nuffnangku

Tuesday, October 23, 2012

Solid Food For My Baby.

Jangan terkejut. Iman memang belum berusia 6 bulan pun.

Aku pun memang belum bagi dia makan lagi. Dia akan masuk 5 bulan pada 31 Oktober ni ( InsyaAllah dan Alhamdulilah ). Jadi, aku sudah mula-mula mencari ilmu tentang solid food untuk bagi dia nanti bila dia dah 6 bulan. Penting kot memandangkan aku zero knowledge tentang bab ini, jadi aku perlulah buat persediaan awal, perlu study dulu dan perlu tahu bermacam-macam ilmu tentang solid food ni. Aku kalau boleh nak elakkan rmerisikokan Iman dengan memberi makan benda-benda yang memudaratkan seorang baby kan.

Kalau korang nak tahu, sejak Iman berusia 3 bulan lagi, aku dah mula masuk group solid food dekat FB tu, dengan tujuan mencari ilmu. Aku nak fahamkan betul-betul pasal solid food ni. Kalau boleh tak mahu buat silap dalam penyediakan makanan untuk Iman. Aku sangat berharap Iman tak menolak homemade solid food nanti. Aku berharap sangat kali ini hasrat aku akan berjaya setelah breastfeeding journey aku berakhir terlalu awal, tapi aku cuba nak balancekan semula apa yang  terkurang dengan mencari ilmu tentang solid food pula. Korang fahamkan maksud aku. So kali ini, aku berharap sangat Iman ok dengan semua homemade solid food sehinggakan aku tak perlu nak beri dia nestum. Oh ye, no offense pasal pilihan antara nestum atau solid food. Samalah juga macam susu BM dengan FM tu.

Cuma aku teringin lah juga nak sediakan bermacam resipi yang best-best untuk baby. Resipi-resipi yang colourful, yang sedap-sedap. Tentu menyeronokkan sediakan makanan untuk baby. Harap kali ini ade la rezeki si Iman untuk makan solid food yang homemade pula kan. Kalau boleh makanan pertamakali yang aku beri dekat Iman, aku tak mahu tersilap langkah. Sebab ada pengalaman ibu-ibu yang mula-mula dia bagi baby dia puri epal, lepas tu anak dia reject puri vege semua tu.Epal kan manis, anak dia dah tak mahu makanan yang tawar-tawar T____T.

Tu yang aku takut sangat tu, sebab Iman ni memilih orangnya.
Sebabnya, kitorang dah bertin-tin try susu yang bermacam brand, tapi tak ada satu pun yang dia berkenan. Dia nak yang dia suka tu je T_____T

Ok,lupakan pasal itu.

Ni nak cerita, aku dah beli buku resipi untuk baby :) . Buku Masakan Pilihan Pakar Pemakanan / Nutritionists Choice Cookbook. Beli dengan Hana Jai dan dah dapat hari rabu 17 Oktober. Bersungguhkan, padahal anak 5 bulan pun belum lagi. Heee. Malas nak kabut-kabut bila dah dekat masanya nanti. Ada buku senang sikit. Buku ni dwi-bahasa.

bukuresipibaby1
bukuresipibaby2

DSC_0490

DSC_0491

DSC_0493


7 comments:

  1. semangat sungguh ni. tak pe, prepare awal lagi senang. ;)

    ReplyDelete
  2. excited kn kita ni? i pon tak sabar2 dh nk bagi farish mkn homemade solid food...hehe

    ReplyDelete
  3. saya mmg kagum betul dengan ibu2 yg rajin siap beli buku resepi ni. saya google jek. hehe :)

    ReplyDelete
  4. aty pon baru jer bagi anak makan mingggu ni...alhamdulillah dapat lengkapkan bf...:) aty bagi vege dulu..memula carrot..alhamdulillah die ok..dah 4 hari ni aty bagi die apple pulak...tengok poo poo die dulu..lepas ni nak try vege balik..sawi kot..harap die suker..eerr..sedangkan mak nyer pon tak suker..acaner..;p

    ReplyDelete
  5. hai veelara, salam kenal, eh tersama la entry kite hari ni..lebih kurang..haha, nanti bila ziyadh dah start makan, lagilah excited nak masak macam2. seronok tau.

    ReplyDelete
  6. i pun xsaba nk bg mikhail mkn solid food..tgh collect ilmu jugee...mikhail br 4 bln arini...hohiihi

    ReplyDelete
  7. buku tu su pun ada juga, memang sangat berguna untuk ibu2 baru yang tiada pengalaman.

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...