nuffnangku

Monday, September 24, 2012

Review Stroller Halford S8 Pramette.

Masa baby Iman belum lahir, husben berkenan sangat dengan Sweet Cherry 5.

stroller6
Hello Aunty.


Tapi ...

masa tu, memang kitorang tak beli lagi. Hanya husben setiapkali pergi Aeon, mesti pergi bahagian stroller Sweet Cherry ni. Pergi buka-tutup-adjust entah apa benda entah dekat stroller tu. Kadang-kadang aku leka dekat bahagian baju baby ( mak-mak memang camtu la kan? hehehe), sedar-sedar entah ke mana lah husben aku dah menghilang. Kalau masa belum pregnant dan ada baby, mestilah dia menghilang pergi ke bahagian barang-barang elektrik dan gadget-gadget. Tapi sejak pregnant dan sekarang, Iman dah lahir pun, senang je nak cari dia, dekat bahagian stroller, melakukan kerja yang sama : buka - tutup - adjust itu ini pada stroller display itu  T_T

Masa pregnant memang tak beli pun sebab tak pasti, anak kami besar mana ( eh?) dan stroller yang macam mana sesuai untuk dia. So tunggu lepas dia lahir dulu lah. Masa belum lahir, utamakan dulu barang-barang yang penting untuk sambut kehadiran dia bila lahir nanti.

Masa Iman baru lahir pun, kitorang belum rasa macam stroller ini macam satu kepentingan sangat. Masa Iman dalam hari dan sampai ke 2 bulan lebih, memang kitorang tak bawa Iman pergi jalan-jalan. Kalau bawa keluar pun, kitorang guna Sweet Cherry Baby Carrier je. Sebab tak keluar lama pun, paling lama 2 jam je. Hehehe.

Tapi makin lama dia pun makin membesarkan. Kalau nak kendong, wah kendong gituww, haruslah kremm tangan papa dia. Lagipun aku kesian tengok Iman bila dia mengantuk masa kitorang bawa keluar tu. Dia tidur dalam keadaan di kendong which is macam kurang selesa lah untuk dia. Bayangkan dia tidur dalam keadaan macam dalam gambar di bawah ni untuk tempoh masa yang lama? Oh cannot. Mama nya tak sanggup :)


Jadi pada ketika ini, stroller adalah satu kepentingan.

Pada raya ke 5, kitorang singgah KL lepas beraya di kampung husben. So berjalan-jalanlah kami 3 beranak. Misi mencari stroller. Suami eh husben, eh mana-mana lah, asalkan korang faham, hehehe, asik dok belek Quinny Zapp Extra tuww je. Hilang ke mana entah minat dia pada SC5 tu. Padahal dari Iman 5 bulan dalam perut dia asik minat dekat SC5 tu. *geleng kepala malas layan*

Bab stroller, memang bukan kepakaranku. Bagitahu awal-awal ni. Jadi, kalau aku yang memilih, aku cari ciri-ciri yang aku nak je. Mestilah apa yang aku nak tu takde totally. Tapi aku masih boleh kompromi lagi kalau sipi-sipi tu ada :)

1) boleh laras sampai recline / baring habis. Sesuai untuk newborn. Selain ada 4 posisi untuk recline.

stroller7
tengoklah. Dia tidur macam atas katil je. Punyalah nyenyak.

2) Bila anak tidur, atau untuk newborn, dia menghadap kita. Rasa selamat. Sebab risau kalau tak boleh facing kita, kot-kot anak lemas ke muntah ke tak perasan. Sebab parent dok sibuk shopping :)  selamat pun iye juga sebab kaki baby takde lah terjulur je, ada penghadang.

stroller2
menghadap kita bila di laraskan untuk newborn/ baring.

3) Kalau baby dah boleh kawal kepala dan nak rilex sikit bawa berjalan, boleh adjust jadi macam gambar di bawah.Tapi tak facing kita lah. Tapi peringkat usia baby dah 3 bulan ke atas, tak ada apa nak risau sangat :)
-tempat letak kaki boleh di tutup (selamat untuk baby yang tak berapa nak besar, so tak bolos)
-kalau baby menghadap depan, stil ada ruang untuk tinjau keadaan dia melalui tudung tu. (eh tudung? )

4) tayar tak kejung. Aku tak reti handle troli yang tayar kejung macam troli giant tu. Meraban merata langgat barang kang tak memasal.

stroller5
3.tempat letak kaki, yang ada penutup. Baby tak akan terbolos ( gambar kiri )
4.tayar yang tak kejung  dan ada safety lock untuk tayar( gambar kanan )
kalau baby dah besar, ada tempat letak tangan.

DSC_0015
Nampak tak betapa selesanya budak tecik ni.

