nuffnangku

Friday, August 31, 2012

Salam Merdeka.

Yeyeh. Cuti lagi. Boleh jalan raya lagi.

Semoga negara kita aman dan harmoni selamanya. InsyaAllah. Bukan senang nak pertahankan kemerdekaan sesebuah negara, syukurlah kita masih hidup aman di bumi Malaysia. Anak-anak kita dapat membesar dengan sempurna, cukup makan pakai, cukup pendidikan. Alhamdulilah.

Kita pun dapat bergerak bebas dalam negara sendiri. Dapat kehiudpan yang selesa, dapat pendidikan, tiada sekatan dalam membina kehidupan yang tenang dan selamat serta jauh dari bunyi senjata, bom, periuk api semua tu. Hanya kesyukuran yang dapat dipanjatkan kepada Allah atas 55 tahun kemerdekaan ini.

Alhamdulilah.

Thursday, August 30, 2012

Iman Jalan Jauh.


Jalan jauh sebab travel dari Melaka - Pekan Nenasi Pahang - Kuala Lumpur - Melaka .

Mula-mula aku memang cuak bila suami kata raya ni tetap juga balik beraya kat kampung dia. Sebab belum pernah lagi bawa Iman travel jauh-jauh ni. Selama ni pun, kalau bawa Iman keluar jalan-jalan, setakat Aeon sebelah Tesco tu je, itu pun dia selalu cranky. Bila meragam je, terus kitorang bawa dia balik. Memang berpeluh lah aku ni setiapkali dia mula merengek dekat tempat public. Risau kalau dia melalak macam selalu tu, beria sangat macam kena dera padahal nak susu atau poo poo je T___T

Oh ye, baru seminggu dua ni aku dan suami perasan, sekarang mak aku pun dah perasan, Iman bila poo poo melalak-lalak minta tukar diapers dia cepat-cepat. Mulanya aku ingat dia luka kat mana-mana atau sakit bila nak poo poo. Nak kata sembelit, memang tidak lah kan sebab poo poo nya bukan yang sembelit tu. Normal je macam biasa. Bila kita buka seluar dia dan buka diapers dia macam nak pergi basuh tu, senyap tiba- tiba pula dia. Dah banyak kali terjadi, so bila aku check punggung dia dan area sekitar, semuanya normal je, maka aku rasa dia dah jadi budak yang cerewet. Terlalu pembersih. Bising, membebel-bebel kalau tak pergi cuci poo poo dia cepat-cepat T____T .Hishhh. Bila lepas cuci, terus ceria. Alahai lah anak.

Tapi suami aku kata, apa-apa hal dia yang akan handle ( read : jaminanlah kiranya ). Maka aku lega sikit. Sikit je, tak adanya nak lega banyak. Hehehe. Selama ni kitorang belum pernah lagi pergi mana-mana bertiga. Belum pernah ok. Dan sekarang tiba-tiba nak travel bertiga, dah tu bukan dekat-dekat yang kalau Iman meragam, sekejap je boleh pusing balik rumah mak aku. Pheww!~ lap peluh menitis.

Sebab nak travel yang makan masa lebih sejam, kitorang letak Iman dalam carseat. Thanx pada Kak Hafizah Samsudin untuk hadiah carseat ni. Sebabnya memang aku tak laratlah nak pegang je Iman sepanjang perjalanan tu nanti dan selain itu untuk keselamatan Iman juga.


Isnin : 20 Ogos 2012
Perjalanan dari Melaka ke Pekan nenasi, Pahang.
Tempoh perjalanan : Lebih kurang 5 jam.
Bertolak dari pukul 2.30 petang.


Lega sangat, sebab Iman memang banyak tidur siang. Jadi sepanjang perjalanan ni, hampir 80 peratus Iman tidur je dalam carseat dia. Tapi kitorang sempatlah berhenti beberapakali di stesen minyak, beli air nescafe tin, baby wipes dan roti. Tepi jalan berhutan pun kitorang ada berhenti sekali tu, sebab dia merengek nak susu ( kena bancuh susu fm ). Nak sukat susu fm dengan betul, aku agak terkontang-kantinglah juga kalau suami drive, payah nak sukat air dengan betul. Dengan ada air panas lagi. Oh ye, aku yang duduk belakang dengan Iman dah macam bibik Iman, hahaha. Iman kan jenis kalau nak susu, dont you ever ever lambat bagi susu! Dia punya mengamuk, aduhailah anak. Nasib comel. Tapi dalam aku terkial-kial nak bancuh susu tu dalam kereta tu memang riuh rendah dah T___T.

Bahagian paling mencabar, bila Iman poo poo. Tak tahulah nak basuh kat mana mula-mulanya. Ingat nak singgah tandas awam, tapi macam leceh je. Berhenti kat stesen minyak petronas, tandas penuh sangat. Lastly, kitorang basuh tepi jalan je dekat tepi longkang yang ada paip dekat stesen minyak tu. Sebelum tu tempat duduk belakang tu dah transform jadi tempat salin lampin bagai. Sebelum basuh tepi jalan tu dalam kawasan area stesen minyak tu, kitorang bersihkan dulu kotoran-kotoran yang ada di sekeliling Iman dengan baby wipes ( kesan poo poo ). Diapers dia pun kitorang masukkan dalam plastik siap-siap. Jadi tak adalah annoying dengan kotoran poo poo dan bau-bauan yang kurang menyenangkan pada orang lain yang lalu lalang kat situ. Nasib baik aku terfikir sediakan air dalam tong comel untuk cuci botol. Jadi gunakan air tu je untuk cuci dan bersihkan Iman. Sabun dia pun kitorang siap bawa. Suami yang tukang mencuci poopoo, hehe. Bukan sebab aku geli ke apa, tapi aku ni cser, payah lah nak mencangkung bagai kan. Settle. 

