tengah sakit atau menderita boleh buat korang menangis.

15) bila babywipes adalah lebih penting dari sebatang lipstick bila nak keluar rumah.

16) bila pergi mana-mana shopping complex, sibuk cari baby room :)

17) kerap bangun tengah malam untuk check keadaan anak-anak. tukar diapers etc etc.

18) Mesej suami dengan topik utama : anak. Jarang dah nak mula cerita pasal diri sendiri :)

19) sanggup tadah muntah anak dengan tangan sendiri dan tak fikir 2 kali tentang itu.

20) kadang-kadang rasa nak anak tu duduk semula dalam perut kita, senang, boleh bawa dia ke mana-mana je dengan kita.

21) rindu saat-saat baby dalam perut.

22) profile picture korang dah jarang dah letak muka sendiri. mesti gambar anak atau bersama anak :P

23) bila handbeg yang stylo perlahan-lahan dah digantikan dengan beg pakaian / keperluan anak :(

24) space kereta mula dipenuhi dengan barang-barang anak. Stroller dia, carseat lagi. Macam-macam lah.Kereta aku tu siap ada mainan gantung-gantung lagi, dah macam nursery dah.

25) bila korang sanggup nangis / sentap kerana susu. Yes! susu. Selama ni sebelum ada anak, korang tak pernah kisah pun pasal susu ni. Tapi semua berubah selepas ada anak.

    . . .dan list ini tidak berkesudahan, kan?




Wednesday, September 26, 2012

Wajah.

Genap 550 hari 
     . . . sejak sah bernikah. Bersamaan dengan 1 tahun 6 bulan berkahwin.


25 Mac 2011 - 25 September 2012 - happily ever after ( Amin ).

DSC_0074a
ini pic candid. bukan lakonan :)

Sungguh tak percaya. Betapa cepatnya masa berlalu. Lagi 6 bulan, untuk genap 2 tahun. Alhamdulillah. Pada tempoh genap 550 hari bernikah, kami sudah memiliki harta yang paling berharga di dunia dan di akhirat : Ziyadh Iman. Ya,si dia adalah komitmen sepanjang hayat kami. InsyaAllah.

Semoga Allah merahmati perkahwinan ini dan memberikan kami yang terbaik dalam setiap usaha kami. Amin.

p/s : Di wajah mereka ini, ada bahagia jiwa yang aku cari. Yang tak mungkin ditemui pada wajah yang lain.


Monday, September 24, 2012

Review Stroller Halford S8 Pramette.

Masa baby Iman belum lahir, husben berkenan sangat dengan Sweet Cherry 5.

stroller6
Hello Aunty.


Tapi ...

masa tu, memang kitorang tak beli lagi. Hanya husben setiapkali pergi Aeon, mesti pergi bahagian stroller Sweet Cherry ni. Pergi buka-tutup-adjust entah apa benda entah dekat stroller tu. Kadang-kadang aku leka dekat bahagian baju baby ( mak-mak memang camtu la kan? hehehe), sedar-sedar entah ke mana lah husben aku dah menghilang. Kalau masa belum pregnant dan ada baby, mestilah dia menghilang pergi ke bahagian barang-barang elektrik dan gadget-gadget. Tapi sejak pregnant dan sekarang, Iman dah lahir pun, senang je nak cari dia, dekat bahagian stroller, melakukan kerja yang sama : buka - tutup - adjust itu ini pada stroller display itu  T_T

Masa pregnant memang tak beli pun sebab tak pasti, anak kami besar mana ( eh?) dan stroller yang macam mana sesuai untuk dia. So tunggu lepas dia lahir dulu lah. Masa belum lahir, utamakan dulu barang-barang yang penting untuk sambut kehadiran dia bila lahir nanti.

Masa Iman baru lahir pun, kitorang belum rasa macam stroller ini macam satu kepentingan sangat. Masa Iman dalam hari dan sampai ke 2 bulan lebih, memang kitorang tak bawa Iman pergi jalan-jalan. Kalau bawa keluar pun, kitorang guna Sweet Cherry Baby Carrier je. Sebab tak keluar lama pun, paling lama 2 jam je. Hehehe.

