nuffnangku

Tuesday, August 7, 2012

Berpantang selepas bersalin.

Habis pantang selama 44 hari adalah pada 13 Julai 2012 yang lepas. Hari ke 45, suami aku bawa pergi makan sedap-sedap sempena tamatnya berpantang. Happy kot di raikan. Chewwah.

050820122366
aku jarang ambil gambar sendiri dah sekarang, sebab terdapat lebihan lemak di sana- sini. Muka je boleh. hohoho
Pada masa itu, berat aku masih 74 kg. Sadis bukan? Semasa pregnant, berat aku secara total adalah 84 kg. Lepas bersalin je, terus jadi 74 kg. lepas itu macam tak turun-turun lagi. Memang aku begitu membesar sekarang. Sampai rasa down nak jumpa orang sebab perut masih macam pregnant 5 bulan. Sigh.

Di sebabkan aku bersalin secara cser, macam-macam nasihat dan pendapat yang aku dapat. Aku dinasihatkan tak boleh bertunku, berbengkung dan berurut di sekitar perut. Memang aku tak usiklah sekitar perut tu, walaupun hati begitu mendesak nak perut kempis cepat. Tapi harapan adalah harapan sahaja.Aku pun tak tahu bila boleh dapat berat badan macam sebelum pregnant. Berat sebelum pregnant adalah 63 kg. Aku tahu, bagi korang masih berat kan, tapi aku dalam kategori tinggi. Walaupun tak tinggi sangat, tapi dengan berat 63 kg itu, memang sedang-sedang elok lah, tak lah gemuk sangat dan tak lah kurus sangat. Dapatlah aku pakai baju saiz M, tapi sekarang, korang tahu saiz apa yang aku pakai? L? tidak! XL ? tidak! So tak payah tahu lah saiz apa, hehe. Semuanya gara-gara tersekat di perut yang kena cser itu.

Aku target sebelum raya ( read : target valid sampai sehari sebelum raya, hahaha ) untuk turunkan lagi 10 kg. Oh ye, sempena bulan puasa ini, aku dah turun sedikit, dari 74 kg kepada 70 kg. Nampaknya masih ada harapan kot untuk aku dapatkan berat paling tidak biarlah 65 kg. Huh. Itu pun aku memang kawal makan.

Selama 44 hari berpantang tu, aku memang kawal pemakanan aku. Telur dan makanan laut memang musuh ketat aku sebab aku takut jadi bernanah pula luka cser itu sebab setahu aku, orang yang bersalin cser ini memang kena pantang makan selama 100 hari dan pantang 'ehemm' tu dalam 50 hari. hahaha, entah. itu dari apa yang aku baca lah.  Walaupun cser, tak melibatkan luka atau koyakan kat faraj tapi rahim orang yang bersalin cser ni memang tetap bengkak dan lagi teruk sebab luka-luka bedah yang dibuat kat rahim itu. Ngeri tak? Sebab luka-luka tu bukan di bahagian rahim je tetapi lapisan demi lapisan kulit,oi. Sebab itu orang yang bersalin cser, kena pantang lama sikit dari orang yang beranak normal.

Sebab itu aku cuba sedaya-upaya berpantang bab pemakanan ini sampai 100 hari. Selain aku desperately nak kurus, eh nak berat badan yang ideal. Sebab sekarang, aku rasa badan memang tak fit. Selain perut masih macam pregnant ( read : 5 bulan ok ) ! Baju-baju dan jeans memang tak muat dah. MasyaAllah. Yang paling sadis, berat suami aku 74 kg. Buat malu je bila isteri terlebih berat dari suami, hahaha.

