nuffnangku

Tuesday, July 31, 2012

Breastfeeding Journey Yang Telah Berakhir.

Peringatan : sila baca sampai habis, sebelum buat apa-apa conclusion atau sebelum nak komen.

Menjadi seorang ibu baru, bukan pengalaman yang mudah bagi aku.

DSC_0640 (2)

Hampir setiap hari berteman air mata kalau anak sakit. Kadang-kadang aku mohon pada Allah, biar apapun sakit yang akan dihadapkan pada anakku, alihkan saja pada aku. Aku tak pe nak tanggung, tapi kalau anak, kasihan dia, kecil lagi. Aku tak sanggup.

Susah aku nak cerita pada orang tentang hal yang satu ini. Sebab tak semua orang boleh faham masalah aku dan berhentilah menghukum aku. Tapi aku cakapkan juga. Iman bukan fully breastfeed baby. Bukan aku sengaja suka-suka. Aku terpaksa. Mula-mula memang hati aku menangis. Bukan setakat hati, aku memang menangis sakan pada hari aku mula terpaksa bagi dia minum susu formula (FM Milk). Dan seminggu ke dua minggu lepas itu pun, setiapkali aku bancuh susu FM, memang menitis air mata. Well, Ibu mana yang tak mahu beri anak dia yang terbaik kan? Aku pun nak. Tapi terbatas (setakat ini). Susu tak banyak. Baby menangis lapar dan tidur tak lena.

Anak aku dapat fully breastfeed selama lebih kurang 7 hari je. Selepas itu, makin keperluan penyusuan dia bertambah, makin aku gagal laksanakannya.Bukan aku kurang ilmu tentang susu ibu. Aku buat research, membaca, beli buku penyusuan, beli pam, storage botol yang cukup banyak dan join KIM-Kump. Ibu Menyusukan. Cari ilmu dan terus cari. Aku ikhtiar. Kau cakap je apapun yang boleh tambah susu badan memang aku cari dan cuba. Alfafa? Lobak putih? Horlick dan milo? Air longan? Kurma? Sebutkan je, telah aku usahakan. Aku buat teknik marmet, teknik tandem (sebelah lagi dengan pump) tapi akhirnya aku redha. Aku redha bila susu FM mula mengantikan susu ibu.

Aku buang ego aku, dari melihat anak aku kelaparan. Aku tahu bila minum susu FM, baby akan lebih terdedah kepada pelbagai penyakit. Aku tahu usus dia pun akan berkerja 2 kali ganda lebih dari baby yang minum susu ibu. Ye, aku tahu semua itu. Aku juga tahu mengenai konsep Demand and Supply. Susu yang sedikit itu cukup untuk baby. Tapi kalau dia menangis-nangis setiapkali menghisap, tidur pun kejap-kejap terjaga dan tak nampak macam baby yang ceria, apakah kau sanggup nak tengok anak kau macam tu? MasyaAllah, aku tak sanggup.

Mesti ada yang kata, kenapa tak cari ibu susuan? Entahlah. Kalau ada adik-beradik aku yang ada anak juga,  ada susu, memang aku tak kisah nak carikan Iman ibu susuan. Tapi kalau orang luar untuk dijadikan ibu susuan anak aku, aku was-was. Sebab hal itu sebenarnya lagi rumit. Rumit sampai ke masa depan. Takut jadi masalah dalam salasilah keluarga nanti. Wallahualam.

Aku redha selepas beberapa minggu hati aku sebal. Aku mula percaya semua ini ada hikmahnya. Ini semua ujian dari Allah. Ada hikmah di sebaliknya yang aku sendiri pun belum dapat memahaminya. Dan mungkin juga Allah mahu aku belajar lebih banyak bersabar dan redha pada ketentuan Dia. Selepas aku mula redha, aku juga mula sedar, susu ibu ini rezeki dari Dia. Jika Dia berkehendakkan, maka melimpah ruah lah susu itu atau susu yang ada mencukupi keperluan si anak. Tapi jika di sebaliknya, siapalah aku untuk protes dan mempersoalkannya kan?
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan” (Surah Al-Baqarah : ayat 233)
 Allah SWT telah memberitahu:“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)

Mungkin rezeki anak aku bukan ini, mungkin di lain hari, dengan cara yang lain. Mungkin. Sekurang-kurangnya aku hidup sekarang berpegang pada kepercayaan dan keyakinan yang itu.

3 oz yang makan masa 1 hari untuk nak penuhkan botol ni.

Aku akui, aku kagum dan cemburu lihat mummy-mummy yang bila pump, susu melimpah ruah. Dapat buat stok sampai penuh 1 peti ais atau deep freezer tu. Dapat 5oz (lebih kurang 150 ml) atau lebih pada  setiapkali 1 sesi pumping. Aku setiapkali pam, pada 1 sesi hanya mampu dapat tak sampai 1oz (lebih kurang 30 ml). 1 sesi aku buat selama 1 jam. Oh ye, untuk kedua-dua belah ok. Hendak dapat cukup 3 oz aku perlukan 4 sesi pumping yang makan masa seharian ( 3 oz banyak macam dalam gambar di atas tu). Lepas pam, kalau anak merengek nak susu, memang aku tak dapat directfeeding. Sebab memang kosong dan kering kontang. Aku selalu mengelabah bila anak merengek nak susu, sebab masa tu bila dia hisap dan tiada apa-apa yang keluar, tahu apa aku rasa? aku rasa aku seorang yang loser! Aku gagal. Sedih.

Nipple aku crack. Sebab nak bagi baby stimulate kononnya untuk perbanyakkan susu. kadang-kadang sampai berdarah. Hmmm. Husband aku siap belikan Medela Purelan dengan nipple shield lagi, tak jalan juga. *husband memang bagi full support untuk breastfeed ni, tapi apakan daya*

Aku masih join KIM group. Tapi kadang-kadang masuk kat situ boleh buat aku makan hati juga. Sebab banyak kali aku terbaca ibu-ibu di sana mengutuk ibu-ibu yang memberi susu fm pada baby.  Ada yang kata, baby-baby yang minum susu fm ni akan ikut perangai lembu, sebab minum susu lembu. Akan alami macam-macam penyakit, termasuk usus membengkak, obesiti dan macam-macam lagi. Ada yang mengutuk ibu-ibu susu fm ni. Sedih gila. Sebab aku bukan saja-saja nak bagi anak aku susu fm. Dan aku percaya kebanyakkan ibu yang bagi anak minum susu fm ni pun bukan saja suka-suka nak bagi. Tapi aku masih join sebab masih ada ilmu yang aku nak timba. Kalau pun ianya tak berguna lagi untuk aku buat masa sekarang ( read : anak pertama ini),aku tetap berazam untuk mencuba lagi untuk anak yang selepas-selepas ini ( InsyaAllah). Dan aku juga masih cuba membantu kawan-kawan aku yang mana masih kurang ilmu tentang susu ibu. Memang aku educate diorang. Sekurang-kurangnya jika ia tak dapat memanfaatkan anak aku, ia masih mampu memberi ilmu dan membawa manfaat untuk anak orang lain, InsyaAllah.

Masa belum pregnant lagi, setiapkali tengok officemate pergi surau untuk pumping, aku berangan-angan nak alami semua itu. Aku selalu doa supaya rezeki susu ibu untuk anakku ada dan meriah. Aku fikir positif. Tapi semua itu memang bukan rezeki anak aku. Ini antara cabaran untuk aku sepanjang memegang tittle ' ibu baru' . Sekarang, susu aku masih ada, masih dalam kuantiti yang sama. Aku tak pernah hentikan terus beri susu ibu pada baby. Walaupun 80 peratus, di kuasai oleh FM milk.

Tapi, secara tiba-tiba baby reject nipple dan breastmilk secara total. Kalau aku pump masukkan dalam botol pun, dia tak mahu. Membebel -bebel dia marah dan menangis. Siap meraung-raung. Aku pun menangis dan emo dengan anak sendiri *hmm* Aku buat research dan cari ilmu juga tentang ini, telah aku usahakan segala tips, tapi tak berjaya. Baby Iman tetap tak mahu. Sekali lagi aku rasa aku loser! Rasa diri tak diperlukan. Sampai kadang-kadang aku tertanya-tanya, Iman tahu ke aku mama dia? Sebab baby yang Bf ni dia rasa attach dengan mak dia. Tapi baby yang minum Fm ni, sesiapa pun boleh bagi dia minum, dan adakah dia masih tahu aku mama dia? Sedihnya masyaAllah!