Kemudian, suami dukung Iman bawa ke kereta. Guna tempat duduk belakang sebagai tempat salin pampers. Masa tu guna changing mat. Salin sekali seluar Iman sebab terkena poo poo tadi. Settle. Kami lega, Iman pun happy. Grrr. Lap peluh lagi.

Rabu : 22 Ogos 2012
Perjalanan dari Pekan nenasi, Pahang ke Kuala Lumpur.
Tempoh perjalanan : Lebih kurang 4 jam.
Bertolak dari pukul 6 petang.



Perjalanan kali ni lagi mencabar. Kitorang bersiap dalam pukul 2 petang. Mak mertua suruh singgah rumah Mak Teh suami dan rumah Mak Odah dulu sebelum balik ke KL. Akhirnya kitorang bertolak ke KL dlama pukul 6 petang. Masa ni Iman tak tidur pun. Mula-mula letak, bising mulut dia membebel. Dia tak mahu duduk dalam carseat tu. Mulanya aku buat tak tahu je, malas nak layan. Lepas tu dia leka tengok mainan-mainan dia yang kitorang selit-selit kan sekitar carseat dia. Diam kejap dia.


Dia layan mata dia tengok mainan-mainan tu sampai tertidur. Bila dia dah tidur, aku tutup kepala dia dengan kain. Takut masuk angin. Tapi dia tidur tak lama pun T___T . Dia bangun. Merengek dan menangis nak susu. Aku lintang pukang bancuh susu dalam kereta yang sedang bergerak. Lepas tu, Iman menangis lagi sebab gelap ( kitorang tak sempat ajar dia lagi untuk tidur dalam gelap ) . Buka lampu dalam kereta tu, sabar jela dah macam apa.

Kemudian bila masuk highway je, Iman menangis melalak-lalak. Buat apa pun tak jalan. Aku memang cuak sangat sebab masa kitorang masuk hgihway tu memang dah maghrib. Siap pasang surah Yassin lagi dalam kereta masa tu. Tapi Iman masih meraung-raung. Sumbat botol susu pun tak membawa apa-apa perbezaan pun. Aku rasa nak menangis dah. Kitorang berhenti R and R Temerloh. Masih Iman tak berhenti menangis. Suami ambil air suam, baca selawat dan macam-macam, sapukan dekat muka Iman. Dia buat 3 kali. Terdiam kejap Iman, lepas tu sambung nangis semula T___T.

Aku tak rasa pun dia 'terkena' apa-apa. Sebabnya kitorang memang dah pasang surah Yassin dan tingkap belah Iman pun aku dah tutup dengan kain, kiranya ( InsyaAllah ) tak adalah dia terkejut ternampak apa-apa yang tak sepatutnya kan. Kemudian, suami kata, poo poo dia ni kot buat dia nangis. Terus kitorang angkut beg baju Iman bawa ke Baby Room dekat R& R Temerloh tu. Biliknya kecil je, tapi bersih. Mama dan papa dua-dua boleh masuk. Legalah sikit. Kalau mama je boleh masuk, adoiyai. Sebab masa tu Iman memang meronta-ronta bagai nak rak.

Buka pampers. Cuci-cuci bersih. Iman terus diam. Kemudian terus normal dan ceria kembali. Grrrr. Rupa-rupanya sebab poo poo. Adoi nak. Pengsan mama nak, awak meraung macam terkena apa je. Adoiii.



Mama masa ni sungguh kaku terbeku macam blurr-bluur sebab insiden Iman menangis bagai nak rak tadi. Jadi papa je yang handle Iman. Basuh poo poo dan salinkan pampers dan seluar Iman. Mama cuma hulurkan apa yang papa minta. Minta baby vicks - nah! Minta pampers - nah! Gitu. Macam robot dah. Sebab terkejut sebab takut anak kena 'sesuatu' masa tadi tak hilang lagi.

Syukur, Iman bukan terkena apa-apa. Cuma poo poo yang membuatkan dia begitu. Lepas itu, Iman mengada-ngada tak mahu duduk dalam carseat. Kesudahannya? 2 jam duduk, tidur dan berdiri di pangkuan mama. Beku dan kematu dah aku masa tu. Sabar jela.

Sabtu : 25 Ogos 2012
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka.
Tempoh perjalanan : Lebih kurang 3 jam.
Bertolak dari pukul 7 petang.



Masa ni pun Iman membebel-bebel dalam bahasa dia, tak mahu duduk dekat carseat. Tapi aku, pekakkan telinga je. Dia tengah menangis tu sebenarnya, tapi setiapkali aku posing sebelah dia nak ambil gambar menangis dia, dia cover. Grrr. Gambar dua di atas tu Iman membebel juga, tapi aku saja selimutkan dia dengan napkin. Dia suka main napkin macam tu. Tapi aku bagi bila aku ada dengan dia. Kalau aku tak ada, tak berani. Baby boleh lemas terbolot kain.


Muka dia nampak ok je kan? Padahal memang dah menangis dah ni. Pandai cover tu. Jari tunjuk apa tu pun aku tak pasti. Hihi.


Dia memang dah marah habis ni. Mulut pun ah macam muncung itik. Tapi dalam gambar ni tak nampak semua itu T_________T .

Walaupun Iman meragam bila poo poo, tapi keseluruhannya, aku tak serik pun nak bawa Iman jalan-jalan lagi. Hihi. Yang penting, papa Iman kena ada, baru aku tak gelabah.


p/s : kereta kitorang 3/4 penuh dengan barang Iman je.
Seat belakang dah macam poket doraemon dah aku rasa. Semua benda ada dekat situ.
Aku duduk pun terhimpit dengan barang-barang Iman :p

Wednesday, August 29, 2012

Baby Massage, jom urut baby kita.