Selama 44 hari berpantang, aku memang makan ikan haruan hampir setiap hari. Ikan haruan masak singgang adalah favourite aku. Bekalan ikan haruan memang aku dapat hampir 80 peratus yang segar, bapa mertua aku bawa khas dari Pahang. Dia yang pancing semata-mata nak bagi dekat aku yang segar-segar. Terharu.Ulam-ulaman memang aku banyak makan pegaga. Sayur pula memang aku banyak makan lobak putih dan sawi. Selain itu, ais dan air sejuk memang aku tak usik. Langsung tidak. Selain ikan haruan, lauk aku halia dan bawang besar fresh-fresh sebagai ulaman. Air sunquick dan buah oren sunkist memang ada dalam menu aku setiap hari. Most of the time, memang air sunquick lah sebab luka akan cepat baik dengan adanya vitamin C, kan? Mak mertua aku suruh makan pati ikan haruan dengan ginseng. Aku makan je, walaupun ada yang kata tak elok. Aku makan pun bukan masa awal-awal berpantang. Agak lewat juga aku makan. Itu pun bukan berbotol-botol sangat. bBberapa botol je. Memang tak busuk atau hanyir tapi aku tetap loya. Rasa pati ikan haruan tu macam kicap buat colek buah mangga tu. yicks! Aku saja buat-buat lupa setiap hari untuk makan pati ikan haruan tu, tapi suami aku memang alert, hari-hari kena paksa dengan dia :'(

Kuarantin selama 44 hari memang aku tak ikutlah. Tapi aku jalan pun memang hegeh-hegeh je sebab luka itu masih terasa. Sekarang dah lebih 60 hari pun masih ngilu lagi kadang-kadang. Tapi memang hampir setiap sabtu, aku keluar. Tapi most of the time, keluar bukan pergi mana pun. Keluar beli barang-barang keperluan 'semasa' Iman. Keluar untuk shopping barang-barang sendiri atau tengok wayang ke, memang tidak lah kan. Mana boleh tinggalkan Iman lama-lama dengan mak dan adik. Kasihan diorang.

Pakai stokin pun memang 10 hari pertama je, lepas itu memang tidak langsung. hehe, panaslah. Lagipun aku tengok dulu badan aku macam mana. Bila aku yakin tak akan meroyan atau bentan, aku pun tak pakai lah. Tapi kain batik memang aku pakai. Itu pun sebab untuk keselesaan. Aku rasa rimas dan lemas kalau ada kain atau seluar di area cser tu. Dah la kebas je area situ. Pakai kain batik buat aku selesa sebab lepas bebas je.

Mandi air rebusan daun-daun herba tu, aku buat dalam 10 hari pertama juga. Seronok mandi daun-daun herba sebab badan rasa segar je. Wangi asli pula tu. Aku memang tak beli mana-mana set berpantang. Kononnya lepas bersalin baru beli, sudahnya memang tiada langsung. Rasa macam malas pula. Sebab aku tak yakin aku akan minum atau guna kebanyakan ramuan yang ada dalam set tu. Dari membazir, baiklah tak payah beli langsung :)

Aku berbengkung on off dalam tempoh 20 hari yang pertama. Kadang-kadang aku pakai tak sampai 2 jam, sebab aku ngeri kalau jahitan cser tu terkoyak ke apa ke ( biasalah, imaginasi mengatasi realiti, hihi) . Sampai sekarang pun sebenarnya aku on off. Bila tengok perut mengeleber, aku menyesal sebab pakai bengkung main-main. Bila baju dan seluar tak muat bahagian perut, aku menyesal lagi. Tapi bila nak pakai, aduhai, malasnya.

Dalam pantang ni, kulit aku jadi mengelupas dan kusam. Aku perasan jadi macam tu, lepas bersalin. Jangan tak tahu, aku risau sangat ok. Pakai bedak dan krim, memang jadi macam peta-peta je dekat muka aku. Memang tensen sangat masa tu. Sehinggalah dalam 3 minggu kebelakangan ni, aku beli dekat Guardian, 
Neutrogena Deep Clean Cleanser. Aku beli sebab murah dan ada less lagi. hahaha. Tapi syukur alhamdulilah, kulit aku kembali ke asal. syukur sangat.

