nuffnangku

Wednesday, October 17, 2012

Update perkembangan Iman pada usia 4 bulan.

Check up Iman pada usia 4 bulan!


Ziyadh Iman : 4 bulan 14 hari ( 14 oktober 2012 ), MidValley. Ini masa dia buat bunyi-bunyi, sebab tu mulut dia macam tu


                             check-up usia 4 bulan ( 15 Oktober 2012 ) :
berat : 7.2 kg
panjang : 70 cm
lilit kepala : 47 cm

Tapi dah ter 'drag' beberapa hari lewat. Sepatutnya setiap 30 atau 31 akhir bulan, tapi biasalah ada hal itu ini, so monthly checkup dia dah jadi 15 or 16 haribulan  lewat.Tapi tak mengapalah. Iman dah nak masuk minggu ke 3 untuk usia 4 bulan dia, baru kitorang pergi bawa dia check up ( follow appointment date yang nurse KK bagi ).

4 bulan memang tak ada cucuk. Nanti 5 bulan baru ada. Dos yang sama macam masa dia 3 bulan. So far berat dan tinggi/panjang dia naik stabil ( ALHAMDULILAH ).Kitorang pergi 15 oktober, isnin, dapat sesi petang 3 petang. Memang ada seorang dua parent je. So total check up cuma ambil masa kurang 15 minit. Tak payah tunggu lama. Dari aku preggy sampai ke check up bulanan Iman memang aku prefer KK area rumah aku ni, sebab paling lama aku pernah tunggu 2 jam dekat 3 jam itupun sebab minum air gula. Itu jela sekali yang paling lama pun. Selalunya dalam sejam dah settle semua :)

Ikut update perkembangan Iman pada usia 4 bulan ni, dari apa yang aku baca dekat babycenter dan rekod kesihatan KK tu, so far semuanya memang normal, alhamdulilah.

Senarai semak ikut usia 4 bulan, mengikut buku rekod kesihatan bayi

1)kepala tegak apabila di dukung ( tidak lembik) : checked.
2)bayi menumpukan pandangan dan menggerakkan mata mengikut objek?: checked!
3)Bayi ketawa atau menunjukkan tindak balas apabila di acah? : checked! dia suka giler bila di acah.
4)bayi bersuara A-a, A-oo? : checked! bukan setakat bersuara. kadang-kadang dia buat bunyi kuat-kuat macam tengah test suara, tengah2 malam buta @_@
5)bayi terkejut pada bunyi yang kuat? : checked!
6)bayi membalas senyuman? : checked! masa mood baik. Masa tengah menangis, jangan harap!
7)bayi memandang muka anda? : checked! paling suka pandang bestfriend dia ( papa dia ) huh.



4 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. wah..semakin handsome si ziyadh ni!

    ReplyDelete
  3. iman yang hensem! bergaya gitew! hussein jangan harap la nak berjaket bagai. mesti bising panas.alahaii

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...