nuffnangku

Thursday, December 6, 2012

Lefty Person.

Yes. Aku orang yang menggunakan tangan kiri. so ada masalah ke?

aku dapat komen dari seorang anon yang suruh aku suap anak guna tangan kanan. meh aku nak bagitau.....baca sampai habis ok.


orang panggil tangan kidal.Itu bukan sesuatu yang di buat-buat sebab itu semua datang secara natural. Masa kecil, aku mana tahu semua tu kan, so itu semua memang yang dah di tentukan. Mak aku kata penat dah ajar tangan kanan, tapi tak pernah berjaya sebab kiri selalu menang. Dia ajar pegang pensil tangan kanan, kang kejap lagi aku tukar tangan kiri. Dan akhirnya, mak aku pun dah tak kuasa.


Cuma, kalau makan pakai tangan, aku memang pakai tangan kanan ( alhamdulilah ). Tapi kalau pakai sudu, aku tetap guna tangan kiri. Potong daging steak pun tangan kiri. Menulis tangan kiri. Suap makan anak pun tangan kiri walaupun kadang-kadang aku cuba juga tangan kanan, tapi sangat kekok. Aku tak boleh nak buat. Iron baju tangan kiri, tolak pintu tangan kiri dan semuanya adalah tangan kiri.


Adakah aku salah? Adakah aku berdosa kerana mengunakan anugerah ini? Ye, aku anggap ini anugerah sebab tidak semua orang dilahirkan kidal.10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal. 10 peratus je oi. Mak ayah aku bukan kidal. Adik-beradik aku pun tak kidal. So dari mana aku dapat ini, aku sendiri pun tak tahu.


Paling aku menyampah, bila aku makan nasi guna sudu dan sudu tu dipegang tangan kiri, orang pandang aku semacam. Macam aku tengah buat dosa terbesar sekali. Macam aku teruk sangat. Aku tahu, apa-apapun kanan adalah lebih baik. Tapi aku tak dilahirkan sebagai orang bertangan kanan. Aku kidal! Cukuplah aku mampu suap nasi dengan baik menggunakan tangan kanan. Yang lain-lain, aku kekok sangat-sangat :( Adakah aku dilabel sebagai tak sopan hanya kerana tangan?



Rasulullah saw bersabda, “Wahai anak, bacalah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah seterusnya dengan tangan kananmu.” (HR. Bukhori Muslim)




Tapi ada juga yang mampu buat aku tersenyum. Terutama bila kata orang tangan kidal ni kreatif :) , berseni. Itu aku suka, well, siapa tak suka kena puji kan? Ini dari apa yang aku baca, orang kidal menggunakan otak sebelah kanan mampu menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksaan.

Dulu masa sekolah, aku memang suka melukis. Selalulah juga masuk pertandingan melukis. Asal melukis je, memang nama aku naik. tapi bila dah besar ni, entah ke mana perginya bakat aku tu. Entah ada lagi entah tidak. Cuma satu jela, kalau nak melukis, aku kena ada feel ( gittew), kena ada imaginasi dan kena ada kesungguhan. Kalau salah satu tak ada, memang lukisan aku tak akan siap sampai bila-bila.



Ini lukisan aku. Memang tak cun, tapi nak tunjuk juga.Haha.


veelara

di lukis pada tahun 2009.

Janganlah pesimis sangat pada orang kidal, kesian kami. Uhuk2.Aku tak kisah pun Iman nak jadi orang kidal ke kanan ke. Kalau kidal, aku ajarlah dia certain hal guna tangan kanan juga.










Entry ini sebenarnya lebih kepada luahan perasaan, hagaga. Tapi alang-alang dah muncul entri ni, meh aku letak sekali fakta yang aku jumpa dari hasil google :










KELEBIHAN DAN KEKURANGAN
1. Kesukaran bagi individu kidal:
Menulis didalam buku tebal (diari, buku laporan,dll ) akan menyukarkan individu kidal semasa menulis di bahagian kiri mukasurat kanan buku.Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik sedikit.

Penggunaan peralatan lain tangan kanan; Gunting, senjata api (machine gun, alatan memanah, dll ), komputer (tetikus), peralatan dapur, dan lain-lain.