Ada-ada masanya, aku salahkan diri aku sendiri bila anak tak sihat. Aku cakap dalam hati 'aku lah penyebab Iman sakit, sebab aku gagal bagi dia minum susu badan' . Kadang-kadang aku blame diri aku sendiri sebab tak dapat produce susu yang cukup untuk anak. Aku cuba mengelak bila orang tanya adakah anak aku minum susu badan. Dan bila jawapan aku 'tak' , aku bosan nak tengok mimik muka yang negatif. Aku bosan nak terima komen-komen yang cuba mencela ibu-ibu yang memberi anak-anak mereka minum susu tin ni.Aku bosan nak dengar komen-komen negatif.

Ibu mana yang tak mahu beri yang terbaik untuk anak dia kan.
Kalau kita dah dikurniakan rezeki susu badan yang banyak, bersyukur dan jangan sesekali nak memperlekehkan atau menghina ibu-ibu yang tak bernasib baik ini.
Kalau Allah nak tarik, sekelip mata boleh terjadi ( minta dijauhkan )
Faham lah juga, ibu-ibu yang beri anak dia susu tin ni pun seorang ibu. Walau dia tak mampu nak susukan dengan susu dia sendiri, dia tetap seorang ibu yang sentiasa mahu mencari yang terbaik untuk anak dia.

Gagal menyusukan anak dengan susu nya sendiri tetap tak dapat mengubah hakikat, dia tetap seorang ibu untuk anaknya, sampai bila-bila pun. Dan seorang ibu, sanggup berbuat apa sahaja demi membahagiakan anaknya-InsyaAllah - Mommy Lara, 31 Julai 2012.

Untuk mom-to-be, jangan berputus asa. Jangan give-up. Tak semua orang mempunyai nasib yang sama macam aku. Banyakkan membaca pasal breastfeeding. Banyakkan cari ilmu. Kena tahu, bila susu akan mula keluar. Kalau tak keluar, belajar pula cara macamana nak stimulate. Kena tahu teknik-teknik lain untuk kekalkan production susu. Kena tahu cara handle EBM. Kena tahu macam-macam lagi. Mulakan cari ilmu sejak pregnant lagi, jangan tangguh-tangguh. Good luck.






Friday, July 27, 2012

Ramadhan 2008 - Ramadhan 2012.

DSC_0853


Salam Jumaat.


  Mula rapat dengan lelaki ini pada ramadhan 2008. Pada ramadhan 2012, telah pun mempunyai seorang anak bersamanya. Dekat 5 tahun semua itu berlaku. Rasa macam tak percaya. Percaturan yang Allah telah tentukan sejak aku berusia 4 bulan dalam kandungan ibuku, kan?Sesuatu yang tak pernah aku terduga ( read : pada ramadhan tahun 2008 tu la )


Nabi Muhammad SAW bersabda:
1)Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya.
2)Bagi isteri yang baik pada suaminya tiap hari akan mendapat SERIBU syahid (kerana ikhlas dan sabarnya). Wanita yang paling baik adalah wanita yang membahagiakan suami dalam segala hal yang diinginkannya, selain bermaksiat kepada ALLAH. 
3)Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang bersifat lembut pada isterinya. Setiap hari suami yang baik kepada isterinya akan mendapat SERATUS SYAHID (kerana ikhlas dan sabarnya).





DOA MENGEKALKAN KASIH SAYANG DIANTARA SUAMI, ISTERI DAN ANAK-ANAK.




Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).


aku bersyukur. Alhamdulilah.

Thursday, July 26, 2012

Meransang Bayi.

Penting, sebab baby merupakan kain putih yang perlu di corakkan oleh ibu bapa. Paling tidak, kaum keluarga. Ketika dia sedang berjaga adalah masa yang sesuai untuk meransang dia. Elakkan menganggu masa tidur  baby . Sebab tidur juga merupakan salah satu cara dia membantu diri dan pemikirannya berkembang. Kalau ransang tanpa had pun boleh memudaratkan bayi. Jadi ransang bayi pada ketika dia dalam mood yang selesa ( selesai minum susu, tak lapar ) pada waktu yang tak berapa nak lama. Aku saja cari info ( memang aku rajin google, sejak dari pregnant sampailah selepas Iman lahir) so saja je aku kongsikan kat sini untuk perkongsian ilmu.


Kaedah ransangan yang boleh diberikan adalah :

1)Bercakap dan berkomunikasi
2)Bermain
3)Membina suasana
4)Teman ketika sunyi


1)Bercakap dan berkomunikasi

Masa paling sesuai masa dia asyik je perhatikan wajah kita masa menyusu. Kalau boleh gunakan masa tu dengan sebaik-baiknya dengan bercakap mesra sambil senyum kat dia dan cium-cium dia ke kan. Gunakan perkataan-perkataan macam 'sayang anak mama' .. 'anak mama lapar ye'.

Atau masa tukarkan lampin/ diaper dia. Sebab masa ni jarak mata bayi dengan wajah kita masa salinkan lampin sangat sesuai untuk berinteraksi.  Sambil salin lampin tu, kita boleh gunakan perkataan-perkataan seperti" cantiknya kaki anak mak, wanginya badan anak mak".


Paling tidak pun, masa hendak tidurkan dia pun boleh dialunkan dengan lagu, zikir atau bercerita dengan bayi. Sebab bahasa yang kita guna dalam berbual dengan bayi dapat membantu minda dia membentuk bahasa dan pertingkatkan perkembangan bahasa bayi.


2)Bermain


Bermain - main dengan bayi memang digalakkan sebab dapat ransang minda dia dan bina emosi happy pada baby. Bila emosi dia happy, secara langsung boleh membentuk perkembangan dan personaliti yang positif. Bayangkan baby yang lahir dalam persekitaran yang kucar-kacir, sedikit sebanyak perkembangan emosi dan personaliti dia pun akan terganggu. So ibu-ibu, se-setress mana pun kita, sila kawal dan jaga emosi (read : peringatan untuk aku sendiri yang kadang-kadang tak boleh nak kawal emosi, grrr).


Jari-jari comel dia tu boleh dicium atau kedua-dua tangannya ditepuk-tepuk sambil mama dan papa nya nyanyikan nursery rhymes. kalau nak lagi best, siap joget sekali lah depan baby, confirm dia terhibur. Macam Iman, dia lagi seminggu dah nak 2 bulan, so bila nyanyikan atau bagi dia dengar muzik atau goyang-goyangkan kepala depan dia masa nyanyikan nursery rhymes ni, memang dia punya senyum lebar sangat-sangat, sambil mata dia bulat-bulat dengan muka happy dia.


260720122258
muka excited bila kita bagi dia dengar lagu Twinkle Twinkle Little Star.

3)Membina suasana
Kalau boleh, letak baby dalam suasana dan persekitaran yang bersih dan nyaman. Jangan letak dia dalam bilik yang terlalu sejuk atau terlalu panas. Kalau dah memang sediakan satu bilik khas untuk dia, jangan lupa dinding biliknya tu di hiasi dengan gambar-gambar yang boleh meransang minda dia. Sebab melalui gambar-gambar atau alat-alat permainan di sekeliling dia dapat membantu menambahkan lagi maklumat dalam minda dia. Sebab, masa peringkat ini, bayi hanya mampu observe apa sahaja yang ada di sekeklilingnya tetapi tidak dapat menggunakannya. Lebih banyak yang di observe oleh deria bayi lebih cepat berlakunya perkembangan intelektual bayi. Beli alat-alat permainan yang boleh membantu meransang minda dia dan kena cari barang permainan yang sesuai dengan usia dia.
4)Teman ketika sunyi
  • Membaca cerita
  • Bermain
  • Berzikir
  • Menyanyi
Adakalanya bayi juga rasa sunyi  dan bosan sebab itu dia perlukan teman untuk mengisi kesunyiannya. Ini biasanya berlaku apabila semua keperluannya seperti tidur, menyusu, dan mandi sudah dipenuhi. Oleh itu, untuk merangsang bayi ibu bapa digalakkan berkomunikasi, menyanyi atau membaca bagi membantu proses perkembangan bahasa dan minda. Ibu bapa digalakkan menggunakan perkataan yang sesuai ketika berinterkasi. Apabila perkembangan bahasa kanak-kanak dipercepatkan, prestasi inteleknya turut meningkat dari semasa ke semasa.