Tapi makin lama dia pun makin membesarkan. Kalau nak kendong, wah kendong gituww, haruslah kremm tangan papa dia. Lagipun aku kesian tengok Iman bila dia mengantuk masa kitorang bawa keluar tu. Dia tidur dalam keadaan di kendong which is macam kurang selesa lah untuk dia. Bayangkan dia tidur dalam keadaan macam dalam gambar di bawah ni untuk tempoh masa yang lama? Oh cannot. Mama nya tak sanggup :)


Jadi pada ketika ini, stroller adalah satu kepentingan.

Pada raya ke 5, kitorang singgah KL lepas beraya di kampung husben. So berjalan-jalanlah kami 3 beranak. Misi mencari stroller. Suami eh husben, eh mana-mana lah, asalkan korang faham, hehehe, asik dok belek Quinny Zapp Extra tuww je. Hilang ke mana entah minat dia pada SC5 tu. Padahal dari Iman 5 bulan dalam perut dia asik minat dekat SC5 tu. *geleng kepala malas layan*

Bab stroller, memang bukan kepakaranku. Bagitahu awal-awal ni. Jadi, kalau aku yang memilih, aku cari ciri-ciri yang aku nak je. Mestilah apa yang aku nak tu takde totally. Tapi aku masih boleh kompromi lagi kalau sipi-sipi tu ada :)

1) boleh laras sampai recline / baring habis. Sesuai untuk newborn. Selain ada 4 posisi untuk recline.

stroller7
tengoklah. Dia tidur macam atas katil je. Punyalah nyenyak.

2) Bila anak tidur, atau untuk newborn, dia menghadap kita. Rasa selamat. Sebab risau kalau tak boleh facing kita, kot-kot anak lemas ke muntah ke tak perasan. Sebab parent dok sibuk shopping :)  selamat pun iye juga sebab kaki baby takde lah terjulur je, ada penghadang.

stroller2
menghadap kita bila di laraskan untuk newborn/ baring.

3) Kalau baby dah boleh kawal kepala dan nak rilex sikit bawa berjalan, boleh adjust jadi macam gambar di bawah.Tapi tak facing kita lah. Tapi peringkat usia baby dah 3 bulan ke atas, tak ada apa nak risau sangat :)
-tempat letak kaki boleh di tutup (selamat untuk baby yang tak berapa nak besar, so tak bolos)
-kalau baby menghadap depan, stil ada ruang untuk tinjau keadaan dia melalui tudung tu. (eh tudung? )

4) tayar tak kejung. Aku tak reti handle troli yang tayar kejung macam troli giant tu. Meraban merata langgat barang kang tak memasal.

stroller5
3.tempat letak kaki, yang ada penutup. Baby tak akan terbolos ( gambar kiri )
4.tayar yang tak kejung  dan ada safety lock untuk tayar( gambar kanan )
kalau baby dah besar, ada tempat letak tangan.

DSC_0015
Nampak tak betapa selesanya budak tecik ni.

5) Shopping bag ( betul ke nama benda ni?) / tempat letak barang yang besar. Boleh letak 1 bag pampers, 1 beg baju dan 1 beg untuk susu Iman. Ini keutamaan yang aku cari (eh?)

stroller4
atas : ketika kosong
bawah : penuh dengan muatan. hehe.

Ini keadaan stroller tu bila di lipat. Compact Umbrella Fold.

DSC_0132
dalam keadaan berdiri.
stroller3
atas : di baringkan.
bawah : bila di buka. Handle tu bole adjust ikut selesa.
Aku berpuas hati dengan pilihan suami selepas tanya persetujuan aku. Cuma tak berapa best, sebab agak bulky / besar plus berat dalam 10 kg kot.Tapi nasib muat dalam bonet keretaku. Eh, kereta kitorang. ngeee. Tapi aku rasa selamat, tak adalah rasa nak melayang je bila baby meronta ke apa. Hahaha. Siap ada tempat untuk Iman tumpang sama bila dia dah besar dan ada adik nanti ( eh? ). Kalau tak silap boleh pakai sampai 4 tahun ke 3 tahun dalam 18 kg, gitu lah, lupa.

