nuffnangku

Sunday, January 29, 2012

Hari Lahir Mak.

Assalamualaikum.


Pagi-pagi buta dapat mesej dari adik bongsu- kak,birthday mak hari ni

Aku ingat.InsyaAllah takkan lupa.manakan aku bisa lupa.
Tahu tak apa yang membuat hati paling bahagia? Hati jadi paling bahagia bila kita sentiasa ada orang-orang di sisi yang sungguh menyokong ( supportive) . paling best, kalau ada seorang mak dan ayah yang memang takkan beralih mempertahankan anaknya pada saat orang lain menuding jari pada anaknya. Mak dan ayah aku, adalah parent yang seperti itu. Tapi kalau dah memang aku salah, tetap kena juga dengan diorang. Mak aku, memang orang paling penyabar bila berurusan dengan perangai aku yang degil dan keras kepala ( well, makin tua aku ni, makin tak degil daaa,weee)

Aku, lahir dalam family yang hidup serba sederhana. Walaupun tak dimanjakan dengan wang ringgit melimpah ruah tapi keperluan aku memang akan cuba di penuhi kedua orang tua ku dengan sebaiknya. bila dah semakin besar, baru aku faham, parent ni biar dia susah macamana sekalipun, dia tetap berusaha untuk pastikan anak dia dapat apa yang sepatutnya anak tu dapat di usianya.

Hari ini hari lahir mak aku.

Mak aku, adalah ibu terbaik yang pernah aku miliki dalam hidup aku. Dia seorang isteri yang taat pada suami dan ibu yang tak pernah memaksa atau mendesak anak-anak untuk penuhi keinginannya. kalau aku belikan dia barang mahal sikit, dia marah. dia cakap - tak elok membazir. kalau aku hendak belanja lebih sikit untuk dia, dia kata tak pe, dia taknak. jangan membazir.

aku, kadang-kadang sampai tak tahu hendak buat macamana untuk membalas jasanya yang memang aku takkan dapat balas sampai aku mati pun. yang paling aku harapkan, mak aku bahagia selalu dan tenang hatinya. kalau dia sedih, aku turut rasa tapi being me yang bukan jenis mudah tunjuk perasaan secara direct, aku biasanya akan buat macam biasa-biasa je. padahal,dalam hati,tak habis-habis turut bersedih. ye, aku bukan jenis orang yang suka tunjukkan perasaan secara terang-terangan. aku tak reti. aku lebih senang tunjukkan melalui tulisan atau perbuatan. macam contoh- komitmen. kalau aku sayang, aku akan utamakan orang tu, ambil peduli tentang dia, dan susah untuk orang macam aku untuk lost contact. tapi aku jarang nak luah-luahkan. melalui tulisan biasanya jalan selamat yang aku pilih, sebab dengan tulisan, aku dapat luahkan perasaan sebenar aku dengan nyata dan tepat.

Semakin besar, aku semakin faham sendiri, mak memang banyak berkorban macam-macam untuk kebahagiaan kami adik- beradik. dia memang tulang belakang ayah aku, juga sumber kekuatan kami. masa aku kahwin, dia yang paling bersusah payah buat dan atur segalanya. kalau hendak balas jasa dia, sampai aku mati pun, aku tak mampu. Tapi aku percaya Allah sentiasa akan beri tempat dan kedudukan yang terbaik untuk insan mulia bernama ibu ini. kalau diberi pilihan untuk pilih siapa yang aku mahu sebagai ibuku,aku tetap pilih mak aku dan aku rasa bertuah kerana aku adalah anak dia. dia didik aku dengan lembut, dia layan setiap kerenahku, dia menyayangi aku tanpa jemu dan paling penting, dia selalu utamakan anak-anak dia terlebih dahulu dari diri dia sendiri.

Masa aku kecik-kecik, mak aku memang suri rumah sepenuh masa yang melayan setiap kerenah aku. bercerita macam-macam dengan aku dan sampai sekarang, bila aku dah besar, saat-saat itu yang paling aku rindu.aku rasa macam kenapalah aku cepat sangat membesar? well, itulah hidupkan.



Untuk Mak.




Ibuku,
kadang-kadang hilang kata-kata untuk aku luahkan secara nyata buatmu...
kadang-kadang aku jadi bodoh mencari kata yang terbaik untuk aku ungkap padamu...
kadang-kadang aku cangung mempamerkan semua yang ada dalam hatiku..
tapi satu yang kau harus selalu tahu..
aku bukan anakmu yang paling terbaik..
tapi kasihku buatmu selalu ada...


