nuffnangku

Friday, June 29, 2012

pengalaman bersalin : bahagian 2,final.

ini sambungan dari entri pengalaman bersalin : bahagian 1

31 May 2012.

Sampai hospital. daftar apa yang patut. doktor buat check-up. pasang CTG kat perut. masa tu pun ada sakit-sakit.tapi masih tak sesakit mana.doktor seluk.

5cm dah terbuka!

Kalau dah 5 cm, mestilah kena tahan masuk labour room teruskan?memang betul pun.aku tak sangka, sakit yang macam period pain tu rupanya sakit betul-betul.aku ingatkan ala-ala Braxton hick kekononnya.sebab selama pregnant ni pun, belum pernah lagi aku kena Braxton hicks ke rasa perut mengeras ke.ke memang ada, tapi aku yang tak perasan? lol.tapi seingat aku, memang tak pernah!

Sigh.

Ke Labour Room.
Aku disuruh tukar baju hospital.masa tu, aku sempat bangun dari katil keluar cari mak aku kejap, minta maaf semua kat dia.suami pula,awal-awal dah bermaafan segala.jadi tak perlulah drama air mata lagi di situ.heehe.oh ye,sempat mak aku pesan,ingat Allah banyak-banyak. suami aku pula dah bersiap hendak masuk labour room. Tapi dia kena ikut jalan lain.aku pula ditolak atas wheelchair ikut jalan lain(untuk pesakit).rasa macam tenat je, siap kena tolak atas wheelchair.padahal aku boleh je jalan lagi.

Dalam pukul 6 pagi:
aku masuk labour room. Fuhh, nasib baik labour room ni bukan jenis yang ramai-ramai atur kat katil dan ditutup dengan tirai je.labour room ni memang dalam bilik betul.so, tak adalah otak aku terganggu dengar orang mengerang sakit ke, jerit-jerit ke.aku masuk dulu, sementara suami pergi solat subuh, aku baring melayan sakit yang tak seberapa ni.doktor kata nak tunggu lagi 5 cm tu,ambil masa 5 jam.sebab 1cm bukaan ambil masa 1 jam.aku macam err, alamak, lamanya kan.5 jam nak tunggu sehingga fully dilated.

Semuanya terlalu cepat.aku pun tak sempat mesej atau inform sesiapa.semuanya pandai-pandailah suami aku untuk uruskan.Cuma yang sempat aku buat, update status FB ‘doakan sy’.itu sahaja.
Selama dalam labour room, memang ramai doctor dan nurse keluar masuk bilik untuk check keadaan aku.aku cuma baring dan ulang-ulang baca zikir Nabi Yunus dan ayat kursi.selang-selang dengan al-fatihah.sambil buka surah yassin melalui phone aku, cukup untuk aku sorang je yang dengar.

Perut aku dah dipasang dengan alat CTG tu.jadinya aku lebih selesa mengiring ke kiri je sambil pegang besi kat katil tu.setiapkali rasa sakit,aku genggam kuat besi tu, dan alhamdulilah cara itu dapat kurangkan rasa sakit.suami duduk depan aku.usap-usap aku.sesekali picit-picit badan aku.mungkin dia nak kurangkan kesakitan aku, sesekali dia tanya itu ini, ajak aku bercakap.tapi aku tak focus pun.tak boleh hendak focus.aku asik baca zikir Nabi Yunus tu je.kadang-kadang dia baca doa dan usap2 kat aku.tapi memang betul,suami memang perlu ada,untuk teman kita,sebagai pemberi semangat.