Harga yang kitorang dapat after less : RM 560.

Kami.
stroller1
kiri: kami, otw pergi beli stroller.
kanan : sedang survey sebelum membeli. Beg oren tu bukan laki aku.Apatahlagi baju merah tu, KAH KAH KAH.

stroller8
kiri: bila sedang di tolak.
kanan : pertamakali kitorang guna stroller ni lepas beli. See the baby. hahaha.Muka ketat sebab kena baring dalam gambar, padahal papa-mama posing. OMG, mama betul-betul gomukss. Grrrrr.

Harga Online :
littlewhiz.com : RM799.00
babycaremalaysia.com : RM719.00
mybbstore.com : RM799.00

Sunday, September 23, 2012

Kelebihan ayat Kursi.


copy paste dari sini :  http://www.rindok.com/blog/kelebihan-ayat-kursi/ untuk simpanan dan peringatan diri sendiri dan semua yang sudi berkunjung ke blog ini.

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”
1. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
2. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.”
3. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.”
4. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.”
5. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.”
6. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.”
7. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.”
8. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.”
9. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.”
10. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.”
11. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala Nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat.”
12. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.”
13. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.”
14. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.”
Credit to one-ummah.net

Cabaran mummy baru yang pertamakali jaga anak sendiri.

Aku la tu.

Berpeluh ok. Sila refer entri cabaran ini.Sementara Iman tidur ni meh aku nak cerita macam mana berpeluhnya aku handle budak tecit ni sorang-sorang bila suami aku kerja.

Aku baru je bawa dia balik dekat rumah kitorang. Sebelum ni memang aku duduk rumah parent je. Tapi aku balik KL pun tak lama lah. Aku ada banyak agenda nak kena buat, so aku dan Iman ni macam orang nomad. Hidup berpindah- randah. Hahaha. Kasihan pula dekat papa dia sebab setiap minggu nak ulang-alik kan. Banyak $$$ juga yang keluar. Walaupun papa dia tak pernah merungut, tapi mama nya fikir juga semua tu. Selain ada agenda lain yang terselindung, wahahaha. Kalau balik rumah sendiri, kita boleh buat macam mana pun, tak ada siapa nak marah , nak bebel atau nak marah. Boleh keluar berjalan ke mana je yang kita nak. Nak balik pukul berapa pun, tak ada siapa nak kisah ( tak juga, jiran aku hari tu bising kitorang bawa Iman keluar petang T__T ).

Tapi tak bermakna lah aku nak komen apa-apa. Tak. Aku cuma cerita je. Aku ni memang suka berjalan. Masa belum ada Iman pun, kitorang laki bini, sabtu ahad memang ada je tempat nak keluar. Jadi kalau duduk rumah parent, jangan nak haraplah mak ayah aku rajin nak berjalan sangat kan. Suami aku je rajin layan :)

Mula-mula bawa dia, tingal berdua je dengan dia, memang berpeluh juga nak melayan dia meragam. Nak berdukung, nak menangis je keje. Aku pun dah tak tahu nak buat macam mana. Yela, sorang-sorangkan handle dia. Siap husben call aku lagi sebab risau bila aku kata Iman asik menangis tak henti. Tapi bukan sawan ke apa. Menangis je keje dia. Duduk salah. Dukung salah. Semualah salah. Pening kepala aku. Akhirnya, tahu apa jadi? Aku nangis sama. Kahkahkah. Sila tampar aku sekarang.

Yelah, bila kita sudah usaha macam-macam sapu minyak kat perut dia, buat itu buat ini semua tak jalan, maka jalan terakhir yang langsung tak membantu adalah nangis. Hahaha. Lepas tu lega. Tak adalah lama sangat aku nangis pun. Sekejap je. Masa tu memang aku peluk Iman yang tengah melalak tu, peluk jela. Pujuk dia pun tak. Usaha apapun semua tak buat dah. Letih tahu! Aku biarkan seketika semuanya.

