nuffnangku

Saturday, December 15, 2012

Anak orang. dan anak kita?

Aku memang tak suka nak campur hal perihal orang lain.

Lagi-lagi bab jaga anak. Serius. Sebabnya aku rasa mak bapak budak tu confirm lah tahu macam mana nak jaga anak diorang kan? Tapi kalau aku tengok parent tu macam ada buat silap, of coz lah aku akan tegur atau bagi advise tapi aku tengok juga diorang jenis parent yang macam mana. Sometimes ada parent memang tak suka orang lain menyibuk tentang cara dia besarkan anak dia.

Contoh bab pemakanan baby.
Ini contoh, bukan kejadian sebenar.

Kawan aku, anak dia berumur 3 bulan. Disebabkan aku ada anak yang dah 6 bulan, so aku dah lalui step 5 bulan tu.

Aku : Baby makan nestum apa? ( ini serkap jarang je sebenarnya, sebab aku nak tengok kawan aku parent yang jenis macam mana.

Kawan : dia makan cerelac beras merah campur madu tu.

Aku  : awal ek bagi makan?

Kawan  : haah, sebab kat umah bs ( baby sitter ) dia taknak minum susu, so aku bagi dia nestum. Malam-malam dia df dengan aku.

Aku? Mestilah aku tak memandai nak nasihat ke apa. Dia ada alasan dia sendiri. Yang boleh aku buat, kongsi serba sedikit ilmu pemakanan baby yang aku ada. Ciput pun aku kongsi juga. Tapi aku memang takkan nak blame dia atau memandang dia macam buat apa je semata- mata bagi anak makan awal dan makanan itu adalah nestum. Kan itu anak dia...

Lagi contoh,

Aku  :baby F dah makan?

Kawan : belum. Dia baru 4 bulan. Bukan ke makan umur 6 bulan nanti?

Aku : haah. Saja tanya, ingatkan ko dah bagi dia makan. Nanti ko bagi dia makan apa? Nestum?

Kawan  : haah la. Nestum apa yang baik ek?

Aku? Kawan ni jenis yang alert dengan ilmu pemakanan baby. So bolehlah aku sharing ilmu yang terperinci sikit. Memandangkan baby dia belum sentuh makanan langsung.

Aku  : dari ko bagi nestum, baik ko masak bubur. Guna beras perang.

Kawan  : haah kan. Tapi mak aku kata kalau pandai masak, tepung beras tu je pun boleh bagi baby makan.

Aku : eh, tak payah bagi tepung beras, nanti aku ajar cara masak bubur tu. Nanti aku add ko dekat group pemakanan baby ye. ( nampak tak camne aku nak avoid dia bagi benda merepek dekat anak dia?)

Kawan  : haa, ok jugak tu :-)

Nanti anak dia dah 6 bulan, aku akan tanya dan kongsi dengan dia tentang macam mana nak buat puri dan semua tu la.

Apa motif aku cerita ni? Aku cuma nak cakap, kadang- kadang aku annoying juga dengan mak - mak yang over kepoh ni. Semua benda terus nak blame si ibu semata sebab cara dia didik anak tak sama macam  apa yang kita baca, macam apa yang kita tahu. Aku pun cuba avoid untuk buat diri aku jadi kepochi. Serius. Aku hanya suka kongsi ilmu yang aku tahu dan bertukar pendapat dengan orang- orang sealiran je dengan aku.

Kalau kawan- kawan tu, aku tengok dia jenis yang macam mana. Nak nasihat atau nak sharing boleh tapi berpada. Macam isu pemakanan baby, memang ramai masih ikut cara konvensional lagi. Ada baby umur 3 bulan dah bagi makan. Semalam aku baca, baby dia umur 4 bulan, dia dah bagi minum air 100 plus. Nak tersedak aku baca. Tapi takkan aku nak bz body pula kan. Kalau orang tu jenis boleh terima kita nasihat, aku akan cakap. Tapi sebenarnya, aku tak suma nak nasihat orang memvavi buts je. Kalau boleh dalam nasihat  / advise tu aku sertakan sekali alternatif lain.

