nuffnangku

Monday, December 24, 2012

Update Perkembangan Iman : 6 Bulan.

10104_4782410913895_1073423913_n
Gambar di ambil pada usia Iman 6 Bulan 2 Minggu 6 hari / 20 Dis 2012.


check-up usia 6 bulan ( 20 dis 2012 ) :
berat : 8.7 kg
panjang : 72 cm
lilit kepala : 44 cm


Sekejapnya masa berlalu. Sedar tak sedar dah 6 bulan dah. Tapi bulan ni berat dia naik 500 gram je dari bulan lepas. Tak pasti kenapa, nak kata dia sakit ke demam, so far memang tak ada. Mungkin sebab dia makin lasak kot. Atau sebab dia dah perlu makan 2 kali sehari, tapi aku kadang-kadang bagi makan, kadang tak.  Bukan apa, kalau aku tengok dia sehari tak poopoo, aku terus tak bagi makan esoknya, sebab aku takut dia sembelit, nanti sakit, kasihan.



Apa ye perkembangan Iman sepanjang 6 bulan ni?

-Yang pasti dia memang meniarap dah laju ke depan, ke belakang, kiri, kanan, terbalik semula pun reti dah. Tertonggeng dan berpusing pun reti dah.


041220123985-1
-suka tido menonggeng macam ni


-belum tumbuh sebatang gigi pun. 


-suka panjat badan orang masa orang tengah baring. Sakitttt kena lanyak dengan dia.


iman
-dah pandai kawal pergerakan tangan dengan betul. tengok la tu, kipas tu pun dia nak capai   -____-


-suka raba muka aku bila dia dah hampir nak tidur tu. Kadang-kadang cakar sekali -___-'


201220124159-1
-masih suka masuk jari dalam mulut, tapi 2 batang je, huhahaha. -Sekarang ni, memang pantang lah nak biar dia sorang-sorang atas katil kalau dia tak tidur. Walaupun letak bantal sebagai benteng, dia boleh lepas je, sebab dia panjat :(


-suka nak terjun katil. ahhh, satu hari entah berapa puluh kali aku kena angkat dia dari tepi katil. Adoi, kalau jatuh naya je 


DSC_0559-1a
-makan, ok. Tapi bila tukar menu baru ada yang dia ok, ada yang dia tak suka. Lobak + pisang, dia nak muntah. Wahaha. Beras perang pun dia macam loya. Beras biasa tu dia ok pula.


-Dia sangat benci air masak. Sumbat macam mana pun, 5 minit kemudian, berjurai keluar semula sebab dia simpan dekat tekak dan tunggu masa nak keluarkan semula


-masa happy dan rilex, suka main air liur dekat tekak. Serius, aku tak reti buat. 


-Suka tengok gambar baby! Terutama baby dekat plastik petpet tu. Hari-hari nak tengok. 100 kali pun tak apa. Setiapkali tengok, setiapkali itulah dia kaan senyum dekat baby kat plastik tu   -_-'


-sekarang dah pandai, malam-malam datang sendiri sebelah aku dan himpit aku suruh peluk dia.


-suka kacau papa dia tidur. cepat je dia menapak ke papa dia, kalau papa dia sedap tidur.


201220124149-1
-dia bukan baby yang sombong, tapi bukan peramah. Orang agah, layan dia, dia ok, sampai boleh gelak-gelak. Tak layan dia, dia pun buat derk je. hehehe. Entah ikut perangai sape entah. Tapi ambil masa nak ok dengan orang. Tapi kalau orang pegang dia, dia tak nangis pun, cuma dia diam je.


-kalau dekat rumah, perangai dia lain sikit. Depan orang, dia lain.Dekat rumah, kalau dia letih atau tak suka sesuatu, dia akan membebel bahasa dia.


-takut dengan kereta remote kontrol


181220124138-1
-sangat suka benda-benda selain mainan dia - remote astro / tv,handphone, lappy, tab mama papa.pernah satu malam tu, dia main phone aku sampai pergi call mimi- ibu rafif tu. Pukul 2 pagi. Berderau darah mak nak. Nasib masa tu mimi off handset. So akuhantar mesej je say sorry :(


-tiba-tiba dah tak suka tidur malam . * ini aku memang hanginnnn*


-suka bila kita nyanyi dekat dia.


-satu seksaan pada batin aku bila nak pakaikan dia pampers. Sebab apa jadi seksaan batin? Sebab aku kena nyanyi lagu ABC kuat-kuat dan kena buat-buat nyanyi macam apa je / kena buat muka pelik-pelik sampai dia ketawa / kena agah dia. Semput!~


-Terlalu manja dengan atok dan nenek. Bila ada nenek dia, dia langsung tak heran dekat mama dia :(


211220124160
-Selalu buat posisi merangkak, tapi belum confident nak ke depan. Selalu dia angkat-angkat bontot je.Kalau posisi macam dalam gambar ni, bila lah agaknya nak merangkak anak oi. Ade ke angkat bontot gitu, dah macam ulat je :P


PicMonkey Collage
-suka melompat. papa dia pun rajin melayan . Suka main gomol-gomol dengan papa dia 


-bila tengok BabyTV, dia dah ada certain cerita yang dia suka.


- Paling terbaru, dah pandai berpaut nak berdiri.

Ini apa yang aku ingat jela ye.





8 comments:

  1. hisap jari 2 batang..haha comel gile..aunty gelak guling2 ni Iman. Haih la budak bijak ni.

    ReplyDelete
  2. seronok tgk anak membesar
    mmg sgr priceless setiap moment dgn derang
    biar penat jaga, layan derang
    tp puas hati

    bila anak dh besar ni, teringat time dia baby

    ReplyDelete
  3. wahhhh dah byk iman blh buat...hehe

    eh i rasa baby nak masuk 6 bln ni mmg berat x brp nak naik la...farish dulu gitu gak...

    bab nak jatuh katil tu, mmg kena tengok betol2...risau kalau dia jatuh katil...huhu

    ReplyDelete
  4. nanti dia dah start merangkak laju ke dpn mesti makin semputlah mak iman ni. heheee.. kiut1 la hai tgk gamba iman ;) bab baby msukkan jari dlm mulut mmg geram tgk. heeee ;)

    ReplyDelete
  5. Comel gila iman ni kann..lg2 pipi dia..my nephew da 14 mnths pn suka tgk gambar baby kt plastic diapers..lps tu siap kiss lagi..hehe..skali dengan air liur melekat..

    ReplyDelete
  6. alahai..senyum seksi je gmbr landing atas bantal tu..

    ReplyDelete
  7. sikit jer lagi tu..tak lame lagi mesti dah boleh merangkak..mungkin seminggu jer lagi...:) teringat qaleef dulu..mula2 angkat bontot macam tu ar..lepas seminggu dah kedepan..:)

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...