nuffnangku

Sunday, May 27, 2012

waiting game! seksanya !!!

DSC_0340-1
me at 38 weeks. abaikanlah muka membengkak tu, dah namanya pun pregnant kan.


dulu, masa awal-awal pregnant,aku tak pernah terfikir bahawa penantian itu satu penyiksaan ya amat.
bukan penantian nak tunggu kekasih ke apa.
tapi penantian untuk menanti kelahiran zuriat sendiri.
tengok orang update tentang betapa tak sabarnya mereka menghitung hari, membuatkan aku terfikir, malah macam yakin - aku takkan macam tu kot.

sebab,
aku takut hendak bersalin.
tapi bila sudah due date pun, si anak belum mahu keluar / lahir jumpa mak dan bapa dia, aku memang resah.
otak aku macam tak boleh hendak fikir hal lain dalam kehidupan aku.
otak aku hanya fikir - anak. bila dan bagaimana dia lahir. kenapa tak lahir lagi.

due date aku 25 may 2012.
pada 24 may 2012, memang aku dah turun tanda- darah.
tapi tak sakit langsung.
aku langsung tak rasa contraction yang kuat atau yang sedang-sedang.
pergi juga ke Hospital, untuk check. tapi aku dapat agak, memang takkan admitted sebab tak ada contraction. bukaan masih di bawah 2cm tapi rahimku telah lembut.
doktor bagi aku 9 hari, if masih tak ada apa-apa sakit, then diorang bagi aku 2nd option, or 3rd option : induce. then czer kalau tak berjaya. atau czer terus.

setahu aku orang kata induce tu lebih sakit dari normal pain.
dan belum tentu jalan terbuka, di mana akhirnya akan kena czer juga, jadi akan sakit berganda- atas dan bawah. wallahualam.

aku sekarang memang sudah berada tahap REDHA.
apapun yang bakal terjadi, aku cuma harapkan baby selamat dan sihat. di lahirkan dari rahim aku dengan sempurna.amin, mudah-mudahan urusanku dipermudahkan. sape-sape yang membaca blog aku ni, tolong doakan sekali yea.

tapi hari ini, 26 may 2012, masa aku bangun tidur, ada lendir bercampur darah. kemudian, aku mula rasa sengal-sengal sekitar ari-ari, tapi kekerapan yang langsung tak selari dan masih boleh aku tanggung.
aku sendiri pun tak tahu itu ke contraction atau pelvic pain.

tapi aku sayu juga bila fikir saat-saat mengandung yang bakal berakhir tak lama lagi.
saat yang indah bagiku.
berkongsi nyawa dengan seorang anak.

anakku, bilalah kita akan dapat bertemu?
rinduku terhadapmu, memang tak terbendung lagi.
penantian ini terlalu sulit untukku harungi hari demi hari.


Friday, May 25, 2012

baby checklist-ready to hospital


HOSPITAL CHECKLIST




BABY
1. Long Sleeve Shirt / Body suit - 3
2. Long Sleeve Pant - 3
3. Mitten & Booties - 2 Pairs
4. Diapers - 6
5. Towel - 1
6. Blanket / Napkin - 3
7. Binders - 4
8. Baby Wipes / Cotton Ball - 1 pack
9. Toiletries - 1 Set
10. Minyak Telon - 1





MAMA

1. Identity Card
2. Check up Report
3. Insurance Card / Credit Card
4. Handphone & Charger
5. Blouses & T-shirt - 3
6. Kain Batik - 3
7. Socks - 2 Pairs
8. Panties - 6
9. Nursing Bra - 2
10. Breast Pad - 1 box
11. Sweater
12. Toiletries - 1 Set
13. Towel - 1
14. Maternity Pad - 1 pack
15. Slipper - 1 Pair
16. Massage Oil - 1 bottle
17. Plastic Bag - 2
18. Thermos - 1
19. Food/Beverage (Milo 3 in 1, Nestum 3 in 1, Roti)
20. Kurma & Air Zam-zam & Air Selusuh
21. Camera
22. Book

