nuffnangku

Thursday, August 2, 2012

Mittens Di Usia 2 Bulan.

Secara rasminya, aku mula on dan off mittens pada hari ini - 2 Ogos 2012. Pada usia, 2 bulan 2 hari.

DSC_0472-1
comel je tengok jari-jari dia gerak-gerak.

Walaupun aku masih risau jika dia cakar atau calarkan muka dia dengan jari-jari dia tu, tapi aku rasa inilah masa yang paling sesuai sebab dia pun sudah belajar-belajar masukkan jari-jari dia dalam mulut tanpa sebab. Sebelum ni, kalau masuk-masukkan jari dalam mulut, itu petanda bila dia lapar. Sekarang aku tengok dia masukkan jari dalam mulut dia yang berbungkus mittens tu sampai habis basah mittens kena air liur dia. Selain itu, untuk elakkan jangkitan kuman yang ada pada mittens tu. Aku rasa macam tu la.

Buka awal mittens ni supaya dia dapat explore persekitaran dia dengan lebih awal. Selain dapat pertingkatkan deria sentuhan dia. Bila dia sentuh sesuatu contoh, kulit kita, dia dapat belajar untuk  perkembangkan deria rasa menyentuh dia. Kalau dia sudah boleh rasa dan sentuh, nanti lama-lama dia akan sedar dia ada jari. Sebab newborn, memang belum pandai gunakan jari dan tangan dia. Memang belum pandai kawal sangat. Tapi bila dah menjelang 2 bulan ni, dia dah boleh kawal sikit pergerakan tangan dia.

Berbalik pada risau dia scratch muka dia, aku rasa beberapa kali je dia akan buat macam tu, then bila rasa sakit, lama-lama dia akan belajar mengawal tangan dia dengan lebih baik. Betul kot. Itu yang aku baca dari info lah. Cuma aku kena lebih berhati-hati takut-takut dia pergi korek biji mata dia je T_T.

Aku rasa paed / nurse pun setuju, usia lepas dah sebulan, eloklah mittens dia tu dibuka. Kasihan baby, tak dapat explore macam-macam dengan tangan dan jari dia tu.Tapi lagi elok tak pakai langsung sejak lahir, tapi aku macam tak nak pula, sebab baru lahir, jari pun kecil sangat, macam mana lah nak ketip kuku dia tu kan. Lepas tu nanti, tak pasal-pasal anak aku hilang biji mata, hihi. Lagipun mittens-mittens yang dijual semuanya comel-comel, sayanglah kalau tak pakaikan  (-_-') .

DSC_0462-1
ketip kuku comel kepunyaan Iman.


Sebelum nak biarkan dia tanpa mittens, pastikan dulu kuku dia dah dipotong pendek. Kalau tidak, memang nayalah. Anak yang hensem jadi calar - balar je, hehehe. Tapi aku ni memang penakut, so kuku Iman yang pertamakali di potong pendek itu, nenek dia yang tolong buat. Kalau aku nanti, siap imagine, kuku dan isi tercabut bagai, grrr.

Tapi malam, aku masih akan pakaikan mittens masa dia tidur. Sebab risau dia kesejukkan. Tapi tu pun tengoklah macam mana dulu kan samada perlu pakai malam-malam atau tak perlu langsung.

p/s: comel betul bila dah nampak jelas jari-jari dia gerak-gerak masa minum susu dan masa tidur. alahai comelnya jari.

update: aku tak confident pula nak remove mittens 24 hours. hihi. muka dia dah calar-balar dah. tak pelah, aku on off dulu. Nanti betul-betul dah mittens free, aku update ok. heeee.

update : dah official off since 24 ogos 2012.

4 comments:

  1. hehe good for his development. but not for huda, dah cube. tapi die telah mencedarakan muka sendiri. walaupun dah potong kuku sampai pendek, still cakaran itu ada dan sampai berdarah.

    ReplyDelete
  2. aty pon sebulan lebih dah cabut mittens die..gigih gak ar potong kuku die yang kecit sangat tu...:)

    ReplyDelete
  3. hehe. hussein pon baru nak on off. sebabnyer die dok cakar muka sendiri. baru jer lepas, dah de kesan kat pipi. aduhai..

    ReplyDelete
  4. zulaikha mz :hehe.smlm i saja try.ingatkan i confident, tp xleh..hihi.habis calar daa muka dia.pastu bl nk tdo,die gesek mata die kadang-kadang smpai rasa mcm nak tcucuk je mata die


    aTy _faRed~ : aty, iman ni xleh la..muka die da calar, huwaaaa.


    veesakura : vee,same la ngn iman ni...so mmg x jdlah i nk remove trus..kene on off...muka die da calar balar da..hahaha,ganas lah die..

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...