Belek-belek majalah Pa & Ma, then terbaca urutan bayi bersama Johnson's Baby Oil.

Sebenarnya husben aku yang baca dulu. Kebetulan kitorang memang baru je beli baby oil ni. Tujuan beli yang sebenarnya adalah sebab nak letak dekat kepala Iman, ada kerak-kerak macam kelemumur tu. Bila letak baby oil ni, kerak-kerak tu jadi lembut dan senang tanggal.

urutan8
Johnson's Baby Oil.
Alang-alang dah ada minyak ni, so kitorang pun cubalah buat baby massage. Nampak juga lah perubahan pada Iman sebab dia nampak lebih rileks dan tidur pun lebih lama.Tak susah pun nak buat urutan baby ni. Selain, urutan pada baby ni boleh meransang perkembangan mental dan fizikal dia. Memang mudah dan banyak kebaikannya ( read : baca dari info ).Urutan ni boleh dilakukan selepas mandi pagi atau petang. Boleh dijadikan rutin harian.

Antara kebaikan baby massage ni adalah :
  1. Dapat meningkatkan berat badan baby sebanyak 47 peratus
  2. Membantu menguatkan system imunisasi tubuh.
  3. Meransang kebolehan dan perkembangan baby contoh macam cepat berjalan
  4. Membantu perkembangan emosi baby kerana terasa diri diadilindungi, lebih yakin dan berdikari.
  5. Membantu baby tidur lena dan lebih lama.
  6. Mengurangkan masalah kembung perut dan melancarkan proses penghadaman
  7. Meningkatkan keakraban baby-ibu. Tapi kalau papa yang buat, tingkatkan keakraban papa-baby la.hihi
Kebaikan2 ini semua aku copy paste bulat-bulat dari sumber info : page johnson’s baby.  Sebelum ni pun aku memang tahu urutan-urutan pada tubuh badan baby ni ada banyak kebaikannya tapi aku tak tahu cara urutan yang betul. Aku urut je ikut suka, salah sebenarnya.

Untuk ibu-ibu yang hendak cuba, bolehlah ikut contoh macam dalam gambar di bawah ini. Modelnya, tak lain tak bukan si Ziyadh Iman. Hahahah. Dan tangan itu bukan tangan mamanya. Hhahaha. Tangan papanya la tu.

urutan1
Urutan pertama - wajah.
Urutan pertama : Pegang kepala baby dengan kedua tapak tangan anda. Gunakan ibu jari kedua-dua belah untuk urut lembut di bahagian antara bibir dan hidung baby. urut ke arah luar dan ke dalam ulang-ulang. Dalam beberapakali. Macam contoh dalam gambar di atas.

urutan2
Urutan kedua - dada
Urutan kedua : Letakkan tangan di dada baby. Urut lembut dan gunakan dan gunakan ibu jari untuk tekan lembut. Lakukan gerakan perlahan macam bentuk LOVE tu dan tolak ke tengah dada. Ulang beberapakali. Refer contoh anak panah di atas.

urutan3
Urutan ketiga - perut
Urutan ketiga :
- Dari tulang rusuk, urut ke bawah macam bentul I ke bawah pinggang.
-Lakukan gerakan bentul L dari kiri ke kanan.
-Buat urutan atas ke bawah bentuk U dari kiri ke kanan.

urutan4
Urutan ke empat - sekitar perut dan pingang
Urutan ke empat : Letak tangan pada bahagian perut dengan tapak tangan kiri menghala ke dalam sementara tapak tangan kanan hala ke luar. Tekan perut baby dengan kedua belah tangan secara perlahan dan gerakkan ke bawah secara serentak.

urutan5
Urutan ke lima : tangan
Urutan ke lima : Genggam lembut pergelangan tangan baby sementara tangan yang satu lagi urut lembut dari atas ke bawah.

urutan6
Urutan ke enam - tapak kaki
Urutan ke enam : dari hujung tumit ke hujung jari.Urut lembut tapak kaki baby dengan menggunakan ibu jari.Urut dari tumit ke hujung jari.

urutan7
Urutan ke tujuh - belakang badan baby
Urutan ke tujuh : Tiarapkan baby. Gunakan hujung jari untuk urut dengan cara membuat bulatan-bulatan kecil. Urut lembut hingga ke bawah dan naik ke atas hingga ke bahu.

Aku suka buat urutan ni. Best. sebab baby pun nampak lebih rileks.

Tuesday, August 28, 2012

Iman melawat baby Zahra Zulaikha.

Pada syawal yang ke 6 ( 24 Ogos ) .

mempersembahkan baby Zahra Zulaikha binti Ahmad Jasmin
 2.7kg 
12: 06 AM, 7 Ogos 2012.
normal delivery ( induce )
si comel Zahra yang sedang syokk tidur.

Mulanya pagi tu kitorang merancang nak pergi jalan-jalan bawa Iman, kononnya nak pergi Pavilion. Tapi bila matahari dah naik pun, anak bujang sorang ni sambung tidur lagi. Nak kejutkan semata-mata nak berjalan, kesian pula. Dia baby, kalau bawa jalan-jalan pun, bukan dia rasa apa-apapun. Kalau kejut dia bangun, buat penat badan dia aje.Akhirnya kitorang tak ke mana, cuma malamnya memang dah plan nak pergi melawat Zahra dengan Uncle Apis sekali.

