nuffnangku

Tuesday, February 28, 2012

11 bulan.


aku macam tak percaya , 11 bulan dah berkahwin. rasa macam baru je lagi sibuk-sibuk survey sana-sini untuk wedding. sungguh cepat masa berlalu. kadang-kadang rasa tak terkejar dengan waktu. tapi apa-apapun, perkahwinan itu adalah sesuatu yang indah. kita belajar perkara baru, buat perkara baru, perbetulkan mana yang silap, perbaiki mana yang sedia ada, pelajari kegemaran dan kebencian pasangan dan bermacam lagi. gaduh, terasa hati dan merajuk adalah perkara yang normal dalam sesebuah perkahwinan tapi jangan jadikan itu jurang yang menjarakkan, tapi jadikan itu titian yang membuatkan kita semakin rapat. InsyaAllah.

setakat ini, alhamdulilah. aku rasa dirahmati sentiasa. syukur kepada Allah yang telah menyediakan dan menyusun semuanya untuk aku.



IMG_5692-1
11 bulan yang lalu.


aku memang bukan pilihan pertama tapi aku adalah perempuan yang memang sejak azali lagi telah Allah jodohkan dengan dia. nak kata apa? perancangan Allah lebih terbaik dari perancangan manusia. dan aku dari dulu, memang tak pernah nak peduli dengan benda2 macam tu, sebab aku tahu, aku ni hamba Allah, yang hidup atas ehsan Tuhannya je. apa yang aku ada, aku bersyukur. apa yang aku takde, mungkin belum masanya lagi Allah hendak bagi, atau mungkin bukan dalam takdir aku . so aku cuma boleh berusaha, yang lain-lain moga Allah permudahkan. 





Daripada Abi Umamah al Bahili r.a. , Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya, "Sebesar-besar perkara yang mendapat faedah setelah bertakwa kepada Allah ialah isteri yang solehah di mana bila suami memerintahkannya  nescaya akan taat kepadanya, dan jika suami memandangnya dia akan berhias justeru menggembirakannya, dan jika suaminya bersumpah ke atasnya nescaya dia menunaikannya dan jika suaminya tiada, dia akan menjaga diri serta maruahnya dan harta suaminya."  (Riwayat Ibn Majah ).

Saturday, February 18, 2012

pre-wedding

Assalamualaikum.

DSC_5841-1
pre-wedding yang di ambil pada disember 2010.

baru perasan, tak pernah letak gambar pre-wedding pun kat blog ni.saja letak sekadar mengulangi kenangan lalu, padahal kahwin pun dah nak dekat setahun. weee!~

tak pela, silalah layan gambar-gambar ini yea. sekarang, berat badan aku sudah berpuluh ganda dari yang ini, hehe . * nangis (T__T) *

sebenarnya memang tak prepare pun untuk pre-wedding ni. buat pun untuk suka-suka. sekadar hendak rasa buat pre-wedding. orang lain buat, kitorang pun hendak juga merasa sama. sebagai kenang-kenangan. nanti bila dah tua, bolehlah tunjuk dekat cucu-cicit *amboi,angan-angan,kemain lagi,wee* dan kalau boleh memang tak mahulah menambah bajet untuk ini. maka, kami pilih yang paling senang - sempoi - simple dan tak membebankan kami dengan bajet yang besar :)

tapi kami buat ianya ada jalan cerita sikitlah, sama macam perjalanan awal detik perkenalan kitorang.yang bermula dari aku tak suka dia- tak terima dia - kemudian jadi kawan - lepas tu jadi sahabat - bercinta - konflik - dan akhirnya kahwin. well, nak kata apakan, kalau dah memang jodoh, datanglah dugaan besar macamana sekalipun, dengan orang ketiga sekalipun, kalau Allah dah tulis itu jodoh, maka akan berkahwin juga.



1.awalperkenalan
gambar pertama - Acoi hulur salam perkenalan. sukar hendak terima.
gambar kedua - mula rapat tapi masih tak serasi.
gambar ketiga - rapat.

2.caripenyesuaianbsama
mula mencari keserasian bersama, tapi memang sukar.pening kepala.

3.saatbsama
memang sukar untuk mencari persamaan, tapi lama-lama saling senang dengan kehadiran masing-masing.

4.konflik
dugaan datang melanda. perpisahan terjadi buat sementara waktu. demi mencari hala tujuan hidup.

7.semaicinta
cinta mungkin belum kukuh, tapi keberadaan dan kehadiran diri masing-masing itu yang penting, akhirnya kami rapat kembali kerana masih ada sayang di hati.

5.perjanjian
perjanjian di ikat dengan restu keluarga.

5.pjanjian2
kami, tidak bertemu kerana cinta. kami juga adalah dua individu yang datang dari situasi yang berbeza. kami bersatu kerana jodoh pertemuan itu rahsia Allah. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kami berdua.

DSC_5605-1
aku dan dia.

DSC_5809-1
janji diikat. restu keluarga dipohon. takdir Allah jadi penentuan.

akhirnya :

0445-1
"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)"

hehe. saja suka-suka buat entri ni, sekadar isi masa lapang.
selamat membaca yea, para pembaca sekalian.


Tuesday, February 14, 2012

kau pergi.

