nuffnangku

Monday, October 29, 2012

Persediaan untuk menyediakan homemade solid food.


Sekarang ni aku tengah survey apa benda lagi keperluan untuk sediakan solid food ni.

Rasanya kali ni, aku malas nak beli blender atau barang-barang persediaan yang amazing sangat. Nanti semua terperap je, sebab aku ni dah lah kuno-kuno sikit. Suka je pakai manual padahal mesin ada. Heee.

Steamer pun aku tengah fikir-fikir nak beli ke tidak. Kalau beli, macam membazir pula kan sebab pakainya bukan lama sangat pun. Nanti baby masuk ke usia 8 bulan ke 9 bulan, dah tak payah nak lembut-lembutkan sangat makanan dia. Kan? Ke memang penting steamer dan blender tu? Tak boleh ke guna blender yang macam blend cili tu tapi beli lain lah, memang tak campur untuk blend cili? Steamer pula guna yang buat masak kuih koci tu tak boleh ke? Boleh kan? Kan?

Peralatan lain, cuma aku tengah nak sangat food feeder ni. Sebab macam comel dan memudahkan. Kalau travel, tak adalah renyah dan berkecah kereta bila baby makan bersepah-sepahkan? Heee.


sumber gambar : sini

Lagisatu, bib yang senang bersih/ waterproof tu. Aku beli dekat Aeon, RM 7.90 satu. Bukan jenis kain, so kalau baby makan sepah-sepah, lapkan je :). Tak payah nak cuci-cuci selalu :)

Lepas itu tengah cari yang macam ice cube tu. Eh, memang ice cube punya tray pun kan. Dah jumpa kat tesco. Ok ke tak ek pakai yang tu atau memang kena beli dekat kedai-kedai baby yang jual tu? Apa perbezaannya ye?

Dan akhir sekali, tengah fikir juga antara dua ini, yang mana satu lebih berguna dan berbaloi untuk di beli? Bumbo seat atau high chair. hishhh.peningnya.Atau sebenarnya tak berapa penting pun?


1 Disember nanti genap Iman berusia 6 bulan. Ahh. nak kena cepat belajar ilmu solid food ni. Tak habis khatam lagi sebab suka bertangguh. heeeh

Disclaimer : semua pic adalah daripada GOOGLE.

4 comments:

  1. i pon dok terpk2 nak bli blender tu..aritu yg ade baby bullet kat groupon xbli coz ingat nak bli avent coz avent ade steamer skali xsilap i..pastu ice cube tu..mcm terdedah...hahahah..i ni picky skit..nak cari yg bleh tutup skit nye ice cube..ade x?

    ReplyDelete
  2. nk kuih koci............!!!!

    etty malas nk login...hehe

    ReplyDelete
  3. kak, tapayah beli bambo seat, beli high seat je..karang dah besar sket buleh duduk..

    ReplyDelete
  4. munchkin food tu saya ada beli kt anak saya, tp anak saya tak nak plak, sebab lepas dia makan lidah anak macam luka sikit, maybe anak saya hisap kuat sangat la kot... Apa pun pengalaman menjadi ibu memang terbaik.. salam kenal dari saya n follow terus..

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...