Iman buat muka ape tu, nak? 
Memang aku nak sangat tengok baby Zahra ni. Sebab aku dan suami, memang rapat dengan umi dan ayah baby Zahra ni. Di sebabkan baby Zahra lahir dekat Hospital Seremban, maka memang payah sikitlah aku nak pergi melawat. Eh payah banyak. Dan lepas lahir beberapa hari, baby Zahra balik berpantang dekat Sepang, rumah umi Zahra. 

Inilah kali pertama Iman bertemu Zahra. Dua-dua anak baby kho-pandan junior gituww!~

Masa ni tengah rilex2. Cuba tengok dua orang ni sedang buat apa? Bapa mithali i
tell you!!
Zahra sedang di dodoikan oleh ayah dia.
Iman sedang di susu kan oleh papa dia
Dua-dua papa dan ayah ni kusyuk je jaga anak masing-masing. Ayah Zahra asik dodoi-dodoikan anak dara dia manakala papa Iman pula sedang bagi susu pada Iman. Macam nursery you! Memang ayah dan papa mithali lah dua orang ni. Tak sangka, berubah sampai begini diorang ni demi anak. Alhamdulilah. Bertuah Zahra dan Iman.




p/s :
1) Tapi kan Iman sempat poo poo kat rumah Zahra T_T . Berpeluh mama dan papa kena basuh, hehe. 
2) balik tu ada road block, roadtax dah buat tapi tak dapat lagi. Syukur tak ada apa-apa masalah.
3) sungguhpun sampai rumah pukul 1 pagi, Iman tak kembong dan tak ada apa-apa, syukur again.

Monday, August 27, 2012

Aidilfitri 2012.

Dah masuk hari ke berapa raya baru dapat update.

Tahun ni adalah tahun kedua aku beraya sebagai isteri orang dan juga tahun pertama aku sebagai mak orang. Best sangat bila ada anak ni rupanya kan. Tahun ni giliran raya pertama adalah di rumah aku :) sebab tahun lepas raya pertama adalah di rumah mertua. Tapi kitorang tetap balik beraya di rumah mertua pada raya kedua sampai raya ke empat. Husben dapat cuti seminggu ( lepas raya) jadi memang syok lah kami bertiga bersama-sama sempena syawal ni kan.

Raya ke empat kitorang singgah rumah kitorang kat KL tu. Aku rindu sangat nak balik rumah sendiri. Sekejap pun jadi lah. Walaupun aku dah habis pantang, tapi buat masa sekarang, aku masih duduk rumah famili lagi. Dari raya ke empat sampai raya ke enam, kitorang duduk bertiga je kat rumah tu. Memang heaven lah rasanya. Best sangat bila dapat bersama bertiga sebagai famili 'kecil' . Aku jenis tak kisah pergi mana-mana pun asalkan anak dan suami ada bersama.
syawal4
kami, syawal 2012. [ our family portrait ]
Warna tema kami tahun ini adalah hijau turqouise. Dalam banyak-banyak family portrait yang kami bertiga ambil, hanya sekeping ni aje yang menjadi sebab kami bertiga pandang kamera. Terutama si Iman tu la susah sangat nak pandang kamera. Biasa tu kalau camwhore senang je dia pandang kamera T_T . Tapi muka Iman memang muka mengantuk. Tengok mata dia pun dah boleh tahu, hahaha.

syawal6
see, bukan senang kami bertiga nak sepakat pandang kamera, terutama si kenit ni. hahaha
Gambar atas ni gambar candid. Payah sangat nak ajak si kenit ni ber ' family portrait' .

syawal1
Iman sabotaj gambar family portrait keluarga kita, nak.
Masa ni memang Iman dah terlalu mengantuk. Tapi aku nak juga bergambar gaya macam ni, maka dukung Iman pun, dia rilex je boleh tertidur macam itu. Sabar jela. Oh ye, inilah hasil baju d.i.y aku. See tangan aku. Kembang kan. OMG!~ Aku pilih kaftan sebab ini je yang ok kat badan aku. Jangan haraplah nak berkurung moden bagai. Memang tak ok. Grrrr.

Manik kat baju tu settle malam raya. Sedih tau. orang lain, malam raya dah elok-elok je iron baju bagai, aku ni hegeh-hegeh nak menyiapkan manik-manik yang aku dah buat separuh jalan. Tambah pula malam tu, entah apsal Iman ni payah sangat nak tidur. Tidur lambat dan bangun awal pula dia. Nasib baik lah papa nya ada, jadi tukang dodoi. Kalau tak, alamatnya tahun ni sangat sadis lah sebab ku tiada baju raya. Hagagaga.


syawal3
Family portrait yang kedua. Tengoklah Iman tu buat apa tu. Hahahah.
Famili aku makin bertambah. Ingat lagi dulu kami berlima je. Lepas itu jadi berenam. Sekarang dah bertujuh, alhamdulilah. Syukur. Tengok gambar ni elok je semua kan, tapi jangan tak tahu, sebelum semua elok macam dalam gambar, puas kot semua jadi lintang pukang sebab kitorang nak ambil gambar sefamili macam ni, tapi masa tu Iman tidur. Bila dia bangun je, masing-masing cepat-cepat bersiap pakai baju raya segala. Bermekap cepat-cepat. Iman orang yang paling last pakai baju melayu sebab kalau pakai awal-awal then nak tunggu mama, makcik-makcik dia bersiap, aku rasa dia siap mengamuk sebab panas ataupun baju melayu tu dah selamat kena muntah.