Ini aje kot kisah berpantang yang tak berapa nak pantang. Tapi bab makanan, memang aku sendiri yang kawal. Sebab aku memang nak kurus.Tapi tak tahulah tercapai atau tak. Orang kata orang yang bersalin cser ni, memang payah sikit nak kempiskan perutnya. alaaaa.

    


nota :
1) Jangan jual produk kecantikan kat aku, please. 
2) jangan jual Premium Beautiful yang magik itu juga pada aku. amaran ni :)

 Sesiapa yang kena cser, ada rasa lenguh-lenguh pingang atau sakit tulang belakang macam aku tak? nak buat apa eh? tempat cser tu ambil masa berapa lama nak pulih betul-betul eh? maksud aku, kalau banyak gerak, tak rasa ngilu-ngilu lagi?Dukung anak pun kadang-kadang rasa ngilu-ngilu lagi...

11 comments:

  1. takutnya baca,rara pon now baby xturun lg.doc kata risau kena czer,czer susah nk jaga dan susah nk kurusss.huaaaa.rara ni lg lah,naik dr 55kg to 77kg now.fuhhhhh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg susah nk jg...susah nk kurus pun iye jugak...sobs3...hihi.tp kalau mula pakai bengkung dalam sebulan lepas tu ,kite rs perut x teruk sgt mengeleber...n sapu krim ke apa ntah yg ada dlm set bpantang tu

      Delete
  2. the only advise utk mommy yang kena cser, kalau nak kurus cepat sila fully breastfeed anak anda. Kalau x, harapan tinggal harapan jela nak kurus tu... lain la kalau rajin nak meng 'excercisekan' diri anda! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bc la dlu entri sy psl bf tu :)
      klu ade rezeki BF sape xnak,tp xsemua org btuah.
      xpela,diet aje la :)

      Delete
  3. gudluck k.sara! Diet terkawal insyaallah boleh kurus. xsemestinya kena bf jeee.. lg pun bukan semua ibu2 dpt bf baby dia. sy sgt memahaminya even sy xde exp lg.

    ReplyDelete
  4. Saya masih memakai kain batik selepas melahirkan anak saya. Saya berasa ia selesa dan lembut semasa memakai. Adakan awak masih memakai kain batik? From Nora S Wati

    ReplyDelete
  5. beb..nad dari pakai size M..skang dah pakai XL...dah plus size dah agaknye...
    anju n jeans jgn harap boleh pakai..sudahnye..baju raya ni mls nak bli..benciiiiii
    yg lagi sakit hati..ramai org tgur nad pregnant bape bulan..coz perot mmg still besar..grammmmmm!!!
    nad xbrani nak pakai bengkung coz ade org ckp jgn pakai..kang jahitan kat dlm terbukak plak..ishhhhhh..ngeri kan?
    kdg2 mcm xleh trime bile tgk cermin...tgk betapa gmoknyeeeeeeeeeee nad!

    ReplyDelete
  6. hi.sy ada cara mudah utk anda kuruskan badan dgn cepat without amik pape produk n blh mkn kfc siap!
    http://weighttrainer.blogspot.com
    tq

    ReplyDelete
  7. sy pun melahirkan sec pembedhn..hampir 4 thn jugak sakit belakang@pinggang...berurut ubat semua dah buat tp tetap gak sakit.smpai akhirnya sy jumpa jamu ratu dara dan ratu mirifica..alhmdulillah langsung lega terus sakit belakngku..hihi

    ReplyDelete
  8. Sy pun caeser.. Tp sy ni jns y kurus so xda la buncit.. Tp till now 3 thn lbh mmg msh rasa perit tmbh now tgh preggy 2nd bb... Doc nsihtkan sy jarak 3 thn utk ank ke2... Mmg btul 3 thn... Tp bila jrk lama ni insyaAllah luka2 kt dlm tu dh btul2 sembuh...;)

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...