nuffnangku

Wednesday, December 26, 2012

Moving On or Letting Go?

Tak pastilah kenapa tiba-tiba aku ada perasaan seperti ini.

Lama dah rasa, tapi tak pernah tulis atau fikirkannya secara mendalam. Apa aku rasa, apa aku lalui, aku cuma ikut arus je. Tapi hakikatnya, dalam hati yang terpaling dalam, memang ada perasaan yang lain.

Normal lah kan bila kita kahwin, akan ada sempadan antara kita dengan dunia luar. Dunia luar yang aku maksudkan ini lebih kepada kawan-kawan dan gaya hidup yang sebelum ini. Aku sendiri pun terlalu sibuk dengan urusan keluarga sendiri, terutama bila ada anak kecil. Tapi satu je tentang aku, yang aku memang confirm itu perangai atau sifat yang sedia ada dalam diri, kalau aku tak ada depan mata diorang pun, aku tetap tengok kawan-kawan aku dari jauh. 

Tapi masa nak lepak-lepak walaupun sejam dua, macam dah tiada. Aku sendiri pun tak tahu masa bila yang aku free. Sebab jadual aku hari-hari berubah-ubah. Kawan-kawan pula macam masing-masing dengan haluan masing-masing. Dah ada geng sendiri. Jadi, aku kurang selesa. Sekarang, masa aku memang banyak habis dengan Ziyadh Iman dan suami. Bukan bermaksud, aku ni tak fikir tentang diri sendiri, tak bagi ruang untuk diri sendiri, tapi itulah realiti.

Aku tahu memang normal, bila kita kahwin seumpama kita move on dari hidup yang sedia ada. Kalau dulu, bila-bila je aku boleh ikut atau ajak kawan-kawna lepak minum, tapi sekarang, memang tak mungkinllah. Iman jadi keutamaan.

Entahlah.
Banyak yang aku nak tulis, tapi macam hilang ayat/kata-kata.
Aku pun dah tak pasti apa sebenarnya yang aku nak luahkan.
Aku nak luahkan pada semua kawan, tapi akhirnya tak ada kata-kata. Jadinya hanya tertuju pada seorang kawan.

Kawan,
Terlalu banyak masa yang hilang dalam persahabatan ini. Sampai semuanya 'pause' untuk tempoh setahun. Aku pun tak tahu kita akan mula semula bagaimana, walaupun aku cuba, tapi keadaan tetap tak sama macam setahun sebelum yang 'pause' itu. Aku memang tak pernah tulis pasal ini dalam blog ini, sebab semua adalah privacy. Tapi bila dah reda, ya...aku tulis tentang ini sekarang. Selepas setahun yang hilang, muncul pula hari-hari sepi selama 2 tahun yang bakal mendatang itu. Aku pun tak pasti, tapi aku faham, ini adalah realiti kehidupan. Selepas bertahun menjadi kawan baik, kemudian 'pause' setahun, kemudian sekarang, kita ni status apa ye? Aku pun tak tahu.

Tapi tak apalah. Aku doakan yang baik-baik mengiringi langkah kau di sana nanti. Aku memang bangga ada kawan macam kau. Nanti kem salam peluk cium dekat Lee Min Ho, hahaha.




4 comments:

  1. Sekarang ni kawan2 kita semua yang dah jadi mak2..yang belum jadi mak2 ni mcm terasa jauh plak ngan kita..

    ReplyDelete
  2. Yana yg blm ada anak ni pun dah kuraaaaannngg sgt hang dgn kawan2, apatah lagi sis ada anak. Ada sstgh perkara kita kna lepaskan utk perkara yg lbh perlukan kita. Rasa nya semua org akan faham, cuma masa ...

    ReplyDelete
  3. aah dear...bila ada anak rutin hidup seharian kita 100% berubah,...nk jumpa kawan or sahabat lama tggu msa sesuai..dulu anytime je on...now semua ttg suami dan anak...moga mereka faham hidup bekeluarga seharusya begitu...tetapi sahabat ttp selamanya sahabat smpi bila2 :)

    ReplyDelete
  4. betul lar....tetiber teringat dah berbulan2 tak contact ngan member2..sekarang duni rase hanyer ade kuarge...huurrmm....yeaahh..keadaan berubah....tak mungkin dapat hang out same2 lagi sampai lewat2 malam..eeerrr...;p okeh..naseb baik masih ade fb..:)

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...