Iman bangun tidur, mesti nak minum susu dulu. So sempatlah kami semua lintang pukang bersiap capai apa yang sempat. hahaha. sebab biasanya lepas dia minum susu, tak lama lepas tu mesti mamai nak tidur. Tapi, nasi sudah jadi bubur. Iman tetap TERTIDUR juga, hahahah. Nasib la Iman oi. Asalkan ada juga gambar kamu dalam ni.

syawal8
bersama famili Abang Syariff dan Paksu.

syawal7
atas : husben dan famili abg syariff
bawah : Iman with his cousin2. Alahai, Iman dah separuh bogel. panas,hahaha.
Masa Iman balik beraya di Pahang, dia tak banyak beragam. Syukur sangat.
syawal9
Iman di Kampung papa.
Serius seronok beraya ni bila ada anak. Paling seronok bila dapat duit raya semula WALAUPUN Iman yang punya. Hahaha. Duit raya Iman memang kitorang tak usik. Sebab nak buat saving untuk dia nanti, InsyaAllah.

Lagisatu bila ada anak ni, timing selalu lari. Konon-konon nak keluar berjalan pukul 2 petang, tapi bila anak tak bangun-bangun, memang aku tak kejutkan pun. Aku biarkan je. Sebab baby lagi. Bawa berjalan pun, apalah yang dia tahu kan. Mama papa je excited lebih, anak terlentok liuk keletihan, memang tak best lah. Kesian baby tu. So macam kitorang, kebiasaannya akan tunggu Iman bangun dulu, then baru siap-siapkan dia. Pernah sekali masa kitorang kat rumah KL tu, mamanya dah excited giler nak pergi Pavilion. Punyalah bersiap bermekap bagai, sekali toleh, Iman dan papa dua-dua terlentok. Dengan hati berkecai, mama nya lap mekap semula, dan join tidur sesama. Hahaha. Tak mengapalah, demi anak. hahaha

Friday, August 24, 2012

Menjelang ke usia 3 bulan.

2 month old, fourth week
Sekejap sangat masa berlalu. Rasa macam baru je lagi tengok Iman sebagai newborn baby. Tapi sekarang, dia bukan newborn lagi. Kalau dulu, letak dia kat mana pun, dia tak bergerak pun. Alihkan kepala pun tak reti lagi tapi sekarang, dia marah kalau orang cuba baringkan dia. Kepala dia dah kuat, jadi dia dah boleh angkat kepala. Kalau duduk di riba, memang jangan haraplah dia nak bersandar dekat kita. Mesti nak juga duduk tegak T____T .

Lagi update, dia sekarang dah mengiring dah. Tengah tunggu masa je nak tengok dia meniarap. Tapi itu bermakna kitorang kena extra be carefull. Macam-mcam boleh terjadi, kan. Aktiviti harian dia, dah tak berapa banyak tidur. Maknanya, ada masanya dia bangun untuk minum susu je, kemudian tidur semula. Atau bangun minum susu dan poopoo kemudian tidur atau bangun secara pakej termasuk ajak mama papa dia berbual dan gelak-gelak. Comel je.

Kalau kenang semula dari hari pertama bersama Iman, pheww!~ (lap peluh) macam-macam cabaran dan dugaan yang aku dah hadapi, maklumlah aku adalah seorang ibu baru. Selalu je tak confident nak handle Iman. Tapi seiring dengan masa berlalu, confident tu aku developt perlahan-lahan. Walau macam mana pun Iman tu anak aku kan, mestilah aku yang kena pandai handle dia. Dah kalau mama dia sendiri terkebil-kebil nak handle dia, memang tak jadi apalah budak tu kan.

Tapi lagi best, papa Iman pun dah expert handle Iman. Mama dia tak payah nak bebel-bebel tunjuk ajar papa dia lagi macam masa awal-awal dulu ( alhamdulilah, papa Iman memang ringan tulang ). Basuh poopoo Iman, mandikan, buat susu, dodoikan,kiranya semua lah, dia memang dah expert. Kitorang berdua baru je cuba-cuba belajar handle Iman berdua, tanpa mak aku. Sebelum ni, apa-apa memang mak aku yang tolong. Tapi sebab raya kedua, kitorang hendak balik kampung papa Iman, maka kitorang kenalah belajar uruskan Iman sendiri. Mula-mula memang sulitlah kan. Tapi alah bisa tegal biasa bakkata orang tua-tua.

Kalau Iman poo poo atau nak mandikan dia, memang kitorang buat sama-sama. Fun ok. seronok sangat bila papa Iman pegang Iman, aku tukang mandikan. Iman pula gelak-gelak sengih-sengih dalam besen air tu. Kadang-kadang siap ajak berbual Iman ni. Iman ni penggeli orangnya. Kalau poo poo, lambat sikit salin diaper, dia akan menangis-nangis macam kena pukul. Punyalah hazab aku nak handle. T_______T

Hampir 3 bulan usia Iman, aku mula nampak rutin harian Iman. Dah boleh baca dah pukul berapa dia akan bangun, akan tidur, akan poo poo. Rutin dia semakin teratur, kalau nak banding masa lahir tu, mati lah aku jadi zombie. sekarang dia akan tidur malam dalam pukul 1 lebih pagi. Bangun minta susu dalam pukul 5 pagi macam tu. Lepas minum, kadang-kadang dia tidur semula, kadang poo poo dulu, bersihkan dan baru tidur semula. Kalau tak tidur pun, dalam pukul 8 macam tu dia mesti akan tidur semula.

Hendak bawa dia keluar berjalan pun, dah semakin mudah. Sebab boleh agak dah pukul berapa mood Iman akan ok. Biasanya kitorang tunggu dia bangun tidur dulu. Tak akan pergi mana-mana selagi Iman masih tidur. Dan belum tergamak lagi nak kejut dia bangun, semata-mata nak ajak dia berjalan ( setakat inilah, akan datang, tak pasti lagi)



Wednesday, August 22, 2012

test

123

Published with Blogger-droid v2.0.6

Baju Melayu Pertama Ziyadh Iman.

