nuffnangku

Thursday, November 1, 2012

Ziyadh Iman : 5 Bulan.

Alhamdulilah. Dah 5 bulan dia lahir.



Sebelum dia lahir, aku hari-hari fikir, macam mana ye bila dia ada nanti. Apa akan terjadi? Apa yang akan berubah? Apa akan berlaku? Apa cabarannya, apa dugaannya? Macam-macam. Masa tu belum dapat bayangkan bagaimana kehidupan aku dengan adanya dia. Tapi bila dia lahir, separuh persoalan sudah terjawab dan muncul pula persoalan-persoalan baru yang belum ada jawapannya. Excited sungguh melalui hari-hari bersama dia. Meniti hari-hari bersama dia dan perlahan-lahan melihat dia mula tinggalkan alam baby dia. Kenapa baby cepat sangat membesar ye.......

Bersama dia, kitorang belajar bermacam perkara baru.

Sekarang, aku memang tak dapat bayangkan apa akan jadi pada aku, pada kitorang, pada famili kami kalau dia tiada. Aku tak boleh bayangkan dan tak mahu bayangkan. Aku cuma mohon Allah izinkan aku bersama dia selama hayat aku masih ada. Biar aku yang 'pergi' dulu dari kehilangan dia. Ok, tetiba pula intro sedih gila kan. Aku menaip ni sambil pandang muka dia yang tengah suci murni tengah tidur tu. ( Aku schedule entri je sebab tak cukup masa nak publish on the spot, harap maklum ) Kadang-kadang ada je tahap sabar aku menipis terutama bila dia tidur tak sampai 20 minit pun. Dodoikan dan susu kan dia punyalah lama, lepas itu aku pergi toilet kejap je, balik dari toilet dia dah sengih-sengih. Masa tu melayanglah harapan aku nak rehat kejap je pun. Tapi bila dia senyum-senyum, masyaAllah, menyesal giler sebab ada rasa marah dekat dia.

Lepas itu mama nangis. Kahkahkah. Aku ratu air mata kalau bab anak aku ni. Padahal masa tahan sakit nak bersalin pun, aku tak menangis. Tapi itu lah kan. Haishh.

Sekarang dia dah pandai expresskan perasaan dia. Dia marah ke boring ke happy ke, kita dah boleh nampak dengan jelas. Dia senyum lebar kalau nampak aku T___T Kalau dia boring atau marah, dia akan membebel dalam bahasa dia. Cute Giler!

Sebutan dia cuma ini je buat masa sekarang - A tatata A tatata A tatata . Tapi dia ni jenis berubah-ubah bunyi sebutan dia. Tapi marah ke boring ke atau merungut ke, itu jelah dia sebut, yang membezakan adalah expressi muka dia. Hihi.


Pandai ambil hati woo. Macam pic atas ni. Dia tidur tak sampai 20 minit hokey. Lepas itu bangun meniarap pandang aku, buat muka comel. Aku hangin sebab kepala aku sakit, kot-kot dia tidur 30 minit pun jadi lah, bolehlah aku tidur kejap, tapi tak ada maknanya. Tapi bila dia senyum-senyum banyak kali pandang aku yang muka masam tu, aduhai. Terus aku peluk cium dia.

Kalau kita nak cium dia, dia macam dah tahu. Tapi paling terrer bila minta dukung lah. Seboleh-boleh nak berpaut kat bahu macam tengah berdukung. Kalau tak diturutkan, nangis. Heh.

Sekarang, tidur malam memang tak ada masalah dah. Syukur alhamdulilah. Bila masuk pukul 12 ke pukul 1 pagi, automatik dia tahu pula tidur lama, esok pagi baru bangun. Tapi siang tu, tidur tak sampai 20 minit, macam mana pula ek? Macam mana pula badan dan otak dia boleh tahu bila malam kena tidur lama, kalau siang, tidur kejap pun tak ape? Iman kalau masuk tidur pukul 10 malam TETAP akan bangun semula, kecuali dia masuk tidur pukul 12 ke pukul 1, tu baru sampai pagi.

Kepala dah tegak dan steady. Tak ada lembik-lembik lagi. Kalau berdirikan dia pun, melompat memang dah gagah lah. Sejak umur 3 bulan lagi kot dia memang dah suka melompat-lompat ni.

Kalau agah, dah memang ketawa mengekek dah. Dan kalau ajak berbual, memang dia bagi respon dengan riak wajah dan bahasa dia tu.

Lagisatu, dah pandai capai barang. Apa kita pegang, kalau dekat dengan dia, cepat aje tangan comel tu mencapai. Paling cute, sibuk sama nak tekan tab. Sabo jela.

Main bubble dekat mulut tu, dari umur 4 bulan dia dah buat dah. Ada je buih-buih tu. Tapi sekarang, lagi keraplah dia sembur-semburkan. Hahaha. Baju asik nak kena bertukar jesebab lencun.

Paling terharu, bila dia dah pandai sapu-sapu muka aku. Dia pegang pipi,mulut,hidung. Kalau hari weekdays, aku tinggal berdua je dengan dia, kalau aku tak sedar dia dah bangun atau malas nak layan dia, sekadar duduk tepi dia tapi mata tutup, dia akan golek-golek dekat aku dan baring-baring dekat aku. siap usik-usik muka aku guna jari comel dia tu. Mula-mula aku terkejut gak bila rasa macam ada orang pegang-pegang muka, bila celik, larr, hihihi.

Tapi paling aku tensen, tengah-tengah tidur tu, boleh pula dia meniarap. Lepas itu, tersenguk-senguk kepala dia. SABO JELAAA.

Itu je kot pasal perkembangan dia.













Papa And Mama Loves You So Much, Ziyadh Iman.

2 comments:

  1. cptkan baby besar, dulu sebelum Aish umur 6 bulan, rasa macam, lambatnya masa berlalu, tapi bila dia dah start makan, ohoooiii cptnya dah nak 7 bulan, sbb dulu maknya ni asyik kira hari nak bagi dia makan..manalah tak rasa lambat..hehe, x sabor.

    ReplyDelete
  2. memang cepat jer rase...rindu moment2 die baru lepas beranak dulu..:) anak aty dah pandai buli aty..!!!! gggrrrr....
    aty pon sedih kalau pikir bukan2..pikir kalau ape2 jadi kat aty atau pada die...memang emosi sejak jadi mak2 nih lain macam...

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...