CREDIT TO NANA FARHANA DAN SYIMA SYAZ :)

checklist baby - lengkap


di ambil dari Nana Farhana tapi dalam versi Syima Syaz.
eh, faham ke? tak faham tak pelah.
harap checklist ini membantu bakal ibu dalam membuat persiapan tentang barang-barang keperluan baby terutama yang bakal menjadi ibu buat pertamakalinya.
aku pun, mula-mula agak pening dan blur, tak tahu apa hendak beli.tak tahu apa yang penting dan apa yang tak.
nasib baik Nana buat checklist ni dan lagi nasib baik Syima buat sebagai sticky kat blog dia,so aku just copy paste dan tak tambah apa-apa sebab lengkap sangat dah semuanya.

yang mana aku tulis  ' - done  ' and ' - pending ' tu aku punya persiapan la :)



FEEDING

1. Feeding Bottle ( 3 oz/5 oz) 
 - done 
2. Newborn Teat - done
3. Storage Bottle / Plastic - 10 bottles  / 10 px 
 - done 
4. Breast Pump
 - done 
5. Bottle & Teat Brush
 - done 
6. Sterilizer, Dryer & Warmer
 - done 
7. Nipple Cream - pending
8. Nursing Bra 
  - pending 
9. Nursing Pad Disposable – 1 box dulu 
 - done 
10. Nursing Pillow
   - pending  
11. Bottle Cleanser
 - done 


BABY GEAR

1. Long Sleeve
 - done ,beli NB tak byk, beli 0-3 mth dengan 3-6 mth yang byk.
2. Short Sleeve
 - done 
3. Rompers / Bodysuits
 - done 
4. Short Pants
 - done 
5. Long Pants
 - done 
6. Mittens & Booties 
 - done 
7. Binder
 - done 
8. Baby Bib / Washcloth - 1 /
 - done 


BABY NURSERY

1. Quilt Set - 1
 - done 
2. Bidding Set / Pillow Case - 3 set - 2 kat umah aku, 1 mak aku beli untuk umah kat melaka
 - done 
3. Blanket with/without hooded - 2 
 - done 
4. Mosquito Net - pending
5. Storage Drawer for Baby Gear - 1
 - done 
6. Laundry Basket - 1
 - done 
7. Receiving Blanket / Napkin (untuk bedung) - 10 per set
 - done 
8. Bouncer - KIV , tunggu baby lahir dulu
   - pending  


BABY CARE / BATHING

1. Toiletries ( Shampoo, Lotion, Shower Gel) - 1 set 
 - done 
2. Towel - 4 
 - done 
3. Cotton Buds - 1 
 - done 
4. Cotton Ball / Pad - 1
 - done 
5. Nasal Aspirator
   - pending  , lupa nak beli
6. Bathtub - 1 
 - done 
7. Viks & Minyak Telon - beli water grip dgn minyak yuyi.vicks x elok untuk baby kn.
8. Thermometer
   - pending  
9. Nail Clipper – 1 
 - done
10.small towel - 3   - done 


BABY DIAPERING

1. Newborn Diapers – 1 
 - done
2.diapers size S - 1   - done , try and error dulu
2. Diapers Wipe - 1 box 
 - done 
3. Changing Mat - 1 
 - done 
4. Diapers Rash Cream
   - pending  
5. Tissue - tak beli, guna yang mana ada
6. Detergent - 2
 - done 
7. Napkin Liner
   - pending  


TRAVELING / EXTRA

1. Car Seat
   - pending  , saja nak tunggu baby lahir 
2. Stroller
   - pending  , alasan yang sama
3. Baby Sling 
   - pending  
4. Nursing Cover
   - pending  
5. Diaper Bag 
   - pending  
6. Cooler Bag for EBM - 1
 - done 
7. Body Support For Stroller
   - pending  


FOR MAMA

1. Sweater - 1 
 - done 
2. Maternity Pad - tak beli,beli yang overnight
 - done  
3. Normal Pad - 1 Packs
 - done 
4. Socks - 3 Pairs
 - done 
5. Confinement Set
   - pending  , kena tengok condition bersalin normal or czer
6. Bengkung - 2 Set
 - done 
7. Massage Oil
   - pending 


Thursday, May 24, 2012

2 hari lagi.

