nuffnangku

Tuesday, October 30, 2012

Soalan basic mengenai solid food untuk baby.


Disclaimer : aku ambil bulat-bulat secara copy paste dari page HSFFYB.

Aku pelupa plus leceh kot nak cari nanti kalau aku tak letak dekat blog sendiri. Selain itu boleh jadi panduan untuk orang lain yang nak cari ilmu pasal solid food ini kan. Jom study sesama.

yeay! Esok Iman dah genap 5 bulan. 1 mon to go *taksabar*


Basic questions:

1) Anak sudah 6 bulan. Mahu beri makan apa?
Beri makan puri buah/sayur dahulu. Setiap satu jenis makanan beri selama 4 hari berturut-turut sebelum intro yang baru.


2) Sehari berapa kali makan?
Mula-mula 1 kali dahulu. Terpulang mahu beri bila - pagi, tengah hari atau petang/malam. Sebabnya perut bayi baru nak sesuaikan dengan benda baru

3) Berapa banyak kuantiti makanan yang boleh diberi?
2,3 sudu sudah memadai sekali makan. Tak perlu beri banyak. Nanti perut anak terkejut. Kalau anak makan kurang dari itu, tidak mengapa. Anak baru nak belajar makan, tak boleh harap dia makan macam anak yang dah 4,5 bulan makan.

4) Kenapa tak boleh beri bubur nasi seawal 6 bulan? Bila boleh beri bubur? 
Selama 6 bulan anak minum susu semata-mata. Jadi, afdal beri semi-solid seperti puri epal, pear, labu etc supaya perut anak tidak terkejut. Nasi sumber karbohidrat. Boleh menyebabkan sembelit. Seeloknya mula beri bijirin seperti nasi pada usia 7 bulan.

5) Puri boleh tahan berapa lama di dalam chiller dan freezer?
Puri di chiller 48 jam. Di freezer, 4 bulan.

6) Cara pengendalian puri apabila hantar ke pengasuh/taska?
Cara pengendalian puri sama seperti cara pengendalian susu ibu.

7) Bila beri anak makan, mesti beri air kosong?
Ya.

8) Anak 5 bulan lebih. Nampak macam lapar. Semua benda masuk mulut. Boleh beri makan? 
 Anak pada usia ini memang suka masukkan segala-galanya dalam mulut, termasuk kakinya. Seeloknya tunggu 6 bulan. Biar anak puas menyusu susu ibu sampai usianya 6 bulan. Anak ada seumur hidupnya untuk makan macam-macam. 

10) Beri anak makan, tapi anak macam tak suka dan tak mahu makan. Beri air kosong pun tak nak minum.
Benda baru, jadi ambil masa untuk anak biasakan diri dengan rasa dan benda baru. Sabar. Beri sedikit demi sedikit. Lama-lama anak akan terima. Jangan paksa. Nanti anak terus tak mahu makan atau minum air kosong.

11) Anak sembelit/cirit birit. Nak beri makan apa?
- Sembelit : Give 'P' (Prune, Papaya, Plum, Pear, Pumpkin). Stop 'BRAT'.
- Cirit-birit : Feed 'BRAT' (Bread, Banana, Rice, Apple sauce, Toast). Stop 'P'.

12) Bila boleh beri ikan? 
Disarankan 10 bulan ke atas. Sebabnya kandungan merkuri dalam makanan laut susah diproses perut anak. Makanan laut lain seperti udang, sotong etc - 1 tahun ke atas.

13) Bagaimana nak naikkan berat badan anak?
Renjiskan minyak zaiton dalam makanan. Beri avocado. 8 bulan ke atas, sudah boleh menumis dengan menggunakan unsalted butter, ghee. 

14) Tepung apa sesuai untuk anak bawah 1 tahun?
Tepung atta, wholewheat unbleached flour.

15) Betik, pisang, avocado perlu dikukus sebelum dibuat puri?
Tidak perlu. Lenyek/hancurkan dan terus beri anak makan. Makanan yang sesuai untuk travel.

16) Ribena, calciyum, vitagen, nutrigen dan yang sewaktu dengannya, boleh beri pada anak?
-Tak boleh. Tak sesuai. Banyak gula, bahan pengawet.

6 comments:

  1. bnyknya soalan... O_O poning da...

    ReplyDelete
  2. thanks 4 sharing.
    nak print n lekat terus dlm log book.
    hehehe

    ReplyDelete
  3. gud one! nanti i copy paste simpan. hihihi. thanks babe!

    ReplyDelete
  4. telur nak bagi masa umur berapa??ade nurse tu, sebok suruh bagi telur..walhal umur anak saye baru nak masuk 7 bulan.. - silent reader

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...