nuffnangku

Monday, October 15, 2012

Meroyan.

Atau nama saintifik :  Postpartum depression .

Selalu orang tua-tua pesan itu ini sebab takut meroyan. Tapi kalau korang nak tahu, meroyan ni memang normal di hadapi oleh ibu-ibu yang baru lepas bersalin. Kalau dulu, 1 ibu dari 10 orang akan menghadapi angin meroyan ni, tapi sekarang 1 daripada 4 orang. Tapi awal-awal bersalin tu, tekanan perasaan yang di alami belum di panggil meroyan. Awal-awal dipanggil Baby Blues. Aku pun ada mengalami. Aku baca info dekat babycenter, dekat banyak forum, awal-awal lepas bersalin, dikira normal semua mainan perasaan yang kita alami tu. Masih dalam lingkungan normal kalau dalam tempoh sebulan lepas bersalin. Aku rasa pun memang normal, biasalah kan, kehidupan yang tiba-tiba berubah. Sangat-sangat. Walaupun kita masa pregnant selalu rasa kita dah bersedia untuk hidup dengan seorang baby, tapi lepas dia lahir, banyak perkara baru kita kena hadapi,kena belajar dan kena study.



Paling ketara, bila jadual tidur yang jadi tunggang langgang. Aku la tu. Kalau korang memang sejak ada anak ni, memang tetap dapat tidur 8 jam or 9 jam direct, so memang terbaik lah kan. Tapi aku, secara jujur, baru sekarang ni je sejak Iman masuk 3 bulan, baru merasa tidur lama-lama sikit. Awal-awal lahir sampai ke 2 bulan lebih, merana. Kadang-kadang aku rasa fikiran dan badan aku dah tak seiring, dah macam zombie bila baby bangun ikut suka dia. Kepala aku pun ting tong bila ada masa tu tak tidur dekat 24 jam. Memang aku tak jaga anak sendiri pun, tapi setiapkali Iman meragam, aku dengan mak aku lah bersengkang mata jaga dia. Suami aku kan kat KL. Ayah aku pula dia tak berapa sihat, so memang kasihanlah kan kalau nak suruh dia pun tolong tengok-tengokkan Iman. Tapi kalau Iman meragam lama sangat, dia tolong juga. Bila kepala dah ting tong, otak pun macam tak berapa nak betul. Perasaan rasa nak marah begitu tinggi. Tapi memang tak tahu rasa marah dekat siapa. Dekat baby? tak ada pun. 

Tapi mak aku selalu ingatkan, banyak-banyak bersabar. Jangan ikut hasutan syaitan sangat. Aku pun rasa tu betul. Sebab masa lepas bersalin, kita ni badan lemah. Mental pun macam letih. Jadinya syaitan ni macam ambil peluang jelah nak mendekati dan menghasut bagai kan. Sebab tu orang lepas bersalin TAK DIGALAKKAN berpantang sendiri dengan baby,  takut jadi apa-apa. Kadang- kadang baby nangis lama sikit, kita pun mula macam ada perasaan pelik datang, jadi itu antara sebab kenapa ada ibu sanggup buang atau humban baby dari tingkap ke apa kan. Di ingatkan, aku kata ANTARA PUNCA. Aku tak menyebelahi mana-mana pihak pun, cuma aku nak orang lain sedar gambaran sebenar ibu-ibu yang kadang-kadang buat sesuatu tanpa dapat di kawal. Ibu-ibu ini mungkin termasuk dalam kategori meroyan. Jadi nak elak benda-benda macam ni, kenalah berdamping dengan keluarga, kawan-kawan atau suami untuk beri sokongan emosi dan mental. Nak mengaji atau solat dah memang tak boleh. 

Komitmen pun berubah. Sebelum ada baby, perlu beri perhatian pada diri sendiri dan suami je. Tapi bila ada baby, kadang-kadang diri sendiri pun tak terurus. Badan jadi terlalu penat, letih dan otak pun macam belum dapat sesuaikan diri dengan kehidupan baru. Tu yang kadang-kadang rasa nak nangis, rasa putus asa, rasa tak berdaya nak buat apa-apapun. Rasa macam life dah sampai pengakhiran. Eh, macam-macam lagi lah.

Lepas bersalin, hormon kita berubah lagi. Tu pun antara punca. Meroyan ni boleh terjadi pada sesiapa sahaja. Paling penting, selalu persiapkan minda dan otak untuk terima perubahan. Tapi melalui pengalaman sendiri, susah juga nak atasi meoryan ni, sebab kadang-kadang bila anak sakit ( masa dalam pantang) aku rasa diri sangat tak berguna, rasa macam bodoh sangat sebab nama je ibu dia, tapi bila anak sakit, satu menda pun tak reti. Kadang-kadang sampai rasa putus asa. Pernah juga aku terfikir nak pergi mana-mana, hotel ke apa, untuk tidur beberapa jam sebab tak pernah tidur cukup.Pernah terfikir juga nak pergi holiday sorang-sorang. Gila kan. Tu la, otak tak stabil. Nasiblah lepas pantang, semua semakin ok.Semua hasil dari sokongan keluarga dan suami, alhamdulilah. Mak ayah aku banyak support aku, banyak tolong aku muhasabah diri. Suami pula snetiasa bagi kata-kata semangat dan layan je aku sepnjang tempoh berpantang tu. Kalau tak, korang baca blog aku ni di update secara terus dari Tanjung Rambutan je lah. Ok, tak lawak.



Ini pengalaman aku sendiri.



10 comments:

  1. Vee..hahaha..Sgt Btollll...I dulu babies bgn sejam skali...pengsan! I pon xpnah rase nk tdo hotel....nk cuti cox nak rehat Sgt...kite mengalami symptom yg same....

    ReplyDelete
  2. Tu lah kkdg mmg xckup tido.. Pg2 sakit kpala kan.. Bila bby tido ade je keje nak buat..hehehe.. Moga kita dilindungi dr pkara buruk :)

    ReplyDelete
  3. Btoi2.bpantangla dgn bteman wlopun sekadar maid.sbb kita tau kita xkeseorangan.n on waktu tdo..mcm faezah,izzul da nak 2 thn br kdg2 ada chance tdo mlm tak terbangun smpak pg.tu pun very rare.xpe.semua tu pahala.bgn jaga anak,susu kan anak.nani beby da besar da pandai main n ckp dgn kita,lg seronok
    So..go with the flow

    ReplyDelete
  4. i masa dalam pantang, tibe2 je nangis. happened a few times jugak la. sebabnya, penat tak tido. pastu time tu ,montot still rasa sakit. then, rindu ngan cats yang kene tinggal kat umah.huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. masa awal2 dulu pun takut gak meroyan sebab stress suami dah kena keje..:P..tp betul..kdg2 terlintas gak mcm tu..rse nak pam je susu bg org lain jge kite nak tidur @ keluar..tp 2 3 jam mula la rindu ke anak kan..

    ReplyDelete
  6. betol, time dlm pantang jgn duk sorang2 sbb syaitan suka kacau...kena sentiasa tenang & jgn stress dlm pantang :)

    ReplyDelete
  7. Betul tu kalau anak sakit mesti kita akan salahkan diri sendiri sebab anak sakit. :(

    ReplyDelete
  8. Bagus perkongsian puan ni.sbb majoriti mengalaminya..rasa mcm nk jumpa dan borak2 nk.luahkan keadaan sama yg puan alami.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas perkongsian puan..mmg sy alami keadaan sama.tido tk menentu..tp sy pikir satu je.dlm dunia ni mana ada benda yg magic.semua perlu kesabaran.

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...