Ampun aku bila aku bukan anak yang paling menyenangkan..
Halalkan setiap yang pernah kau curahkan buat aku..
Aku selalu berdoa semoga kau dilindungi Allah dari segala kepayahan..
dan aku bertuah kerana aku adalah anak yang lahir dari rahimmu...

selamat hari lahir,mak...
semoga panjang umur dan murah rezeki selalu..

Thursday, January 26, 2012

hari lahirku.

Assalamualaikum.


Bersyukur sebab masih berkesempatan untuk melalui usia 27 tahun pada 11 Januari yang lepas. Kalau dikenang - kenang, di usia ini aku ada apa yang aku perlukan . sebab aku tak meminta banyak. apa yang ada sekarang, cukup aku syukuri. Alhamdulilah . di usia 27 tahun dan sudah berkahwin . masih punyai keluarga sendiri dan mentua yang sangat supportive . BFF yang sangat caring, yang mana kalau aku tak reply email atau menghilang dalam jangka masa yang agak lama , mereka mudah perasan dan pantas mengesanku kembali, which is sangat - sangat aku hargai . BFF yang sentiasa ada di sisi saat aku perlukan dan tidak pernah mempersoalkan kekurangan diri ku atau cuba- cuba mempertikaikan aku, menerima aku seadanya - syukur Ya Allah. Paling penting, punyai suami yang sangat memahami dan tak pernah merungut ( well, sekurang- kurangnya tak merungut di depan aku la, heeehe) .


Birthday kali ini mungkin sedikit berbeza, sebab tahun ini aku sambut sebagai isteri orang. tahun lepas, sambut sebagai anak gadis lagi. weee. hidup ini kan umpama kitaran metamorfosis . dan tahun depan, kalau masih ada umur dan masih di beri peluang, berharap dapat menyambutnya dengan status yang baru ( lagi sekali, InsyaAllah) .





terima kasih suami atas hadiah yang sangat bermakna itu. faham je bini tak suka skrin kecik .

               terima kasih sahabat - wani dan zai . juga untuk diela . dan semua yang wish di FB dan hset.
nota :
1) sahabat itu adalah manusia yang terima kita seadanya.
2) ada manusia membuatkan kita jadi lebih kuat ,bila dia tingalkan kita . membuatkan hati kita jadi lebih beku tanpa rasa tapi ada juga yang membuatkan kita berdiri teguh dengan sentiasa di sisi kita untuk terus menyayangi kita.
3)hari lahir dah lama berlalu, baru hari ni ada mood nak update, heh , makin malas sekarang yea .
4)tak semua yang aku nak, aku dapat , tapi masih bersyukur dengan perkara-perkara kecil yang mampu buat aku tersenyum kembali dan juga perkara besar (err) pun ada juga ?
selamat malam.

Saturday, January 14, 2012

selamat datang tahun 2012

salam.
lama rasanya tak menulis di sini.dan sekarang,sudah pun masuk tahun 2012.syukur alhamdulilah,sy masih bernafas dan di beri kesempatan untuk meneruskan hidup seperti biasa.tahun 2011 telah berlalu pergi meninggalkan 1001 keindahan dan kepahitan yang tersendiri.banyak yang terjadi dalam kehidupan saya,ada suka,ada duka,ada gembira dan air mata,well,i guess itu semua normal la kan.pantai mana yang tak dilanda badai.

dah lama tak menulis,saya rasa bahasa saya jadi semakin teruk,hehe.abaikanlah ye.tahun 2012 ni apa ye azam saya?Rasanya saya bukan jenis yang suka buat azam berlisting2..sebab memang tak rajin pun nak usahakan untuk memenuhi azam2 tersebut.kadang-kadang yang di rancang tak berlaku seperti dalam perancangan,sebab selalunya perancangan Allah itu lebih terbaik.so sebab tu,saya manusia yang hidup mengikut arus(flow).memandang kembali  kehidupan saya sepanjang tahun-tahun sebelum ni pun,kebanyakkannya mengikut arus.saya menangis bila perlu menangis,saya ketawa bila perlu ketawa,saya berusaha bila perlu usaha dan begitulah sebuah kehidupan saya.