Wednesday, July 25, 2012

Gambar-gambar sekitar kehidupan aku yang bergelar mama

dimensi

  1. (diménsi) ukuran saiz sesuatu (seperti tinggi, panjang, lebar) atau garis pusat
    Ayat: dalam rajah yang kamu lukis itu, tunjukkan dimensinya; cara ideal ialah audiovisual dan tiga dimensi;
  2. aspek
    Ayat: apakah dimensi baru yang harus kita cari, terokai, dan membinanya supaya kecemerlangan itu akan menjadi sesuatu yang hakiki dan abadi? - sumber :KAMUS
Ini dimensi (aspek) terbaru kehidupan aku. Cuma ingin gambarkannya dengan photo. 

Sebelum ini, hari-hari aku sangat banyak bezanya dari sekarang. Masa study lain. Masa single dan dah kerja, lain. Masa dah kahwin tapi masih berdua, juga lain. Tapi bila dah bertiga, lain yang kali ini memang terlalu amat lain lah. Totally berubah. Setiap hari, aku bangun tidur, bukan ikut suka aku bila aku nak bangun. Bukan aku yang tentukan. Bukan jam loceng atau alarm handphone yang mengejutkan aku. Bukan tuntutan kerja yang membuatkan aku terpaksa bangun. Begitu juga masa tidur ku. 

Aku sendiri tak berapa pasti, setiap malam pukul berapa aku akan masuk tidur. Kalau dulu, aku akan tidur bila aku sudah mengantuk. Bila aku sudah mamai. Sekarang? Kalau aku mamai - mamai ke, mengantuk sampai tahap mampu lena semasa berdiri ke, aku tetap kena ikut masa si Iman. Kalau dia dah berjaya di tidurkan, barulah aku boleh tidur. Tapi kalau masa tu, mata aku dah berat nak buka, lantak kau lah, mengantuk ke apa, selagi Iman tak tidur, alamatnya tahan mata dengan batang mancis lah jawabnya,haha.

Masa berjaga dan tidurku, memang dikuasai sepenuhnya oleh si anak - Iman. Oh ye, begitu juga dengan masa-masa lain untuk diriku sendiri. Pernah beberapa kali aku tidur cuma sejam dua je dalam sehari. Dan seingat aku, sejak Iman lahir sampailah ke saat ini, aku belum pernah dapat tidur terus-menerus selama 8 jam atau 9 jam direct. haha. Rindunya nak tidur lama-lama macam tu.

Sebelum kahwin dan ada anak, aktiviti aku lebih kepada diri sendiri. Shopping pun untuk beli barang-barang sendiri. Holiday pun berjalan sana-sini untuk kegembiraan diri sendiri. Kalau ada duit, memang banyak spend pada barang-barang peribadi macam baju, seluar, mekap, aksesori bagai. Lepas kahwin, tapi belum ada anak, banyak shopping barang-barang dapur T_T .Kemudian, status upgrade lagi kepada perempuan mengandung. Duit gaji banyak habis pada persiapan menyambut kelahiran si Iman pula. Sekarang, dah jadi mak pula. Lagilah aku hanya bergelumang dengan barang-barang baby je semata. Aku sehelai baju baru pun tak ada selama beberapa bulan dah ni. Sadis kan? hehe.

Gambar-gambar sekitar kehidupan baru aku sekarang :

kaler1
pagi, pakaian baru untuk Iman pakai selepas dia siap mandi.from head to toe.

Kebiasaannya Iman mandi pagi sekitar pukul 10 pagi. Tapi kadang-kadang dia terlajak tidur sampai ke pukul 12 tengah hari, terutama bila hari hujan. Aku pun kesian nak kejut dia bangun mandi. Maka, dibiarkan je dia tidur sambil aku pun sambung tidur, ahahaha. Tapi tak adalah membiarkan dia tak mandi sampai ke petang. No No No.


kaler2
Pakaian seragam Iman, hahaha.

Biasanya kalau cuaca panas, memang aku tukarkan dia pakai baju ni. Ini untuk elakkan dia berpeluh, kena ruam panas atau gatal-gatal kulit akibat peluh. Sebab baju ini membantu pengaliran udara yang baik pada kulit baby :)


kaler3
mittens.

semakin susah nak pakaikan mittens kat dia sekarang. Dah pandai pegang. Pegang yang memang taknak lepas punya. Kadang-kadang muka dia calar akibat jari jemari dia sendiri.

Dalam sehari, Iman pakai baju bertukar beberapa kali. Sebabnya adalah bermacam sebab. Hahaha. Muntah susu antara salah satu sebab itu.


kaler4
colours.

memang aku tak fokus pada warna biru je pada baju-baju Iman. Warna pink pun aku pakaikan je, asalkan bukan dari baju sampai ke seluar, mittens dan booties pun pink sudah lah. Aku mix and match. Kalau baju pink, suar dia biru atau putih lah. Begitulah,



kaler5
napkins.

setiap hari guna, walaupun Iman bukan guna napkins, dia pakai pampers. Aku ingat nak try cloth diapers. Masalahnya, mampukah aku? hmmm. Tapi napkins ni semua guna buat bedung atau alas dan lap lebihan susu dia atau lap muntah susu dia tu.

kaler6
'Mini Pharmacy ' Iman.

Penting woo mini pharmacy ni. Ada gripe water, cotton buds, sikat dan berus, baby wipes dan bermacam lagi. Oh ye, minyak Yu Yi pun ada :)


kaler7
Playgym dari Simple Dimple.

Tengah tunggu je masa yang sesuai untuk letak Iman bermain dalam ni. Sekarang kalau letak, excited dia mampu bertahan selama 10 minint paling lama, lepas itu, uweekkk. Hahaha. Tak apa, bersabar sikit je lagi. Tak lama lagi je, jangan aku yang tak larat nak teman dia bermain udah la ye bila tiba masanya nanti. Oh ye, ini barangan berupa kehendak yang pertama untuk Iman selepas mama dia selok nak sangat benda ni. Bukan barangan keperluan ye, hahaha.

selok : desperately. hahaha. orang pahang dan kelantan lebih faham perkataan ni.


kaler9
Fisher Price Classical Chorus Gym.

Iman suka ini. Buat masa sekarang. Kalau letak dia main benda ni, kaki dia jungkit-jungkit naik tendang-tendang. angan pun. Muka dia tak payah nak katalah. Memang muka excited sangat.

DSC_0800-1
Beriadah di luar rumah.

Buat masa sekarang, aku memang belum bersedia nak bawa Iman pergi berjalan ke mana-mana. Dia baru sebulan lebih, walaupun dah lepas dari pantang. Sebab virus dan kuman persekitaran, itu yang paling aku risau. Kalau dah 2 bulan lebih ke 3 bulan, antibodi dia pun dah kuat, baru aku berani kot. Lagipun, baru sebulan lebih, dia pun tak adalah excited sangat tengok apa-apa pun. Paling-paling pun, dia seronok dalam 10 minit, lepas tu cranky dekat beberapa jam, adoi, naya :'(

Tapi kalau setakat tengok-tengok luar rumah, tengok pokok, tengok sekeliling, memang aku bawa dia hampir setiap petang. Memang excited lah dia memandang sana- sini. Kadang-kadang goyang-goyang kepala dia kiri ke kanan dek kerana nak tengok semua benda di sekeliling dia. hehe. Kena dukung dia macam dalam gambar, baru dia puas tengok sekeliling. alahai, comel :)

DSC_0827-1
meniarap di pangkuan.

Ini paling dia suka. bila kita tiarapkan dia untuk sendawakan ke apa kan, memang dia asyik tengok cadar ke atau benda-benda yang ada depan mata dia. Di usia dia sekarang, warna-warna terang lebih menarik minat dia untuk memerhati. Mata dia boolat macam dalam gambar ni lah kalau leka memerhati sana-sini.

Monday, July 23, 2012

Setiapkali Isnin.


Mesti rasa malas.


iman bosan


Biasalah. Monday Blues.



Friday, July 20, 2012

ramadhan.

salam ramadhan untuk semua. alhamdulilah, masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan ramadhan sekali lagi. 

Thursday, July 19, 2012

gambar scan baby dan wajah sebenar baby.

Sama tak?

sblmnslps-1

Gambar sebelah kiri adalah gambar scan baby Iman semasa 24 minggu. Manakala sebelah kanan adalah wajah terbaru Iman. Macam mana? Serupa tak? Macam serupa tapi tak sama, kan? Mungkin sebab masa scan ( 24 minggu ) berat baby baru 800 gram. Belum mengumpul lemak dengan banyaknya. Tapi gambar selepas lahir tu, berat Iman dah mencecah 4.5 kg.

