nuffnangku

Wednesday, September 12, 2012

Dari Newborn hingga 3 Bulan.

Masa berlalu terlalu pantas.

Betul. Rasa macam baru je lagi lepas bersalin. Jalan terhuyung-hayang sebab sakit belah perut tu, pheww!~ Tidur yang pada ketika itupun masih tak boleh tidur di katil atau tempat yang rata. Kena tidur atas sofa atau kerusi malas, baru boleh senang nak bangun. Kalau baring atas katil, MasyaAllah sakit giler ok bila nak bangun. Pula tu ambil masa agak lama untuk bangun. Sakit tu, tak payah kira lah kan. So siapa yang anggap bersalin cser adalah mudah dan tak sakit, better fikir sepuluh kali ok. Sakit dia hanya orang yang alaminya sahaja yang tahu.

Beranak normal lepas pantang, tak sakit dah. Orang yang cser? Masuk 3 bulan ( aku ), baru lah jalan pun boleh laju-laju sikit. Boleh kelek Iman di area perut. Sebelum ni, jangan harap. Nak duduk bangun pun seksa ya amat. Apatahlagi nak mencangkung bagai. Semua kena orang lain yang tolong.

Berpantang bab makan pun, aku ambil masa sampai 100 hari. tapi tak adalah terlalu strict. Sedar tak sedar, tempoh pantang 100 hari aku tamat pada 7 Sept 2012. Jumaat. Kejap je masa berlalu. Iman pun dah 3 bulan lebih. Eh, walaupun dia baru 3 bulan lahir, entah kenapa aku rasa macam dah lama je dia ada. Kalau dari segi tarikh, memang baru 100 hari je dia lahir dekat dunia ni. Mungkin aku rasa macam dah lama je bersama dia, sebab dia duduk dalam perut selama 9 bulan tak?  Agaknyalah sebab tu aku rasa macam tu. 9 bulan mengandungkan dia + 3 bulan dia lahir dekat dunia = setahun dah aku bersama dengan dia. Wow.

Sekadar simpanan, meh nak kongsi gambar perubahan muka Iman dari newborn kepada usia dia sekarang, 3 bulan.

2newborn
Baru lahir / Newborn. Semua gambar ni, gambar dia lepas beberapa hari lahir. Masa ni, dia belum tahu apa-apa. Buka mata pun sikit je. Sepet je lebih.

2sebulan
Di Usia Sebulan. Pada ketika ni, dah mula pandai nak melihat sekeliling.

2duabulan
Di Usia 2 Bulan. Dah pandai nak main-main.

2tiga
Di Usia 3 Bulan. Sekarang ni dah macam-macam akal dia. Paling ketara suka sangat melayan nursery rhythm. Siap melompat - lompat lagi. Makin mengada pun iye juga, kadang-kadang naik geram je aku.

 8 September 2012 : on the way to Pavilion. see, happy baby.

 smart baby. Tapi muka blurr apsal ntah. Tapi gerammm je tengok.

9 September 2012 : the gedik baby !. Duduk dalam carseat tak mahu. Sudahnya aku ikat dia sekali dengan seatbelt. Siap tidur dengan lena seumpama mama dia adalah CARSEAT terbaik dia. Grrrrrr. Letih tahu.

Tetiba macam sayu. Cepat je baby membesar kan. Dari belum reti apa-apa, proses pembelajaran dia berkembang dengan cepat. Semoga Iman membesar menjadi anak yang soleh, sihat mental dan fizikal.

Emo kejap.
:(

8 comments:

  1. kan... rase kejap jer. tgk huda pun mcm tu. sedih je bile ingat balik. cepat je masa berlalu. next month dah boleh makan. kene amek gambar lagi banyak² hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.nnti letak gambar mknan huda taw..letak resipi skali..leh i folo..hehehehehe

      Delete
  2. semua baby i perasan br lahir semua mata sepet kan haha.look all sama je. lamanya u pantang 100 hari huhu..bila u ckp berhati2 la psl czer terigt masa i nk beranak aritu duk ckp kt doc czer jela sy dh tak larat nk push hahah. bole lak mintak czer kan.hehe..

    i pn rs nk anak jd baby all d time.tp nk tahan karenah dia tak tdo malam tu yg sengsara.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cser, bg i seksa...serius..dlm 2 bulan lebih,i hidup hr2 ngn rs kat perut mcm...' perut kite di ikat ketat2 ngn dawai halus'...bl bgerak,jln,baring pn sama...lebih kurang cmtu la rs area perut tu...and til now,kebas kt perut x hilang lg..klu gatal,garu rs kebas....tensen jek..


      hahaha.btul.xmo tdo mlm or tdo sekejap2 tu yg tensen...

      Delete
  3. korang ni..mak+ayah+anak muka sejibik sama...hehe..
    tak sbar nak tgk baby sendiri plak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha. kan? senang nk bentuk muka tu.hahahaha

      Delete
  4. alala iman tomei.mmg terbaik la CARSEAT mama ni.hihi

    ReplyDelete
  5. jemput ke blog saya.Inginkan tip2 tingkatkan penghasilan susu, kunjungi http://mamahazeeq.blogspot.com/

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...