nuffnangku

Saturday, September 29, 2012

Pacifier atau Jari?

Tak pasti yang mana satu.

Aku tengok ramai je bagi anak diorang pacifier atau puting ni. Kadang-kadang baru sehari dua lahir pun dah bagi. Iman memang aku tak terfikir pun nak bagi. Sebab aku sendiri tak tahu bila patut bagi puting tu dan kenapa nak kena bagi. Jujur ni, aku betul-betul blur time bila nak bagi pacifier ni.

Tapi masuk ke usia 3 bulan, Iman mula suka hisap jari dia. Air liur pun berjejeh je macam air hujan. Orang tua-tua kata sebab ada benda yang aku mengidam tak dapat. *tak percaya sebab aku tak ada mengidam apa-apapun. Kadang-kadang dia hisap bukan 1 jari tapi sampai sepenumbuk tu nak masuk mulut.

Sebagai ibu baru, mestilah aku risau. Aku siap risau kalau jari dia kecut. Kehkehkeh. Siap cakap dekat Etty. * Hai Etty!* tetiba. Etty kata tak adalah. Jari tak kecut. Hihihi.

Aku baca dari dua info ini dan buat perbandingan :
Hisap jari normal
tentang hisap pacifier dari babycenter


040920122747
kalau muat, penumbuk ni semua nak masuk mulut

100920122840
syoknya

180920122944
tengoklah habis berjejeh air liur. huh.

Lepas tu malas fikir dah. Biarlah dia hisap jari je. Hehe. Dua-dua pun ada kebaikan dan keburukannya. Jadi sebagai ibu kepada anak kita, pandai-pandailah fikir apa yang ok dan tak ok untuk anak.  Tak semestinya ok dekat anak orang, akan ok juga dekat anak kita. vice versa.

Kadang-kadang ada yang taksud sangat dengan certain info yang diorang dapat hasil sharing-sharing dari FB tu. Aku, ada masa percaya, ada masa tidak. Kena tengok dulu sumber tu dari mana. Tak boleh main hentam je semua benda pun nak terima dan percaya bulat-bulat.

5 comments:

  1. anak aty pon same...abes semua jari nak sumbat...kalau boleh tangan sampai lengan kot die nak isap..jejeh2 air liur tu..huhu...aty pon carik infi gak ritu...risau..so far..normal jer kan..:)

    ReplyDelete
  2. saya cuma nak bagitahu jep..

    dalam family saya, ade 3 org hisap jari, termasuk saya..ketiga2 ni, sume cantik gigi..xde jongang2..tapi satu masalah bila dah besar, tangan kotor, masuk mulut..tapi bergantung pada budak tu lah pulak lama mana dia hisap jari..adik saya skrg dah berhenti..5thun..hihihi...

    ReplyDelete
  3. wani terpaksa bagi isap puting sebab sakina dulu jenis nak bergayut jer..tapi bagi masa dia nak tdo jer lah..dah tido cabut..

    ReplyDelete
  4. thanks 4 the info!
    i bg pacifier..hehe..nak senang..kui3..
    dia mmg selesa..and skang tgh try to minimize kan mase penggunaan puting..gune mase nk tdo kan dia jek la...huuuu...

    ReplyDelete
  5. hai...cuba teka siapa....kakakakakakka..

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...