Bagi aku, nampak sama. Memang wajah Iman selepas lahir, tak banyak beza dengan gambar scan dia tu. Terutama pipi, bibir dan hidung dia.


Tuesday, July 17, 2012

terima kasih mak.


Kasih ibu memang sampai mati.

IMG_6831

Sebelum ada anak, aku memang kurang prihatin (read : tak mudah sensitif ) tentang kasih sayang seorang mak. Tapi bila sudah pegang gelaran seorang mak, aku mula lebih memahami yang kasih ibu terhadap anak dia, memang macam tak ada sempadan. Kadang- kadang benda kecil pasal anak pun, boleh buat berjurai air mata berhari-hari, kan?

Masa pregnant lagi, aku mula sensitif sangat kalau hal-hal berkaitan dengan anak ni. Tambah-tambah bila dah bersalin, anak dah ada depan mata, lagi lah aku sensitif  kalau hal berkaitan dia. Dia kena inject BCG pun air mata aku dah nak meleleh fikirkan sakitnya dia kena jarum suntikan tu. Dia menangis kena amik darah (masa suspected jaundice), aku yang menunggu dia pun siap dah nangis sekali. Memang lemah lah hati seorang ibu rupanya. Lemah yang penuh kekuatan terselindung aku rasa. Tak sanggup rasanya nak tengok anak sakit, memang aku selalu mohon pada Allah setiapkali anak aku demam ke apa ke, biarlah aku yang tanggung rasa sakit tu dan bukan anak aku.

Sebenarnya entri kali ni,memang bukan nak cerita pasal aku.

Ini cerita tentang mak aku. Satu ayat aku boleh katakan-mak aku memang superb! kasih sayang dia memang melimpah ruah. Menitis air mata aku tengok dia bersusah payah jaga aku masa aku dalam pantang. Dia yang banyak bersusah payah bersekang-mata jaga anak aku tiapkali anak aku meragam. Kalau anak aku merengek sikit, dia yang cepat-cepat bangun ambil anak aku, dukung dan dodoi dia. Aku memang terkial-kial sebab tak reti sangat nak handle. Lagisatu sakit luka cser ni memang buat aku payahlah nak bangun dan dan tu juga bila anak merengek atau menangis. Memang ambil masa sikit lah nak bangun. Bila dah bangun, nak betulkan duduk pun ambil masa juga. Syukurlah Allah kurniakan aku seorang mak yang kasih syg dia memang tiada batas.

Itu belum lagi dia yang uruskan aku, mandikan aku dengan daun herba masa aku dalam pantang. Dia juga yang urut badan aku, kalau aku ni tak jiwa kental memang aku melalak masa tu juga lah mengenangkan betapa besar pengorbanan dia pada aku, sebagai seorang ibu. Rasa macam ‘kerja’ seorang ibu ini, bukan hanya seketika, tapi sepanjang hayat. Walaupun dah sepatutnya lepas tanggungjawab dia terhadap aku, pada hari aku bernikah. Tapi itulah kuasa Allah, dia jadikan ibu ni kasih sayangnya tak pernah habis.
Lagisatu, mak aku memang tak reti duduk diam. Dari awal pagi, lepas subuh, masak untuk sarapan-basuh kain baju aku dan baby-sidai baju-masak untuk lunch-jaga baby sampailah ke malam, baru dia tidur lepas settlekan semua kerja. Itu pun kalau anak aku tak meragam sampai ke subuh, dapatlah dia tidur kejap, kalau tak berjagalah dia sama-sama dengan aku sampai anak aku tidur.

Teringat masa aku mengandung, kaki dan tangan aku bengkak, dia yang urutkan perlahan-lahan. Bila aku berjalan, dia yang tolong pegang tangan aku, papah aku bila aku susah nak berjalan. Masa kat hospital pun sama. Dia yang jaga baby supaya aku dapat tidur sekejap masa waktu melawat.

Paling penting, bila aku rasa ‘down’ lepas bersalin, dia yang selalu bagi kata-kata semangat kat aku, selalu bersama aku. Kalau nak suruh balas jasa dia, memang aku tak mampu walaupun aku gadaikan dengan nyawa aku sekalipun. Aku ni memang bukan anak yang baik. Aku jenis yang degil dan keras kepala. Kadang-kadang memang suka melawan cakap. Itu belum lagi bila aku buat dia terasa hati samada sedar ataupun tidak. Tapi bila dah ada anak sendiri ni, aku memang dah makin faham perasaan seorang ibu. Kalau anak sakit, memang kita pun rasa sakit sama. Kalau anak gembira, kita yang rasa macam dunia ni ada dalam gengaman kita dan paling penting, sangup buat apa sahaja asalkan anak dapat hak dia dan dapat yang terbaik.

mak


Terima kasih mak.
Atas semuanya dari saat melahirkan aku sampai ke hari ini, kasih sayang mak tak pernah surut untuk aku.


kisah lalu.

Assalamualaikum.

seingat aku , dalam blog ini belum pernah aku buat ulang tayang(review) tentang hari-hari menjelang hari perkahwinan aku. well,aku tahu tiada apapun yang menarik tentang perkahwinan ku, cuma blog ini perlu aku update sebagai ingatan untuk aku. sebab dulu aku ada diari, tulis semua kisah penting hidupku, cuma bila dah dewasa ni, rasa macam diari is so leceh.sebab aku kadang-kadang tiada masa hendak menulis.

aku ambil cuti seminggu sebelum dan seminggu selepas perkahwinanku. memang best betul cuti lama dari kerja yang sungguh hectic itu rupanya. tapi bila cuti itu bukan sepenuhnya untuk bersuka-ria, then aku menjadi sungguh cemas. niat aku ambil seminggu awal sebelum kahwin kononnya hendak settlekan d.i.y aku mana yang tak sempat aku habiskan.tapi sudahnya,aku kering idea,sungguh tidak bermotivasi dan tiada sokongan.maksud sokongan,aku perlukan kawan-kawan di sisi aku waktu itu sebab itu waktu sukar buat aku.tapi,seperti biasa,aku tidak judge mereka.biarlah,mereka ada kehidupan masing-masing dan aku hormat akan hal itu.

maka,seminggu sebelum kahwin tu,aku isikan masa dengan tengok tv,makan dan sekadar baring-baring.kiranya aku cuba berehat dengan secukupnya.dan membeli persiapan terakhir apa-apa yang patut.nervous?aku pun tak tahu kenapa,tapi aku memang kekurangan perasaan nervous.aku lebih kepada fikir yang  macam-macam.aku fikir janganlah hujan masa wedding nanti,janganlah pelamin roboh,janganlah itu,janganlah ini.doa itu ini.berharap itu ini takkan berlaku dan the wishlist pun berterusan.paling kelakar,bila banyak kes pengantin lelaki cancel kahwin last minutes.so aku pun seram kalau-kalau aku pun di uji untuk mengalaminya.masa tu aku fikir,perlu replace ke apa.aku macam 'blurr' if benda macam tu terjadi pada aku.lagisatu,takut if jadi apa-apa pada rombongan pengantin lelaki dan pengantin tu sendiri, berdebar hati bila buka berita ada je pasal kemalangan.

tapi,biasalah.masa-masa macam tu,kita kadang-kadang berfikiran entah apa-apa.

dan paling sadis bila fikiran tiba-tiba kata-taknak kahwin.tapi aku rasa itu normal.sebab perasaan kita bercampur baur.kejap excited hendak kahwin,kejap rasa taknak kahwin,kejap stress,kejap gembira.itu normalkan?rasa excited bila kita cepat-cepat rasa hendak tamatkan semua penantian selama ni, yelah, dengan persiapan wedding yang macam-macam, dengan duit yang mengalir macam air, dengan drama-drama swasta sebelum wedding di kalangan vendor atau famili,rasa macam-enuff! aku nak kahwin,tak sabarnya. then,kadang-kadang bila kita fikir,ke mana untung rugi nasib kita lepas kahwin, macamana hendak pegang tangungjawab besar lepas sah menjadi isteri, bila pandang muka mak ayah, hati jadi sayu. rasa macam hendak selalu kekal jadi anak kecil selamanya, biar masih bawah jagaan mak ayah, tu yang buat kita terfikir-tak mahu kahwin boleh tak *macam nak minta kena pelempang,kan *

rabu.23 Mac 2011.
-kawan aku yang support 1 dulang hantaran aku mesej kata mak dia ada hal,mungkin tak dapat buat kek kukus buah-buahan tu.aku rasa down juga,tapi aku cepat-cepat mesej kak hawa,akak yang buat wedding kek aku tu-entri ini tambah cupcakes sebagai ganti kek kukus buah-buahan yang samar-samar statusnya.otak aku macam jammed dah if kak hawa kata tak dapat buat,sebab fully booking.tapi alhamdulilah,syukur.Kak Hawa available lagi untuk ambil tempahan even last minit macam ni.
-beli inai paket sebagai ganti kalau inai daun tak cukup merah
-tumbuk daun inai sekuat daya.heh.
-beli kasut sanding,heh again.
-tampal beading pada baju sanding kontroversi yang meng'stress'kan segenap jiwa aku.heh lagi.
-pandang guestbook separuh jalan,konon nak siapkan,tapi stil,ditinggalkan separuh jalan.
-malam,aku pasang langsir kat bilik pengantin dengan mak aku.seperti dalam entri ini-my bridal suite.mak aku yang tukang paku dan panjat tangga.aku pula tukang pegang tangga.sebab aku gayat kat tempat tinggi.pasang awal supaya senang,kepala aku pun tak serabut hendak fikir nanti.
-racip daun pandan buat bunga rampai.
-adik aku pakaikan inai kat tangan dan kaki aku.