Assalamualaikum.

hari yang paling sedih buat aku. sebenarnya banyak lagi hari-hari yang sedih sepanjang hidup aku tapi hari yang aku hendak ceritakan ni pun antara hari yang paling sedih bagi aku.*nangis*

aku tahu bestfriend aku tak pernah tinggalkan aku, tapi aku tetap sedih. aku berkongsi bermacam perkara dengan dia. segala cerita. termasuk perihal ilmu rumahtangga-ko bayangkan betapa closenya aku dengan dia.apa-apa ilmu aku tahu,semua aku turunkan kat dia, dia pun macam tu juga. bila aku susah, memang dia tempat aku mengadu. bila aku tak puas hati dengan apa-apa perkara, aku cerita dekat dia. pendek kata, kalau dia tak ada aku rasa kehidupan aku ni kosong je. macam kertas lukisan yang kosong tanpa warna tanpa seni dan tanpa apa-apa.

aku pun tak sangka, berkawan dengan dia, tak sampai setahun pun lagi, tapi aku boleh jadi sangat rapat dengan dia. kadang-kadang aku anggap dia macam adik -beradik aku sendiri sebab tu masa dia hendak kahwin, aku dengan rela hati bagai kecil tapak tangan,nyiru aku tadahkan untuk jahit beading/manik kat baju nikah dia. itu bukan kepercayaan kecil dari dia terhadap aku, tapi sangat besar ertinya. siapa hendak bagi orang hancurkan baju nikahnya kan? tapi kawan aku ni, dia percaya pada aku, tak pernah desak aku siapkansegera baju nikah dia sebab dia faham keadaan aku pada masa tu :(

nantilah, bila dah dapat photo dari Op dia,aku sharekan kat sini yea baju nikah dia yang aku tangan-tangankan tu :p

dugaan untuk dia memang berat. aku sebagai kawan, tak pasti apa yang mampu aku buat untuk dia.kasih aku pada dia, sebagai sahabat adalah ikhlas. aku pun tak pernah minta apa-apa balasan sebab dia pun ikhlas jadi kawan aku.itu yang paling bermakna untuk orang yang macam aku ni-yea,persahabatan. yang aku mampu buat, sentiasa beri dia semangat melalui ranjau hidup yang entah bila akan hadirnya pelangi. aku tahu di saat aku susah, dia juga ada di sisi aku untuk buat perkara yang sama.

kami berkongsi bermacam cerita.semuanya adalah kenangan yang bermakna buat aku.dan selepas ini,pagi-pagi ku tiada lagi dia, dia pergi mencari arah hidupnya sendiri, mencari pelangi nya sendiri.dan doa ku selalu mengiringi dia.aku tahu dia akan jumpa sinarnya suatu masa nanti.aku sudah terbiasa melalui hari-hari ku bersama dia,dan sekarang semuanya sungguh asing.

buat sahabat,
aku iringi pemergian kamu dengan air mataku,dengan doaku.....
sebagai tanda,kau yang aku sayang...
kau pergi seakan membawa separuh dari jiwa aku..
tinggalkan aku di neraka jahanam penuh kejam itu dengan jiwa yang kosong..
kau tahu,betapa sukarnya aku bila hanya bertiga dengan umi dan zai masa lunch..
betapa peritnya berdua di surau hanya bersama zai..
kami memang kehilangan kamu,sangat-sangat...
tiada lagi ketawa dan kesedihan yang dapat kita kongsi..
kalau ada pun,semuanya hanya dari jauh...

Wani,
kuatkan semangat ko.
jangan lupakan kami..
aku masih sedih tanpa ko di sini lagi

aku benci pada pertemuan,sebab dengan pertemuan itulah aku terpaksa jalani satu lagi perpisahan...
aku tak letak pic ko untuk kali ini,sebab aku sengaja biarkan ia berlegar-legar dalam hati aku je.
ok,nangis lagi (T___T)




family gathering

4

family gathering. di Mahkota Parade Melaka. atas permintaan ayah aku.alhamdulilah bila sesekali family besar berkumpul macam ni.mungkin lepas ni boleh proceed the next family gathering kot.

Saturday, February 4, 2012

luahan.

kadang-kadang, hanya perlukan seorang teman berbicara yang ada selalu untuk temani aku, sekadar beberapa ketika, untuk hilangkan gundah dalam hati manusia ini. tak perlu berbicara semua pun dia masih dapat baca apa yang aku simpan. seorang teman yang tak pernah ada ego dalam diri untuk mengadili siapa aku yang sebenarnya. seorang teman yang sedia mendakap aku bila-bila aku hampir tersungkur. dan berbahagia untukku saat aku sedang gembira.


                                                                                          gambar dari sini

payah hendak ungkap semuanya dengan jelas.

cuma mampu pendam rasa.
pada siapa hendak di bisikkan rahsia hati?

angin bisikkan salamku andai suatu hari aku bukan lagi di sini.
usah disingkap tabir semalam.
kalau ianya tidak membawa apa-apa manfaat pada sesiapa.
biar ia jadi rahsia yang hanya disimpan jauh-jauh.

sahabat : terima kasih untuk kata-kata semangat yang kau beri pada aku semalam. masa menemani aku di mcd.

Wednesday, February 1, 2012

wordless wednesday

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...