... sebelum EDD aku!
tapi sampai saat ni, aku belum ada 1 tanda pun hendak bersalin.

mula-mula dapat tahu aku pregnant, aku memang cuak sangat fikir pasal bersalin. kalau hendak tahu, sampai saat ini, aku belum pernah tengok video orang bersalin normal or czer, sebab aku memang penakut. tapi bila kawan - kawan yang dekat-dekat due date aku dah bersalin, dan aku langsung tak ada tanda2, lagi lah cuak. excited tu tak payah cakaplah kan.

waiting game, memang merunsingkan.

tensen pun ada juga.

asik terfikir-fikir. terkenang-kenang. tertunggu-tunggu.

aku rasa esok lusa pun aku masih ok je. cuma, doakan aku selamat ye. harap-harap urusanku dipermudahkan Allah.

kalau stil sihat lagi, nanti aku update blog lagi. herherher.


Tuesday, May 22, 2012

scan baby

pertamakali masa 5 minggu.tapi tak jelas sangat.
kedua, pada usia 7 minggu 2 hari. itu pun, sebab ada bleeding.
letak gambar scan ni, sebagai kenangan.
kalau yang asal hilang, masih boleh view di blog ini, sentimental value yang tinggi kot :)

DSC_0349-1a
anak panah merah tu , baby.


hai my dear baby !!
yang nampak macam bulatan tu, kantung dia. masa ini syahdunya perasaan.

edit1
 baby masa 24 minggu. ( 3d )

kaki pun kat muka tu. comel dan ganas, herherher.
masa ini lagi syahdu. tengok dia terpisat-pisat sebab mengantuk, muka masam kena kacau, siap menguap lagi,

IMG_20120204_1_14
24 minggu. details scan ( 2d )

Monday, May 21, 2012

perineal gel dan perineal massage.errkkk!!

ngeri.
tapi lagi ngeri kalau terdapat banyak koyakan semasa bersalin.pitam!
walaupun mengerikan, tapi aku berusaha untuk mencari ilmu tentang ini. bukan untuk menakutkan diri sendiri, tapi tak ada salahnya mencari ilmu,kan?  sekurang-kurangnya aku jadi lebih faham tentang struktur tubuh badan sendiri.

perineal gel,mothercare. RM36.00

Gel ni aku beli kat mothercare, memang hot item. dapat info dari Diah bila baca tentang pengalaman bersalin dia tanpa koyakan di area tersebut. well, ada juga orang yang cuba tips dia, tapi tak berkesan. apa-apapun, aku positif je,tak ada salahnya mencuba,ye tak. kurang-kurangnya kita usaha, koyak ke apa ke, tu ikut nasib dan bahagian masing-masing. mungkin ada kesilapan teknik urutan di mana-mana.boleh mula melakukan urutan bila usia kandungan mencecah 32w atau 34w.

tapi teknik urutan yang sebenar, memang ngeri juga. ngilu rasanya.



sila tutup mata,

kalau ngeri hendak tengok gambar di bawah ini.
18sxx!!







ngilu!


info di ambil dari mengandung.com

"urutan permukaan faraj sebelum bersalin atau antenatal preneal massage"

Apakah 'perineum"?
Iaitu kawasan di antara faraj dan dubur.

Berapa kerapkah koyakan perineum itu berlaku?
Antara 40-80% dan 2/3 daripadanya memerlukan jahitan.

Bagaimana untuk mengelakkan ianya daripada berlaku?
  •  Lakukan "Perineal Massage"
  •  Menggunakan 1 atau 2 jari
  •  Dilakukan sendiri di rumah, 1-2 kali sehari sebelum 4-6 minggu sebelum tarikh jangka.

Bolehkah suami mendorong?
Sudah tentu!

Adakah apa-apa risiko kepada kandungan?
  • Tidak ada.
  • Senang dilakukan.
  • Tidak menyakitkan.
  • Tidak perlu bayaran.