Suami balik petang tu, memang dia handle Iman. Sebab dia kesian kat aku yang seharian letih mental dan fizikal jaga si Iman ni. Dia suruh aku rehat dan tidur dulu. Biar dia layan dan jaga Iman. Yang pelik, ok pula dia bila papa dia dah balik rumah. *Geleng kepala, tak faham lah budak kecik ni.

Hari kedua dan ketiga pun dia meragam juga, Tapi tak seteruk hari Isnin tu. Aku rasa dia beralih rumah kot. Belum serasi sangat kot. Ada sekali tu, dia menangis dan mimik muka macam 'nampak' sesuatu. Gila kan. Aku ni tak berani mana nak oi. Tapi selama setahun lebih duduk rumah tu, tak pernah ada apa-apa pun. Adik ipar aku pun duduk sekali dengan kitorang, so bila kitorang balik kampung ke, keluar jalan -jalan balik lewat ke, dia tinggal sorang, belum pernah lagi dia komplen apa-apa pasal rumah tu. Pheww!

Aku siap fikir dah. Tak boleh sabar lagi dah. Aku nak balik rumah parent secepat mungkin. Aku tak larat sangat nak jaga Iman yang meragam je. Pingang aku, badan aku habis sakit-sakit. Bayangkan lah dia cranky dan nak berdukung je dari pukul 12 tengah hari sampai ke 5 petang. Dalam tempoh tu, kalau dia tidur pun, tak sampai 20 minit, mana aku tak nangis kan. Dah lah letih sangat.

Hari ke 4, aku letak Al-Quran sebelah tempat tidur Iman. Alhamdulilah. Dia jadi ok. Korang jangan fikir rumah tu berhantu pula. Bukan. Aku ni sebelum adik ipar duduk dengan kitorang pernah je tinggal sorang kat rumah tu selama 3 hari sebab suami pergi company trip. Siang malam aku duduk sorang je. Tidur malam siap tutup lampu lagi, alhamdulilah, tak ada apa-apa pun. Aku letak Al-Quran sebagai peneman Iman. Yelah, kadang-kadang aku nak pergi toilet, nak mandi, nak buat macam-macam dekat toilet tu, mestilah Iman nak kena ada peneman bila tengah tidur tu kan.

Selepas-selepas itu, alhamdulilah. Iman tak meragam lagi. Kalau yang buat aku letih tu, bila dia mengada-ngada nak berdukung je. Mengada-ngada nak berdukung dengan meragam sebab tu nak berdukung, beza ok.

Tapi aku belum berjaya jadi supermak. Sambil jaga anak, sambil masak, kemas rumah, basuh baju, sidai baju. Belum berjaya, tapi usaha tangga kejayaan. Hahaha. Aku percaya, lama-lama nanti terrer lah aku buat semua tu sekali harung. Sekarang ni nak mandi pagi pun masih lintang pukang lagi, apatahlagi nak memasak bagai pula kan. Yang aku sempat buat selama 2 minggu tu, macam satu achievement bila aku sambil jaga Iman sempat mesin baju dan sidai. Terus bangga dengan diri sendiri. Hahaha. So sila tabik pada suri rumah yang anak lebih dari sorang tapi semua kerja rumah, siap! Hebat gilerrr la.

Pagi-pagi Iman tidur. Masa tu la aku berkejar untuk mandi pagi, breakfast dan buat apa-apa yang patut. Nasib pagi-pagi sebelum pergi kerja husben aku beli siap-siap breakfast untuk aku. Aku makan pagi tu jela. Next makan, lepas husben aku balik kerja, dia tapau. Kalau dia ada futsal ke apa benda entah, dalam pukul 9 la baru aku makan. Tapi aku ok je. Cuma yang pelik, punyalah bz handle Iman, makan pun 2 kali sehari tapi berat aku tak turun-turun juga. Tu yang tak faham tu. Huhhh.

Sabtu ahad pula, yeayyy! Jalan-jalan.

