nuffnangku

Tuesday, December 4, 2012

4 Dis 2012

4 Dis 1998 - 4 Dis 2012, 14 tahun nenek pulang ke rahmatullah.

Rindunya dekat dia. Rindu sangat dekat orang yang jaga aku masa aku baru lahir. Rindu sangat dekat orang yang excited sambut kelahiran aku suatu masa dulu. Rindu sangat dekat orang yang rajin melayan kerenah aku. Allah pinjamkan dia sekejap sangat dengan aku, 13 tahun je. Pergi pada saat aku masih baru nak kenal-kenal alam sekolah menengah. Pergi pada saat aku masih belum mampu nak beri dia kesenangan.

Bila dia pergi, terlalu banyak perkara berubah.

Sekelip mata, satu kebiasaan yang aku selalu buat dulu, tiba-tiba dah takde. Dulu, kalau raya mesti balik kampung, tapi bila dia dah takde, kampung tu pun entah ke mana. Hancur luluh aku tengok rumah yang suatu masa dulu penuh gembira, banyak kenangan, banyak pokok-pokok buah-buahan sekeliling, tiba-tiba hari ini, bukan lagi tempat aku pulang. Rumah itu dah sewa dekat orang.

Lumrah hidup. Kebiasaan hidup akan berubah bila hilang seseorang yang terpenting.

Semoga aman dan tenang nenek di sisi Pencipta-Nya.Bila Iman dah besar nanti, tetap akan aku cerita pada dia tentang moyangnya ini. InsyaAllah.


4 comments:

  1. Alfatihah...dalam kenangan..

    Adik laki aty meninggal tahun yg sama..:(

    ReplyDelete
  2. sama la...bila arwah atuk & nenek xde, rasa sunyi sgt kampung & raya pon dah tak balik sgt skrg ni :(

    ReplyDelete
  3. i pun sma. lepas je arwah nenek ng atuk meninggal, semua jadi lain. rumah tu org sewa, then skrg tinggal tapak je..takde dah rumah tu..sedih..

    ReplyDelete
  4. Al-fatihah.. nenek or kitorg pggil uwan, meninggal thn 1998.. x lama lps tu rumah pun kena roboh sbb xda org tinggal, byk binatang liar etc.. sedey xda kg since that.. huhuu..

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...