nuffnangku

Tuesday, October 16, 2012

My Post Natal Figure, Ohh!

Body / fizikal lepas bersalin!

Ini aku pernah mengomel pasal berat badan tak mahu turun-turun : LINK
Kali ni pun lebih kurang jugalah nak meluahkan perasaan yang terpendam. Hahaha. Luahan perasaan bergambar tau. Siapa tak stress kalau berat badan tak turun-turun, kan? Tapi bila fikir, aku jadi gemuk pun sebab mengandung, so jadi macam legaaaaa sikit. Sikit jela.

1)Masa mengandung total berat aku adalah : 84 kg.
2)Semasa bersalin, berat Iman : 3.77kg
Maka berat sebenar aku lepas bersalin : 84kg - 3.77kg = 80 kg *pengsan*tak pernah seumur hidup aku seberat ini.
3) Berat selepas tempoh pantang 44 hari : 74 kg.

Lepas itu macam susah gila nak turun. Masa bulan puasa, aku jaga makan juga, diet juga tapi bila timbang, alahai macam itu juga jela berat aku. Tak habis-habis dengan 74 kg selama beberapa bulan. Heh.

Tapi, baru-baru ini aku timbang, berat dah jadi 69 kg. Wow. Ada perubahan! Even sikit pun, ingat senang nak turun sebanyak 5kg? Terima Kasih kepada Ziyadh Iman. Turun 5 kg sebab handle Iman selama 2 minggu secara bersendirian bila suami pergi kerja. Aku memang berpijak di bumi yang nyata. Aku pun tak adalah berangan nak berat sampai 50 kg. Aku ni tinggi dalam 166cm macam tu. Kalau berat aku 50 kg, aku ni memang macam lidi dah. Kalau macam lidi, macam mana pula nak jaga Iman yang makin gagah itu? Harus aku melayang setiapkali dia tendang bila nak pakai pampers kan.Tapi kalau 55 kg, bagi aku memang terbaik. Tapi, aku pun sedar juga, ingat senang nak turunkan sampai 14kg lagi? Memang tidaklah jawabnya.

Target aku cuma nak berat jadi 65kg atau 63kg. Itu memang bestlah. Dah boleh pakai saiz M semula.Oh lupa pula, lepas bersalin aku kena pakai saiz XXL. double X ok. Lepas itu sejak dah turun kepada 70 kg - 69kg, aku dah boleh pakai saiz XL. Hehehe.

Aku tahu masih XL lagi, tapi tak mengapa, perlahan-lahan. Jarang orang operate cser ni mengkurus dengan cepat, maksud aku dalam tempoh berpantang tu. Kalau kurus pun, mesti perut tu tak leh tutup. Makan masa. Tak mengapa, perlahan-lahan. Aku positif ni. Hahahah

ok,entri kali ini,aku buat smepoi-sempoi je, tak adalah aku nak buat research bagai. Jom tengok gambar aku. Dulu-Kini dan Selamanya :p


Sebelum Kahwin 
berat : 55kg

Semasa Jadi Pengantin
berat : 60kg

Selepas kahwin
Berat : 65 kg

Semasa Mengandung
Berat : 84kg

Selepas Bersalin (dalam pantang)
Berat : 74kg

Beberapa bulan lepas itu.
berat : 72kg

Minggu Lepas 
berat : 69kg


Perbezaan ketara.Gambar sebelah kiri, tahun 2010. Sebelah kanan, tahun 2012. Banyak juga bezanya kan. Aduh.
Kiri : 55kg
Kanan : 69kg, tengok tangan aku pun dah cukup. Dah tahu dah, memang demok :p

Lepas bersalin, memang kebanyakkan perempuan berhadapan dengan masalah ini. Apa nak heran, Aishwarya Rai yang cun tu pun hadapi perkara yang sama :) . Datin Norjuma pun. Kalau tak percaya, pergilah google gambar diorang. Tapi diorang akhirnya kurus juga ( Datin Norjuma ). Aku pun positif je, biarpun ambil masa 6 bulan lepas bersalin ke atau setahun pun, tak mengapalah akan aku usahakan untuk kurus secara natural.

