nuffnangku

Thursday, December 13, 2012

Anak Papa?

PicMonkey Collage Ramai orang kata anak lelaki kena rapat dengan mak dia. Pastu ramai juga yang kata anak lelaki kalau ikut muka bapak -- akan 'panas' nanti. Iman memang tak ikut sangat muka aku. Lebih kepada muka papa dia.

Dari sisi tepi, depan memang seiras. Dia anak papa. Sebab kalau nampak papa dia balik kerja je, papa dia akan bagi salam dulu dekat dia. Dengar ASSALAMMUALAIKUM.....je, terus mengelupur gelak-gelak, sengih-sengih. Happy giler main dengan papa dia, siap gelak-gelak, jerit-jerit. Kalau papa dia buat bunyi-bunyi, dia yang tengah meniarap tu, automatik baring dengan muka bersedia untuk main gomol-gomol -_-'

Pastu, dia paling suka papa dia pegang, sebab dia boleh melompat lama-lama. Dia tak berapa rapat dengan aku. Aku macam cuma mama dia je. manja-manja, minta susu, minta peluk.Tapi papa dia dah
jadi papa dan bestfriend dia. Hmmmmmmmm..........

papa dia penyabar giler. mama dia? hahaha

6 comments:

  1. anak perempuan sy muka cm sy.tak kesah la panas ka dak ka..sy ngn abah dia tak duk sama sbb keja.so,bila hjg mggu abah dia mai,perggghhhhh..perangai dia,punya la lain macam...nk duk menempek ngn abah dia ja...nk abah dia dukung,nak main ngn abah dia..kiranya,masa abah dia ada,tak lepas la ngn abah dia...smpi sy pun kadang2 jeles.hahahha....fongok dak?eheheehehe....sabaq ja la..tp sbnqnya sy suka dia rapat ngn abah dia.bukan apa..anak abah dia jugak.so,takpala...

    ReplyDelete
  2. takpe.. mama yg lahirkan Iman kedunia. Mama yg nenenkan dia. Biasalah nak geng bola lah tu :)

    ReplyDelete
  3. farish ni kdg2 org ckp muka papa dia, kdg2 muka mama...hehe

    tp anak u mmg muka ur hubby la :)

    ReplyDelete
  4. umar tak sure ikut muka sapa. ramai kata i, ramai kata muka ayah dia. manja pun, kadang kadang suka ng ayah dia. ikut mood tak mau ng ayah dia. ikut mood tak mau ng mama dia...acane?

    ReplyDelete
  5. Hasif ramai kata ikut muka sy...
    dan dia sgt rapat dengan ayah dia...
    pantang lalu je ayah dia mmg dia nak...
    kalau hr Sabtu ayah dia kerja...dia akan wat peel duk berdua ngan sy...kalau ayah yg pakaikan pampers, potong kuku, tidokan dia dalam buaian...mmg dia tk merengek menangis langsung...kalau dengan sy..ada saja tk kena...kdg2 ada rs sedih sket..huhu
    ibu cuma tempat dia df sambil tido...

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...