Masa dalam pukul 8 pagi (lebih kuranglah):
diorang tanya hendak ubat tahan sakit tak?aku kata je nak.tapi setahu aku,hospital kerajaan ni memang jaranglah hendak tawarkan epidural. Ke aku yang salah info?maka, diorang bagi aku ubat tu. sakit yang aku rasa tu, memang masih boleh aku tanggung.tapi aku kata je nak, sebab aku takut bila bukaan dah mula jadi 7 cm ke atas, takut aku tak tertanggung rasa sakit tu.dan masa tu, memang diorang tak bagi dah kot.bila ambil ubat tu, aku mula rasa mengantuk.banyak kali dalam tahan sakit tu, aku terlelap, hehe.perut aku pun lapar sebab last aku makan pukul 11 malam 30 Mei.sedangkan masa tu dah siang hari 31 mei.adoi, lapar dan haus giler kot.seteguk air pun aku tak sempat nak minum.apatahlagi nak berselusuh bagai kan.

Masa aku tengah sakit, diorang suruh sedut gas yang letak kat sebelah kanan aku.benci gila aku nak sedut gas tu.aku tak rasa pun sakit tu berkurang ke apa.macam tambah beban pula bagi aku tiapkali sakit nak sedut gas tu.jadi makin serabut aku.buat semak je gas tu.tapi memang kena paksa dengan nurse-nurse.memang aku keraskan diri tak mahu juga sedut gas tu.aku lagi selesa tahan sakit macam tu je.rasa sedut gas tu,lagi aku jadi mengantuk dan mamai.

masa bukaan belum fully dilated, aku terpaksa tarik nafas setiapkali rasa hendak teran.sebab memang tak dapat halang perasaan hendak keluar something kat ‘bawah’ tu.kalau teran juga, takut kepala baby bengkak sebab bukaan tak penuh lagi.siap kena marah dengan nurse lagi sebab diorang dapat detect aku teran.mak ai, ingat boleh tahan ke?tu luar kawal punya tindakan.bukan aku suka-suka je.takkan lah aku tak fikir keselamatan baby aku kan.pheww!~

Dalam pukul 12 lebih:
bukaan rahim aku dah 10 cm.tetiba je ramai orang dalam tu.suh aku push.diorang suruh suami angkat sikit kepala aku dan pegang kepala aku bagi tegak.kaki aku kena kangkang (macam dalam video dan tv yang selalu kita tengok tu la kan).aku try push dalam 10 minit juga, tapi tiada hasil.aku tak reti sangat push.sebab aku push ikut atas.sepatutnya kena push macam nak buang air besar tu.err, susah juga sebenarnya nak push macam nak berak tu. mungkin keadaan kritikal macam tu, buatkan aku tetiba jadi tak ingat langung cara nak berak,bolehhh?heeee. padahal, aku memang dah belajar dan baca dah pasal cara meneran dan teknik pernafasan masa nak pushh!nasib la kan.

kemudian,masuk doctor senior/pakar. beri aku masa lagi 20 minit je.kalau push pun tak berjaya, aku kena emergency cser sebab kepala baby dah bengkak. lagipun,baby besar, mencecah 4 kg dan baby walaupun dah engaged, kedudukan dia senget sedikit dari laluan. so diorang tak boleh bantu aku dengan forsep atau vacuum.aku pun tak fikir banyak, yang penting baby selamat.seksa oo nak tahan dari meneran. perasaan meneran dan sakit tu saling berganti.

Pukul 2 Petang:
Tanya suami.dia pun redha.dalam pukul 2 petang,aku di tolak masuk ke operation room.Aku dah berada di tahap redha.asalkan baby selamat, itu yang terpenting dalam waktu yang kritikal ni.masuk operation room, di suruh duduk dan peluk bantal. sebab nak suntik ubat bius.ingatkan sakit,tapi tak sakit pun.lepas suntik,perlahan-lahan,aku dah tak rasa kaki aku dah.

Aku ni serius penakut.seumur hidup memang belum pernah lagi kena operate ke jahit ke.depan aku di tutup dengan penghadang.nasib baik aku ni rabun tahap kronik, jadi memang aku tak nampak langsung melalui lampu tu apa yang terjadi.kalau nampak,mungkin aku pengsan tengok isi perut aku dirobek KOT!Heee.lagipun,aku memang dah letih ‘ meneran tak lepas’ masa kat labour room tadi, so aku layan je rasa mengantuk ni.aku rasa lagi baik aku tidur, dari nak rasa perut aku kena belah ke ape kan,walaupun tak rasa sakit.ngeri!!

