nuffnangku

Monday, August 13, 2012

Muak Susu.

... atau nama lainnya REFLUX atau RIGURGITASI

Atau dalam bahasa paling mudah difahami - muntah susu. Aku sendiri pun mula-mula dulu memang tak tahu ape benda rigurgitasi tu. Macam pelik. Kisahnya, pada hari Iman mula minum susu formula, suami pergi beli setin susu Enfalac A+ . Maklumlah, kami baru pertama kali jadi ibu bapa, mana lah tahu susu-susu tin yang jual kat pasar raya tu rupa-rupanya ada banyak jenis. Macam-macam jenis dan rumusan. Aku ingatkan semua susu tu sama je. Tak ada beza apapun. Kalau beza pun, mungkin pada nutrien-nutrien nya. 

Tapi Iman muntah teruk juga. Kami andaikan dia baru beralih susu. Dari susu ibu kepada susu formula ( read : kecewa nak sebut pasal benda ni lagi, sentap oi bila teringat kenangan susu badan ni, ok. move on. move on ). Alkisahnya, susu dia dekat nak habis. Aku suruh suami pergi beli susu. Aku pun ikut sama padahal masih dalam pantang. Jalan pun masih tak kuat lagi. Bila dah aku ikut sama, haruslah aku baca betul-betul apa benda khasiat dan info dekat tin susu Enfalac A+ tu. Aku ingatkan rigurgitasi tu memang susu normal. Aku memang baca pada tin susu yang pertama kali suami beli tu. Ada tulis lebih kurang macam ni : untuk bayi rigurgitasi. Tapi aku abaikan -'kesilapan besar, sepatutnya kena lebih peka :'( ' Jadi parent ni semua benda kena peka kan, hurmm.

Sehinggalah bila aku perasan bersebelahan dengan susu Enfalac A+ tu ada susu Enfalac A.R . Aku keliru. Tin lebih kurang je, cuma nama pada tin sedikit berbeza. Eh, mana satu ni. Check handphone. Tengok gambar tin susu yang pertamakali kami beli tu. Tapi masih tak tahu apa benda maksud rigurgitasi. Suami google. MasyaAllah, untuk budak yang muak susu rupanya. Maka, kami pun decide, amik Enfalac A+ rumusan biasa, bukan Anti-reflux (A.R) tu untuk Iman.

Balik tu, bagi Iman minum.  Tapi sepanjang seharian tu, memang lepas minum susu, budak ni muntah susu macam air paip. Yang keluar kat mulut tu lain, kat hidung pun lain. Ya Allah, kesian gila. Menangis aku dibuatnya. Mahu tak menangis tengok anak muntah macam air paip. Lenjun, lencun.

Kami decide beli susu lain. Lactogen. Sebab kitorang ingat, dia tak suka susu tu. Oh ye, petanda sesuatu susu tu sesuai atau tak dengan anak kita, bila dia muntah secara banyak/ cirit-birit/ atau sembelit. Maka susu tu memang tak sesuai. Silalah cari alternatif lain. Yang ini pun sama. Muntah macam apa je. Kitorang beli susu EnfalacA.R tu. Tapi anak aku muntah teruk juga. Pening memikirkan. Jadi satu hari tu, ayah aku pergi farmasi, nak cari susu yang sesuai untuk cucu dia ni. Orang farmasi tu suggestkan ayah aku untuk pergi sensei cina. Orang kedai sensei tu lah yang cadangkan amik Frisolac Comfort untuk bayi yang rigurgitasi.  Dia kata ramai pelanggan dia yang hadapi masalah sama, cuba susu ni. Lepas minum susu ni, alhamdulilah, ok dah dia. Tak adalah setiapkali lepas minum, muntah susu yang begitu banyak.

Jadi, baru aku sedar, Iman tergolong dalam golongan bayi yang muak susu. Kebiasaannya, bayi yang muak susu ni akan muntah dan loya kalau minum susu dari laktosa.

