nuffnangku

Monday, September 3, 2012

D.I.Y Selimut Baby.

D.I.Y ni memang sangat simple !

DSC_0375-1

Tak ada nak kata hebat pun setakat diy yang macam ni, sebab benda ni budak umur 6 tahun pun boleh buat. Cuma, rajin atau tidak je kan? Hehe. Aku, tak selalunya rajin. Benda-benda yang rumit, memang aku surrender awal-awal. Cuma hari tu kebetulan masa nak beli kain dekat Nagoya untuk d.i.y kaftan raya aku tu, aku ternampak kain jenis buat selimut tu, murah je. Comel. Aku beli 1 meter setengah, harganya tak sampai RM10 pun. Saja beli, nak jahit buat selimut Iman.

Dah beli 1 meter setengah, untuk buat selimut tu memang tak payah nak gunting ke apa, terus je suruh mak aku jahit sekeliling kain tu. Siap. Aku tak berani pegang mesin jahit T___T . Kalau berani, bolehlah aku panjangkan langkahku belajar buat baju ke. Tapi kan. Tapi kan. Orang yang pemalas macam aku ni, memang tiada kesabaran kot untuk belajar jahit baju. Grrr. Tabik spring pada yang memang pandai menjahit baju. Serius.

Aku saja je buat selimut tu besar-besar sikit. Bolehlah Iman guna sampai umur setahun. Hehe. Tapi tak adalah terlalu besar macam selimut orang dewasa, terlalu bahaya untuk baby. Takut main tarik-tarik lepas tu terbolot dan lemas ( nauzubillah ).

Marilah aku tunjuk D.I.Y yang terlalu simple ni. Sesuai untuk ibu-ibu yang nak personalised barang anak, tapi tak berapa nak rajin ( read : kalau rajin, dah siap sepasang baju anak dah, hehehe )

Langkah Demi Langkah :

DSC_0359-1
Barang yang diperlukan: Pembaris .Pensel / Kapur jahit. Jarum peniti. Gunting.

DSC_0355-1
Kain selimut ( biru ). Kain untuk buat huruf-huruf ( pink ).

Aku ambil kain perca lebihan mak aku jahit je untuk buat huruf-huruf tu. Kalau nak cantik, ambil kain yang plain dan warna berbeza dengan warna selimut tu.

DSC_0361-1
Guna pembaris dan buat huruf-huruf di belakang kain pink. 

Gunting ikut bentuk huruf-huruf tersebut.Aku malas, maka tak ada pun aku print contoh huruf terlebih dahulu ke apa. Bagi yang rajin, print dulu bentuk huruf dan lukis ikut contoh huruf yang korang dah print.

DSC_0363-1
Siap di gunting.

Aku confident je lukis huruf-huruf guna tangan, hehe. Macam ni lah rupa huruf-huruf yang dah siap di gunting.

DSC_0373-1
Susun aturkan huruf-huruf di atas selimut tu ikut suka korang. 

DSC_0378
pinkan dengan jarum peniti supaya tak bergerak.

DSC_0376
Jelujurkan huruf-huruf tu. Cincai je jelujurkan tu. Tak payah nak lawa-lawa. Lepas ni nak buka semula jahitan tu.

DSC_0380
siap di jelujur!

DSC_0351 (2)
Akhir sekali,jahit ikut tepi-tepi huruf tu dengan mesin jahit. Kalau tak ada mesin jahit, jahit silang pangkah kemas-kemas pun ok juga. Siap.

DSC_0350 (2)
Tuan selimut dengan selimut D.I.Y nya.

Tak boleh selimutkan Iman sebab selimut ni belum cuci lagi. Hehehe. Amboi Iman, dalam tidur pun posing kemain lagi. Hihihi. Aku buat dalam masa tak sampai 4 jam. Itu pun dalam tempoh 4 jam tu, siap buat susu untuk Iman, layan dia kejap. Itu ini. Kalau tak ada apa-apa, lagi cepat boleh siap kot. Walaupun Iman tak tahu apa benda semua ni, aku saja-saja buat.  Saja nak nampak comel. Tengok pun orang dah tahu, tu Iman punya. Heheheh. Nanti kalau rajin, aku cubalah buat d.i.y benda lain pula. Kalau rajin ! Hehehe.

2 comments:

  1. kemain rajin. mama umar raihan nk order boleh? haha

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...