nuffnangku

Friday, October 5, 2012

Rutin Tidur Baby Iman.

Sekarang, Iman dah berusia 4 bulan 5 hari.

Lama dah tak guna nama baby Iman. Sejak dua menjak ni, dia pun dah macam orang besar, kan. Dia dah tak mahu di BARINGKAN lagi dah. Hehe.Eh, nak cerita dia dah mula ada rutin tidur dia sendiri. Kalau singkap masa awal-awal dia baru lahir sampai menjangkau ke usia 3 bulan, sadis betul kehidupan aku waktu tu tau. Hehe. Sebabnya waktu tidur dia lintang pukang. Kadang-kadang siang tidur memanjang, malam berjaga sambil meragam.

Ye, anak aku kuat menangis. Kuat meragam. Kuat kembung. Tapi semua tu masa awal-awal hari tu la. Sampaikan aku pun buntu dan tak tahu nak fikir macam mana entah. Pakai barut hari-hari, pagi petang siang malam. Bertuam pun sama gak. Lepas mandi je, mesti bertuam. Pakai stokin, Siap sapu minyak lagi dekat perut dengan kaki, tapi tetap juga lah kembung tu. Stress aku. Nasib lah duduk dengan mak waktu tu, nasib tak meroyan :)

Tapi alhamdulilah. Masuk 3 bulan, semuanya menjadi makin mudah. Jadual tidur dah mula tersusun sikit. Kembung pun dah tak ada hari-hari. Dalam seminggu, adalah sekali kena. Tapi, ok lah tu dari masa baru lahir sampai ke 3 bulan tu, hari-hari tanpa gagal, akan kembung. Buatlah macam mana pun, encik K akan datang juga. Kadang-kadang lama giler dia meragam, kadang-kadang kejap je. Ikut nasib :(

Ok, cukuplah cerita pasal kembung. I hate u la encik kembung! 

Masuk 4 bulan, lagi tersusun jadual tidur dia. Malam dia memang tidur dalam 7 jam ke 8 jam. Tapi tak straight lah. Tetap dia akan bangun untuk minum susu dalam gap 4 jam ke 3 jam sekali macam tu. Tu memang tak ada hal. Aku ok je bangun malam kejap-kejap macam tu ASALKAN bukan 7 jam berjaga terus tengah malam, Kalau yang tu memang aku emo. Hahaha. Bangun kejap, minum susu sambil pejam mata, lepas tu terus tidur. Masa tu aku tukar lah pampers dia. Hapah tak sedar dah dia. Lena.

Cuma kadang-kadang bila datang mood excited dia, bangun minum susu lepas tu bercakap. Kalau dah start keluar suara tu, memang aku cakap bye bye jela pada tidur dan bantalku itu. Tapi bukan selalu dia macam tu. Sesekali. Alhamdulilah lah. Siang pula, memang tak adalah dia tidur straight sampai ke 7 ke 8 jam. Siang paling lama dia tidur dalam 4 jam. 

Pagi, dia bangun dalam kul 9 pagi atau pukul 10. Mandi, minum susu, lepak-lepak atau poopoo lepas tu mula mengantuk. Tidur. Waktu ni, memang jangan haraplah dia nak tidur berjam-jam. Dapat setengah jam pun dah bersyukur tau. Masa ni lah aku mandi, makan dan buat apa-apa yang patut, dalam tempoh masa 40 minit lah paling lama sebelum dia bangun semula.

Bangun, aku ajak dia main-main atau buka video untuk dia study. Tak lama pun, cukup untuk dia melompat-lompat kejap, minum susu, meniarap. Lebih kurang beberapa jam juga ambil masa. Sampai dekat-dekat pukul 2 lebih tu, dia mula mengantuk. Kadang-kadang tidur sampai 3 jam ke 4 jam. Kadang-kadang sejam pun tak sampai. Tidur siang dia dah makin kurang dah sekarang berbanding dulu. Mungkin dia sibuk nak bangun main kot. Mungkin.