Bangun tengah malam bila Iman nak susu, aku yang tersedar dulu.Aku juga yang kerap terjaga tengok keadaan Iman dan tukar diapers dia. Kalau hari bekerja, aku cuba elak kejut suami aku bangun sama untuk handle Iman tengah malam. Tapi biasanya, ringan tulang je dia. Walau kadang-kadang mamai, tetap bangun membantu apa yang patut :)

Pheww!
Sekarang dah confident, InsyaAllah, untuk jaga anak sorang-sorang. Atau berdua je dengan suami. Suami aku pun expert dah hal berkaitan anak ni ( hasil ajaran dan didikan aku, hhahaha ). Kang kalau Iman buat perangai atau ragam baru kang, kalau payah sangat nak handle, aku nangissss jelaaa dulu. kahkahkah.2 minggu ni kami berdua kat rumah parent. Yeayy. sebab husben pergi company trip. So dia hantar kitorang balik kampung.

377232_4364376423294_711483465_n
tukang pegang adalah bukan mama Iman. itu maksu Iman.

Sayang anak mama! Hilang segala penat lelah bila Iman senyum dan gelak-gelak. MasyaAllah.

Friday, September 21, 2012

Enam Puluh Lapan.

Selamat Hari Lahir Yang ke 68 !
Pada 17 September 2012 yang lepas.

DSC_0091-1
tengok anak aku tu.

DSC_0086-1
sila lihat anak aku tu. orang lain sibuk buat benda lain, dia sibuk pandang kamera.

DSC_0114-1
kek birthday yang ke 68. lilin dah kena cabut :)

DSC_0083-1
tengok anak aku tu.

DSC_0087-1
tengok anak aku.

DSC_0082-1
tengok lagi anak aku.

DSC_0093-1
hish, anak aku ni

edit6
hish budak tecik ni. sangat alert dengan kamera T___T.

edit5-everybodylovesiman
simple celebration . 16 Sept 2012 .


Boss of the day : Ziyadh Iman.
Actor of the day : Ziyadh Iman.
Sweetheart of the day : Ziyadh Iman.

Semuanya tentang Ziyadh Iman. Dia keutamaan kami suami isteri. Dia keutamaan family aku. Juga antara topik utama FIL.

Semoga ayah panjang umur, murah rezeki dan sihat selalu.




Thursday, September 20, 2012

Update perkembangan Iman pada usia 3 bulan.

masa lahir:
berat : 3.77kg
panjang : 52 cm

lilitan kepala : 34 cm

check-up usia sebulan ( 3 Julai 2012 ) :
berat : 4.5 kg
panjang : 57 cm

lilitan kepala : 36 cm

check-up usia 2 bulan ( 7 Ogos 2012 ) :
berat : 5.2 kg
panjang : 62 cm

lilitan kepala : 39.5 cm


check-up usia 3 bulan ( 13 Sept 2012 ) :

berat : 6.2 kg

panjang : 65 cm
lilit kepala : 44 cm


Setiapkali hendak pergi check-up, aku yang berdebar lebih. Anak aku kan Formula Milk Baby, dah tu budak yang anti-reflux pula, walaupun sekarang alhamdulilah dah ok, tapi dia tak mahu tukar susu lain. Dia nak susu tu juga. Letih dah nak tukar-tukar susu. Bukan dia nak pun. Aku berdebar sebab takut berat dia naik sikit sebab masih minum susu anti-reflux. Kemudian takut carta BMI dia nanti masuk ke garisan kuning.

Tapi syukur, naik dalam sekilo berat dia dari bulan lepas. Pheww!~patutlah lengan aku makin sasa. hehe. Kali ni cucuk 3 bulan, dos sama macam masa 2 bulan hari tu dan kali ni tukang peluk masa kena cucuk adalah papa dia. Papa ambil cuti half day sebab nak temankan anak :) Dan yang pelik, kali ni Iman tak menangis macam masa cucuk hari tu. Dia 'ek' sekali je masa jarum masuk, pastu ok dah. Muka riang lagi. Confuse sekejap* Masa bulan lepas, beria sangat dia menangis. T___T .