Yes! Inilah dia.

DSC_0948
err, nampak tak apa yang pelik dengan gambar ini? yang tukang interframe tu... hahahah.
Baju Melayu pertama dalam hidup Ziyadh Iman. Saja buat Baju Melayu Johor, sebab rasa macam comel je kalau baby yang pakai. Tema kitorang pilih sempena sudah berkeluarga ' kecil' ni adalah warna turqouise. Seronok tu bila bergambar, ada tiga orang. Pula tu pakai baju sama warna gitu. Tahun lepas bila bergambar, ada dua orang je, hahaha.

DSC_0031

Sudah tentu baju ni ada sentimental bagi mama Iman dan bila Iman besar nanti, akan jadi sentimental value pada dia juga sebab ini baju melayu pertama Iman dan ini dijahit khas oleh nenek Iman. Bukan senang ok nak jahit baju yang bersaiz 'kecik giler' ni. Jenuhlah mak aku buntang mata bila jahit baju ni.

DSC_1078
Iman bersama hero dia.

Walaupun Iman pakai beberapa ketika je ( sebab lepas tu dia tertidur, grrr) tapi sempatlah Iman berposing dengan bajunya sebagai kenangan di hari raya yang pertamakali nya dia sambut dalam hidup dia. Baju dia fit perfectly sebab mak aku memang ambil ukuran yang betul-betul tepat dengan badan Iman. Aku tukang ukurnya. Itupun seksa sebab comel bebenor.

Thursday, August 16, 2012

Baju Raya Buat Si Anak.




Sempatlah shopping serba sedikit baju raya untuk Iman sabtu lepas. Memang berhajat nak carikan seluar jeans untuk dia. Baju t-shirt beberapa helai. Rompers pun ada dalam 5 helai ke 6 helai macam tu. Kasut raya tak beli kot sebab sebelum Iman lahir lagi papa nya dah belikan kasut Adidas untuk dia. Amboi, kecik-kecik beradidas bagai. Mak dulu kasut cap kedai cina je nak. hehehe.

Mungkin tak online sampai raya. Busy. Serta limited internet access. Chow!~

Salam Syawal Untuk Semua Readers.

Sekejap je masa berlalu, kan? Sedar tak sedar, syawal pun dah nak menjelang.

Pada yang baru berkahwin, mesti excited hendak sambut raya bersama suami/isteri masing-masing kan. Pada yang baru kahwin, tapi tahun ni bukan giliran raya di rumah korang, mesti terasa kelainan bila beraya rumah mentua. Yang paling terasa lainnya bila sebelum kahwin, selama ni pagi raya cium tangan mak ayah. Minta ampun dan maaf. Tapi lepas kahwin dan kalau beraya di rumah mentua, tangan suami yang di cium dahulu, kemudian tangan mentua.

Ibu-ibu mengandung, mana yang ok inilah masa untuk makan puas-puas,hihi. Nanti dah bersalin, kena berpantang dah kan.Ibu-ibu preggy pun mesti seronok sebab pergi mana-mana mesti jadi perhatian punya lah, Famous tu. Mana yang still muntah-muntah teruk, raya kali ni nampak nye kena berhibernasi jela kan, tak apalah. Demi anak kan.

Pada yang dah kahwin, dan ada anak pada tahun ni, mesti terlebih-lebih excitednya. Macam aku lah. Padahal Iman tu kecik lagi, baru 2 bulan lebih, bukan reti pun raya tu apa. Hahaha. tak kiralah, yang penting, boleh pakaikan dia baju melayu dan ambil gambar sama-sama. Settle ambil gambar, kalau dia rimas berbaju melayu, boleh buka. Yang penting, family potrait, harharhar. Aku tahu ramai mommy-mommy yang sanggup bersesak-sesak semata hendak shopping baju raya untuk si comel. 

Alhamdulilah, tahun ni tahun kedua aku beraya sebagai isteri orang, bersama status yang di upgrade lagi - mak orang. Memang syukur sangat, sebab aku pun tak pernah terfikir secara mendalam pada tahun 2012, aku akan sambut raya bersama 2 hero dalam hidup aku- si suami dan si anak. Tahun lepas, sambut raya sebagai isteri orang je. 

Tahun depan? 

Kalau ada umur yang panjang, agak-agak sambut raya sebagai isteri orang, mak orang dan ada status upgrade lagi ke? kot-kot bakal mummy yang kedua pula? Oh Cannot. Cannot. Saya bersalin secara czer. Tempoh hibernasi adalah 2 tahun ye. Tapi tak tolak juga kalau Kun Fayakun. Tapi demi kesihatan dan keselamatan diri ku, kenalah family planning betul-betul. Lagipun, sekarang sedang fikir hendak fokus pada Ziyadh Iman je dulu.Bagi dia membesar dengan sempurna dan cuba penuhi keperluan-keperluan fizikal, mental dan rohani dia dulu. 

Aku perlu adjust tunes sebagai mummy baru ni betul-betul. Kena jadi lebih sabar, lebih tabah dan lebih kuat semangat, kan? Sekarang ni, sebagai mummy baru, memang aku dalam proses belajar je sepanjang masa. Belajar kenal perangai Ziyadh Iman, belajar memahami kehendak dan keperluan dia, belajar perubahan-perubahan yang dia alami, belajar mencari sebab musabab setiap penyakit yang dia hadapi. Belajar dan timba ilmu tentang anak dari pengalaman-pengalaman mummy-mummy yang lain. Bila banyak nak kena belajar, aku admit kadang-kadang stress giler, kadang-kadang fun dan excited. Well, hidup memang umpama roller coaster kan. Aku belajar dan di ajar. Aku cari dan mencari ilmu. Kadang-kadang tersenyum tengok gelagat Iman, bila dia mula nak explore dunia sekeliling dia. Tengok alas tilam dia yang ada gambar bear pun kusyuknya bukan main, dengan mulut dia gelak-gelak dan tangan dia sedang belajar-belajar nak sentuh alas tilam tu. Memang syok lah melayan. Tapi bila dia selsema ke cirit-birit ke, aku ni selalu berharap masa tu aku adalah seorang doktor. Boleh ubati anak sendiri. Atau tukar-tukar profession ikut keperluan anak(?) hahahah.