Malam pula, kitorang bagi dia layan video nursery rhythm tu beberapa minit. Lepas tu melayan dia bermain. Meniarap sementara nak sampai ke pukul 11 malam tu. Kadang-kadang drag sampai pukul 12. Sebelum dia tidur, kitorang tukarkan pampers dia, pakaikan baju yang buat dia selesa nak tidur, bagi dia main ikut suka dia supaya dapat exercise otot-otot dia dan cepat letih lah dia nanti :). Biasanya aku lap dengan kain basah dekat badan dia ,pelipat dia dan semualah masa sebelum tidur, untuk buang sisa-sisa susu ke, habuk ke supaya dia selesa nak tidur. Yelah, dia dah mula meniarap, mesti ada habuk ke apa melekat-lekat.

Lepas tu nampak macam energy level dia dah low, bagi susu. Peluk-peluk, dukung-dukung sikit dan riba kan dia. Dia bukan baby breastfeed, so aku tetap tak mahu dia hilang keistimewaan dia sebagai baby tu, jadi selagi boleh, memang aku riba dia sambil bagi susu botol. Kalau dia bangun pagi-pagi buta pun, aku riba juga. Malam, kadang-kadang meronta-ronta dia tak mahu tidur, biasanya aku paksa dia untuk riba, lepas tu cium-cium muka dan pipi dia, then biasanya dia pun akan cool down. Elok je lepas tu dia tidur.

Aku memang tak pernah ajar Iman tidur buai. Sebab macam tak ada sebab untuk dia tidur buai. Memang dia tidur kurang lena siang-siang tu, tapi masih di tahap boleh handle lagi. Kalau dia terkejut-terkejut tu, aku akan check semula tempat tidur dia dan kedudukan bantal tidur dia dan betulkan. Tu memainkan peranan tau. Kalau bantal tak balance sikit pun,dia peka sebab tu bila bergerak sikit kepala dia, dia sendiri rasa macam nak jatuh, tu yang terkejut tu.

Boleh sambung baca di babycenter : rutin tidur . Aku baca dan bandingkan dengan apa yang aku memang dah buat. Lebih kurang je. Cuma satu je lagi cara - malapkan lampu tu aku belum pernah buat. Sebab Iman tak biasa tidur bergelap atau malap. Tapi weekend ni kitorang nak juga cari lampu tidur untuk dia. Harap berjaya. 

Tengah nak try latih dia tidur lagi awal dari pukul 11. Aku yakin boleh, tapi ambil masa sikit lah kan. Baby lagi. Kalau hari-hari kita ulang rutin yang sama, lama-lama dia pun boleh bajet dah apa akan jadi lepas ini, dan dia boleh ikut. InsyaAllah.

p/s : buat pertamakali papa berjaya tidurkan Iman tanpa bantuan mama. hahaha. selalu tak berjaya sebab iman banyak kerenah. semalam, mama tak sihat so papa kena handle gak walaupun budak kecik tu macam biasalah, banyak songeh. hahaha. ngeeeee.


3 comments:

  1. rutin aisya lbh kurang iman cuma aisya skrg kerap n lama bila tido siang.malam pun dia dah pandai tido..sepanjang malam n bgn pukul 4 atau 6pagi utk poopoo.

    ReplyDelete
  2. anak aty..sekarang dah 5 bulan lewat sikit tidor..kol 10 baru nak gosok2 mate...kalau dah kenyang..die akan tidor sendiri lepas golek2..huhu...lepas tu bngun kol 8.30...setiap bulan rutin die memang berubah2...nak masuk 6 bulan ni.tak tau lak macamane t..yang penting jangan die tak tido malam sebab nak main..sudaaaaaaahhh...;p

    ReplyDelete
  3. hannah lain pulak.myb sbb kecik lg. pg b4 nk mandi 830 tu dia sedap benor tdo.siang tdo 2jam.depends.kalau dia tahan mata dia lama la jaga.tp mlm start kul 10 dia buntang mata nk buat operasi haha.dodoi tdo,letak je dlm cot dia jaga.dh kene dodoi balik.main smpai 12 or 1am,sembang la apa la,kasi susu pn susah nk tdo.dh betul2 penat br dia diam nk tdo sbr jelah.tp skali dia tdo kul 1 or 2pg tu trus smpai 5/6/7pg.haha syok i tdo.

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...