nuffnangku

Monday, August 6, 2012

Iman's First Outing.

Sebelum ini, memang tak pernah bawa Iman pergi berjalan ke mana-mana pun.

DSC_0548
apalah yang di bualkan oleh dua beranak ni ye? sementara menanti aku, nenek dan aunty2 Iman bersiap.

DSC_0542
Iman, sebelum keluar.
Iman di kuarantinkan oleh aku, selama 2 bulan. Hehe.
Dia hanya keluar naik kereta, untuk ulang-alik ke klinik, Klinik Kesihatan dan bila hendak balik rumah aku yang satu lagi. Itu sahaja. Memang tak pernah bawa dia pergi jalan-jalan tempat orang ramai pun. Sebab aku tak confident Iman boleh behave. Risau kalau dia asyik menangis je nanti.

Dan sebab itu juga, kitorang belum beli pun lagi stroller dia. Hehe. Ingat nak cuba letak dia dalam stroller dulu, then tengok mana yang dia ok, lepas itu baru decide untuk beli.

Tapi hati aku, betul-betul teringin pula hendak bawa Iman keluar jalan-jalan sebab sekarang dia dah pandai tengok-tengok sekeliling dia. Pandai bagi reaksi dan respon terhadap persekitaran, maka itu lagi best dari bawa dia jalan-jalan tapi asyik tidur 24 jam. Dari meletihkan badan dia angkut sana-sini, lagi baik tak payah bawa dia keluar kan?

Mulanya, kitorang ( aku dan papa dia) decide hendak bawa Iman keluar berjalan lepas berbuka pada 04 ogos tu, tapi kebetulan malam tu, Iman tak berapa sihat. So terpaksa cancel. Mak dan adik-adik aku je yang keluar. Maka, masa tu aku dan papa dia aje yang jaga Iman berdua. Sebenarnya pagi tu, papa Iman sempat beli baby carrier, Sweet Cherry Baby Carrier, yang boleh adjust 4-in-1, dekat Aeon Ayer Keroh ( 20 percent off ) dengan harapan dapat bawa Iman keluar berjalan malam nanti dengan memakai carrier baru tu. Tapi tak jadi.

Kitorang memang nak guna carrier dulu buat sementara waktu sebab nak bagi Iman rasa selamat bila dipeluk masa berjalan tengah orang ramai musim nak raya ni kan ( pendapat aku ). Mungkin sebulan dua lagi, baru beli stroller. Bila nak keluar berjalan dengan baby, haruslah ikut masa baby. Kitorang memang planning, tak mahu ambil masa yang lama pun. kitorang set kan masa dalam 2 ke 3 jam sahaja, itu pun bergantung pada keadaan Iman. Kalau dia cranky sangat dan asik menangis je, memang kitorang akan bawa dia balik rumah cepat. Tapi kalau dia ok je, memang 2 ke 3 jam juga lah.

Dalam pukul 3 petang, baru kitorang bergerak dari rumah, itupun Iman dalam mood mengantuk. Risau juga kalau dia cranky sebab tak cukup tidur. Sampai je tempat parking, dia muntah. Tapi masih tidur. Nervous sungguh aku. Tengok-tengok dia macam ok je. So terus masuk ke Aeon Jusco Melaka. Sampai sana, tetap tidur. Grrr. Tak mengapalah anak, take your time ok. Suasana sangat bising, tapi Iman tetap lena. Sungguh tak percaya. Kalau kat rumah, waktu dia tidur, kalau buka TV volumn tak boleh lebih sikit, kalau tidak, mesti senang terjaga atau gelisah. Sigh T_T

050820122371
lena dia tidur kan?
050820122373
adoi, lenanya !


050820122374
tak peduli pada sekeliling yang bising-dengan muzik kuat sana-sini


Dalam setengah jam kemudian, Iman terjaga. Terus kitorang cari tempat duduk untuk bancuh susu dia. Iman ni jenis kalau bangun tidur, mesti bagi dia minum susu dulu. Kalau tidak, memang dia mengamuk dan menangis sampai macam nak kena sawan je aku tengok. Tapi bila kitorang tengok dia macam belum hendak susu, kitorang pun biarkan dia melayan perasaan, tengok keadaan sekeliling, dengan orang ramai lalu-lalang.

050820122376
baru terjaga dari tidur.

050820122378
muka rilex tengok keadaan sekeliling - orang lalu lalang

Bila Iman mula hendak susu, aku terus bancuh. Seringkas dan secepat yang mungkin.


050820122385a
amboi. bestnya minum susu sambil termenung.

050820122386
papa dia bawa dia dengan style macam ni, sebab dia asyik je tengok sekeliling.
Kalau ada anak kecil ni, jangan berangan lah nak bimbit handbag-handbag yang fancy ke stylo bagai untuk letak barang mekap, memang tak akan tercapai hasrat itu. 

Handbag yang aku bawa, di dalamnya penuh berisi :

  • -3 keping diapers ( jenama PetPet), ini yang letak dalam handbeg, yang letak dalam kereta, itu cerita lain, hahaha. manalah tahu kan, sebagai persediaan.
  • -napkin 2 helai ( in case dia muntah, senang boleh lap terus) 
  • -baby wipes (untuk poopoo atau bila dia weewee)
  • -changing mat (untuk tukar diapers)
  • -bekas comel untuk isi susu formula mengikut sukatan
  • -1 botol kecil air masak (untuk bancuh fm)
  • -1 flask air panas
  • -sepasang baju ( untuk tujuan yang sama, jika muntah, terkena poopoo, dan bermacam lagi)
  • -sapu tangan comel
  • -imnyak yu yi
  • -vicks ( for baby)
  • -2 botol susu yang bersih sebagai standby.
Fuhh. Dah macam poket doraemon je beg barang-barang keperluan Iman tu.

Secara keseluruhan, Iman tak meragam atau kembong perut. Dia rilex dan tenang je, mungkin juga sebab guna carrier je, jadi dia rasa haba badan parent dia dan rasa selamat dan tak takut. Lainkali boleh berjalan lagi, yeyhh!

050820122379
F.A.M.I.L.Y - Ini adalah 'our first family outing' dan juga outing pertama buat Iman.

050820122361
tak sangka, kitorang dah jadi parent. dalam bahasa melayu nya- mak bapak. herherher.
Dalam 2 jam kemudian, kitorang balik.

3 comments:

  1. what a lovely family u have lara....seriously bila baca entry u julia rasa happy sgt2...perkongsian gembira mewarnai segenap seluruh blog lara...one more thing yg best baby iman so so so behave...and lucky dpt parent yg sgt sporting mcm u all...last pic mmg menarik dan funny...moga u all happy always ye lara...lara u looks so beatifull after confinement...wauuu kongsikan bersama ye tips2 ye :)

    ReplyDelete
  2. eeerr...aty dulu cukup 30 hari dah keluar bejalan..tapi gi tasik jer ar..lepas tu..35 hari gi ikea..!! heheh..masuk 2 bulan gi jusco..same ar macam iman..dalam tu tido jer...bising bagai buat tak tau jer..pelik kan...

    ReplyDelete
  3. hai best la bce blog u.. i pun ade bby jgak dh 2 bln lbih lahir 24.5.2012.. bby u suka muntah ke lpas menyusu klu minum susu biasa. mcm bby saya jgak la tpi skrg dia dh ok. bwk g shopping pun kdg2 dia ok kdg2 dia meragam taknak dia dok dalam stroller nk ibu dia je dukung dgn ayah pun taknak.. dh jd parent ni penat ckit la tpi best..

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...