5) Shopping bag ( betul ke nama benda ni?) / tempat letak barang yang besar. Boleh letak 1 bag pampers, 1 beg baju dan 1 beg untuk susu Iman. Ini keutamaan yang aku cari (eh?)

stroller4
atas : ketika kosong
bawah : penuh dengan muatan. hehe.

Ini keadaan stroller tu bila di lipat. Compact Umbrella Fold.

DSC_0132
dalam keadaan berdiri.
stroller3
atas : di baringkan.
bawah : bila di buka. Handle tu bole adjust ikut selesa.
Aku berpuas hati dengan pilihan suami selepas tanya persetujuan aku. Cuma tak berapa best, sebab agak bulky / besar plus berat dalam 10 kg kot.Tapi nasib muat dalam bonet keretaku. Eh, kereta kitorang. ngeee. Tapi aku rasa selamat, tak adalah rasa nak melayang je bila baby meronta ke apa. Hahaha. Siap ada tempat untuk Iman tumpang sama bila dia dah besar dan ada adik nanti ( eh? ). Kalau tak silap boleh pakai sampai 4 tahun ke 3 tahun dalam 18 kg, gitu lah, lupa.

Harga yang kitorang dapat after less : RM 560.

Kami.
stroller1
kiri: kami, otw pergi beli stroller.
kanan : sedang survey sebelum membeli. Beg oren tu bukan laki aku.Apatahlagi baju merah tu, KAH KAH KAH.

stroller8
kiri: bila sedang di tolak.
kanan : pertamakali kitorang guna stroller ni lepas beli. See the baby. hahaha.Muka ketat sebab kena baring dalam gambar, padahal papa-mama posing. OMG, mama betul-betul gomukss. Grrrrr.

Harga Online :
littlewhiz.com : RM799.00
babycaremalaysia.com : RM719.00
mybbstore.com : RM799.00

19 comments:

  1. harga dia buat lin melompat... uhuhuh...
    nasib stroller hafidh ofis lin bagi hadiah... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.harga stroller ni.......................bestnye klu org bg sbg hadiah :(

      Delete
  2. kemain papa dia tunjuk bagus...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pengguna yg bpuas ht sgt tu,hagagaga

      Delete
  3. 1st thing i kena pikir...muat tk myvi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul2...kene cri yg muat kt bonet kete... tp stroller u lg best...:(

      Delete
  4. wahhh...ade gak review s8 ni...ssh bebenor cari review s8.i pn beli s8 ni atas sebab2 yg lebih krg sama.tapi kaler coklat...tp s8 ni berat gila kan?hehe.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul.berat sgt.hahaha.pegi travel,i xtaw la cmne nk hangkut.hehehe

      Delete
  5. ni lah stroller yg i dgn husband i minat masa pregnant aritu hehe. tp sbb dia bulky tu la xjd beli,sbb masa tu xde kereta besor lg.haha.tatau pulak rezeki anak tkr kete besar tp dh beli stroller combi la pulak. papepun i suka halford stroller jgk. gile gatal tetibe rs nk beli halford*gedik bajet duit mengalir mcm air trjun* ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp i n hubby suke combi..sbb material die....best sgt...hehe...tp x mampu $$$ byk sgt y mengalir nnti..hehehe...nasib muat kt bonet kete kecilku ini...tp i suke halford ni....:) walaupn berat

      Delete
  6. alalala..selesanya tgk iman tdo.baru berbaloi2.hehe
    harga pun murah bebenor compare ngan harga online

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul.byk gak beza ngn online...hehe.time tdo,selesala.tp bl bjaga,kepoh suh angkat die

      Delete
  7. Murah ar nk compare ngn tempat lain ek..besh...:-)

    ReplyDelete
  8. Dapat price cmtu beli di mane ye? Sangat murah rasanya.

    ReplyDelete
  9. sama la stroller kita kaler coklat. suka stroller neh sbb die bole recline abes dan storage die sangat la besar utk letak segala benda bwh tu.baby duk dalam tu pun ala2 bersenang-lenang sbb mcam luas..tp yg sedey sket sbb bulky..abes penuh bonet myvi kitorg hihi

    ReplyDelete
  10. sama la stroller kita kaler coklat. suka stroller neh sbb die bole recline abes dan storage die sangat la besar utk letak segala benda bwh tu.baby duk dalam tu pun ala2 bersenang-lenang sbb mcam luas..tp yg sedey sket sbb bulky..abes penuh bonet myvi kitorg hihi

    ReplyDelete
  11. Hi, sy fifi..sy pon baru je bli stroller ni..nak tnya camna nak wat spy baby leh mengadap kte msa jalan2..try tgk manual guide cam xjmpa..then, hooded dia tu mmg bercantum ngn pemegang tu ke?

    ReplyDelete
  12. hi boleh tak share you beli stroller ni dengan harga RM560 kat mana? thank you.. leen

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...