nuffnangku

Sunday, September 30, 2012

Beg Untuk Bawa Baby Pergi Jalan-Jalan.

Entah apa punya tajuk entah.

Aku tak tahu nak letak apa sebagai tajuk yang ringkas dan senang faham. Sebenarnya ini beg yang aku guna dan bawa kalau nak bawa Iman pergi jalan-jalan untuk tempoh sehari, macam pergi shopping complex ke pergi rumah kawan ke. Kalau nak balik kampung, memang berbeg-beg lah yang kena angkut :)

Dulu, pergi mana-mana bawa handbag. Masa tu memang syok lah membeli beg tangan ni. Tapi sekarang, memang tak perlu dah, sebab kena angkut beg Iman. Ohh. Apa dah jadi dengan aku? Gaya semua tak ada dah, sobss sobss. Tak apalah nak, ini pengorbanan mama untuk awak, ahak.

280920123092-1
Ini beg diapers Iman, hadiah dari Apis. Tq uncle apishh.

280920123093-1

Ini isi dalam beg tu.
1.changing mat
2.seluar  + baju ( biasanya aku lebihkan seluar dalam 2 helai lagi, biasalahkan poopoo takut terkena nanti )
3.napkin, 2 helai
4.sweater
5.wrislet mama ( macam ni la gaya orang dah tak berhandbag lagi da)
6.pampers 4 pcs
7.bedak dan toilettories travel pack.
8.vicks
9.babywipes
10.sapu tangan

280920123095-1
Ini 2nd handbag.

280920123094-1
1.termos
2.susu
3.botol ( biasanya letak 2 botol)
4.air suam

Kalau kitorang keluar tak bawa stroller, aku akan bawa 1 beg je. Beg yang dekat atas tu. Dalam tu aku isi sekali termos, milk dispenser, air suam dan 2 botol tommee tippee. Memang aku tak bawa setin macam tu. Pengsan nak angkut banyak-banyak. Tapi aku ni jenis particular sikit. So walaupun dalam beg semua aku letak yang comel-comel je, tetap aku standby susu setin tu untuk tinggal dalam kereta. In case, tetiba dah plan lain, then ter'drag' plan ke, termerayap lebih dari waktu yang kitorang bajet ke, so tak payah nak risau pasal susu budak tecik ni. Ada je bekalan lebih dalam kereta.

*

6 comments:

  1. amboiii banyaknye isi dlm beg tu! hahaha

    ReplyDelete
  2. termos kite sameee la.hehe i br beli termos n free food termos rm79 kat onebabyworld smlm hehe.milk dispenser pn br beli smlm okkk. serik serik.hahahahah.

    ReplyDelete
  3. hahah.. samalah kite..
    2 beg utk budak tecik..

    u, nak tnye..stainless steel thermos tu mmg utk air pnas kn? if vacuum flask pulak bole ke air panas? if confuse la..takot salah bli...
    i still gune yg thermos classic bertutup besor tuh..gemuk pulak beg..mencik! x stylo betul..kih3

    ReplyDelete
  4. dlu i bawak bag khas die..tapi lelame ai bawak bag ai yang besar..macam2 ley isi macam poket doremon..hehe

    ReplyDelete
  5. bagus nih, boleh di jadikan panduan untuk bulan akan dtg hehe

    ReplyDelete
  6. Handbag saudari telah dipilih menjadi feature di FB Saya Sangat Obses Handbag dan Kasut. Check it out!

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...