nuffnangku

Wednesday, October 3, 2012

Meniarap.

meniarap5
Happy Baby !!
Kebanyakkan baby mula BOLEH meniarap pada usia 3 bulan!

Tapi Iman, bila masuk 3 bulan, masih belum meniarap lagi. Setakat mengiring, memang dia selalu buat. Dia mula mengiring, seingat aku, seawal 2 bulan. Tapi nak memalingkan badan untuk meniarap, dia tak pernah buat selama itu. Risau juga bila tengok anak-anak kawan yang lain, masing-masing dah mula meniarap. Tapi serisau-risau aku, tak ade lah sampai dok fikir je. Sebab bagi aku, baby ni lain-lain perkembangan dia. Tak semestinya anak orang lain pandai meniarap seawal usia 3 bulan, aku pun nak paksa juga anak aku meniarap awal macam tu, semata-mata nak samakan dengan orang lain. Anak ni lain-lain perkembangan diorang.

Cepat atau lambat diorang buat 'kerja' diorang tu bukan satu masalah sangat. Lainlah kalau dah 6 ke 7 bulan, apapun masih tak reti, then masa tu boleh lah refer paed. Ada juga baby yang mengiring tak ada, meniarap tak ada, alih-alih dah merangkak. Tu ikut dioranglah kan. Sebagai parent, jangan paksa anak. Bagi masa pada diorang. Sebab apa-apapun diorang masih baby lagi.

Dari apa yang aku baca, kebanyakan baby perlu otot leher dan lengan dia kuat dulu then baru meniarap. Yelah, kalau dua tu tak kuat, macamana pula nak kelihatan hebat bila meniarap kan? Hihihi.

Kan aku kata Iman mula mengiring masa usia 2 bulan, lepas tu langsung dia tak ada nak mengiring ke cuba-cuba nak meniarap. Dia lagi suka berdukung dan didirikan T__T. Aku pun pelik. Kalau tak praktis, macam mana nak perfect kan? Tapi suka hati kamu lah nak oi. Malas nak fikir pun sebab baca dekat babycenter, tempoh masa meniarap ni bermula dari usia 3 bulan sampai 6 bulan. So ada banyaaaak masa lagi kan.

Sehinggalah bermula pada 17 september, dia macam tiba-tiba gigih nak meniarap. Tapi belum berjaya :) Dia mula tunjuk gigih pada hari papa dia nak balik KL malam tu. Alahai, mana tak terkulat-kulat je muka papa nak tinggalkan si anak.

Ini percubaan-percubaan dia selama beberapa hari ni :

18 September :
meniarap1-18sep
Mula gigih apabila berlatih siang malam.Tapi jangan tertipu, siang malam tu bukan seharian dia dok hadap meniarap, hahaha. Sebab setiap kali berlatih, siang selama 10 minit, lepas tu nangis-penat-malas-minta dukung. Seakan macam lupa apa itu meniarap. Malam sambung semula. Tempoh praktis tetap bertahan selama 10 minit jerrrr. Sigh. Tak apalah nak. Kurang-kurang mama nampak dah awak usaha T___T . Atok dan nenek dah bersorak dah, tapi tak berjaya :(

19 September :
meniarap2-19sep
juga tidak berjaya. Mak aku nak tolong dia sikit-sikit. aku kata ' No' . Biar dia usaha sendiri. Usaha tangga kejayaan, ye tak? Biar lambat, asalkan berjaya penuh gaya, cehwahh.

Selama tempoh itu, dia praktis lebih kurang 10 minit sesi siang dan sesi malam. kahkahkah.

23 September :
meniarap3-23sep
Berjaya! Tanpa pertolongan atau bantuan sesiapa. Alhamdulilah.

24 September:
meniarap4-24sep
Sudah boleh meniarap dengan penuh bergaya. Yeyyh!

meniarap7
Lihatlah muka si perwira yang telah berjaya tu. Amboi.

meniarap6
Leka menghadap mainan dia. Sekarang, nak pakai pampers pun dah semakin mencabar berganda! Adoi.

Dah meniarap tu memang bagus, tapi dalam listing kerisauan aku akan makin bertambah lah. Maknanya sekarang, dah tak boleh letak dia atas katil tanpa hadang dengan bantal ke apa-apa kan. Tak boleh biarkan dia dalam masa yang lama sebab bila dia letih meniarap dia akan tonyoh muka, takut lemas pula kan. Lepas tu tempat dia selalu meniarap tu memang kena selamat dan bersih. Tak boleh ada apa-apa yang bersepah. Tapi sekarang, dia belum pandai lagi kutip-kutip apa-apa masuk mulut, masih lega di situ. Sigh..

Bila dia dah mula meniarap, kadang-kadang rasa sedih sikit sebab hakikatnya, dia bukan baby newborn lagi :( Dia tak suka dilayan macam newborn, maksud aku ,dia begitu membenci bila di baringkan. Grrr. Walaupun duduk dalam carseat. Dia akan tegakkan kepala dia macam gambar di bawah T__T.

IMG-20120918-WA0009
nampak tak? dia sepatutnya sandar dekat belakang tu, tapi dia tegakkan kepala dia. Kalau kereta bergerak? Boleh bayangkan tak macammana goyang-goyang kepala dia tu? aku selalu bergaduh dengan dia sebab nak suh dia bersandar. Grrr. Dia pun berkeras nak tegakkan kepala juga. Arghhhhhh.

7 comments:

  1. haha...baby sy meniarap umur 4 bln...sekarang dah nak masuk 7 bln..makin semput maknya nak pegi keje bwk die duduk dlm car seat tau.....tak reti diam..dgn seat belt tak leh di pakai kan..kalau tak jerit meronta bagai...

    ReplyDelete
  2. biasa la tu... ada baby lambat ada baby cepat... dont wory... :D

    ReplyDelete
  3. tilam merah and comforter biru sebijik ngan i..kih3..anak i lg pemalas! dah masuk 3 bln br ngiring sikit2 jek..mls nk angkat montot..tp bile kite bg meniarap, tengkuk dah kuat angkat..tp xlama la..xsampai 5min, dah melepek...tp xpe la..xnak paksa dia sgt...

    ReplyDelete
  4. Takpe Vee. Kasi iman pelan2 blaja satu2..anak my sis pun progress lambat skit..tapi once dah start sume tu cepat je..skang dah pandai berjalan walaupun terkedek2..:D

    ReplyDelete
  5. anak aty meniarap lagi lambat..4 bulan lebih..tapi lepas seminggu meniarap..terus pulak nak merangkak...haaa..memang biase mcm tu..ade budak tak meniarap terus merangkak..ade pulak..tak merangkak terus ley berdiri...:)

    ReplyDelete
  6. Anak sy dh 5 bln msh blum blh meniarap. Cuma mengiring aje. Sabar ajelh...

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...