Tatacara mengurut perineum
  1. Basuh tangan anda dan pastikan kuku sentiasa pendek, tenangkan diri anda ditempat yang selesa dengan cara mencangkung.
  2. Sapukan pelicin (minyak zaitun). Jangan gunakan minyak bayi, minyak galian atau petroleum jelly.
  3. Letakkan 1 atau 2 jari anda lebih kurang 1 - 1.5 inci ke dalam faraj. Tekankan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga terasa sedikit regangan.
  4.  Tetapkan keadaan tersebut selama 1-2 minit.
  5. Urutan perlu dilakukan dalam bentuk gerakan 'U' berulangkali.
  6. Urutan perineum hendaklah dilakukan perlahan-lahan selama 10 minit setiap hari (sekurang-kurangnya 4 kali seminggu). Selepas 1-2 minggu anda akan terasa lebih regangan.


serius, ngilu.hehehe.
rasa takut pun ada juga.
boleh refer blog Diah untuk baca pengalaman dia :http://diahlicious.blogspot.com/2011/10/avoid.html

set asas pengurusan uri.

mudah.ringkas.
kandungan yang terdapat dalam set ni :
-periuk tanah warna putih
-asam jawa
-garam
-kain
-sarung tangan getah

kalau duduk kawasan kampung, benda-benda ni memang bukan masalah besar pun. tapi kalau duduk kawasan bandar, memang jadi sedikit masalah. rasanya semua barang- barang ni tak semahal ni pun sebenarnya kan.tapi kesuntukan masa, malas dan semua hendak cepat, aku beli je set asas ni. harga asal : rm 36.00 atau RM 35.00.

tapi aku beli online.dapat RM 29.00 ( termasuk postage), kira ok la kan. tak payah bersusah payah keluar rumah pun. aku beli kat akak ni mumlovbabyshoppe : Roselina Nina .dalam masa sehari lepas buat bayaran, terus dapat. lega.tak payah serabut hendak fikir tentang ini lagi.perlu di ingatkan ye, uri ni perlu diuruskan dengan sebaik-baiknya sebab ia umpama 'kawan' baby kita selama dia dalam kandungan kita, kan?







Friday, May 18, 2012

update tentang aku yang terbaru.adakah aku sudah bersedia?

sudah berada di minggu ke 39.

ramai main teka-teka bila baby hendak lahir. baby pula macam seronok je duduk dalam perut.makin lama, makin aktif.dan masa tidur dia dalam perut dah semakin berubah.kalau sebelum-sebelum ni, bila aku tidur,dia pun tidur je.tapi sekarang,dalam pukul 2 ke 3 pagi,aku akan terjaga sebab aku rasa tangan aku (yang diletakkan atas perut ketika tidur) seperti di tendang dari dalam-glup.glup.beralih tangan aku tu.mana tak tersedar kan.bila sedar,usap-usap suruh duduk diam,ok,tak makan saman.makin ligat.sabo jela hai anak.

lately, ramai kata aku macam dah tak larat sangat hendak bawa perut. tapi aku, rasa ok je.tak ada pun rasa tak larat.berat mata memandang,ringan lagi perut yang membawa,eh? kalau ajak aku pergi berjalan,aku masih suka.masih mampu.masih larat.tapi janganlah mengharapkan aku akan jalan laju-laju macam orang tak pregnant,tu cari nahas namanya.ikutkan hati, hendak je ajak suami pergi holiday ke mana-mana, tapi tak ke buang tebiat namanya tu.buatnya terberanak tengah jalan,tak ke kes naya je.hihi.

so far, barang-barang keperluan baby,alhamdulilah settle semuanya walaupun aku mula shopping masa 7 bulan pregnant.lambatkan aku mula shopping? hihi.aku ini bukan orang yang jenis rajin survey sana- sini.mula-mula pregnant, aku baca je semua blog mom to be ni, ambil ilmu dan untuk dapatkan gambaran jelas,apa benda yang perlu aku beli dan apa yang tak perlu.apa yang menjadi keperluan dan apa yang cuma menjadi kehendak baby si ibunya.hahaha.

bab mendobi baju baby, 90 peratus settle. lagi 10 peratus, terbengkalai sebab aku terbeli lagi.oppsie.nafsu sukar ditahan.mula mendobi masa 34 minggu kalau tak silap.sekarang ni yang terbengkalai lagi 10 peratus tu, aku mampu pandang dan berazam hari-hari hendak settlekan, tapi masih tak settle-settle.memang aku malas sangatlah sekarang. dengan keadaan yang memboyot ,dengan cuaca yang terasa panas, semuanya serba tak kena.

