nuffnangku

Tuesday, August 7, 2012

Iman, check-up pada usia 2 bulan.

masa lahir:
berat : 3.77kg
panjang : 52 cm

lilitan kepala : 34 cm
Imunisasi ( Suntikan ) :
1) BCG
2) Hepatitis B ( dos 1)

check-up usia sebulan ( 3 Julai 2012 ) :
berat : 4.5 kg
panjang : 57 cm

lilitan kepala : 36 cm
Imunisasi  (Suntikan ): 
1)Hepatitis B ( dos 2 )

check-up usia 2 bulan ( 7 Ogos 2012 ) :
berat : 5.2 kg
panjang : 62 cm
Imunisasi ( Suntikan ) :
1)DTaP/DT ( dos 1)
2)Hib ( dos 1)
3)IPV ( dos 1)

Check-up baby yang paling aku benci ! 
070820122401
bersiap untuk pergi klinik.
070820122402
macam tahu-tahu je nak kena cucuk dengan jarum ni.
Sedih sangat tengok anak meraung kena suntik. Mak aku yang tukang dukung pun hampir menitis air mata. Tapi kami berdua cover. Hihihi. Lepas ini, kalau ada check-up lagi, aku rasa aku taknak pergi. Biar papa Iman je yang bawa. Sedih, sayu dan memang tak sampai hati sangat.

Sampai klinik dalam pukul 10.30 pagi. Ambil nombor giliran dan letak buku check-up di dalam bakul yang disediakan di kaunter. Dapat nombor 32, dan ketika itu nombor 29 sedang dipanggil. Nasib baik tak ramai orang. Jadi, tak perlulah tunggu lama-lama sangat.
buku
belakang : Kad Simpana di Klinik REKOD KESIHATAN BAYI DAN KANAK_KANAK ( 0 - 6 tahun )-simpanan klinik
depan :  REKOD KESIHATAN BAYI DAN KANAK_KANAK ( 0 - 6 tahun ) -simpanan parent

070820122405
suasana di klinik yang lengang. nasib baik.
Mula-mula di suruh ambil ukuran lilitan kepala, timbang berat dan panjang baby. Kena bogelkan baby ye. Hihihi. Pampers pun kena buka. Masam muka Iman bila di bogelkan, masa tu sedang mamai - mamai lagi sebab tidur sepanjang perjalanan hendak ke klinik. 


070820122403
malu lah doktor!
Berat Iman tak naik banyak. Cuma naik 700 gram je dari bulan lepas ( 4.5 kg kepada 5.2 kg). Aku dah agak dah. Sebab susu formula yang dia minum sekarang ini, bukan susu rumusan biasa. Dia minum susu Anti-Reflux, maka khasiat dan nutrien nya tak sebanyak dan sebaik rumusan biasa. Masih dalam BMI  (kg/m) yang normal. Tapi dia makin memanjang ( read : ikut papa mama dia yang tinggi kot ). Susu yang dia minum sekarang, Frisolac Comfort. Risau jugalah walaupun BMI ( Body Mass Index ) dia masih dalam range normal.

Lain-lain semua ok, pergerakan dan perkembangan mental ikut usia dia, alhamdulilah. Iman kena sekali je suntikan di punggung kiri. Meraung bagai nak rak dan ditenangkan oleh mak aku. Sebelum itu, masa tunggu giliran, Iman tiba-tiba menangis sama bila ada seorang baby dalam usia lebih kurang dia, meraung kena cucuk. Bila nama dia dipanggil, kitorang bawa dia ke tempat untuk inject tu, dia macam dapat rasa, belum di cucuk lagi, tiba-tiba dia nangis. Lepas ditenangkan, dia ok kejap. Terus nangis semula bila di suntik. Adoi, sayu aku tengok. Arggh! bencilah.

Kali ini 3 dos di ambil melalui 1 suntikan sahaja. Aku dah siap risau kalau dia kena 3 suntikan untuk 3 dos berlainan tapi tidak. Syukur, 3 dos berlainan melalui sekali suntik je. Lepas itu, ubat demam pun diberi. Kena bagi Iman makan setiap 4 jam sekali. 


Imunisasi ( Suntikan ) :

-Dtap bermaksud suntikan untuk mencegah penyakit diphtheria, tetanus, and pertussis vaccine.
-Sesetengah bayi/kanak-kanak hanya akan mendapat vaksin tanpa pertussis yang diberi nama suntikan DT


Hib adalah singkatan untuk Haemophilus influenzae type b, sejenis bakteria yang menyebabkan penyakit meningitis, pneumonia,epiglotis,septisemia dan septic arthritis. Kalau nak tahu pasal suntikan ini dengan lebih lanjut klik : Fakta Imunisasi Hib atau http://www.immunize.org

suntikan untuk mencegah penyakit Polio. maklumat lanjut pasal penyakit dan suntikan ini, klik POLIO

2 comments:

  1. lega baca post ni.. sy pun ingat 3 dos 3 kali suntik.. sian kat baby.. baru rasa lega nak bwk ank gi cucuk 2 bulan next week...

    ReplyDelete
  2. Entry yang padat. Asal google nak cari effect after injection. I like it!

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...