nuffnangku

Thursday, August 2, 2012

Iman berusia 2 bulan.


genap60hariiman
genap 60 hari usia Iman pada 29 Julai 2012. alhamdulilah.
1)Masih belum kuat sepenuhnya untuk tegakkan kepala. Kalau tegakkan pun, betul-betul tegak dalam 2 ke 3 minit dan lepas tu akan tergoyang-goyang sikit ke kiri ke kanan. Tapi makin jelaslah, tulang-tulang dia makin kuat.

2)Dia kalau meronta, memang azablah nak pegang. Kaki dia dah memang kuat.Kadang-kadang bila sedang riba dia, boleh rasa macam nak terbalik ke belakang je bila dia tendang-tendang. Kalau kita duduk berdepan dengan dia, memang kaki dia tu bersilang atas tangan kita sambil tendang-tendang, hai la anak,hihi.

3)Sudah boleh fokus pada objek sejauh lebih kurang 20cm. Rasanya penglihatan dia sudah semakin jelas hari demi hari sebab kalau kita lalu depan dia atau duduk hadap dia dan bila kita bangun, mata dia ikut je kita sampai hilang dari pandangan. 

4)Senyuman dia adalah yang paling kaw! Sekarang, kalau dia senyum, bukan secara kebetulan atau bila dia tengah tidur dan tiba-tiba senyum tu. Kalau kita cakap-cakap dengan dia, respon dia memang murah dengan senyuman. Tapi nak tahu kenapa aku kata senyuman dia yang paling kaw? Tatkala aku dan nenek dia memang macam panda, cuba nak tidur kan dia lepas dia berjaga dari kul 8 malam sampai ke pukul 2 pagi, dengan kembung,muntah susu dan bermacam ragam dia lagi, dia dah pejam mata ( read : tidur) , masa di riba pun dia dah mamai-mamai, so letaklah dia di tilam. Bila letak je, dia secara automatik buka mata. Ting!~ dan lepas itu, tersenyum siap dengan suara comel lagi. Dan kitorang yang macam panda a.k.a zombie ni pun akan tergelak, sebabnya dah beria lah fikir lepas ni dapatlah tidur sekejap sebelum sahur setelah semalaman tak tidur. Tapi bila dah senyum-senyum dan buat suara nak bercakap - harapan hendak tidur adalah tinggal harapan je.huwaaa!~

5)Tabiat baru dia atau secara kebetulan, aku pun tak pasti sebab aku baru perasan baru-baru ni aje, kalau hisap susu, tangan dia suka pegang jari-jemari aku. Pegang yang genggam tu. Memang pegang kemas-kemas. Lagi satu, kalau dia nampak barang atas meja ke ( masa pangku dia) dia macam tolak-tolak badan dia ke depan macam nak capai je barang tu.

6)Iman ni kalau lambat beri susu, dia memang mengamuk sakan. Kalau menangis tu, sambil gigit-gigit tangan dia ( padahal gigi pun tak ada lagi, hehe) tapi mata dia pejam. Tu maknanya dah marah sungguh la tu. Kalau suapkan botol tu, mata dia memang galak je, tanda marah. Masa tu, jangan harap dia hingin nak pandang muka kita, hehe. Dia pandang tempat lain. 

7)Sudah pandai mengada. Sebab kalau dia bangun tidur, lambat bagi susu, tapi kita tak pujuk-pujuk dia, elok je dia merengek-rengek sikit je. Boleh lagi dia bersabar je. Tapi cubalah cakap : 'ala cian dia'. Lepas itu, amboi dia punya menangis, memang over tau. Memang kuat dan makin lama makin galak dia menangis, kadang-kadang sampai terbatuk-batuk. T_T

Hmmm.

Aku rasa rupa Iman dah banyak berubah - bukan macam rupa newborn lagi. Sayu hati ini, cepat pula masa berlalu. Sedar tak sedar, dah 2 bulan usia Iman. Masih terkenang lagi saat dia dalam perut. Rindunya...........Aku bersyukur sebab masih di beri kesempatan oleh Allah untuk bersama Iman. alhamdulilah, syukur Ya Allah.

3 comments:

  1. Alangkah indahnya dpt perasaan mcm lara neh...sureee pasti hati berbunga2 tgk anak senantiasa disisi...sukaaaaaaa tgk baby iman adh umur 2 bulan...makin hencemmmmmmmm auntie julia tgk ..geyam nakk ubit2 pp tomey tuh....ehehhe bb iman dh pandai ngada2 ye mintak susu heheh siap pandai tunjuk respon marah kt ibu dia..alallalalala so sweet little son u have lara :D

    ReplyDelete
  2. hikhikhik.comel je baca. pandai iman kenakan mama dia ya. menangis over gtew :p

    ReplyDelete
  3. julia, hihi...syukur alhamdulilah..tp byk pkara gak nk kene korbankn bl dah ade anak ni..xpe,xlama lg ju pun akan rasai semua ini,insyaAllah.cuma persiapkan 'tdo mlm yg tak cukup' tu ye.hihihih

    vee, mmg.kdg2 adoi,geram jugak ngn budak kecik ni..

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...