Memang aku tidur je sepanjang operation tu.aku tersedar masa diorang kejutkan aku,tunjuk baby dah selamat lahir.aku dongak pandang belah kiri,masa diorang tunjuk baby.comel dan chubbynya ( mak haruslah puji anak sendiri,ngeee )

pukul 3.37 petang, Iman selamat lahir.

Diorang bagi kiss baby.
kemudian aku terlelap lagi.diorang kejutkan lagi.tanya pula baby apa.

Aku jawab ‘baby boy’.

Kemudian,aku rasa badan aku macam digoncang.aku sempat fikir,tak settle lagi ni.so better aku sambung tidur semula.so macam itu jela pengalaman aku kena cser.memang aku tak sanggup nak berjaga.ngerriii sangat.

Dalam pukul 5 petang lebih:
settle semua.aku kena transfer ke satu bilik untuk panaskan badan dan rawatan sebab keadaan aku kritikal masa tu.aku tumpah darah yang banyak.memang kritikal.lepas 2 jam,aku dimasukkan ke wad HWD ( macam ICU tapi tak sekritikal ICU la, High Dependency Unit tiada siapa boleh melawat aku kecuali suami.tu pun kejap je.tapi mak aku merayu minta dibenarkan.maka, mak aku dapat masuk kejap je.lepas tu diorang bagi baby kejap pada aku untuk susu kan.malam tu,memang aku dijaga rapi sebab diorang nak pantau keadaan aku.baby pun di asingkan.

Kasihan dekat baby.Hari pertama lahir kat dunia, kena hidup sendiri tanpa mama dan papa dia.

Esoknya,aku ditransfer ke wad biasa,pelawat pun dah boleh datang melawat.sebab keadaan aku dah stabil.tapi aku kena tahan lama kat wad tu.dari hari khamis aku duduk hospital ,sampailah hari Isnin.sepanjang kat situ,sedih je aku tengok orang yang beranak normal,dalam sehari je,dah discharge.dah aku ni kena tahan lama-lama.stress!dah la sakit cser ni berbisa sangat, malam-malam kena jaga baby sendiri.bangun duduk tak tentu arah,pedih dan bisanya memang Allah je yang tahu.hospital kerajaan kan,mana suami boleh teman.sesiapa pun tak boleh teman.memang aku je yang berjaga susukan baby,salin pampers dia dan layan baby meragam.

iman31052012062
Baby Iman : Hari Pertama.beberapa jam lepas lahir.

 Alhamdulilah, semuanya dipermudahkan.dulu punyalah aku takut hendak bersalin.takut sakit yang aku tak dapat handle.tapi lepas dah lalui semua ni,hanya rasa syukur yang dapat aku ungkap.aku dah rasa sakit kontraksion dan sakit kena czer.kiranya sakit bersalin normal pun dah rasa, cuma yang syukurnya tak ada sampai koyak/luka di bawah walaupun kepala baby dah keluar sikit dekat situ.tapi kedua-dua sakit tu,masih boleh aku handle,InsyaAllah.

Cuma memang aku benci kena seluk.banyak-banyak kali.benci.rasa memang kena godek habis-habisan je.huh.


528934_3994566178269_1447666426_n
hari ke 26. mama dia suka stokin dan baju die ni,kekeke.

syahdu lihat muka anak sendiri.Maha Besar Allah.