aku sebenarnya risau juga sebab dah 39 minggu tapi baby belum ada tanda-tanda hendak lahir.risau aku kalau kena c-zer atau induce. lagi risau kena induce, sebab orang kata sakitnya lagi berganda dari sakit bersalin biasa tu.paling aku risau, keselamatan si anak lah.hari-hari aku fikir macam-macam.dia pun makin padat dalam perut ni, risau sungguh kalau dia tak selesa di dalam tu.err,adakah aku sungguh over-risau?ke memang normal?

mula-mula dulu, memang aku rasa seram sejuk bila fikir labour room,bila fikir bersalin.tapi bila baby tak bagi hint macam hendak lahir, aku tetiba jadi macam tak sabar hendak jumpa dia.rasa takut mesti ada, tipu kalau aku kata tak ada,sebab aku ni penakut ya amat tapi tak dapat mengatasi keinginan dan ketidaksabaran aku untuk bertemu dengan anak yang aku kandung selama 9 bulan lebih ni.yang berkongsi nyawa dengan aku,berkongsi perasaan dengan aku even makanan pun dengan aku.

doakan aku dan anak selamat menghadapi perjuangan yang satu ni yea.
entahkan bila akan terjadinya.
harap-harap jangan sampai overdue pula.

Friday, May 11, 2012

botol susu.Tommee Tippee.

mula-mula pening nak pilih.

sebab fikir nak beli lepas baby lahir. malas nak try and error ke apa.sebab kebanyakkan yang aku baca dari pengalaman orang lain, baby ni memilih sikit. ada yang selesa dengan botol susu jenama A, ada pula baby yang tak suka dengan botol jenama A tapi prefer botol jenama B.

so rasa nak hold dulu. lagipun,botol susu ni memang boleh beli lepas baby lahir sebab dalam pantang nanti, kita kan ada je kat rumah so memang boleh aje directfeeding baby dari Miss B (breast).untuk sesi perah memerah pula, aku memang dah standby storage botol dari mom little one, so tak ada masalah sangatlah nanti kan.

sehinggalah aku baca blog syima tentang pembelian feeding bottle tommee tippee set ni. cakap dekat suami, suh bawa ke kedai BEBE TOTZ, dia pun ok je.

aku memang suka Tommee Tippee ni. mungkin pasal cute, atau ciri-ciri closer to nature yang ada pada botol ni.singgah ke kedai Bebe Totz, cakap dekat suami, harga sebenarnya sekian sekian tapi kedai ni bagi harga sekian sekian. aku ingatkan suami aku tak setuju hendak belikan sekali dia kata, ok harga ni! maka, aku pun apalagi, haruslah takkan lepaskan kan.

Alhamdulilah rezeki anak, sebab dapat harga yang jauh lebih murah dari harga pasaran untuk set seperti ini.

414443_3735996354185_1104373359_3509198_165883875_o

Essentials starter kit ini mengandungi :

  • 1 electric steriliser
  • 1 electric bottle warmer
  • 2 insulated bottle bag 
  • 4 bottle for 260 ml ( dengan slow flow teats )
  • 4 bottle for 150 ml ( dengan slow flow teats )
  • 1 bottle and teat brush
  • 6 milk powder dispenser
  • 2 medium flow teat
  • 1 pure soother
  • 1 teat tongs

 : slow flow teats tu sesuai untuk baby 0 bulan ++
 : medium flow teats tu sesuai untuk baby 3++

466802_3736028394986_1104373359_3509218_489784629_o
steriliser. senang hendak guna.

410954_3736032675093_1104373359_3509230_721958504_o
sila baca.kelebihan botol susu TT ni.