khamis.24 mac 2011.
-bangun pagi,aku harap esok bukan hari nya.kenapa?sebab aku pun tak tahu hendak fikir apa.
-dapat mesej,rombongan pengantin lelaki telah bertolak dari kampung.ok,realiti semakin hampir.
-pergi beli bunga hidup,sebab gatal hendak fresh flower buat deko hantaran.
-bunga tak cukup.petang,pergi cari lagi dengan aina.
-terfikir tentang bilik pengantin yang kosong dan macam kontang je.pergi tesco,nampak 2 biji bantal merah comel.grab it.
-pick up cupcakes dan kek dari kak hawa untuk letak atas dulang esok.
-aina bikin serabut kepala otak aku,bila dia bising hantaran aku yang sebanyak 15 dulang tu langsung tak terusik.aku,kalau orang tak bising,aku tak nerves pun.ni mak nenek dah bising,siap gelabah bagai,aku lagilah naik tensen.rasa nak cepuk je makcik tu.(aina : bestfriend aku ala-ala lorat macam mak nenek sikit,kuat bebel)
-tapi aku cool lagi,sebab aku tengah tunggu diela,faira,nuril dan zira sampai dari kl.atas pertolongan diorang untuk hari terpenting aku tu,memang aku tak akan lupakan sampai bila-bila.aku kenang sampai aku mati nanti,sebab diorang sangup bersusah payah tolong aku.kalau aku hendak balas,memang aku tak mampu,tapi doa dan ingatan aku untuk diorang,forever dalam hati.Insyaallah.ingat aku tak terharu ke,bila diorang sanggup ambil cuti jumaat tu semata mahu datang wedding aku.aku terharu gila,jadi sebak tambahan pula di saat motivasi diri aku terbang dan hilang macam debu,diorang bagi aku kekuatan, termasuk aina. aina datang lebih kurang 3 jam je kot, tapi cukup buat aku ingat dan berterima kasih.
-famili tunang sampai.terus ke homestay mereka.
-petang,tunang aku datang kat kedai minum area rumah aku.masa tu diela,faira dan engku arif dah sampai dari kl.kitorang lepak situ.tunang aku pun lepak sama.kalau orang tengok,mesti tak percaya,budak berdua ni yang hendak kahwin esok.kami tiada larangan berjumpa 40 hari ke seminggu ke apa,sebab percaya kalau dah jodoh, memang tetap akan kahwin juga :P
-malam,tunang aku datang rumah,tengok kitorang buat hantaran berdulang-dulang tu,sambil lepak dengan apis dan arif.cool tak?hahaha.
-yang lain-lain sudah terbongkang tidur,aku dan zira tengah touch up bilik pengantin buat kali terakhir.dan zira tukang touch-up inai aku sebab dia komplen,inai tak terang.aku tidur dengan inai malam tu.aku,diela,nuril,zira dan faira tidur bergelimpangan di ruang tamu malam tu.

review wedding : majlis bertandang.


Urusan majlis bertandang di pihak lelaki sepenuhnya di uruskan keluarga mentua. Aku memang tak kisah sebab itu urusan pihak mereka. Biarlah adil dapat merasa menguruskan sebuah majlis perkahwinan, sebab masa nikah dan bersanding, semuanya aku yang uruskan dari A to Z so untuk bertandang, biarlah family mertua yang mempunyai kuasa veto 100 peratus :)


Warna Tema: 
.pink dan biru muda.

Tempat:
Pekan Nenasi, Pahang,

Pelamin :
DIY by Kak Long (sister in law).
deko2

Meja Beradab:
DIY by SIL.
deko1

Kek:
permintaan MIL untuk kek 2 tingkat :)

kek1

Makanan:
Masak sendiri. Semua lauk-pauk kampung. Best.

btandang7

Baju :
Pengantin perempuan 
-baju by Faizell Azraff
-veil, DIY by me.
-aksesori, by me.

Pengantin lelaki (1 set sendiri punya)

nak sewa L dan P boleh. email me ok - veelara85@gmail.com. boleh nego.

btandang8

Bunga Tangan:
DIY by me.

Manik pada baju:
DIY by me.
btandang2


Outdoor Photoshoot :
Pekan Nenasi.

btandang5

btandang6

btandang9e


Sesi Suap Menyuap :)
kek2

review wedding : hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan.

maafkan aku.
sebab dah setahun lebih berkahwin, tiba-tiba hari ini letak gambar hantaran masa kahwin.
salahkan kawan aku yang membuat permintaan khas tu. hahaha.

sebenarnya aku sendiri pun tak perasan, review aku separuh jalan.
biasalah, macam-macam benda nak settlekan lepas kahwin, so memang entri review ini compang-camping di mana-mana.
my bad :(
so aku akan letak terus semua yang aku dah draft banyak-banyak. (sejak tahun lepas, lepas kahwin, tapi tak pernah publish) T_T.

Ini hantaran dari pihak suami kepada aku.
13 dulang dari pihak dia dibalas dengan 15 dulang dari pihak aku.
Kalau hendak tengok hantaran dari aku kepada suami - refer entri ini : review wedding : hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki.(d.i.y sahaja)


semua hasil tangan Kak Long ( kakak suami ).thanx kak long.
macam biasa, memang simple. warna pilihan : biru muda dan pink.
gambar sebelah kiri dari kamera sendiri. sebelah kanan dari op (gambalawa).


hantaran samsul to sara4
1.sirih junjung.

hantaran samsul to sara4d
2.
kiri: gelang tangan dan cincin (dalam bekas yang sama).
kanan : cincin (telah di zoom in).

hantaran samsul to sara4c
3.Jam tangan dari BONIA.

hantaran samsul to sara4i
4.kasut dari Carlo Rino.

hantaran samsul to sara4h
5.Perfume dari Britney Spears.

hantaran samsul to sara4f
6.handbag dari Guess.

hantaran samsul to sara4g
7.coklat Ferrero Rocher.

hantaran samsul to sara4e
8.Al-Quran.

hantaran samsul to sara4b
9.Kain sepasang. Beli di bandung. Dan kain ini juga kemudiannya dihantar jahit dan dipakai semasa bertandang.entri ini :review wedding : baju bertandang by ...

hantaran samsul to sara4a
10.Telekung.

ss5-buah
11.Buah-buahan.

hantaran samsul to sara4j
12.Kiri: kek.
13.kanan : potpuri.

I M A N.

DSC_0704-1a

Perkembangan Iman Ketika Berusia 6 Minggu.


How your baby's growing 

  By now roughly half of all babies recognise their parents and openly prefer their mum and dad to strangers. Your baby may actually smile when he sees you, and coo and kick with pleasure. 

In general, he's become more sensitive to his surroundings. If you ring a bell, he'll respond in some way, by starting, crying, or even quietening down. he's beginning to take a real interest in music, whether it's you singing to her or the radio playing. And he notices things more acutely - staring intently at a soft toy placed in front of him, for instance. For parents, it's a gratifying experience, especially coming as it does after weeks of nappy changing, feeding, bathing, kissing and cuddling with little response. 