Lagipun, buat apa nak nasihat beria. Come on lah kan, sekarang kita duduk zaman apa? Kita duduk dalam zaman IT. So internet tanpa sempadan uolls. Ilmu juga bertebaran, berlambakan. Cuma perlu tapis ilmu mana yang kita nak guna pakai. So ibu- ibu tadi, kalau boleh berfacebook sentiasa takkanlah hal perihal baby dia tak  boleh nak cari, belajar dan praktikkan kan? Takkan lah...........

So kita yang memang sentiasa suka membaca ni, boleh jadi pemangkin, perantara pada ibu- ibu ni untuk lebih alert. Macam contoh, add je dia dekat group2 berkenaan, biar dia explore sendiri ilmu mana nak guna pakai.kalau still guna cara yang salah,so kita siapa nak kepoh sangat pasal anak dia? Anak dia adalah anak dia, so kita jaga je anak sendiri :-)

Sharing is caring. Tapi awas, kadang- kadang jangan sampai sharing is annoying. Wahaha. Aku pun tak expert sebab tu kalau ada apa- apa masalah pada anak, aku banyakkan membaca dan bertanya pengalaman ibu-ibu lain.

Anak orang tetap anak orang. Jangan memandai kita nak aturkan. Tapi berkongsi ilmu tak salah. After all, terpulang pada parent itu sendiri.

Entri ni macam tak ada motif. Aku pun tak tahu nak pilih tajuk apa. Harap ada isi la dalam entri ni. Hihi. Babai. Malam tadi aku tidur pukul 6 pagi uolls. Anak aku tu entah apa angin dia entah. Dah berubah masa tidur kot. Gambatee je aku tahan mata...

Published with Blogger-droid v2.0.9

8 comments:

  1. Ha'ah. Ada jugakla kawan sy asyik dok suruh sy suap moi ja kat Hannah. Sy malaih nak argue dgn dia so just bgtau nanti masuk 7bulan sy bg la moi. Last2 xtahan sgt sy add diakat group hsffyb. Hehe

    ReplyDelete
  2. :) Suka entry ni sebab i setuju sangat yang kita tak boleh nak tetiba salahkan parents dia bagi itu ini..hak masing2 and kita boleh bagi nasihat ke tunjuk ajar or pape yg boleh membantu. :)

    ReplyDelete
  3. betol tu..cara mak2 ni berbeza utk besarkn anak2..yg mana kita tahu, share baik2 & jgn asyik nk blame org lain je..tp kalau jenis xmo denga nasihat, lbh baik buat dekkk je kn dgn org cmtu? hihi

    ReplyDelete
  4. I agree enough said. Pandai u susun ayt nk smpi kan message ni haaa. Plg senang buat hal sndri(tu bile i dh xtau cmne nk advice la haha)

    ReplyDelete
  5. yeahhh..semua ibu2 melaluinyakan...sama ada dalam sedar atau tidak kita x boleh lari dari topik ini...me like u also...byk melihat dulu gerak geri si ibu2 yg sealiran dgn kita..memahami dulu dia mcm mana baru berkongsi..if dia nak dgr terpulang...

    But julia lg suka orang bertanya...mcm mana u bg anak u mkn menjelang umur 6 bulan ke atas? haaaaa see..bila ada respon baru ju akan bg Plan A...if not Plan B...(tutup mulut, bukak mata) ambil pengajaran yg mana elok dan tidak heheh

    ReplyDelete
  6. terima kasih sbb phm
    huhuhu
    contoh 1st tue same ngan ekin kot
    ekin bkn saje2 nak bg zara mkn seawal 5 bulan
    tp die xnak susu lgsung kat taska...
    harapkan BF ngan ekin je bile ekin dtg
    die lapar,xmau tdo
    so teacher terpakse bg die makan nestum
    try wat puree, die masih xnak terima lg
    huhuhu
    beria mommy die buat....

    ReplyDelete
  7. 100% setuju! anis pun slalu guna cr ceni...bg link...bg die bc sndiri..kalo die masih teruskan dgn bg anak die mkn itu ini..kita diamkan j la..itu anak die..yg pntg kita dh cuba bgtahu dgn cr yg berlapik..kdg2 xguna suara pun..bg link, soh die bc sndiri...nak pengsan dgr kwn bg anak die 4 bulan mkn durian...xterkata apa2..cuma terkejut...n ckp dlm ati..xplah, itu anak ko...so kita jg je anak kita sndiri...

    ReplyDelete
  8. i tak bergaul kat ofis so so far takde org kacau i..hahaha

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...