nuffnangku

Monday, July 2, 2012

ziyadh iman : nama pilihan untuk si permata hati.




MUHAMMAD ZIYADH IMAN 




nama yang menjadi pilihan kami suami isteri setelah sekian lama mencari dan tercari nama terbaik buat Iman. sampaikan dia dah beberapa hari lahir pun, kitorang masih tak dapat nak shortlistedkan nama yang ada dalam senarai (-__-') 

tapi akhirnya! Alhamdulilah.

nama IMAN, adalah nama pilihan aku dan aku mula panggil baby dengan nama ini sejak dia dalam kandungan lagi. seingat aku sejak dia berusia 24 minggu lagi. aku pilih IMAN sebab maksudnya yang indah dan mudah. aku memang tak kira, suami suka ke tak nama ni, aku nak jugak. alhamdulillah, akhirnya suami juga dah mula panggil nama ni bila main-main dengan baby (ketika baby masih dalam kandungan lagi,main cucuk-cucuk perut bila baby menendang ).kiranya nama ni memang dah reserve awal-awal untuk baby boy. walau apapun nama kat depannya nanti,nama Iman ni memang takkan buang.

Kira settle part nama yang akan kami gunakan untuk panggil si baby- IMAN

Yang menjadi masalah ialah nak cari nama lengkap untuk baby. bukan aku tak bersungguh mencari nama. tapi bila ia melibatkan anak sendiri, memang payahlah. rasa macam semua nama tak ‘feel’ kat jiwa. tapi aku ok lagi. suami, lagilah super cerewet. kami dapat lengkapkan nama untuk Iman selepas 7 ke 8 hari selepas dia lahir pun sebab suami yang reject itu ini nama yang aku dah cari siap-siap sampai aku naik bosan dan bagi tugas tu 90 peratus kat tangan dia. pilih jela mana yang berkenan dan elok maknanya. aku malas nak ambil port tahap cerewet dia tu. tapi 10 peratus lagi masih ada kuasa aku sikit-sikit, hihihi. sebab risau gak kalau suami letak nama bukan-bukan (-_____-). kang tak pasal-pasal jadi rooney ke beckham ke, sape nak menjawabnya?


Untuk pengetahuan semua,kami suami isteri nama ada huruf S. memang kami dipanggil dengan nama huruf S ni.maka, aku memang berhajat untuk jadikan keluarga kecil kami ni sebagai  keluarga S. tapi apakan daya. senarai panjang nama yang aku bagi pada suami untuk nama yang bermula dengan pangkal S di tolak suami (kebanyakkannya dengan bermacam alasan.dah tu tolak mentah-mentah.hangin aku!). mulanya aku berhajat hendak buat solat istighkharah tapi akhirnya terlupa,my bad.


Maka,aku hanya teruskan nama yang aku rasa hati aku memberat kepadanya.
Antara nama yang aku senarai pendekkan adalah:

-muhammad syakir iman
-muhammad safiyy iman
-muhammad shafiy iman
-muhammad aish iman
-muhammad naufal iman
-muhammad ziyadh iman

Yes. nama Ziyadh juga adalah antara nama pilihan aku. aku pilih juga nama dari huruf lain sebab aku dah pasrah. asalkan maksudnya elok dan panggilannya pun sedap, maka, aku kena lah terima kenyataan bahawa, keluarga S memang tak dapat dibentuk. hihi. tak kisahlah asalkan kami sekeluarga kecil ni dapat hidup bersama, tetiba kan. hihihi.

nama yang di senarai pendekkan terus adalah:
Muhammad Ziyadh Iman
Muhammad Aish Iman

setelah dibincang-bincang, difikir-fikir, nama Ziyadh Iman yang dipilih.

Lepas dah finalized nama ziyadh, ejaan pula yang menjadi masalah.aku nak ejaannya ziyadh. suami pula nak ziyad je.pujuk punya pujuk, akhirnya aku berjaya. yeyh! oh sama juga dengan ejaan Iman, aku berangan nak ejaan IMAAN.suami tak minat, prefer IMAN je. yela yela, aku mengalah.kuasa veto kat tangan papa. huhuhu.


Akhirnya kami sepakat memilih nama : MUHAMMAD ZIYADH IMAN

Yang bermaksud :
ZIYADH : kelebihan, kefahaman
IMAN : suatu pegangan/keimanan
Kelebihan imanku.

Alhamdulilah, langsai antara satu tanggungjawab kami suami isteri sebagai ibu bapa Iman - memberi nama yang baik-baik maksudnya dan sedap dipanggil. lega bila dapat memberikan nama yang elok untuk anak.

Sebagai mama Iman, aku mengharapkan Iman jadi anak yang baik dan mendengar kata dan menjadi mutiara berharga dalam hidup kedua ibu dan ayah dia. bak kata bait lagu : Iman adalah mutiara di dalam hati manusia, InsyaAllah.

12 jun, lepas 13 hari baby Iman lahir,baru suami daftarkan di JPN Melaka, sebab aku balik berpantang di Melaka walaupun Iman lahir di Selangor,tapi boleh aje daftar di luar tempat dia di lahirkan. in case ada yang tak tahu tentang ini. ada kawan aku tu,bersalin kat Perak, balik berpantang kat Melaka, suami dia sebab nak daftar nama anak semata, siap balik ke Perak untuk daftar nama anak. sedangkan, boleh aje daftarkan kat Melaka.

love,
mama Iman, 2 July 2012.



3 comments:

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...