nuffnangku

Thursday, August 2, 2012

Ramadhan Kali Ini.

Ramadhan kali ini memang banyak bezanya berbanding tahun-tahun sebelum ini. Yang paling ketara, tentulah sebab adanya Iman. Dulu, memang muka aku antara yang bersesak-sesak dekat bazar ramadhan tu. Memang aku beli je, sebab tak sempat nak masak, balik kerja pun dah petang kan. Kemudian, aku memang gigih bangun sahur. Aku ni memang jenis yang kena makan sahur, kalau tidak, memang sepanjang hari perut aku tak keruan.

Bila sudah berkahwin, ada suami, lagi lah seronok bangun awal sediakan sahur. Kalau datang hari aku tak boleh puasa pun, aku mesti bangun juga siapkan sahur untuk suami aku makan. Tapi selalunya aku makan sama sebab kasihan dia kena makan sorang-sorang nanti. Masa belajar dekat universiti dulu pun, aku memang muka bangun paling awal untuk sediakan sahur. Lepas siap panaskan lauk semua, aku akan kejutkan housemate aku yang seramai 9 orang ke 8 orang tu untuk sahur. Tapi tahun ini, aku memang tak dapat bangun sediakan sahur untuk suami sebab aku masih ada dekat rumah mak. Nasib baik adik ipar aku yang memang tinggal serumah dengan kitorang tergolong dalam kategori rajin bangun sahur, maka adalah juga orang yang tolong sediakan sahur untuk suami aku tu.

Tambah pula ada Iman yang memang style bangun dan tidur dengan waktu yang tak berapa nak tetap, maka kadang-kadang aku sahur pun terpaksa bergilir dengan ayah aku atau mak aku atau suami (bila dia balik jenguk kitorang)untuk jaga atau beri dia susu. Berbuka pun sama juga. Kalau masa tu dia bangun, maka aku hanya akan sempat jamah air beberapa teguk, lepas siap susu kan dia ,kalau dia tidur, bolehlah aku pergi makan dengan aman. Tapi kalau dia meragam atau belum nak tidur, memang aku bergilir dengan mak aku untuk jaga dia, makan pun macam orang nak pergi berlumba lari, grrr  :)

Iftar sana-sini dengan kawan-kawan memang jangan haraplah tahun ini. Dating berdua dengan suami untuk berbuka pun aku tak pasti dapat buat tahun ni ke tak. Tapi tahun ini tak adalah nak dating berdua, aku harap dapat bertiga. Tapi aku tak pasti lagi. Sebab aku belum pernah lagi bawa Iman pergi merayap ke mana-mana. Iman selalu naik kereta bila hujung minggu aku nak balik rumah aku tu bila suami aku balik. Itu pun berapa minitlah sangat. Tapi beberapa kali juga kitorang gelabah bila Iman yang sedang syok tidur tu, tiba-tiba bangun dan mengamuk nak susu. Pernah sekali, ayah aku berhentikan kereta tepi jalan semata sebab aku nak buat susu untuk dia dan terpaksa beli air mineral (yang tak sejuk) untuk bancuh susu. Kali kedua, Iman buat kitorang gelabah masa dalam perjalanan balik ke rumah parent. Dekat traffic light Masjid Al-Azim tu adik aku gelabah bancuh susu dalam kereta bila Iman menangis bagai nak rak. hahaha. Pening tak nak fahamkan? macam ni, di Melaka, aku ada 2 rumah. Biasanya weekdays aku akan tinggal dekat rumah parent. Sebab adik aku sekolah lagi. Sekolah dia dekat dengan rumah mak aku tu. Weekends biasanya aku balik rumah aku. Sebab biasanya weekends, papa Iman balik. Rumah aku tu lebih luas dan selesa. Aku beli rumah di Melaka sebab masa tu aku tak tahu pun aku tak kahwin dengan orang melaka ( err??) hehehe.

Aku belum sedia hendak bawa Iman merayap merata ke shopping complex sebab aku kasihan dekat dia. Takut virus, biasalah kan dah bersesak, berselisih bahu dengan bermacam orang, apa-apapun boleh terjadi, tambah pula, anak kecil macam dia, antibodi manalah kuat sangatkan.

Biasanya bila bulan puasa ni, memang aku suka arrange untuk berbuka puasa bersama-sama dengan bestfriend-bestfriend aku. Tapi tahun ini, memang aku tak dapat lah. Hanya mampu menahan jeles, hehehe.

rindu nak berbuka puasa dengan mereka ini. jeles tau. sumber pic: hajr
Berbuka dengan geng-geng KhoPandan pun memang aku tak dapat. Sedih sungguh. Hanya suami yang pergi untuk mewakilkan aku. Iftar di adakan di Sukhumvit Kampung Baru.

img-20120731-wa0001
sebahagian ahli kho-pandan.

img-20120731-wa0002
antara khopandan yang hadir.

Dan pada 28 Julai yang lepas famili kakak ipar datang bermalam di rumah aku. Diorang datang dengan dua orang adik ipar aku, Adawiyah dan Mira. Memang meriah masa berbuka tu sebab kak long dan Abang Amir pergi beli kuih-muih dekat bazar ramadhan. Buat pertama kalinya penuh meja bila waktu berbuka tu. Sahur pun sama. Mereka datang semata-mata hendak melawat Iman sebab dah lama tak jumpa Iman. Tapi masa tu, kebetulan Iman kena cirit-birit ( ini aku cerita lain kali ye)

love-1
Iman di sisi cousin-cousin dia. Comel giler gambar ni kan? Reaksi Iman yang excited pun membuatkan gambar ini perfect!

love3
Iman : bye bye Sara! jumpa lagi.
Sara : bye Iman.
love4
siap sedia nak balik. Bro-In law siap-siap nak drive.
love1
Iman bersama papa, mak long, mak teh dan Acik dia serta cousin-cousin dia.

Ramadhan kali ini memang berbeza sangat dari dulu-dulu. Ada anak ni, makin bertambahlah berbezanya. Dan banyak juga hal-hal yang terjadi dalam bulan ini. Ada yang sedih dan ada yang gembira tapi aku anggap itu semua ujian dan dugaan untuk aku. 

3 comments:

  1. sama la. ramadhan kali ni no berbuka luar berdua. silap2 reunion iftar pon x pergi. kalo kat umah, i ngan hubby je, makan kalah racer. kalo dok umah in law, tenang cket sebab ramai boleh tlg tgk..comel sangat gambar iman ngan cousins dia!shud frame it la :)

    ReplyDelete
  2. betul...memang lain sangat kan...eerr..tapi aty dari dulu malas bangun sahur...huhu...tapi dah kawen..kene rajin bangun..kalau dulu tak de anak-bangun temankan laki..sekarng dah ade anak-kene makan jugak sebab nak kene susukan anak..:)

    ReplyDelete
  3. vee: i mmg xde berbuka bdua kt luar,reunion iftar pn mmg x pegi...hehe,btul2,bila ade anak,nk mkn pun kene bgilir dan cpat2... yela kn, i pun fikir nak frame kn nnti..hehehe

    aty : kite mmg jnis kene bgun n mkn..klu x,x sedap perut n keroncong jer...

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...