Bila dia ok, plan mama dia nak shopping dekat sogo, on la nampaknya :) Sekarang, dekat 5F Sogo, ada sales barang baby sampai 23 Sept ni. Ada stroller,walker,bouncer,baju-baju dan macam-macam lah walaupun tak besar mana. Aku pergi khamis lepas, so tak bersesak langsung :) Kalau pergi weekends, sakit jiwa je. Orang mesti ramai sangat. Aku tak membeli banyak, sebab kat Melaka pun masa tu ada Expo Baby dekat MiTC. Aku pernah baca kain rentang tapi lupa. Nasib baik Etty mesej tolong ingatkan. Tenkiu Etty :)

Ok, bila dah 3 bulan ni, update perkembangan Iman adalah :

1

Dah pandai fokus. Tengok tu. Sanggup terbongkok nak teliti kartun pada bantal dia tu. Lenguhlah tangan orang yang tukang pegang badan dia tu.

1ccc

Dah pandai pegang barang dalam tempoh yang agak lama. Sebelum ni, ada juga ajar-ajar dia memegang, tapi tak sampai beberapa saat je, terlepas. Mungkin masa tu dia pakai mittens lagi. Sekarang, memang tak pakai dah. Kadang-kadang cute je bila dia belek-belek jari-jari tangan dia sendiri.


















Bila time tengah mood baik dan rajin, memang boleh diharapkan lah untuk pegang botol susu sendiri. Bila tengah malas, memang tak ada kuasa lah dia nak memegang botol sendiri.

1cc

Dah pandai masukkan jari dalam mulut.  Sebab tu aku belikan dia teething cooling ni. Nak elakkan dia kerap masukkan tangan dalam mulut, takut jari dia kecut. Hehe.



Suka layan nursery rhythm. Lagu favourite, Twinkle Twinkle Little Star, Head And Shoulder dan 5 Little Ducks, from BabyTv via Youtube. Nampak tak macam mana excited nya dia. Biasanya aku bagi dia masa dalam 10 minit je untuk layan semua ni. Tak lebih, sebab dia kecil lagi :) Lepas dah 2 minggu bagi dia layan semua ni, aku akan ambil masa 2 minggu kemudiannya pula untuk layan lagu-lagu atau ilmu-ilmu yang lebih islamic pula. Nak bagi balance, InsyaAllah :)














Rasanya apa yang Iman tengah buat tu? Bersiap sedia nak MELOMPAT okehh. Cuba perhatikan gerak kaki dia. Letih tahu nak pegang dia untuk bagi dia melompat tanpa henti T___T.Kadang-kadang dah macam anak patung yang ada spring je aku tengok bila dia melompat tanpa henti.

p/s: baju pun tak sempat butang, bilaIman over excited nak melompat.

1bc

Kalau gembira atau suka sesuatu, dah pandai bagi respon dengan senyuman. Kalau terlebih suka, mesti akan melompat :)

1bbb

Dah pandai meneliti sesuatu. Kalau bagi dia permainan atau benda-benda baru, dia akan perhatikan dulu selama mungkin, kalau tak menakutkan, dia akan senyum. Kalau agak macam seram je,menangis. Grrrr.

1bb

Suka main air liur. Orang tua-tua kata, ni sebab masa mengandung, ada benda yang aku nak, tak dapat. Seingat aku, memang tak ada benda pun aku mengidam atau nak, kemudian tak dapat. Aku rasa, normal kot baby suka main air liur. Kan? Ke memang tak normal?

1b

Dah pandai gelak-gelak bila di agah. Sepuluh kali orang agah, sepuluh kali lah dia menyengih-nyengih nampak gusi tak ada gigi tu. Heheheh

1aa

Tahu kenapa muka dia macam ni? Lately ni, dia paling pantang kalau kita nak baringkan dia. Mesti mengamuk marah. Kalau rupa begini, entah bilalah nak pandai belajar mengiring dan meniarap wahai anak?

