nuffnangku

Saturday, September 8, 2012

Ibu mesti ada ubat ni.

Barang-barang berupa ubat-ubatan untuk baby.

Yang basic-basic lah. Mesti kena ada dalam simpanan. Aku suka kalau pergi guardian atau mana-mana farmasi dan pergi tempat ubat-ubatan untuk baby. Kadang-kadang baby aku tak dapat lagi pun penyakit tu, tapi aku siap sedia je awal-awal. Senang, bila kena nanti, ubat dah ada. Tapi bukan lah aku beli sebarangan ubat, bahaya tu.

Aku beli untuk sakit-sakit yang biasa-biasa je.

DSC_0388-1
penting.

DSC_0392-1-2
Calamine Cream.

Krim ni berguna untuk ruam lampin, ruam susu, ruam panas, gigitan serangga/ nyamuk. serangga kecil lah macam semut. Jangan dah kena sengat lebah pun masih nak apply ubat ni, cannot! Sapu selapisan nipis je pada kulit baby. Masa Iman kena gigit nyamuk, bertanda merah dan bengkak sikit, aku sapu krim ni. Dalam sehari, tanda tu pun hilang.

DSC_0394-1
Pureen nappy Rash Cream.

Ruam lampin ni musuh ketat baby ok. So memang perlulah siap sedia krim ni. Sebab alahan bila pakai pampers / diapers. Kulit baby kan sensitif. Kadang-kadang bila baby cirit- birit, dekat dia punya tu akan jadi macam melecet dan merah-merah, so boleh letak krim ni. Krim ni akan melegakan bahagian yang melecet tu.

DSC_0395-1
Aiken, Medicated Talc.

Walaupun ada yang kata, tak elok guna bedak pada baby, tapiaku guna juga. Ikutlah masing-masingkan. Anak kita, for sure kita lebih tahu dia macam mana. So bedak ni aku guna lepas tukar pampers. Tapi aku memang elak dari terkena bird baby. Aku guna sebab kadang-kadang kita terleka dan terlupa diapers tu dah di pakai lebih dari 3 jam. So bedak ni akan berfungsi sebagai menyerap dan elakkan kulit baby kena ruam. Bawah leher Iman pun macam dah nak jadi ruam susu, aku letak bedak ni dan krim calamine tu.

DSC_0400-1
Termometer.

Beli yang murah punya. Eh, murah tak murah pun dalam RM15 kalau tak silap. Tapi yang ni senang nak guna. Letak celah ketiak baby pun dah boleh sukat suhu. Penting, untuk kita monitor suhu badan baby.

DSC_0396-1
Johnson's Baby Oil.

Ini untuk urut badan baby dan buang keruping-keruping dekat kepala baby. Alah yang macam kelemumur tu. Untuk preggy mom, nak elakkan keruping-keruping tu dekat kepala baby, sila minum air kepala muda bila kandungan dah masuk 7 bulan ke atas ok. Nanti baby lahir, bersih je kulit dia :)

DSC_0397-1
Vicks, babyBalsam.

Untuk persediaan bila baby selsema atau demam. jangan guna vicks untuk orang dewasa tu tau. guna yang baby punya sebab bahan-bahan dalam ni memang sesuai untuk baby. Boleh mula guna bila baby dah berusia 3 bulan ke atas TAPIIII, hari tu Iman selsema masa dia dalam 2 bulan gitu, aku pakaikan je, tapi tak banyak lah. Sapu nipis-nipis.

6 comments:

  1. tgk gmbar vicks terus teringat kt hubby.dia beli vicks tuk org dewasa ok.naseb baik xapply kt Alisha.haha

    ReplyDelete
  2. same ar..aty pon kene ade semua bende2 ni..:) cume jename lain2...aty nak ar carik ubat calamine cream tu..pernah dengar member cakap elok..aty sekarang gune mopiko jer..ok gak ar..

    ReplyDelete
  3. kat mane nk bli baby vicks tuh? i carik asik xjumpe jek..kat pasaraya ade ek?

    ReplyDelete
  4. i baru bli aiken tu..tp xde tulis boleh pakai utk baby..so bila i google terjumpa entry u ni..so yakin la bole pakai utk baby..hehhee..

    ReplyDelete
  5. Info berguna mengenai produk yang perlu untuk merawat ruam lampin. Selain itu, kita juga harus berhati-hati dengan susu formula yang diberikan kepada anak kerana ada produk-produk susu formula yang boleh menyebabkan alahan kulit. Alahan kulit boleh meningkatkan risiko mendapat ruam lampin dengan lebih kerap. Sebaik-baiknya, kita memberikan susu badan kepada anak kita.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah! Terima kasih atas perkongsian. saya try ubat kampung pakai bedak ruam bayi powder memang berkesan untuk anak saya yg ada ekzema (Psoriasis)

    Penawar Psoriasis, Ruam Bayi Dan Semua Jenis Penyakit Kulit

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...