Thursday, June 28, 2012

pengalaman bersalin: bahagian 1


ini kisah sebelum bersalin tau :)

Sebenarnya tak tahu hendak mula dari mana. aku bersalin pada 31 Mei 2012.oh ye, maaflah dah dekat sebulan baru nak update.limited internet access :'(

selama ini baca dari pengalaman orang lain bersalin, ada bermacam suka-duka.  Ada yang mudah, ada yang seksa dan tak kurang juga yang azab. Tapi apa-apapun tu bahagian masing-masing.tapi yang pasti, pengalaman melahirkan seorang umat Nabi Muhammad S.A.W adalah satu pengalaman yang sukar di lupakan dan sangat indah walau sesakit manapun si ibu kena hadapi dan lalui kan.Wallahualam.

Tapi pada pendapat aku, memang penting kita baca pengalaman orang lain,selain baca info-info dari buku atau dari internet terutama babycenter tu supaya kita tahu apa yang bakal kita hadapi. Supaya kita tidak blurr atau zero info masa hari berkenaan. tapi mestilah pengalaman setiap orang tu berbeza, tapi tak salahkan kalau kita tambah ilmu? Macam aku, memang kalau orang update tentang pengalaman bersalin walau se"ngeri" mana pun, aku tetap akan baca dan ambil ilmu. itu sebelum aku bersalin la kan, sekarang, aku baca juga tapi takde lah hendak beria sangat. Sebab dah pernah lalui, jadi dah boleh dapat gambaran apa yang akan dan bakal terjadi dekat labour room tu nanti.Sekarang masa untuk baca info mendidik anak pula-ececehh.


Ini kronologi SEBELUM kelahiran baby Iman.

24 May 2012.
Sebenarnya aku dah turun tanda darah sejak 24 May 2012. Tapi LANGSUNG tak rasa sakit. Orang kata kembar darah ni lagi sakit dari kembar air.entahlah yea.pergi ke Hospital Ampang, buat check up.even orang kata pergi hospital bila dah rasa sakit, tapi aku tetap pergi walau tak rasa sakit.kurang-kurang aku lega bila dah tahu keadaan baby dalam perut.yelah,kalau buat pandai-pandai sendiri,manalah kita tahu baby dalam perut tu apa dah jadi, kot-kot terbelit tali pusat ke.termakan tahi ke.sebab dua date dah nak dekat. Tak admitted. Aku disuruh balik ke rumah dulu, tunggu kalau ada rasa kontraksi atau pecah ketuban.doktor beri tempoh sampai 3 Jun 2012. Kalau masih tak ada apa-apa, aku diminta datang pada tarikh 3 Jun 2012 untuk induce. Ok, sure la aku gelabah. Dengar kata, induce lagi sakit dari normal pain. Dan belum tentu jalan akan terbuka.

Dan lagi aku risau, bila doctor scan, baby aku besar.jangkaan berat sekitar 4kg. ok,berpeluh aku dengar. Chubbynya! padahal aku muntah-muntah dari awal preggy sampailah 9 bulan, masih juga loya-loya dan muntah-muntah. Ada certain-certain makanan yang aku tetap tak boleh hendak makan.tapi kuasa Allah, walaupun aku minum susu hanya sekitar 7 bulan (sebab tekak tak boleh terima susu pada awalnya) dan makan vitamin yang doctor bagi ikut bila teringat, tapi baby membesar dengan jayanya. Aku ni pun membesar juga, tu tak usahlah di ambil kira wokehh  :p

Mestilah aku risau kalau baby besar. Biasanya, dari apa yang aku tahu peratusan untuk bersalin normal adalah rendah.tapi doctor pakar Hospital Ampang kata, akan tetap bagi aku peluang untuk bersalin normal memandangkan aku seorang yang dalam kategori tinggi.suami pun sama.tulang pelvic aku Insyaallah boleh lepas.

Balik tu, aku berdoa siang malam. Minta urusanku dipermudahkan.kalau boleh, aku tak mahulah ‘atas bawah’ sakit. kalau boleh, biarlah salah satu je.