471734_3736035715169_1104373359_3509238_568467601_o
comelkan.sebab besar dabak sikit.heeeh.

kenapa Tommee Tippee?
- sebab ia produk dan botol susu terbaik untuk tahun 2009 yang mendapat tempat pertama, berdasarkan survey di Ask A Mum UK.
- merupakan produk My Best Buy untuk majalah I'm Pregnant!  magazine.
- dapat award untuk kategori Feeding Equipment dari Practical Parenting & Pregnancy judges and readers selama 2 tahun berturut2.
-awards dari Consumer Superbrands 2011 UK.
-BPA Free dan Anti-Colic. Kelebihan botol-botol anti-colic ni, susu hanya akan keluar bila baby hisap je. maknanya tak meleleh atau air tak adalah akan keluar menitis tak tentu pasal.botol susu yang jenis ni, selamat untuk kegunaan dalam tempoh 6 bulan berbanding botol susu biasa yang perlu kerap ditukar ganti.
-puting Tommee Tippee ni direka bentuk supaya sama dengan puting ibu/breast.hehe

perlu ke orang yang EBM (exclusive breastfeeding) ni beli botol banyak-banyak?
bagi aku,ye. tapi lebih kepada ibu yang bekerja la.ibu yang tak bekerja ni,apa susah,bila baby nak je,sumbat je.hihi.yang bekerja ni, perlu buat stock susu.dan feeding bottle ni, memudahkan urusan hantar baby ke rumah babysitter.pagi-pagi tu masukkan stock susu EBM siap-siap dalam feeding botol ni, dan sediakan warmer sekali pada babysitter.so bila baby hendak susu, babysitter pun senang je, tak payah bancuh-bancuh ke ape ke, terus panaskan susu pada suhu yang betul dan bagi je pada baby. mudah. dan matlamat nak bagi EBM pada baby pun,InsyaAllah tercapai.

well. ini pendapat aku. lain orang, lain lah pendapatnye ye tak. harap-harap baby suka lah TT ni nanti. kalau katalah dia tak suka, aku let go jela pada yang mahu. hihihi. tapi syima kata,dia dah buat survey,baby ni akan stick pada benda yang 1st time dia dah try.so lega di situ.


p/s : tapi aku tak steril lagi botol2 ni semua. bila nak buat,tak tahu.malas melampau-lampau.padahal masa bukan lama lagi.aduhh.



Saturday, May 5, 2012

bila masa terbaik untuk beritahu semua orang tentang 'saya dah pregnant' ?

DSC_0686-1
my simple maternity shoot.

well. 
sebenarnya bergantung pada individu. ada yang dengan rilex, awal-awal pregnant dah inform kat semua orang. ada juga yang bila masuk 6 bulan baru nak bagitau. ada yang bila lepas trimester pertama je, terus bagitau orang. aku pula, mula beritahu kawan-kawan di FB, bila menjelang 7 bulan. tapi update di blog, bila dah masuk 9 bulan. sebab tu ramai confuse, diorang ingatkan aku baru je pregnant.hihihi. 

ada macam-macam reason, kenapa certain orang akan update tentang preggy dia at the certain time. 

macam aku. aku ni jenis hati cepat sayu. aku jenis kalau jadi apa-apa kat aku, aku tak suka orang tanya. in case la kan, kalau aku keguguran (nauzubillah, minta dijauhkan), aku tak kuat untuk terima bila orang tu tanya tentang preggy aku tu. aku tak cukup tabah hendak jawab benda yang sama berulangkali pada orang yang berlainan. tapi ada juga jenis orang yang dia jadi kuat dan tabah kalau jadi apa-apa if ramai yang bagi sokongan. 

lagipun, mak aku sendiri pesan, tak payah hendak heboh sangat sebab takut kecewa. aku pun malas nak argue, sebab aku percaya benda - benda macam ni semua ketentuan Allah. tak ada istilah, kalau bagitau orang awal-awal, akan menyebabkan keguguran atau apa2 jela.kalau memang dah rezeki, maka itulah rezeki kita kan?tp aku faham mak aku punya concern. dia tak mahu aku kecewa dan stress kalau jadi apa-apa, tambah2 kalau ramai sangat orang yang dah tahu tapi katakanlah kandungan tak menjadi. double stress la kan. 

mulanya aku cadang, hendak update tentang pregnancy journey aku kat blog bila dah masuk 7 bulan, tapi masa yang terlalu cepat berlalu, membuatkan aku tak sedar, alih-alih dah 9 bulan. so better update than never la kan?kurang-kurangnya boleh jadikan rujukan dan kenangan untuk diri aku sendiri di masa akan datang. 