1a


Tengok. Beginilah dia kalau kita sedang nak baringkan dia. Siku dia tu jadi penahan badan dia. Adoi. Dalam kereta/ carseat pun begini rupanya. SObs sobbss ... Selalulah aku ni bersilat dengan dia sebab nak baringkan dia. Aku baringkan dia, dia tahan dengan siku.Aku cuba juga. Dia pun tak putus asa. Tapi selalunya, aku pastikan aku menang. Hagagaga. Sebab aku mama dia, eh? Tapi kalau papa dia, dia lah yang menang. Hahahah.

Tuesday, September 18, 2012

Randomly Mumbling About Everything.

Aku memang jenis yang suka menulis. Kalau tak tulis diari, aku tulis dalam buku-buku nota. Paling tidak, kalau terjumpa apa-apa qoute atau ayat-ayat indah, aku suka catatkan di mana-mana. Dari situ, aku akan berfikir,telaah, fahamkan dan cuba cari dari sudut kehidupan yang aku ada, yang mana satu ada persamaan dengan ayat-ayat tersebut.

Aku yakin entri ini adalah entri yang paling boring di antara semua entri di dalam blog aku ini. Ngeeee. Ok, sambung.
.


25 September ini, genap 1 tahun 6 bulan aku berkahwin. Syukur. Rasa macam sekejap je masa berlalu. Dalam perkahwinan, aku tak rasa macam semua yang aku buat, aku 'kena buat'. Betul. Aku tak pernah rasa terkongkong. Terperangkap. Atau terpenjara. Aku bebas buat apa saja yang aku nak selagi tidak melampaui batas agama dan status sebagai seorang isteri. Yang terbaru, seorang ibu. Perkahwinan ini sesuatu yang aku tak pernah sangka, akan terjadi. Sekarang dah ada seorang anak pun, Alhamdulilah. Syukur, aku dapat suami yang memang memahami aku.

Buat masa sekarang, aku baru nak planning semula kehidupan aku. Tahun ni macam ada banyak benda je nak buat. Paling tak sabar, berpindah ke rumah sendiri. Sekarang, menyewa lagi sebab rumah belum siap. Dah mula fikir tentang susun atur perabot dan barang-barang. Padahal rumah boleh pindah masuk, akhir tahun ni kot ke tahun depan, lebih kurang macam tu lah :p . Paling penting, aku nak something yang simple. Lagipun, dah ada Iman. Jangan nak beranganlah nak berdeko exclusive sangat. Nanti dia dah pandai merangkak, mahunya semua barang comel-comel dia kutip masuk mulut. Tak pun dia ambil dan lempar sana-sini. Normal lah kan ada anak kecil.

Bab yang satu lagi ni, aku belum usaha lagi. Entah bila nak mencari. Aku harap semuanya dipermudahkan. Kadang-kadang pening juga kepala nak fikir. Dah pening-pening tu, memang aku tak fikir dah la, sampailah masanya tiba nanti. Payah juga nak susun atur semula kehidupan yang dah biasa kita lalui sebelum ni. Tapi aku harap, aku mampu. Dan aku harap rezeki tu ada.

Buat masa sekarang, aku tak yakin ada orang boleh jaga Iman. Dia kalau bangun, terus nak minum susu dulu, kalau lambat bagi, dia mengamuk sakan. Menangis-nangis. Lepas itu bila susu habis, kena cepat-cepat topupkan kalau nampak dia macam tak puas minum lagi. Normally sekali minum, dia akan minum 6 Oz atau 7 Oz. Biasalah kan baby boy, kuat minum susu. Kalau ada gap untuk topupkan susu kedua, dia mengamuk sekali lagi.

Kalau datang mood entah apa dia, dia meragam. Tak mahu tidur. Asik nak suruh kita pegang dia untuk berdirikan dia je. Siapa yang larat kan? Memang kena melayan dia je, memang satu kerja lain pun tak akan settle. Kadang-kadang asik nak berdukung. Berkepit je macam anak beruang koala ( comelkan ?).