25 May 2012.
Due date aku sebenarnya.mak dan adik aku pun dah datang dari Melaka sebab kononnya hendak jaga aku dalam pantang. Tapi,aku masih sihat walafiat. Darah masih ada,tapi sakit tetap tiada.hari-hari menunggu, seksanya rasa.eh,memang seksalah.tapi aku sempat lagi mencari makanan-makanan terakhir yang teringin di makan sebelum bersalin.heheeh.


29 May 2012.
Aku rasa sakit sekitar ari-ari macam sengugut.tapi memang macam sengugut je.so, aku layan jela. sebab orang kata, sakit hendak bersalin tu, memang macam sengugut TAPI 10 kali ganda sakitnya. Yang aku rasa ni, memang ala-ala sengugut yang aku dapat setiapkali hari pertama period je.tapi aku pantau juga kekerapan. Memang tak selari pun. Kadang-kadang sakit pagi je, bila tengahari dah tak rasa,pastu malam pula.tu pun on off. memang sakit yang aku masih boleh handle lah.


30 May 2012.
Sakit ni makin kuat. Tapi kuat-kuat pun, tak adalah aku sampai berguling (drama lebihkan,terpengaruh le tuww,heee).masih macam period pain yang aku selalu rasa.Cuma bila sakit datang, aku akan terdiam kejap.tahan sakit.pastu sambung aktiviti. Tapi aku dah mula perasan, sakit ni dari pagi sampai ke malam masih tak hilang-hilang.


31 May 2012.
aku cuba tidur dalam pukul 12 malam tu.masa tu semua orang dah tidur.tapi kali ni,tidur pun tak membantu.bila rasa sakit tu datang,aku akan terjaga.terdiam kejap.dan sambung tidur.masa tu aku rasa patut pergi hospital untuk check bukaan.pergi bukan sebab tak tahan sakit,tapi sebab rasa macam takkan lah tak ada bukaan langung lagi kan.lagipun aku risau kalau bawa mudarat untuk baby.walau macam tu pun aku tahan sakit sorang-sorang sampai dekat-dekat pukul 3 pagi pada 31 May 2012 sebab mak,adik dan suami masing-masing sedang nyenyak tidur.

aku pula main kira-kira:

nak kejutkan diorg ke tak~nak pergi hospital ke tak~ 
rasa malas menguasai diri.ingat nak tunggu sampai pagi je nanti, lepas subuh ke.sebab kesian pula,kalau bersungguh kejut suami,pastu kena balik umah semula, kesian laki aku letih nanti pagi hendak kena pergi kerja pula.

Sebab aku confident je rasa, pergi beria ke hospital kang,alih-alih kene balik juga nanti.akhirnya,aku kejut juga diorang, cakap hendak pergi check sebab sakit ni makin kerap. Aku tidur pun dah tak selesa, sebab aku terjaga selang beberapa minit. Tapi aku sempat mandi. tapi mak,adik dan suami, memang tak mandi pun, sebab diorg pun ingat aku akan balik ke rumah semula nanti. Sebab diorang pun tengok aku ni tak adalah sakit seksa azab segala.rilex je. Tapi tetap juga angkut beg pergi hospital mama dan baby.kalau kena balik nanti,boleh lah sarapan mcD depan hospital tu,wink!~sempat lagi planningkan.

Aku saja cakap dalam hati, kalau hari ni aku bersalin,kejap lagi hujan akan turun.MasyaAllah, memang hujan turun pun masa aku masuk dalam kereta sementara tunggu mak,adik dan suami bersiap apa yang patut.aku macam errr? Tapi semua bermain-main dalam hati.dalam pada tu, zikir Nabi Yunus memang tak lepas dari mulut aku dalam diam.

Sampai hospital. daftar apa yang patut. doktor buat check-up. pasang CTG kat perut. masa tu pun ada sakit-sakit.tapi masih tak sesakit mana.doktor seluk.bukaan dah 5cm! aku macam, errr?? Haa?