Sejak ada anak, aku dapat rasakan aku berubah ke arah yang lebih positif. Fokus utama adalah anak. Walaupun kadang-kadang, aku akui jiwa muda tu tetap ada ( menyampah bukan? Hahaha).Aku cuma suka life yang balance. Maknanya, walau dah kahwin, masa bersama kawan-kawan tetap ada. Masa untuk diri sendiri tetap ada. Masa untuk buat perkara-perkara yang aku suka pun tetap ada. Dalam masa yang sama, masa untuk belek anak pun tak terkacau dengan semua wishlist tu. Untuk adapt semua benda ni sekali harung, memang payah tapi tak mustahil. Tapi ambil masa. Aku cuba dan aku yakin, InsyaAllah boleh. 

Panjang betul aku meleret dari tajuk. Padahal tajuk adalah salam syawal! Korang yang selalu baca blog aku (read : perasan macam blog i ni ada reader kan) mesti perasan lately ni aku lebih jujur dan lebih terbuka bila bercakap tentang sesuatu dalam blog ni kan. Kalau sebelum-sebelum ni aku terlalu banyak sekat-sekat cerita, tapi sekarang, aku rasa ni blog aku dan aku tulis sebab aku memang suka menulis, Aku suka berkongsi certain-certain cerita dan perkara-perkara yang menjadi priority dalam hidup aku. Aku suka baca blog orang lain dan dari situ aku makin kenal ramai blogger-blogger. Happy kot kenal ramai-ramai blogger-blogger, baca setiapkali diorang update something, kadang-kadang kalau sempat aku tinggalkan komen, kalau tak sempat, aku baca jela :) Dan berharap one fine day, dapat jumpa dengan korang-korang semua. Amin :)

Mana yang memang rajin datang blog aku, baca apa yang aku tulis, beri sokongan kat aku terutama entri Breastfeeding journey Yang Telah Berakhir, terima kasih banyak-banyak. Kata-kata semangat dan sokongan korang banyak membantu aku memperbaiki 'emosi' aku. Banyak merawat luka di hati aku. Banyak menaikkan semangat aku. Semua itu aku mohon Allah berikan korang kemudahan di dunia dan akhirat, InsyaAllah dan Amin. 

Sempena syawal yang bakal menjelang ni, aku memohon maaf kalau-kalau ada sesetengah perkara yang aku tulis atau kongsikan membuatkan korang terasa hati. Mungkin niat aku lain tapi disalah ertikan menjadi lain hingga menguris hati. Atau kata-kata dalam tak sedar atau pun sedar yang membuatkan korang rasa tersindir, terhina atau kecewa, aku dahului dengan memohon ampun dan maaf. Kadang-kadang aku menulis memang dengan niat, tapi kadang-kadang tanpa niat. Aku hanya manusia biasa. Kadang-kadang aku tak sedar pun apa yang aku buat banyak menyusahkan orang lain. Blog ni boleh jadi macam-macam faedah dan manfaat jika di gunakan dengan cara yang betul dan vice-versa if niat terpesong. 

Salam Syawal untuk semua readers blog aku. Juga untuk follower blog aku, silent reader ( ada ke) atau stalker sekalipun. Semoga syawal ini lebih indah buat kita, dan dapat bersama-sama dengan famili tersayang. Mana yang sulit, moga dipermudahkan segala urusan oleh Allah yang Maha Berkuasa. Moga diberikan keselamatan dan umur yang panjang untuk kita bertemu dengan ramadhan dan syawal di tahun depan pula. 



Nota : Ini bukan entri terakhir sebelum raya ( aku rasa lah) tapi sementara aku ingat, aku dulukan dulu entri ini. Salam syawal untuk blogger2 dan mummy2 sekalian.

Wednesday, August 15, 2012

Wordless Wednesday : Baju Raya Aku.

Teaser.



Inilah Baju Raya aku pada tahun ni. No more kurung moden ikut body lagi. Grrrr.

Tak tahulah sempat ke tidak baju ini menjadi baju raya aku. D.I.Y sahaja. Hanya sekadar kaftan pendek. Terlalu kosong, maka nak tambah manik dan lace, tapi kalau kira sekali dengan hari ni, lagi berapa hari je nak raya. Sempat ke?

Doakan lah ye :)



Tuesday, August 14, 2012

Malam Berinai.

Kenangan malam berinai pada 25 Mac 2011, setahun lebih yang lalu. Gambar baru beberapa bulan ambil dari OP. Maafkan aku baru sekarang terhegeh-hegeh nak  buat entri ini. Tapi demi kenangan aku dan famili, aku buat juga, hehehehe.

1r
pakai 2 pasang baju. Tradisional dan moden.

Malam berinai, malam yang sungguh enjoy even baju dan mekap aku ke lauuut! Serius macam bapok. Ini semua gara-gara si tukang mekap tu pukul 7 baru hegeh-hegeh nak datang. Itu pun lepas aku call dan mesej beberapakali. Boleh gitu? Mak andam ni juga vendor untuk pelamin,dua-dua pelamin under dia.