Laktosa itu apa pula ye?
Laktosa adalah gula disakarida semulajadi dalam susu lembu. Laktosa diuraikan kepada glukosa dan galaktosa untuk dicerna dalam tubuh.Lactose intolerance berlaku bila tubuh tak dapat tukarkan disakarida yakni laktosa kepada monosakarida iaitu glukosa dan galaktosa :sumber. Maka, pilihan lain untuk bayi jenis ini adalah kena ambil susu yang selain susu lembu seperti susu daripada soya.
Muntah terjadi disebabkan oleh sistem pencernaan bayi yang masih belum sempurna. Otot diesofagus (saluran antara kerongkong dan perut) dan perut masih belum menutup dengan baik. Ini kerana saluran ini terbuka, maka isi perut dengan mudah dapat keluar kembali ke atas.
Selepas Frisolac Comfort, memang kitorang banyak kali beli susu berasaskan laktosa untuk Iman sebab ingatkan bila dia dah ok dari muak susu, maknanya tak ada kerap muntah-muntah, ingatkan nak tukar susu. Sebab susu Frisolac Comfort ni macam kurang zat sikit ( andaian aku je ). Ingatkan nak cari rumusan bayi je, bukan lagi rumusan khas. Tapi setakat ni semua susu, selain Frisolac Comfort, Iman reject. Dia reject, bukan sebab muntah ke sembelit ke atau cirit-birit, tapi bila beri dia minum, dia akan keluarkan semula susu yang masuk ke mulut ( bukan muntah). Setakat ni susu yang pernah kami beli dan beri pada dia - Frisolac Gold, S 26 dan Enfalac A+. Rumah kitorang dah macam kedai jual susu dah, sebab setiap tin, baru guna beberapa cedok je :( . Lepas raya ni, kitorang nak cuba susu yang soya based pula, dan tengok macamana, Iman terima atau tidak.
Dari apa yang aku baca di internet ( aku memang akan google cari info setiapkali anak aku ada masalah baru atau buat sesuatu yang pelik-pelik ) masalah muak susu ni biasanya terjadi lebih kepada baby boy. Kena monitor tahap muntah dia, kalau serius, memang boleh bawa kepada pembedahan.Antara cara terbaik mengatasi benda ni, bagi susu Formula yang Anti Rigurgitasi ( singkatan A.R ) tu. 
Ini tips yang aku ambil bulat-bulat dari : Pot Pet Mek Ros
  • Beri makan bayi sebelum dia lapar. Bayi yang lapar cenderung untuk makan terlalu banyak dan terlalu lahap.
  • Berilah makan bayi secara perlahan tanpa tergesa-gesa. Bayi yang menangis cenderung menelan udara yang dapat mengakibatkan mereka muak/muntah.
  • Hindarilah gangguan selama proses pemberian makanan
  • Jagalah agar posisi kepala bayi tetap tegak ketika makan
  • Buatlah bayi anda bersendawa setiap 3-5 minit selama proses pemberian makan
  • Tegakkan bayi segera setelah makan
  • Jangan mengajak bayi begelak ketawa atau bermain sejurus selesai makan
  • Bila anda memberikan susu formula, pastikan bahawa lubang puting botol susu tidak terlalu besar (susu formula akan mengalir terlalu cepat) ataupun terlalu kecil (dapat membuat bayi kecewa dan dia akan banyak menelan udara). Lubang puting yang ideal adalah ketika botol dibalik, beberapa titis susu dapat keluar dengan mudah.
  • Janganlah meninggikan posisi tempat tidur bayi sehingga posisi kepala bayi lebih tinggi dari posisi perut, kecuali ahli kesihatan anda menyarankannya.













19 comments:

  1. mekaseh...pon baru tau pasal mende ni semua...mane lah tau satu hari nanti kan..bergune info ni semua..penting ni..:)

    ReplyDelete
  2. info yg terbaik lara...julia pun x tau lagi cm ne nak organize baby depan mata nanti...info nih sgt2 berguna pabila baby nak bertukar kepada susu formula if kita xdpt breastfeeding sepenuhnya kan....susah gak rupanya nak jadi ibu bapa nih...byk cabarannya...term2s dlm susu pun kita kena peka kan...tq dear so much! :)

    ReplyDelete
  3. hussein pon dua tiga ari ni dah jadi muntah boy even minum susu ibu. hurm, nak kene research ni. thanks vee for the info! :)

    ReplyDelete
  4. thanks 4 sharing.berguna untuk i pd masa akn dtg ni

    ReplyDelete
  5. Alesya & Arissa pon same..muak susu..
    Nad tgk mcm muntah, takut gile tgk..soa ritu jumpe PAED kt ampang puteri...
    die ade bg susu NOVALAC AR..suruh try..tp mcm tu gak..muak susu gak...
    currently nad mmg bg Enfalac A+..
    Kalau bg susu yg ade AR tu..babies cenderung kene sembelit..so husband xbg nad bg AR tu...
    so tukar balik bli Enfalac A+...
    Mmg pening kan?nad pon pning gile bile nak cari susu + bottle yg sesuai...