: ok,sambung next entri ye.ni kisah sebelum bersalin.next entri untuk semasa hari bersalin.




alhamdulilah,sudah selamat bersalin.Hai! Nama Saya Iman :)

Assalamualaikum Dunia!

memperkenalkan :
BABY IMAN
303596_436803156342909_5486644_n

. Muhammad Ziyadh Iman . 
lahir pada : 31 Mei 2012 .
. berat : 3.77kg . panjang : 54cm
. method of delivery : emergency cser .
. Hospital Ampang .



alhamdulilah syukur pada Allah. aku kini sudah selamat bersalin dan bergelar seorang ibu kepada seorang putera kecil.rasa macam tak percaya je sekarang dah pegang title : mak orang!~alhamdulilah, dapat merasai pengalaman mengandung dan melahirkan.Terima Kasih Allah atas kesempatan dan peluang yang sangat indah dari Mu untuk aku.


nanti next entri, aku kongsi pengalaman bersalin aku k( sebenarnya,aku da fully dilated da masa tu tau ) kalau ada yang rasa nak baca lah.tak minat,takpe,tak paksa,hehehehe.

next entri tau.malas nak caca marba kan semua dalam satu entri.serabut dan panjang sangat nanti :)
and sori la,lepas sebulan baru update.limited internet access.uhuhuh.


Saturday, June 16, 2012

Homestay Melaka

STICKY ENTRY.
SCROLL KE BAWAH UNTUK ENTRI BARU

Assalamualaikum,
untuk sesiapa yang mencari homestay di sekitar melaka,boleh lihat link ini : homestay MELAKA .
Kami menyediakan perkhidmatan Homestay di Melaka Baru dengan menawarkan harga yang berpatutan untuk anda!Sesuai untuk menginap bersama2 family atau rakan2..sewa mengikut rumah. sekiranya ingin menyewa bilik, hanya untuk 2 org shj pun boleh..harga akan diberitahu kemudian.



Kemudahan yang disediakan:
-3 bilik tidur (2 katil queen size dan 1 katil single)
-2 bilik air
-ruang tamu dilengkapi television
-parking lot yang luas
-kemudahan asas disediakan seperti seterika baju dan lain2
-setiap bilik dilengkapi dengan kipas

Lokasi:
bertempat di Taman Melaka Baru, sangat mudah dikunjungi
-2 km dari pusat bandar Melaka
-10 minit dari Melaka Sentral
-15 minit ke Jonker Steet dsn ‘Core Zone’ -tapak – warisan dunia
-10 minit ke Mahkota Parade, Dataran Pahlawan dan Menara Taming Sari
-10 minit ke River Cruise di Taming Sari
-berhampiran dgn restoran KFC, Pizza Hut dan Domino's Pizza,7 eleven,bank dan shopping centre
-15 minit dari Restoran Tom Yam Klasik
-berhampiran dengan Lapangan Terbang Batu Berendam

Kadar Harga untuk sebuah rumah:
Dari Isnin hingga Ahad - RM150 (satu malam)
Deposit - RM50 (deposit akan dipulangkan semula jika tiada sebarang kerosakan berlaku)

sila hubungi segera utk membuat tempahan.
Cik Maryam-017 3212173
Pn.Rohaya-017 6573564

boleh refer di link ini :
FACEBOOK : Home-and-Stay-at-Malacca
MUDAH.MY : Home And Stay, Melaka Baru, Melaka




Master bedroom 1: bilik tidur ini dilengkapi 1 set katil queen dan kipas siling

Bedroom 3: terdapat 1 katil single dan extra tilam boleh diberi jika ada permintaan.

Master bedroom 2: bilik tidur ini dilengkapi 1 set katil queen dan kipas siling.

Toilet: terdapat 2 buah bilik air.

homestay ini juga sesuai untuk 2 famili besar kerana terdapat 2 masterbedroom (kan boleh jimat,sebab hanya perlu sewa sebuah rumah, dengan harga sebuah ,tapi boleh menempatkan 2 famili dengan selesa atau 3 famili pun ok :) )


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...