nuffnangku

Thursday, November 29, 2012

Avillion Admiral Cove Port Dickson : review.

Review ini berdasarkan pengalaman kami tiga beranak semata-mata. Kalau ok, maka aku akan kata ok. Kalau tak ok, akan di nyatakan juga. Hehe.

151120123754
Mula-mula cari papan tanda batu ni.Kemudian masuk ke dalam,kiri kanan ada pokok-pokok je, sebelum sampai ke pak guard.

151120123757-1
Ini dekat lobi, ada disediakan katil yang menghadap ke arah laut.

Walaupun agak panas sebab menghadap laut, tapi of coz memang best. Rasa tenang je jiwa tengok laut dan tiupan angin tu. Iman pun layan je.

DSC_0325


DSC_0322
menghadap laut.

DSC_0176
lobi.turun tangga untuk ke swimming pool :)

BILIK:

avillion-admiral-cove-port-dickson_060120110234509211
di ambil dari website Aviliion. Bilik kami memang sebiji macam dalam gambar ini, bezanya kitorang bukan seaview :)

Kitorang ambil bilik Superior yang boleh muatkan max 2 orang dewasa dan seorang kanak-kanak / baby. Malam-malam kalau nak tidur, boleh tarik sliding door sebelah katil. Tu memisahkan ruang kamar dengan beranda. So selamat dan tak adalah rasa macam seram. Walaupun hotel ni memang tak seram pun,heheh.Bila ada sliding door ni, tak adalah aircond ni direct ke arah kita, so tak adalah over sejuk. tapi masih sejuk juga, hehe.

151120123765-1
katil di rapatkan. Tapi mama dan baby tidur sekatil, wuwuwu.

DSC_0259
selesa.

151120123768-1
table for two.

151120123769-1
bilik mandi yang transparent :)

151120123766-1
sofa untuk rilex-rilex. Selesa dan cukup untuk tambah seorang lagi untuk tidur dekat sini ( serius selesa)

151120123767-1
ada sinki yang selesa untuk cuci botol susu :) sebelah tu meja study.Bawah sinki ( dalam kabinet) ada peti ais.

DSC_0258
dekat dengan stroller tu ada almari, dalam tu ada iron / seterika dan hair dryer.

Overall, aku bagi 4 bintang dari 5 sebab :
1) tak ada wifi. Di mana-mana pun tak jumpa, hee.
2) tak ada disediakan berus dan ubat gigi. Biasanya pergi hotel mana-mana ada je di sediakan -__-

yang lain-lain aku tiada complaint, sebab semuanya ok. Staff pun mesra. Bilik memang selesa. Persekitaran pun tenang je. Kolam mandi terjaga elok.

5 comments:

  1. tgk gmbr je dh rs smpai pd. sobsobs.kalau la dpt stay buat mcm rumah sndri. ah heaven hahah

    ReplyDelete
  2. Aty ritu nyaris gak nk stay hotel ni..tp tak jadi biler family nk hotel lain..tak hengat lak nape..hurrmmm...besh gak eh hotel nie..:-)

    ReplyDelete
  3. seronoknya!macam perfect je hotel ni.

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum..

    baru jejak avillion admiral cove last week.

    nice hotel. bilik yang selesa. makan pun not bad.

    suka deco bilik avillion ni. =)

    -raidah-
    www.blograidah.com

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...