Your life: settling into a routine 

 The initial rush of adrenaline that carried you through the first few weeks has probably worn off by now and your life may seem like an endless chain of nappy changes, feeds and soothing sessions. But deliverance from the chaotic nature of these days is ahead. Your baby may have started napping at roughly the same time every day and even if he hasn't, it's only a matter of weeks before a pattern emerges.-source: babycenter

Minggu ni dah masuk 6 minggu usia Iman. Alhamdulilah. Iman dah pandai senyum. Kalau kita senyum atau cakap-cakap dengan dia, dah pandai bagi respon. Paling menawan hati, bila dia pandang dan keluarkan suara macam nak bercakap dengan kita. Lagi satu, kalau berdukung atau sedang mengamuk, kaki dia memang pandai menendang-nendang dan melonjak-lonjakkan badan dia. Aku risau kalau terlepas dari pegangan sebab kudratku memang lah tak berapa nak kuat. Tapi itu menunjukkan dia sudah mula pandaimeneroka anggota badan yang dia ada.

Aku rasa yang paling ketara tentang perkembangan Iman selama 6 minggu ni, dia sudah mula pandai nak melihat-lihat persekitaran dia. Mata dia mungkin dah semakin jelas nak tengok sekeliling. Selain mudah tertarik dengan warna-warna terang. Tapi warna yang paling menarik pandangan dia adalah warna jingga. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab striking.

Bila baca update perkembangan bayi berusia 6 minggu dekat babycenter tu, hampir sama seperti yang dinyatakan. Secara kebetulan pula, sabtu lepas (15 Julai ) ada sales dekat Aeon Jusco dan suami aku belikan Iman - Fisher Price Classical Chorus Gym. Pada hal masa tu, kitorang pun tak berapa sure Iman boleh enjoy dengan benda ni ke tak. Beli je dulu, sementara ada sales kan. Kalau tak ada sales, aku pun tak prefer nak beli, mahal kan. Sebab jenis aku, brand bukan apa sangat asalkan baby selesa dan membawa manfaat kat dia. Kalau mahal dan branded tapi baby tak suka, memang membazirlah jawabnya. Tapi benda ni, boleh  guna sampai baby dah pandai berjalan. Sebab boleh adjust kepada 3 cara.

578828_4067630524832_1252326726_n-1
fisher price classical chorus gym.


Balik je rumah, suami yang excited sangat tu, terus pasang dan siap sedia tunggu mood Iman baik je, nak bagi dia mainan ni. 

DSC_0579-1
dah siap sedia. tunggu Iman ok dan tak cranky je ni.

Tapi gambar masa Iman excited buat pertamakali main benda ni aku tak dapat snap. Aku lupa rasanya. Biasalah, mama excited sama. hahaha.


Esoknya, awal pagi lepas Iman bangun tidur, aku letak dia menghadap benda ni. Bulat mata dia melayan lagu-lagu nursery rhymes. Memang nampak dia enjoy sangat. Riuh juga mulut dia. Paling best, kaki dia tendang-tendang permainan yang gantung-gantung tu. Sambil mata dia bulat merenung-renung lampu pada bintang-bintang yang berkelip-kelip tu



DSC_0643 (2)-1
warna-warni. siap dengan muzik yang pelbagai. dan bintang-bintang yang berkelip-kelip.


150720122176-1
tak sempat snap guna DSLR.sempat guna handphone je, sebab overexcited bila nampak Iman sedang excited.

Lega sebab kitorang beli benda ni tepat pada masanya. Sebab di peringkat ini, baby baru hendak belajar meneroka sekeliling dia. Baru belajar hendak dengar muzik, pandang benda-benda yang menarik. Baru belajar nak gunakan kaki dan tangan dia. Tapi aku belum bersedia nak buka mitten dia, tunggulah bila dah 2 bulan nanti, baru aku buka. Masa itu, saja nak bagi dia sedar, dia ada tangan. Nak bagi dia sentuh dan rasa benda-benda di sekeliling dia. Sekarang belum boleh lagi :)

Sekarang, aku dah boleh adapt dengan hadirnya Iman. Maksud aku, aku dah mula dapat selarikan jadual waktu aku mengikut jadual waktu Iman. Kalau seminggu dua lepas bersalin hari tu, memang aku rasa diri aku ni macam tak terurus, kelam-kabut dengan tidur yang tak tentu arah.masa awal-awal tu, kalau di hitung betul-betul, entah berapa jam je lah aku tidur setiap hari. Tapi makin lama, Iman sendiri pun macam dah dapat susun sikit-sikit jadual tidur-minum susu-kencing berak dia. Jadi, aku pun dapat rehat yang cukup sebab setiapkali Iman tidur, aku pun rehat sama. Cuma bila dia kembung tu, aduhai. 

p/s : memang excited la, bila Iman dah pandai bagi respon. kadang-kadang aku sengih kat dia, dia pun lebar mulut sengih kat aku.

p/s2: ku kira senyuman anak itu yang paling menyejukkan jiwa, meruntun hatiku. 


Wednesday, July 11, 2012

Wordless Wednesday. kisah Iman : berjauhan dari papa

Wordless Wednesday.


iman jauh dari papa

memang tak banyak ayat, rabu tanpa kata, katanya.

sekadar hiburan buat si papa Iman yang berjauhan dari anaknya. juga hiburan untuk pengunjung blog ini yang sudi singgah ke sini :)

salah faham mengenai entri : bila melawat newborn baby,jangan buat ini,please. (tolong jangan salah faham lagi)

entri lepas bertajuk "bila melawat newborn baby,jangan buat ini,please" dah buat beberapa orang salah faham. aku bukan kata jangan datang melawat baby. tidak. aku cuma kata ada beberapa perkara yang perlu kita elak atau cuba tak buat bila melawat baby baru lahir.

siapa tak suka tetamu datang rumah melawat baby, aku pun suka. cuma ada beberapa adab yang perlu kita jaga bila melawat rumah orang yang mungkin kita sendiri terlepas pandang. itu aje.

aku dah draft kan entri tu, supaya tiada hati yang berkecil ye. jangan salah faham lagi. tetamu itu membawa rezeki- ye,aku pun tahu. tapi adab dalam melawat rumah orang dan adab datang rumah orang bila ada baby baru lahir, perlu dijaga.itu sahaja. muktamad.

bila melawat newborn baby,jangan buat ini,please.

disclaimer : entri ini sekadar perkongsian. bukan 100 peratus kisah aku. ini dari pemerhatian dan pengalaman sekeliling aku. no offense ok.

refer entri ini salah faham mengenai entri : bila melawat newborn baby,jangan buat ini,please. (tolong jangan salah faham lagi)   untuk penerangan lebih lanjut. jangan main hentam buat conclusion sebelum betul-betul faham apa yang dimaksudkan.AMARAN KERAS!
Iman : hari kedua.


1.baby tidur, pergi angkat-angkat or dukung-dukung.

Sebab kita tak tahu berapa lama mak si baby tu ambil masa hendak tidurkan baby. mungkin baby dah beberapa jam cranky dan susah hendak ditidurkan. mungkin dah berapa jam si baby asik menangis dan mak nya pun tak cukup rehat sebab hendak handle baby dia tu dan bila kita datang (kebetulan baby baru lepas berjaya ditidurkan), sibuk hendak angkat-angkat, hendak dukung-dukung. akhirnya baby terjaga. aku rasa mak baby mesti menangis dalam hati. dah la waktu tidur dia terpaksa dikorbankan sebab hendak sambut kau datang. mungkin sebab dia dah tak tidur beberapa jam melayan baby dia melalak.

tapi dia faham, orang datang melawat ni membawa rezeki :)akhirnya dia jadi macam *zombi*.



2.jangan datang malam.

faham, mungkin bz siang hari bekerja dan hanya waktu malam jela masa yang ada untuk melawat baby. tapi kalau boleh elakkan lah datang melawat newborn ni malam-malam. kena fikir juga keadaan si mak baby yang mungkin letih dan perlukan rehat. orang baru lepas bersalin, mana sihat dan kuat sangat-tak kisah lah bersalin normal or cser. jadi dia perlukan rehat yang lebih, untuk gain energy semula selain nak adapt life dengan baby.


3.jangan lepak sampai tengah malam.

kalau memang tiada masa lain hendak datang melawat, boleh je datang malam, tapi janganlah duduk melepak sampai dekat pukul 11 malam pun tak reti nak balik. orang berpantang ni dengan baby newborn ni perlukan masa tidur yang panjang ( untuk baby) dan rehat yang cukup (untuk ibu baby).