Kerusi meja (kerusi kuliah) ; Penggunaan meja kerusi meja di dalam kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Maka, individu yang kidal perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar tangan kidal dapat memanfaatkan setiap ruang meja yang ada.

 Individu kidal dipercayai mempunyai kelemahan dalam aspek:
* Pengurusan
* Kesihatan
* Pendidikan
* Kerjarumah/surirumah
* Pelajar

2. Kelebihan bagi individu kidal:
Tulisan Arab:
Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa.

Kreativiti:
Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.

Kamera :
Bentuk kamera SLR yang memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.


Individu kidal dipercayai mempunyai kelebihan dalam aspek:

a) Teknologi Maklumat
Bill Gates

b) Seni ( suara, lukis, pertahanan diri/peperangan )
Saidina Umar Al-Khattab
Julius Caesar,
Alexander the Great,
Napoleon Bonaparte dan Isterinya,
Leonardo Da Vinci

c) Musik dan hiburan
Michelangelo Buonaroti,
Beethoven
Selebriti
Oprah Winfrey
Amitabh Bachchan
Tom Cruise
Charlie Chaplin
Nicole Kidman
Marilyn Monroe
Angelina Jolie
Keanu Reeves
Sylvester Stallone
Asmawi bin Ani( Mawi )
Man Kidal

d) Sukan
Pelé -Edson Arantes do Nascimento (Bolasepak)
Diego Armando Maradona (Bolasepak)
Lieonel Messi (Bolasepak)
Rafael Nadal (Tenis)
John McEnro (Tenis)
Lin Dan (Badminton)
Valentino Rossi (Lumba motosikal)

Rumusan
1. Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.
2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg. juga kidal.
3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg. dpt. mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg. mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.
4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.
5. Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ni budaya orang barat-tak perlu ikut..huhu)
6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan



5 comments:

  1. salam n morning..1 word i can tell u.KITA GENG,SI TGN KIDAL..lala pn hampir dlm semua aktiviti menggunakan tgn kiri kecuali makan guna tgn kanan..tp mcm lara ckp kalu mkn apa2 yg menggunakan sudu,pisau ke otomatik akan pegang tgn kiri..dh cuba ubah tp x bejaya n kekok kn lara..nanti org lain dh sudah mkn,kite dok tekial2 nk suap mknan masuk mulut..

    sapa ANON tu yg nk menidakkan kekuasaan Allah..Allah cipta manusia dgn sepasang tgn kiri dan kanan..dan itu adalah kuasa Allah dimana kita adalah pengguna otak kanan yg ada hanya 10% je kt dunia nie..jd apa yg Allah jdkan ada sebab.bukan si kidal nie x mencuba nk guna tgn kanan tp si kiri tetap nk menang..jd apa salahnyer si tgn kidal nie menggunakan tgn yg selesa mereka gunakan..dun worry lara,x de yg salah pn..4 me mentality ANON tu low class.

    p/s: tp lala x creatif especially dlm bab melukis..hancor.lukis org lidi boleh la..hehehe

    ReplyDelete
  2. vee, kita sama lah..i pun kidal gak tau..i tak taulah Alisha ni ikut i ke x,tp i tgk tangan sebelah kiri je yg aktif bebenor T____T

    ReplyDelete
  3. la,tangan kidal pn kene blame? kesian..sabar jela. i xpenah pk psl isu tgn kanan ke tgn kiri ke.haha. as long as it works,syukur alhamdulillah.

    bapak i dlu pn kidal.i suka tgk dia menulis. cantik je.hehe.dia ckp semua kerja dia guna tgn kiri.makan je tgn kanan. make sense what. dlu i wish i am a lefty person like my late father hahahaha

    ReplyDelete
  4. vee... lin pun kidal... tp so far tak ada plak yang pandang serong... :) bab suap anak pun kadang2 kiri.... tp wat masa ni, mkn pkai sudu, leh lagi kanan... sbb dari dulu da kena ketuk pkai tngan kanan... :)

    dont wory wht people say.... bukan mkn pkai kaki... :D

    ReplyDelete
  5. awwww....shun nyeee lukisan..tolong lukiskan muka shaye boleh??

    awwwww...mawi....

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...