kenangan paling indah, dalam hidup seorang aku,like serious.. pregnant dengan bermacam alahan  adalah sangat wonderful untuk aku. alhamdulillah dapat rasa macamana susah nak jadi seorang ibu. kalau suami, orang masih boleh rampas. kekasih pun sama. tapi anak? sampai bila pun, aku adalah tetap ibunya di dunia dan akhirat walau apapun yang terjadi. bukankah itu sungguh awesome? kan? 

cuma yang aku harap, rezeki aku untuk bersama anak ini, akan kekal sampai akhir hayat aku. dan suami juga. makin lama, aku tengok, laki aku makin tak sabar tunggu anak dia ni lahir.  setiap hari dok kacau perut aku, nak usik-usik si comel ni. tambah-tambah bila si comel ni memang makin aktif, jarang duduk diam.anak kot? sape tak sayang kan... semoga dia lahir dengan selamat dan sempurna. doakan lah yea. 

Thursday, May 3, 2012

ragam ibu mengandung

memang pelik kan.
bila tahu je confirm pregnant, mulalah macam-macam sakit yang datang. orang kata tu mindset je, tapi tak pastilah sejauhmana benarnya.ini antara ragam aku masa pregnant.



-KFC adalah a big NO untuk aku, selama pregnant ni. sebab aku ada makan kfc masa kat Bandung.sangat worst. tapi pas 6 bulan, dah boleh makan semula.

-rumah aku memang macam tongkang pecah sebab aku tak larat hendak mengemas, mencuci atau apa sekalipun.syukur Allah kurniakan suami yang baik dan memahami.dia yang buat semua tu sebab aku memang tak mampu.dandia tak pernah merungut.aku terlalu bersyukur ada dia sebagai suamiku.

-suami tukang urut yang setia dari awal lagi, maka aku kurang berdepan dengan sakit tulang belakang.alhamdulillah.

-tak boleh makan atau tengok cerita indonesia.kalau tak nahas,muntah menjadi-jadi.

-mood swing yang ke laut.sebab tu aku tak boleh buka FB pun.naik menyampah kalau orang asik update tentang putus cinta (aik?) hihihi. betul tau.

-mendapat sokongan mental dan emosi dari BFF -diela,nuril,wani,zai,yan.alhamdulilah, ada kawan-kawan yang baik.

-aku memang tak bagitau ramai orang. hanya yang penting dalam hidup aku je tahu masa stage trimester pertama ni - family dan BFF je.lagipun, aku selalu tak sihat, so memang aku tak ingat dan tak kisah sangat hal dunia luar ni.

-MC dan unpaid leave yang melambak-lambak.maka life sangat susah pada ketika ini.

-waktu siang, adalah heaven bila aku boleh makan apa saje, tapi malam, awas.selera tak ada langsung.

-kerap menangis, sebab badan tak selesa seolah-olah aku bukan diriku lagi. hohoho. bila malam je, selera takde. kalau makan pun, muntah semula tapi perut lapar sangat.

-mula minum susu pada awal kehamilan, tapi loya melampau-lampau.suami paksa pun tak jalan. maka stop minum susu. mula minum semulabila dah6 bulan lebih pregnant.*ku tak ada pilihan*

-tapi muhasabah diri sendiri, fikir positif, hendak jadi seorang ibu,memang bukan senang, sebab tu Allah suruh kita taat pada ibu 3 kali lebih dari bapa. now, aku faham secara lebih mendalam kenapa!dan aku fikir ini perjuangan aku untuk pastikan nyawa yang aku kandung ni selamat dan sihat.InsyaAllah.

-tak ada mengidam apa-apa, setakat teringin tu ada lah.

-tak ada peel tak boleh bau suami ke apa, ok jer dengan semua .

memang susah bila ada alahan ni. tapi, aku enjoy dengan pregnancy aku. ini satu anugerah yang paling indah dalam hidup aku. bila sekarang, baby makin bijak bagi respon, walaupun kadang-kadang berpinar mata bila kena tendang kuat-kuat, tapi aku suka. sebab aku rasa pertalian antara aku dan baby. rasa happy menjadi orang yang paling baby sayang, orang yang paling baby perlukan.

aku bersyukur.alhamdulilah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...