Sekarang pun, aku jarang makan nasi. Tapi benda lain aku tetap makan :) Cuma dalam seminggu tu ada 7 hari, dalam 2 ke 3 hari jela aku makan nasi :)

Aku harap dapat turun kan lagi 5 kg je. Doakan aku ye.

Amaran : Jangan promote PB atau produk kurus kat aku. Aku bohh layan. Kang aku blacklist kang, hehehehe. Kecuali korang nak bagi aku PB tu secara percuma, itu aku suka. KAHHKAHHKAH.

16 comments:

  1. demi anak takpelah, TAPI kena usaha kurus balik tau ! hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..mmg kene kurus dear.sbb susah nk cri bju, kene kuar duit beli baju baru n stamina pn mcm x kuat :( heeheh

      Delete
  2. omgggg kurus gilaaaaa yg pegang kamera tu.tgi tu 166. tgi 154/155cm je hahaha.i pn samaaa.dah dah jangan promote PB kat i.kalau 200 takpe,ni smpi nk 2k.kirim salammmmmm.i keep whining psl nk kurus bukan sbb apa,sbb bengang xde baju nk pakai g keje je.haha.n low stamina.if stamina tgi,and ade baju i xheran der wpun xkurus lg hahaha.tp syg nk beli baju banyak2 kang tetibe kurus kang ehhhh ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.klu PB tu 200, i pun da lama beli.ni ribu2...len la dorg nk bg i guna free. hahahah,lgsatu i ni jnis malas.nnti beli mahal2,sudahnya simpan dlm almari.ohh mbazir...

      sama la ngn i. stamina skg da x ok.cpat letih n semput kot :(

      hahaha.u bleh kurus punya...insyaAllah...:)

      Delete
  3. i pun tgh struggle ni!! skang 73kg..bestnye u dpt trun 5kg dah..i dh lame x timbang..takut nk timbang ni..skang ni i try herbalife..kot2 menjadik ke diet ni..sama2 la usaha k? caiyokk!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..i turun scara x sengaja.i malas nk timbang,sbb bengang kan berat x turun2..hr tu i nak tahu berat baby,so i naik atas penimbang tu dgn die...then tgok,eh eh...5 kg xde da....hahaha

      Delete
  4. HIHIHI... lin dluu masa preggy 76kg.. lepas tu da turun 55kg balik... sbb bf anak... rajin2 bf anak.. nanti leh kurus... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. i x bf anak dear :( tu sbb i perlu kurus. org yg bf anak, xpe if xkurus pun,sbb mereka berbakti demi anak...tp i? ahh...kene positif ni.hehehehe

      Delete
  5. eh tapi u dh byk turun tu...i ni apa kes dalam pantang pon blh naik berat badan? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala.tp u pakai apepun ok je skg i tgok..u dah kurus da skg....:(

      Delete
  6. Hehe.kita pun menten dgn size L.hehe.tgkla pantang kali ni cmne.tp sbnrnye boleh turun lg tu.jgn risau xpromote pb.promote eksesais jek.cuma...masa je la.hewhew.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.PB tu bukan apa, mahallll sgt. i xmampu.kihkihkih.insyaAllah kite usaha sama2.. :)

      Delete
  7. Hahaha..nota kaki tu tak boleh blah tu..best tgk gmbr perubahan2 berat bdn u..gambatte!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.kang byk iklan masuk if i xletak nota kaki tu.hahahaa.yeah,gambatteee....:)

      Delete
  8. takpee.. u dah ade baby dgn berat camtu. i baby takde..berat??
    T____T. eh tp knp pic slps ade baby u nampak lagi cantik berseri2. *larikkkk*

    ReplyDelete
  9. banyak mase lagi nak kurus..baru 5 bulan lebih kan..:) chaiyok dear..) aty pulak...risau sebab badan susut melampau..dah rase kurus kering sangat..tak sukerrrrrr...!!! tak seksi..hahahaha

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...