4.jangan memandai.

tak salah hendak berkongsi pengalaman atau ilmu. tapi jangan sesekali cuba memandai-mandai atau cuba tunjuk pandai. kalau ada kesilapan si ibu dalam menjaga baby dia, tak salah hendak tegur, tapi biar dengan cara yang betul.

contoh:
kenapa tak bedung baby?...bla...bla..bla...
(sambil pandai-pandai ambil kain pergi bedung si baby).

sepatutnya tanya dulu si ibu kenapa. mungkin dia ada alasan yang tersendiri. kalau pun dia memang tak tahu tentang itu, kita ni jangan pandai-pandai nak buat kerja amal tanpa di suruh. kalau buat juga, aku rasa si ibu maki dalam hati je. nak cakap direct, macam tak manis. so maki dalam hati jelaaa. lainlah si ibu minta tunjuk ajar atau minta tolong, then masa tu baru lah kita menolong.


ingat. kalau bagi advice, boleh. tapi please lah, jangan kau buat anakku itu anakmu. pedih jiwa sungguh. biasanya makcik-makcik atau saudara-saudara terdekat lah yang suka memandai-mandai.




5.jangan tanya soalan-soalan sensitif atau memberi komen-komen yang negatif.

contoh pertama: kenapa kau tak kurus lagi ni?
(sentap aku bila ditanya soalan tak membantu ni) aku cser. berpantang pun, tak boleh sangat macam orang yang normal. so memang logiklah, perut aku dan badan aku lambat nak turun.pergi tanya soalan sensitif macam tu, memang aku tahan sentap je.menyampah*nanges* :p

contoh kedua: baby minum susu badan je ke?mana cukup khasiat kalau minum susu badan je.


contoh ketiga : laa,cser.tak best la,beranak normal lagi best.
wtfish la, ingat aku suka-suka nak cser? hihihi. sentap sungguh. nasiblah tak meroyan kan.


contoh keempat : eh, mana boleh tak bagi air suam.nanti  tak lawas.dulu,anak aku ok je bagi minum air masak masa dia baru lahir.
arghh.aku sentap.pleaselah.....



6.jangan ambil gambar baby guna flash.
tak elok. nanti baby terkejut. atau mata dia jadi sakit bila terkena flash sebab mata baby sensitif (kecil  lagi kan), nanti mudah jadi rabun.


7.kalau nampak ada baby/newborn,please jangan merokok.





8.janganlah suka-suka pergi dukung anak orang yang tak dikenali (ok, ini dah bukan bab melawat daa)

annoying taw kalau orang yang kita tak kenal, nak dukung-dukung atau kiss-kiss baby kita sebab kita tak tahu tahap kebersihan orang tu sebelum nak pegang-pegang atau kiss-kiss baby kita. bukan nak kata apa, sekarang ni macam-macam penyakit boleh menular dengan mudah, so hal-hal berkaitan hygiene ni memang nak kena jaga, pluss baby ni kecil lagi.

so kalau korang jenis suka nak dukung-dukung anak orang yang kau tak kenal, better jangan buat. mesti parent baby tu rasa annoying. lagipun kesian baby, kena gomol-gomol dengan orang yang tak dikenali, siapa yang dah jadi mak,faham sangat perasaan ini. kita sendiri nak handle baby, punyalah jaga kebersihan itu ini, ni tak pasal-pasal entah sape2 main nak pegang-pegang je anak kita, entah-entah orang tu baru keluar tandas..erkkk (?)

9.bawa hadiah best-best ( kah3, kidding ye. kidding. jangan ambil hati :p )

ini jela kot. kalau korang ada nak tambah,bolehlah kongsi kat komen ye.lain orang, lain pendapat.  :)





Wednesday, July 4, 2012

Kau kekuatanku.



Aku jarang cerita pasal suami aku dekat blog ni.

Tapi hari ini, lepas setahun lebih berkahwin, aku nak cerita sikit pasal suami aku.

Memang banyak pengorbanan suami pada aku terutama masa aku sakit sebab bersalin cser. Memang dia sabar melayan macam-macam kerenah aku. beberapa hari aku kena tahan kat wad tu, memang jiwa aku celaru kot, sebab stress. aku ni manalah reti hendak jaga baby. siapa yang kenal aku tu, tahu lah. aku ni bukan jenis yang suka pegang baby, suka kiss-kiss baby, suka tengok baby comel. paling penting, memang aku tak pandai layan baby ok. setakat pegang sesaat dua, acah-acah pipi baby, ok done. itu je tahap paling tinggi aku buat kalau melayan baby. nak melebih-lebih , memang tak la kan. sebelum kahwin, lagi lah. memang aku bukan jenis suka baby pun. tapi semua tu berubah, lepas aku pregnant la of coz. tapi aku macam admire dekat baby sendiri je sekarang ni, hahaha.

Maka, bila aku kena tahan wad berdua je dengan baby, selama beberapa hari, itu memang sukar bagi aku. suami dan family boleh melawat HANYA pada waktu melawat sahaja. waktu-waktu tertentu, boleh kalau nak anta barang. itu pun kejap je. tak lebih 10 minit atas budi bicara pak guard. hampir setiap hari, aku pesan itu ini, suami akan cuba tunaikan. kadang-kadang dalam pukul 10 malam , aku call suami, minta dia datang sebab anak menangis tak henti-henti, dia tak merungut, terus datang. siap bantu aku breastfeed baby dengan cara yang betul. bagi kata-kata semangat. walaupun dia tak cakap depan-depan, tapi perbuatan dia dah tunjukkan semuanya.

Masa mengandung pun sama. walaupun aku ni bukan jenis mengidam-ngidam, tapi bila aku teringin nak makan sesuatu, beritahu suami, memang dia akan cari sampai jumpa. paling aku tak boleh lupa, bila aku teringin pau lepas tengok gambar di upload someone kat facebook. petang tu beria suami aku pergi cari, tak jumpa. dia sambung cari pagi esoknya, dan jumpa. kalau pesan makanan apa-apa, jarang sekali dikecewakan, alhamdulilah. tapi aku tak pernah pula minta dia cari pelanduk ke segala yang pelik-pelik atau konon-konon mengidam nak makan kek yang dia buat ke,hahahah:P

Lagisatu, hormon perempuan mengandung yang jarang stabil ni pun, dia layankan aje. jarang sekali nak naik marah ke ape ke melayan ragam aku. rumah bersepah tak berkemas, pingan mangkuk tak bercuci, kain baju tak berbasuh tak berlipat, suami aku memang tak bising. dia faham keadaan aku macam separuh mati masa pregnant, mana nak tahan alahan muntah-muntah, nak handle perubahan hormone lagi dengan aku selalu sakit ulu hati dan keletihan melampau. memang satu apapun aku tak mampu nak buat. tapi alhamdulilah, Allah kurniakan aku suami yang penyabar dan memahami. tak pernah mendesak. mana yang dia boleh buat sendiri, dia buat je. tapi kalau bab memasak, memang dia tak mahu sentuh langsung. dia malas. sanggup lagi dia kuar pergi tapaukan dari pergi buatkan aku segelas air T_T

Aku memang bersyukur.  itu belum lagi, perbelanjaan barang-barang baby dari sebelum lahir sampai ke lepas lahir, suami yang banyak keluarkan duit tanpa berkira. memang tak bersungut.mungkin orang akan kata, nak bersungut buat apa, itu dah memang tanggungjawab dia. ye, betul. tapi komitmen yang dia tunjukkan tu, memang alhamdulilah. ajak dia pergi ke mana saja untuk beli barang baby, memang dia tak merungut. semoga dia terus dimurahkan rezeki, amin.


dia juga ringan tulang. suruh dia pergi beli apa-apa yang tak cukup, ok je dia pergi cari. macam hari tu, nipple aku crack, dan dan tu juga dia pergi cari nipple cream. aku mengadu itu ini, cepat aje dia pergi cari solution. banyak lagi lah yang dia buat, yang aku rasa macam tak perlu nak tulis dekat blog. tapi aku sangat berterima kasih.

Suami umpama tulang belakang untuk aku dan anak. InsyaAllah. entri ini bukan nak banggakan konon aku aje yang punyai suami yang terbaik. bukan. ini sekadar satu penghargaan dari aku sebagai seorang isteri dengan rendah hati mengakui betapa Allah itu maha pengasih, telah Dia sempurnakan kekurangan aku dengan seorang suami seperti suamiku.

happyfamily
 keluarga kecil kami yang baru terbina,alhamdulilah ( family photo yang pertamakali nya )
: aku, masih belum kurus sepenuhnya, walaupun berat dah turun sebanyak 10 kg. lemak-lemak degil sebanyak 6 kg lagi tu, masih lagi degil. puas berusaha, tapi macam tiada hasil. huwaaa.

