nuffnangku

Tuesday, August 14, 2012

Mood Raya Yang Kacau Bilau?

Mungkin.

Sebab kejap rasa happy. Kejap pula rasa tak happy. Hormon ke mood swing? Tapi aku memang macam ni dari dulu lagi. Kalau orang lain, awal sebulan dua dah sibuk cari baju raya, aku bila dah masuk 10 ramadhan terakhir pun belum tentu dah ada baju raya. Tambah-tambah tahun ni bila berat aku naik mendadak. Adoi. Baju kurung pakai saiz apa pun aku tak tahu. Mungkin dah jadi XL. Tak ke stress begitu?Jadi, adalah lagi baik aku pakai kaftan separuh tu je. Tak adalah aku sakit mata sangat tengok refleksi diri di cermin kan? hahaha. Tapi kaftan tu macam kosong. Tengah berfikir, sempat ke tidak nak patch lace bagai. Harap-harap sempatlah dengan nak melayan Iman lagi, mana nak jahit manik dan patch lace bagaikan. Tapi usaha tangga kejayaan. hahaha.

Langsung tak faham, kenapa designer-designer macam Rizalman, Hatta Dolmat dan Jovian siap buat edisi raya mampu milik bagai pada tahun ni?Pada tahun yang tak memberansangkan pada saat segala lemak kat badan ni adalah lemak degil?Aku teruja dengan koleksi dari Jovian. kan best kalau dapat. Tapi tak payahlah nak berangan. Buat bazir duit je kalau beli saiz paling besar pun belum tentu muat.Dang!~

Happy Baby !! wit his granny.
Sabtu, 11 Ogos, bawa lagi Iman pergi jalan-jalan. Kali ni shopping baju raya dia. Baju dia je, mamanya tak ada pun :p . Demi anak, mak pakai baju sepuluh tahun lepas pun tak apa ( read: kalau muat lagi lah ). Mulanya ok je dia. Nasib baik masa dah selesai bayar semua, dia mula meragam. Pujuk-pujuk pun dia mula merengek. Impian aku nak berbuka puasa di luar, tidak kesampaian lah nampaknya. Terus balik rumah tapi sebelum tu sempat singgah bazar ramadhan dekat dengan rumah.

emotion less.  yawn!~ with his maksu.

kegemaran dia, entah apsal, lately ni cukup suka membesarkan mata dia seperti ini. Kadang-kadang kelakar je tengok. Tapi comel is always la kan. hahah, bias mama nya ni kan.

Jika syawal tahun lepas, aku beraya hari raya pertama di rumah mertua, tahun ni adalah giliran rumah aku. Tapi tak adalah tak balik langsung ke kampung suami tu. Cuma masalahnya di sini, aku cuak nak travel dengan baby yang belum cukup 3 bulan pun. Pula tu berdua je dengan suami. Kalau sebelum-sebelum ni, pergi mana-mana, mak aku ada sebagai peneman. Bayangkan perjalanan ke Nenasi yang aku tak pasti akan jadi berapa jam tu hanya ada aku, suami dan Iman je. Untuk berlaku jujur, aku memang cuak. Risau. Gelabah tak payah cakaplah. Lagisatu, sejak bersalin cser, aku belum pernah lagi travel jauh-jauh. Tak tahu lah apa rupa nanti bila terpaksa terperap lama dalam kereta. Mungkin berbisa. Mungkin aku moody sebab sakit kena bedah tu.Tapi siapa nak faham kan. Orang tak faham kalau kita sakit pun.

Lagi yang buat aku nervous bila kena handle Iman berdua dengan suami. Entah macam mana lah nak harungi. Sekarang Iman makin kuat, suka melompat-lompat masa mandi. Mak aku pun kadang-kadang dah tak larat nak mandikan Iman sorang-sorang. Itu mak aku. Ni papa Iman pun kata tak berani nak mandikan dia sebab dia sekarang kaut melompat-lompat. Bukan apa, risau terlepas je nanti. Minta dijauhkan.

Dulu berdua, sekarang bertiga. Bila teringat tentang ini, mood akan kembali jadi seronok. Seronok rasa bila ada famili sendiri. Dapat pakai baju raya sama warna, hahaha. Seronok ada anak sendiri ni. Mudah-mudahan urusan aku dipermudahkan Allah. Baju raya Iman kebanyakkannya rompers. Tapi aku tak minat sangat nak pakaikan rompers ni sebab leceh bab nak masukkan kepala dia tu. Meronta-ronta, bersilat bagai budak ni.Grrr. Sabar jela. Sekarang nak pakaikan pampers pun macam nak bersilat. Habis aku kena tendang dengan dia. Benda boleh settle dalam 2 ke 3 minit jadi sampai ke 10 minit. Pfftt.



Nanti kalau kaftan tu jadi rupa sikit, aku upload gambar letak kat blog ni.
Kalau jadi tak senonoh je rupa dia, aku tak akan upload lah. Hahaha.

4 comments:

  1. wahhh mesti gojes lara nak decokan kaftan tuh kan...ehehhe so sweet...ehehe iman dh pandai tendang2 ye time nak pakai pampers ehehhe aktifnya diaaaa....ehehhe dear, hargai diri sendiri tau, wlau apa pun kita mesti kena ada keyakinan diri baru nanti terpancar cahaya kecantikan dlm diri nanti...x percaya? cubalah nanti ye...yg ptg kena percaya diri sendiri taw...:D

    ReplyDelete
  2. besar nya mata Iman, mama nya suka jegilkan mata kot? hehee

    ReplyDelete
  3. iman!suke btol bolatkan mata ye. hehe.vee, dun worry,konpem u bley handle Iman punya time travel balik nanti. ntah2 iman tido je all the way tak? ngeeee. Hussein pon dah pandai takmo dok diam time tukar diaper. die sibuk nak mengiring pastu kaki tak henti nak kayuh2

    ReplyDelete
  4. ala u kan kreativ, u make some invention la kat kaftan tu... gituuu... ahahaha tapi mood raya mmg memainkan peranan kan... comel je iman dok jegilkan mata die. sama mcm huda, sampai skang suke je nak menjegilkan mata....

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...