Itu belum lagi bila dia tiba-tiba bangun tidur, mengamuk menangis tiba-tiba. Memang kena siap sedia susu dia sepantas yang boleh. Kalau tidak, memang dia akan menangis kuat-kuat tersedu-sedan. Masa mandi pula, dia macam nak lari je dari sinki. Kadang-kadang sakit pingang aku terbongkok-bongkok kepit dia kat badan aku sebab dia keraskan badan dia, risau aku kalau tergelincir ke jatuh ke.

Kalau bangun tidur, masa minum susu, dia masih mamai lagi. Kalau puting botol terlepas dari mulut ( walaupun dia yang lepaskan sendiri) bila dia sedar sikit, dia akan menangis sangat-sangat. Aku yang memang dah faham sangat perangai dia, selalu je standby puting botol susu tepi mulut dia masa dia melayan mamai-mamai dia tu. bila dia celik je mata macam hendak mengamuk, cepat-cepat aku sentuh hujung bibir dia dengan puting susu. Terus senyap dan minum susu semula.

Banyak lagi lah perangai dan kerenah dia. Aku tahu orang lain mesti rasa susah dan lecehnya nak jaga dia. Yang tak akan rasa tu semua, mak aku je. Sebab mak aku jaga Iman lebih baik dan lebih sempurna dari aku sendiri jaga. Seriously. Tapi nak letak dia bawah jagaan mak aku, bukan senang. Nanti seminggu sekali je dapat jumpa dia. Kesian pula dia, ada mama, macam tak ada mama. Tapi aku risau keselamatan dia, risau kalau dia tersedak susu kalau letak bawah jagaan baby sitter ke nursery. kan? Aku sanggup tak tidur ( sianglah ) kalau Iman minum straight 8 Oz ke 7 Oz pastu sendawakan dia, then tak sendawa-sendawa juga, Memang aku tak berani nak terlelap sikit pun. Aku risau. Minta dijauhkan dari kes-kes tersedak susu ke apa semua ni. Kadang-kadang aku sendiri pun pening melayan kerenah anak sendiri, ni kan pula orang lain?

Tapi anak ni memang penyeri hidup. Mungkin aku patut tunggu dia mencecah 6 bulan. Then baru aku susun atur semula life? Hati aku berat sangat nak tinggalkan anak pada jagaan orang. Beraaatttt sangat. MasyaAllah, aku terlalu takut. Atau aku paranoid mama? Entahlah.

Memandangkan dia dah 3 bulan lebih, aku sekarang rajin study pasal solid food untuk baby.Kena lah membaca awal-awal, supaya bila dah 6 bulan nanti, aku tak blurr nak bagi anak aku makan apa. Dah la susu ibu, Iman dapat sekejap je, maka, aku akan cuba balance kan a.k.a tebus semula kekurangan itu dengan cuba sedaya upaya buat homemade solid food untuk dia nanti, InsyaAllah. Eh, jauh sangat dah aku melencong. Kalau boleh, aku cuba nak elak dari bagi dia nestum. Tapi kalau travel, bagi juga kot? eh,nantilah. Study tak habis lagi pasal tu. hehe.

Kalau bab GEMUK, tak usah nak cakap banyak lah. Aku usaha dah berdiet segala, tapi kan ... tapi kan ... berat aku maintain gomukk. Sekarang ni memang gemok gedempol la bak kata Nadya. Rupanya payah ye nak turunkan berat ni lepas bersalin, terutama cser. No offense ye bab ni, aku cuma bercakap tentang diri aku sendiri je. Nad, kita sekapal, sobbssss.

Entri yang entah apa-apa. Tapi merangkumi semua aspek kehidupan aku sekarang.





Saturday, September 15, 2012

Permata Hati Dunia Akhirat.

Ini semua gambar-gambar Iman dari hari pertama dia lahir sampailah yang paling latest : 15 Sept 2012.

Tapi ada juga tarikh yang aku tak dapat cari gambarnya, mungkin aku tak perasan, atau langsung tak ambil gambar dia. Gile kan, macam hari-hari tak ada kerja lain asik ambil gambar anak je :)


iman1
iman2
iman3
iman4
iman5
iman6
iman7
iman8
iman9
iman10
iman10a
iman11
iman12
iman13
iman14
iman15




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...