Semoga rumahtangga yang ada ini, semoga keluarga kecil kami yang baru terbina ini kekal sampai ke syurga, dan tidak roboh diancam badai yang datang bermacam cara atau orang ketiga. aku berharap, malah berdoa. yang terbina, biarlah kukuh sampai mati. bukan terhenti sekadar di pertengahan.

Terima kasih suami.
Kau segalanya untuk aku.


and terima kasih sangatlah, sebab tak pernah biarkan aku terlepas minum pati haruan tu setiap hari :'(
aku saja buat-buat lupa, tapi dia tak pernah lupa.huwaaaa. masa taip entri ni,memang kebetulan dia siap bancuhkan pati haruan tu untuk aku!!

Hospital Ampang.

goverment punya ya.
bukan Ampang Puteri tu.
Jangan tersilap.

Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri, orang lain, aku tak tahu lah kan.

Aku tak kisah bersalin kat mana pun, sebab aku rasa sakitnya tetap sama, yang pasti bersalin kat mana-mana pun, aku jugalah yang kena tanggung sorang-sorang. tapi tentulah kalau private, layanan memang tip top. kalau hospital kerajaan ni, memang lah ada kekurangan di mana-mana. tapi kena ingatlah, kalau hendak jimat, maka hospital kerajaan lah yang menjadi pilihan.

Dulu, memang kita selalu disogokkan dengan nurse-nurse tua yang kejam dan mulut laser. doktor-doktor tua yang juga kejam. juga tak kurang bangunan hospital yang kelihatan macam rumah hantu yang scary gila. tapi sebabkan aku pernah bleeding masa awal-awal pregnant, aku pernah masuk ke Emergency ward di Hospital Ampang. masa tu, aku tengok semuanya memuaskan hati. doktor baik, nurse pun sopan dan environment pun memang selamat dan tak scary langsung.

aku review apa yang aku ingat je ok. maklumlah bila dah bersalin ni, urat banyak yang terputus. hehehe.

Nurse.
Nurse kat situ, tak lah friendly tapi tak lokek dengan senyuman. dan diorang sedia membantu bila-bila di perlukan. tapi of coz lah dalam setandan pisang tu, adalah sebiji dua yang rosak, macamtu juga dengan nurse kat situ. adalah seorang dua yang mulut macam hapeh. bising-bising marah pesakit suruh breastfeed baby, bising-bising suruh pesakit kemas-kemas sikit beg-beg baju yang tak terurus (aku la tuh) bukan aku pemalas ke apa, tapi Tuhan jela yang tahu betapa sukarnya nak kemas-lemas barang masuk almari dengan sakit cser, nak membongkok memang tak larat lah aku. dengan anak lagi nak kena handle. memang tak terurus lah, pertamakali dalam hidupkan. bila kena sound, aku buat bodo jela, sebab dia sound pun tak lah kurang ajar sangat, kalau melebih, memang aku lawan je. peduli lah aku. kalau makin teruk, aku buat complaint terus.

Tapi kebanyakkan nurse kat situ memang baik-baik. Ada sekali tu, aku silap adjust katil aku, dekat pukul 3 pagi, tak tahan sangat sebab tak selesa dan terasa sakit bila nak tidur, aku panggil nurse minta betulkan katil. ingatkan kena marah, alhamdulilah, elok je dia datang tolong aku. kiranya masa aku kat wad, banyak kali jugalah aku minta tolong apa-apa dengan nurse. minta diorang buat itu ini. 

Doctor.
Aku puas hati. diorang memang sopan, siap minta maaf  bila nak seluk. memang pandai lah ambil hati pesakit. kalau doctor lelaki pun, diorang tak adalah main hentam je pegang bila nak check atau sentuh kita walaupun nak check denyutan nadi tu. diorang minta permission dulu dan siap minta maaf. aku memang tak berkira sangat, doctor lelaki ke perempuan ke, tak kisah.lagipun dalam keadaan darurat (tengah sakit) perlu ke aku banyak songeh? memang tak aku lah kan. aku faham, diorang doctor, tugasnya merawat pesakit.


Makanan.
Dah nama hospital kerajaan, makanan tak adalah best sangat, tapi tak teruklah. masih boleh dimakan. menu tegahari dan petang, aku suka sikit. hehe. sebab agak ok lah juga makanannya. tapi tukang makan, memang bukan aku sebab aku kena telah ikan haruan je memanjang (-______-‘) .tukang makan, samada suami atau adik-adik aku :p

Persekitaran.
Masa aku masuk wad biasa lepas transfer dari HDU ward, aku ditempatkan kat wad yang ada 4 orang. dan dekat dengan toilet. memang tak adalah aku azab sangat hendak ulang alik ke toilet dengan takut anak nangis atau tersedak susu. risau juga toilet jauh-jauh, kalau anak tersedak susu nanti, takut tak dengar atau tak sedar. malam-malam pun tak adalah menakutkan persekitaran wad tu. nurse memang kerap ronda-ronda. doktor pun.

Guard pun memang tegas. memang bukan sebarangan orang boleh keluar masuk area situ. kalau hendak masuk pun, biasanya dia bagi 10 minit, tapi ada juga yang memang tegas, langung tak bagi masuk (masa bukan waktu melawat) walaupun hantar barang.

Oh ye, katil dan peralatan semuanya masih baru dan persekitaran memang bersih. aku rasa setiap jam, memang makcik cleaner datang mop lantai, toilet tu semua. so kebersihan memang terjaga.


Labour Room.
Suami memang boleh teman. labour room pun bukan kongsi ramai-ramai (masa aku la). memang seorang sebilik. jadi lebih privacy dan lebih tenang. tak adalah seriau sangat dengar sana-sini orang lain menangis ke mengerang ke masa nak bersalin.


Kos.
Aku memang tak minta pun bilik yang sorang tu. tak mahu. nanti tak ada kawan hendak senyum-senyum dan sunyi. jadi aku tak kisah pun letak aku kat mana asalkan selamat dan selesa. kos selama aku di sana cuma lebih kurang RM150 ( 4 hari) untuk orang yang cser macam aku ni. nasib baik aku pilih hospital kerajaan. kalau swasta, tambah hospital yang grand-grand rasanya duit yang keluar boleh buat hantaran kahwin sekali lagi . lol.


Kalau perlu bagi jumlah bintang,aku bagi 4 dari 5 bintang.

Sebabnya :
Ini cabaran paling besar untuk aku, sampai aku dah call suami menangis-nangis. sebabnya aku dah la cser, memang sakit nak bangun duduk susukan baby dan handle baby. suami pula tak boleh teman. aku rasa kekurangan hospital ni, itu saja lah. suami atau keluarga, patutnya boleh teman supaya ada orang yang boleh tolong pesakit. ni tak, aku nak pergi toilet pun memang aku cuak sebab takut apa-apa jadi dekat baby, tak ada siapa perasan. orang sebelah-menyebelah pun kebanyakkannya bz dengan baby masing-masing dan ada yang tidur, jadi memang tak lah baby ko menangis ke apa, diorang nak tolong tengok-tengokkan. aku memang struggle lah masa 5 hari 4 malam di wad tu sebab hanya baby aku sorang je tak mahu tidur malam dari pukul 9 malam sampailah pukul 7 pagi esoknya. jadi boleh bayangkan tak macamana stressnya aku nak handle baby dengan sakit cser yang berbisa ni. berpinar juga mata aku ni esoknya menahan mengantuk. aku pun hanya akan tidur bila time melawat,sebab masa tu mak dan suami ada boleh tolong jagakan Iman.

-aku puas hati dengan Hospital Ampang, tapi biasalah kalau dah hospital kerajaan tu,certain part tetap hospital kerajaan. tapi ok lah.
-hospital ni strict giler pasal breastfeeding. janganlah korang berani-berani nak bawa botol susu. atau formula milk. memang nahas.

Tuesday, July 3, 2012

Kisah Iman : mengadu dengan papa

sekadar sebuah nukilan.
sketsa anak dan bapa :)

ini cuma 1 manipulasi aku terhadap anak dan suami, hihihi.

iman1_mengadudgnpapa


aku suka melukis. suka seni. suka menulis. tapi tak ada kesempatan lagi dah nak melukis bagai. dulu-dulu boleh lah. hihi. so manipulasi dengan cara macam ni pun, ok gak lah kan. hilangkan gian nak berkarya, walaupun ini bukan apa-apapun. sekadar suka-suka.

anak naik ranking no 1 di hati papa nya dah sekarang.
mama nya? hahahaha. redha. jeles dengan anak sendiri.
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...