Tahun 2011 banyak mengajar saya tentang erti sebuah kehidupan dan membawa erti yang tersendiri.siapa sangka,persahabatan yang terbina tidak sampai setahun dengan rakan sepejabat,membawa makna mendalam dalam hidup dan emosi saya,mereka tempat berkongsi suka duka,berkongsi keluh kesah,bersama dalam banyak perkara,itu yang kadangkala sahabat yang sudah dikenali bertahun-tahun pun gagal menghargai erti sebuah persahabatan yang seperti ini.well,itu biasa dalam kehidupan.kawan datang dan pergi,terutama yang menghukum kita tanpa alasan yang konkrit.kecewa?semestinya,tapi kehidupan perlu diteruskan.hidup ini masih banyak yang mengembirakan dari mengenang hal-hal yang sudah berlalu.sahabat2 setia masih di sisi dan masih berkongsi segala cerita tentang life masing-masing,alhamdulilah,terutama dila dan nuril.memang saya jarang berahsia dengan mereka.sahabat yang sentiasa ada di saat aku kesusahan.

Semoga tahun ini datang membawa harapan dan impian yang lebih bersinar.semoga keluarga saya semakin bahagia dan kesihatan mak aya saya semakin baik,juga semoga suami saya dimurahkan rezeki sentiasa.tak sabarnya hendak melalui tahun 2012 yang penuh dengan kejutan,impian,harapan dan doa....semoga saya dapat jadi seorang manusia yang lebih baik,isteri yang solehah dan anak yang menyenangkan hati mak bapa,amin.
Salam,
Lara 2012

Monday, January 2, 2012

Review Wedding : Bunga Tangan.

Penting taw kena ada bunga tangan. Selain jadi penyeri, bunga tangan ni boleh hilangkan nerves kita masa bersanding atau masa nak nikah tu. Tapi aku memang prefer bunga tangan dari fresh flower atau something yang different dari bunga tangan yang sedia ada tu.


NIKAH :
bungatangan3-1

0242
Bunga-bunga ni aku sempat beli sehari sebelum nikah. Sangat berpuas hati sebab warna yang aku suka semua ada. Walaupun aku nak sangat bunga tangan yang besar gedabak tapi tak mengapalah, puas hati dah dengan yang ini. Heee.

SANDING :

IMG_5688

IMG_5671
aku tak sempat beli. Aku beli sehari awal juga, tapi dah habis guna buat hantaran. 
Ingatkan cukup. Pagi hari bersanding tu, aku minta tolong kawan-kawan aku pergi beli. Aku suruh beli banyak-banyak, tapi diorang beli seciput ni je.Heee. Tak mengapalah. Aku rembat je la asal ada. Tak boleh salahkan diorang sebab diorang tak reti nak faham taste aku macam mana. Diorang nak tolong pergi beli redah pasar pun dah cukup baik :( . Tak semua yang kita idamkan akan jadi pada hari majlis kan. Jadi kesilapan yang sikit-sikit ni adalah di maafkan :)

BERTANDANG :

DSC_0269-1


DSC_0416
Aku beli dan diy sendiri. Puas hati walaupun tak dapat segedabak punya gak. Hehehe. Ni aku beli siap-siap masa kat KL tahu. Gigih bawa baldi isi air dalam kereta masa perjalanan dari Melaka ke Pekan Nenasi. Hahaha.

Nota : Tak perlu bajet besar pun kalau nak guna fresh flower / Felt flower hand bouquet.
Yang di perlukan sedikit usaha dan kerajinan.
Kalau nak pakai artificial flower pun, cari lah yang senonoh sikit. Kesian tengok kadang-kadang ada pengantin guna artificial mak andam bagi yang dah macam apa je.
Memang bunga tangan je pun, tak ada apa sangat. Tapi bukan selalu pun kan kita pegang bunga tangan sepanjang hidup kita, kan? So apa salahnya buat yang senonoh sikit? no offense. 

Da.

Sunday, January 1, 2012

Jom Exchange Link .

STICKY NOTE.
scroll ke bawah untuk entry baru.

Korang,
JOM EXCHANGE LINK. ( link korang akan di letakkan di ruangan BLOG -EXCHANGE LINK WITH ME )
kadang-kadang bila blogwalking, baru tahu korang ada link kan blog aku. so macam tak adil lah kan, korang linkkan aku, tapi aku tak buat benda yang sama. dan mana yang tak pernah link kan blog aku,jom kita exchange!!~dan di harap dengan exchange link ni,kita dapat eratkan silaturrahim sesama blogger dan dapat tambah kenalan baru.so jom exchange.letak link korang kat ruangan komen after korang dah linkkan aku,nanti aku link kan semula k.aku link kan blog korang semua yang sudi balas komen ni dan tingalkan link di :BLOG -EXCHANGE LINK WITH ME

Love,
Lara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...