Mulanya aku tak mahu pun buat malam berinai. tapi bila fikir, apa salahnya kan. Bukan setiap tahun aku kahwin. Kalau tak buat malam berinai, kita tak akan tahu kemeriahan malam berinai tu. Instead of mekap yang entah apa-apa,  yang lain-lain adalah really enjoy.

1k

Malam berinai yang aku buat dipanggil malam berinai besar, sebab melibatkan pihak lelaki sekali. Kalau duduk sorang-sorang atas pelamin, tu dipanggil malam berinai kecil. Dah tentu dua-dua pun seronok, tapi lagi seronok, malam berinai besarlah kan. Sebab meriah. Pihak keluarga lelaki pun ada sama. Acara, macam biasa juga. Berarak dan bersanding atas pelamin, ada tepung tawar juga. Tapi part paling best bagi pihak perempuan dan tak best bagi pihak lelaki - TOL. Hahaha.

Saja buat untuk seronok-seronok. It's Fun yooo ! . Lagi fun untuk kawan-kawan aku yang dah berpenat-penat menolong dari khamis 24 mac 2011 tu lagi kan. Kawan-kawan aku sungguh sporting! Mahu tak nya sporting, sebab kalau dapat duit tol, memang masuk ke poket diorang je. Acara tawar-menawar tetap ada, bila pihak perempuan tak mahu mengalah dan minta lebih dari yang pihak lelaki dah bagi. Nasiblah pengantin lelaki kan. Mengelabah lah cari duit lebih demi untuk bersanding bersama isteri di pelamin.

Lepas nikah siang tu, aku menyesal padam mekap Kak Salima Samail. Sebab kononnya nak mekap fresh gitu. Tapi mana aku tahu mak andam ni mekap memang ke lauut. Dah macam hantu pun iye. Tepung gomak pun iye jugak. Ah, bencilah bila diingatkan. Kalau aku bertahan untuk sejam dua je lagi, mesti mekap aku masa malam berinai itu sama superb macam masa nikah ( read : perasan lebih kn). Malam berinai mula pukul 8. Mak andam tu datang pukul 7. Mana nak mekapkan aku, pakaikan sanggul, baju dan siapkan pengantin lelaki lagi kan.
11a
sangat kelam-kabut masa ni.

Memang kelam kabut sangat. Dalam pukul 8 kompang pun dah datang ( sponsor by diaa fariza, thnx Yah. Jasamu Allah saja yang boleh balas) Tapi kitorang belum siap langsung. Dalam pukul 8.30 macam tu, kumpulan berzanji pun dah datang. Kami ni yang tak siap-siap.Bengang aku. Semua ter drag sampai jadi lewat, gara-gara si mak andam ni.

Bila dah siap, pengantin lelaki pergi dulu dekat kompang tu. Sepatutnya pengantin lelaki bersiap di homestay dia, tapi sebab tak ada siapa nak siapkan dia, dia bersiap sekali dengan aku. Famili dia pun dah bersiap sedia dekat kompang tu, nak berarak kan. Mulanya aku berarak sekali dengan dia.
1b
berarak bersama.

1c
berarak dan tunggu bunga api pertama di pasang.

1d
bunga api kedua

Sambil berarak, pasang bunga api ( ni memang adat sini, malam berinai macam tak sah kalau tak ada bunga api ni) again, thanx pada Paksu Saleem dan Abg Ameer Syariff sebab sponsor bunga api. 2 kali pasang ok. Best.

1e
pengantin perempuan dah hilang.

Lepas itu je, terus pengantin perempuan di culik. Tinggallah si pengantin lelaki menanti di pintu pagar. Kenapa? Hahaha. TOL!!

Tol Pertama : Kawan- kawan pengantin perempuan
1f
kemain lagi diorang ni.kira duit depan-depan tu.

Yang kitorang rancang, sekali tol je. Itu husben pun sedia maklum.Tapi...hahaha. Paksu dan Abg Syariff pun jadi tol yang kedua. Mengelabah pihak pengantin lelaki. Berpeluh juga lah nak lepas tol yang kedua. Peluh tol yang pertama pun masih ada, ni kena hadap yang kedua. Hhahaha.

Tol Kedua : Pakcik dan Abang
1g
ini susah nak lepas punya. hahaha.gambar terakhir, apis(baju merah sebelah pengantin lelaki) siap pusing belakang,nak kira duit dalam kocek.

Lepas akhirnya. Sekali ada tol yang ketiga daa. Kali ni tol tu sebelah pengantin perempuan.

Tol Ketiga : Makcik Saudara
1h
sampai apis pujuk tuh. baru berjaya. hahaha.

1i
ok,done. dah boleh bersanding bersama. hahaha.

Acara Tepung Tawar Di Kalangan Famili Dan Rakan.

1j
mak ayah kami berdua.

1l
rakan-rakan yang sudi tepung tawar kami.

1m
sebelum tukar ke baju yang kedua.

Berzanji.

1n

Meriah rasa bila suara orang berzanji ramai-ramai kedengaran sampai ke luar rumah. Kemudian, kitorang naik ke bilik untuk persalinan yang kedua. Warna putih.

1o
berposing dan bergambar bersama famili.

1p
i love you, my husband.

1q
romantik yang tak berapa romantik. hahaha.

Official Photographer : Gambalawa.
Tak rugi buat malam berinai. Kalau takut letih, tak payah tukar-tukar baju sampai berpasang-pasang. Cukup setakat yang terdaya. Tapi aku menyesal tak ikut kata hati, ambil orang lain mekap. Arghhh. Terlajak perahu boleh di undur. Terlajak mekap huduh, padahnya sampai ke anak cucu. Hahahaha.

Apa-apa ajelah kan. Dah lepas pun. yang penting semuanya dah settle dan selamat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...