nuffnangku

Monday, November 26, 2012

Holiday Kami Yang Pertama!

Sebab pertama kali pergi membawa bersama si anak, Ziyadh Iman pada 15 dan 16 November 2012.

Minggu lepas kan ada cuti panjang sikit, so suami ajak pergi Port Dickson untuk bercuti secara rilex-rilex. Mulanya kitorang nak juga pergi Cameron, tapi bila fikir jalan yang bengkang-bengkok dengan cuaca yang tak menentu, sebab kejap-kejap hujan, kitorang tak beranilah nak merisikokan Iman. Kitorang risau kesihatan Iman. Itu yang paling penting.

Papa dia kata, ini kali pertama holiday, bawa tempat dekat-dekat dulu, kang bawa jauh-jauh terus, terkejut Iman. Mama tak ada hal, sebab pergi mana-mana pun, asal ada muka laki dengan anak depan mata, im ok with it, gituw. Tujuan pergi PD memang bukan nak mandi pantai ke apa ( bahaya ada anak kecil ) tapi saja-saja nak rehatkan otak dan badan. Memang nak duduk lepak-lepak je. Ala bukan kitorang pergi berhari-hari pun, pergi khamis,balik jumaat. Cukuplah tu kan. Lepas tu terus balik Melaka, itu lagi lah heaven kan.

Segala urusan booking dan apa-apa berkaitan dengan holiday ni, di handle sepenuhnya oleh si papa.

151120123754
Kitorang stay dekat Hotel Avillion Admiral Cove

Rabu tu aku dah siap kemas-kemas apa yang patut. Baju dan barang-barang Iman memang kena packing awal-awal, sebab kalau last minit baru nak kemas, memanglah ada yang tertinggal nanti. Walaupun orangnya masih baby dan kecil, tapi barang dia adalah 90 percent memenuhkan ruang kereta kami. Mama dan papa ada beg baju sorang satu. Tu je. Tapi yang memenuhkan bonet kereta, seat depan dan belakang, adalah barang budak tecit ni @_@

Khamis tu Iman macam tahu-tahu je nak pergi berjalan. Siap dia bangun awal tu. Selalunya dia bangun dan tidur semula, tapi hari tu, bangun dengan bersemangat tu. So kitorang keluar rumah dalam pukul 11 pagi.

sblm
papa depan, kami di belakang. ready to go!

Sampai Pd dalam pukul 1 lebih kot. Berhenti lunch kejap dan pusing-pusing area PD tu sebab tersesat masa nak cari hotel dan singgah beli pelampung untuk Iman.Yes, actually kitorang ada survey pelampung untuk baby, siap pergi Jusco Aeon lagi nak beli pelampung, nasib baik tak ada untuk baby, sebab kalau ada, mahaaal nya. Lepas tu, papa dia survey online, dan kata pelampung ada jual dekat PD. Yess. Kedai pertama yang kitorang singgah, tak ada pelampung cun pun, harga RM15. Kemudian kitorang pergi kedai lain, dapatlah RM10. Nasib baik reti bersabar kan :)

Kemudian, terus check in hotel pukul 3 petang.

151120123757-1
Iman layan blues sementara tunggu papa selesaikan urusan check-in :)

151120123763
urusan check in settle, terus ke bilik. Yeyhh.

sampai
reaksi Iman bila pertamakali sampai dan diletakkan di atas katil.
kiri : pura-pura baring elok-elok
kanan : beberapa saat je terus bergolek!

151120123765-1
terus meniarap dan gelak-gelak -_-'

Lepas dah check in terus rehat-rehat. Kami tiga beranak tidur lepas tu ok :) Dalam pukul 5 kitorang bangun dan bersiap nak bawa Iman mandi kolam.

DSC_1021
Iman dan pelampung Ben10 dia.

DSC_1025
Bersemangat diorang ni.

DSC_1034-1
lihat muka jaguh renang bernama Iman tu. Steady tu.

DSC_0005-1
berbual ke?

Puas bermandi-manda dah dekat pukul 6.30 petang, so siap-siap nak balik ke bilik. Bawa baby ni tak boleh lah nak rendam lama-lama walaupun masa tu cuaca cerah lagi.

DSC_0176
Pulang ke sarang, haha.

Malam dalam pukul 8, kitorang keluar makan. Then, balik hotel. Lepak-lepak je.

famili
papa hanya watak sampingan. Kami berdua yang beria berposing, ahak.

Jumaat, kitorang turun sarapan dalam pukul 8 lebih. Masa makan tu Iman bantai tidur, hahaha. Mesti mengantuk sangat tu.

161120123801
alahai,pengsan dah dia. Grrrrrr.

Mulanya ingat nak bawa dia mandi kolam lagi dalam pukul 10 tu ke sebelum check out, tapi dia tidur nyenyak dari masa kitorang makan sampailah pukul 11 -____- . Pukul 12 dah check out.

Sebelum itu :

DSC_0296-1
gambar sekeluarga, haha.

Bila dah ada anak, memang rasa sangat best bawa dia bercuti, walaupun kitorang memang tak ada buat apa-apa aktiviti selain lepak-lepak, tapi itu pun dah cukup terbaik kan ( bagi aku lah) sebab yang penting boleh rehatkan minda, otak, badan dan boleh recharge semula. Lagi seronok sebab boleh nampak Iman memang seronok sangat. Dia ok je sepanjang holiday, langsung tak cranky. Aku mula-mula risau gak kalau dia cranky ke or kena gangu ke, tapi alhamdulilah, dia ok je selama berada di sana :)



Akhir sekali, terimalah gambar ini sebagai penutup.

DSC_0335-2
Buat muka sambil termenung jauh masa tengah tunggu papa settlekan urusan check out :)

6 comments:

  1. seronoknya mandi kolam... hafidh da 10m. blum mandi kolam lg.. untuk iman... :)

    ReplyDelete
  2. I loveee this entry about holiday laraaa....
    See baby iman monyok jek bila holiday is overrrrr....sonok dia mandai kolam ngan pelampung ben 10 hehheeh makin bambam dak iman nih lah muahhh :)

    ReplyDelete
  3. waa..beshnya g holiday..nk holiday jugakk =)

    ReplyDelete
  4. bestnyaaa p holiday. i really need one! huhu.. ;)

    ReplyDelete
  5. masih belum bercuti kemane2 lagi sejak beranak...nak gak sebenarnyer..tapi tak tau tah biler...hurrmmm

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...