nuffnangku

Monday, October 22, 2012

Baby tidur bersama parent, satu pilihan?

bukan kisah 18sx pun :p Ini pasal co-sleeping dengan baby je sebenarnya. Hihi. 

Tak reti nak pilih tajuk yang macam mana. Jadi pilih tajuk yang paling ringkas. Well, setiap orang ada pendapat masing-masing tentang hal ni. Biasalah, family kau, kau buatlah cara kau. Famili aku, aku buatlah cara aku. Maksud aku, semua ini ikut keselesaan masing-masing. Pilihan masing-masing. Ikutlah yang mana selesa, yang mana boleh mengharmonikan lagi keharmonian rumahtangga masing-masing kan. Ada orang guna alasan anak tidur sekali sebagai penyebab kurang dan hambarnya kasih sayang suami isteri. Ada orang lain pula alasannya. Apapun alasan korang, buatlah sesuatu yang dapat membawa kebaikan pada diri korang dan keluarga masing-masing, kan?

Macam aku sendiri, memang aku belum bersedia nak asingkan anak. Aku pun tak tahu kenapa, tapi aku rasa lebih selamat dan selesa bila anak tidur sebelah aku je. Senang aku nak pantau 10 kali atau 20 kali sekalipun sepanjang malam tu :) Bayangkan kalau anak tidur dekat baby cot atau jauh sikit dari aku, dengan aku yang rabun teruk ni, memang tak ada maknanya nak tengok dari jauh je, bukan nampak apapun. Kena juga bangun, pergi jengah. Dalam tengah sedap tidur macam tu, aku yakin, aku tak larat nak buat peel mak paranoid macam tu sampai dekat 10 kali bangun sepanjang malam cuma untuk tengok anak tidur elok tak. posisi kepala dan badan dia ok tak. baju dia pakai selamat tak untuk dia. diapers dia perlu salin tak. perlu selimutkan dia tak. Eh macam-macam lagi.


Decision ni bukan buat sorang-sorang ye. Ini pilihan kami sebagai parent Iman. Aku memang confident suami aku lagi lah tak sanggup nak biar anak tidur jauh dari dia. Kalau tak, tak dapatlah dia nak cium budak tu entah berapa puluhkali setiapkali budak tu tidur, kan?


Memang ada kebaikan dan keburukan bila baby tidur sekali dengan parent. Begitu juga kalau baby tidur asing dari parent. Macam aku katakan mula-mula tadi lah, pandai-pandailah korang sebagai parent, fikir dan cari yang mana lebih sesuai dan selesa buat korang. Bagi aku dan suami, ini yang buat kami selesa. Rasa macam best je jadi sardin malam-malam, hahaha. Bukan senang nak dapat pengalaman macam tu, maklumlah anak baru sorang. Kalau anak sepuluh, ok, tu nanti aku fikir cara lain pula, hhahaha.


Tapi kalau dekat oversea, memang tak digalakkan co-sleeping dengan baby. Kalau nak jaga bonding time dengan baby boleh tapi bukan tidur sekatil dengan baby. Macam American Academy of Pediatrics' (AAP) advise, baby perlu tidur dekat dengan parent TAPI bukan sekatil sebab takut dihempap atau tertindih dengan badan parent sendiri atau dengan bantal. Ini pun aku setuju.


Aku tak mencari kebaikan atau keburukan baby co-sleeping dengan parent atau baby tidur asing. Kalau nak buat pilihan, korang boleh google, memang akan dapat bermacam info. Well, macam aku cakap mula-mula itulah kan, semua ni pilihan masing-masing. Setiap parent tu ada sebab dan alasan mereka sendiri kenapa buat itu, buat ini untuk anak mereka. Tak semestinya sesuatu yang elok untuk kita, elok juga untuk famili orang lain. Suatu hari nanti, aku akan asingkan juga dia, sebab dia pun perlukan ruang untuk diri dia sendiri tapi bukan sekarang. Bila tu? Bila sudah tiba masa yang aku rasakan sesuai.

Aku memang tak beli pun baby cot :) sebab nanti nak pindah masuk rumah sendiri senang, tak payah nak berangkut banyak sangat, lagipun dah kitorang decide baby tidur dengan parent kan. Nanti masuk rumah baru, terus aim beli katil besar untuk toddler je. Jimat :)

tengoklah. masa tidur pun ganas budak tecik ni.

buat masa sekarang, belum berdepan dengan situasi macam ni lagi. heee.


Bye!


5 comments:

  1. sy dah alami situasi yg kiri paling bawah....tersepit mak n apaknya

    ReplyDelete
  2. ala vee... tunggu anak besar sikit da bleh cakap, jalan la baru asingkan. kecik sangat macam tak sanggup nak asingkan. bab kena empap plak, insyaallah tak kan punya sebab naluri ibu ngn bapak ni tidur pun leh ingat anak.. :D

    ReplyDelete
  3. betol2, semua tu atas preference sendiri la kn? kita lebih tahu mana yg terbaik...

    mcm i, kalau hubby sebulan kat laut mmg tak sentuh langsung baby cot tu, jadi tempat longgok baju yg belum lipat pulak...haha

    if hubby balik sebulan, ada la brp kali je pkai baby cot tu...tp kul 3 dia bgn nk menyusu mmg angkat terus letak atas katil la...haha

    kesimpulannya baby cot i tak fully utilized...hihihi

    eh panjang lak komen :p

    ReplyDelete
  4. hehe.betul la tu.depends pd pasangan n famly masing2. even though hannah tdo dlm cot tp bila dh nk pagi i angkat dia,sbb nk netek i mls letak balik so dia tdo tengah2. i risau jgk terhempap dia.so far xde.terhempap tangan dia je ahahahah.dia xnangis pn.LOL.

    pg2 mst dok gomol2 dia laki bini.masa tu la bonding time nye hehe.tp skrg bila i br nk peluk husben dia ek ek ek dlm cot.cehhh.

    ReplyDelete
  5. lepas ni iman conquer katil lah nmpknye. mama ngan papa tido hujung2 jer hehehe.

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...