    ReplyDelete
  6. i can feel u psl susu tu.huhu. thanks for this info vee lara :)

    ReplyDelete
  7. thanks ye..info baru ni. tq 4 sharing. so, ibubapa sekalian kena lebih aware ye :)

    ReplyDelete
  8. Wah... Saya tengah cari susu terbaik untuk Arissa.. Arissa tiap2 malam kembung perut.. Huhuhuhu.. Btw, Salam Kenal.. :))

    ReplyDelete
  9. Hurm...Harith pon mcm nih, dh try soy based milk mcm isomil, similac LF, tp muntah gak,asanya mcm nak try Frisolac Comfort...mudah mudahan sesuai dgn Harith. Tapi teruskan gak bagi bf

    ReplyDelete
  10. Macam nak try Frisolac Comfort lah...

    ReplyDelete
  11. Hurm...Harith pon mcm nih, dh try soy based milk mcm isomil, similac LF, tp muntah gak,asanya mcm nak try Frisolac Comfort...mudah mudahan sesuai dgn Harith. Tapi teruskan gak bagi bf

    ReplyDelete
  12. mn nak cri susu frisolac comfort tu ek??susah nak cr la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.boleh cari dekat guardian atau manjaku :) guardian slalunya ada

      Delete
  13. Anak slung sy 4 bln lbih.. sbelum ni campur susu ibu dan novalac..sbb masa lahir hspital bg novalac ni..mula2 susu bdn sgt kurang so terpalsa byk bgantung pd nivalac...bila dah sebulan lbh susu bdn mkin byk.. kekerapan susu fomula sy bg 1x 2x sehari je.. shga umur dia 2bln+ fully bf.. skrg dh 4 bln+ nk campur fmula skit2 mcm dulu 2..tp tak jmpa cari nk bli novalac tu huhu..last2 hsband bli enfalac a+.. hari petama bg dlm 3 -4 scoop je.. dia muntah lencun lps bberapa jam minum huu..x pernah mcm tu...sedih n kesian tgk..tp sdia x nangis... sy dah takut nk bg..tkt x sesuai atau knp ye..sbb tukar susu lain ke... ?enfalac A+ tu bli tin kecik je..tp mgl jugakla.. ingt x nk mmbazir.. anynone blh tlg...

    ReplyDelete
  14. Ank 1st sy skrg 4bln+.. masa lahir hosp bg novalac.. mula2 mmg bnyk bgantung pd novalac..bf tp susu kurang..hu.. bila lama2 dh byk so kurangkan fomula..then slow2 stop masa umur dia 2 bln.. skrg sy nk campur bf n fm slow..dlm 1-2x shari fm.. tp mslhnya susah jumpa novalac..last2 hsband bli enfalac a+..tin kcik je..tp agk mhl.. hr ptama bg..dia minum 3 scoop enfa ni... slps bbrp jam..dia muntah byk sgt..lencun..hu..kesian sgt..rasa bsalah tukar susu dia..knpe ah jd muntah mcm tu..sbb tukar susu ke? Atau enfa x ssuai dgn ank sy? Anyone yg ada pglmn....pls help.. sygnya enfa tu..taknak membazir.. 2nd day nk try bg dia x nak mnum sgt dah... :(

    ReplyDelete
  15. Sy pun tgh peninglh..ank girl sy dh setahun 7 bln..tetiba jer skg ni dia x nk mnum susu botol dah..tengok jer bptol dh x nk..klu dh bau susu lgilh dia x nk.puas pujuk.sy dh tukar dri nan ke mamil gold skg bli dugro..dia x nk cube rse pun skit..ape yg patut sy wat yer..??nk tukar susu jenis ape plak ni??kwn bole bantu x???

    ReplyDelete
  16. after comfort u pakai susu apa ye?

    ReplyDelete
  17. Susu frisolac cnfort tu boleh minum selalu ke? Atau time ade masalah shja?

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...