nuffnangku

Thursday, December 6, 2012

Frozen Solid Food.

Aku memang buat stock.

Mesti pelik kan kenapa aku nak buat juga stock solid food Iman padahal aku ada banyak masa? Err. Siapa kata aku ada banyak masa. hihi.Sebenarnya memang lagi elok kalau kita boleh provide makanan yang segar bugar dekat baby kita, but penyediaan puri ni, even nampak mudah, tetap ambil masa.

Ditambah pula dengan Encik Ziyadh Iman yang memang tak nak tidur siang, kalau tidur pun paling lama 20 minit! so cara ini adalah jalan yang terbaik. Sebab sangat menjimatkan masa.Lagipun takkan lah aku nak bergolok gadai hari-hari dekat dapur semata-mata nak siapkan setengah potong epal yang nak buat puri tu?Yela, baby awal-awal makan, dalam berapa ml je hari-hari makan kan. Macam Iman purata dalam 30 - 40ml, bersamaan dengan sepotong buah. Kalau hari-hari nak buat puri fresh, bayangkan betapa banyaknya masa yang aku perlukan.

Ambil masa, sebab kena monitor Iman, kena ulang -alik ke dapur semula. Macam itu lah selagi dia tak tidur. Kalau tidur pun 20 minit,APTB! haha. Iman ni dia bukan hanya nak kita ada depan mata dia je k, no no no.Kalau setakat depan mata dia, tapi tak pegang dia, dia akan merengek-rengek menangis ok. Last sekaliakan melalak @____@


021220123975
Aku guna Baby Cubes 40 ml. Label digunakan supaya aku tak confuse dan dapat monitor lah berapa lama dah puri ni di frozen.


So aku pilih untuk buat stock. Tapi seboleh-boleh memang aku cuba untuk bagi yang fresh. Stock ni pun aku buat tak banyak. Biasanya dalam 5 atau 6 cubes tu je, macam untuk guna 4 hari ( follow 4 day rule) dan ada balance dalam 1 atau 2 cubes.

Puri ni memang aku buat stock je. Tapi kalau Iman dah start makan bubur nanti ( dalam 7 bulan ) InsyaAllah hari-hari aku akan cuba masak bubur yang fresh. Cuma nanti bila nak mix kan je mungkin akan guna puri yang frozen :)


Baby Cubes yang aku beli macam dalam gambar ni. Beli di Fabulousmom, RM 12.90.

Mudah bila ada baby cubes ni. Selain terjamin lah kebersihan kan. Yelah, letak sekali dengan ayam, ikan semua kan.Walaupun ada ruang masing-masing, STILL dalam tempat yang sama kan.

Bercakap pasal persediaan nak buat solid food ni, aku memang tak beli alat-alat yang canggih. Hihi. Lesson learned! sebab masa pregnant, aku over excited dan membeli bermacam benda yang sudahnya banyak yang tak digunakan atau disimpan lepas beberapa ketika je guna ( sambil mata memandang warmer tommee tippee yang tersimpan cun tu ). So untuk kali ini, aku rasa memadai menggunakan apa yang sememangnya ada di dapur aku tu. Aku guna je steamer yang memang ada dekat rumah ni, guna je blender yang memang aku khaskan untuk buat jus. Itu je.

Ada aku baca, kata tak elok bagi baby makanan yang frozen, tapi aku rasa kalau stock seminggu, stil nutrien tu masih ada kan. Sebab aku baca juga kaedah-kaedah nak pastikan nutrien tetap ada dalam makanan even di frozen. So pilihan di tangan masing-masing. Aku dulu belajar sains, cikgu kata boleh je frozen kalau guna cara simpan yang betul..........

: nanti lah aku pergi baca lagi....kalau jumpa info, aku kongsikan nanti ye.Ta!

5 comments:

  1. lara,if u rajin,bole tlg search kan skali if i yg anta ank ke nursery ni,how eh? mana tau terjmpe info bole share trus. TIA :P

    ReplyDelete
  2. eh, ingat housewife tak bz ke? bz ok, lagi nak mengadap baby 24 hours, nak pulak baby kite takmo tidur siang, tinggalkan kang, menangis, duduk depan mata dia je kang, satu kerja pun x jalan, rin klu weekend tu tinggal berdua dgn Aish (klu husband kerja) memang merana lah, nak masak pon x boleh, makan biskut jelah jwbnya, seinci nak bergerak pun x boleh, dia menangis, nk projek poopoo diri sendiri pun x boleh..kena tahan smpai hubby balik, klu rin ni housewife, seminggulah tak projek poopoo agaknya, tahan je..hahaha. Aish klu siang paling lama dia tido setengah jam je, tu pun kalau digabungkan 3-4 kali nap. APTB

    ReplyDelete
  3. xde masalah bg frozen food. kita gak yg prepare elok2 simpan.
    i dulu buat stock utk 1-2minggu.
    weekend je i masak asing.
    ari kerja mmg xsempat nak masak.
    yg penting anak makan homemade food. both kt rumah n kt babysitter.

    ReplyDelete
  4. hi. im momy cha.
    yup i pon beli cubes ni dekat faboulus mom. senang dan mudah, kalo puree dah fozen then alur dekat air dah boleh keluar dengan mudah dan senang kan?
    salam kenal.
    #lambai-lambai ala ratu# :)
    hihihihi!

    ReplyDelete
  5. Hehe! Sama laaa Sy baru start bagi solid food minggu ni kat Hannah, yg mana buleh buat banyak2 skali, sy buat je semua terus, save time sikit. Kalau tak jangan harapla sempat nak ke dapoq. Huuu

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...