nuffnangku

Tuesday, July 17, 2012

terima kasih mak.


Kasih ibu memang sampai mati.

IMG_6831

Sebelum ada anak, aku memang kurang prihatin (read : tak mudah sensitif ) tentang kasih sayang seorang mak. Tapi bila sudah pegang gelaran seorang mak, aku mula lebih memahami yang kasih ibu terhadap anak dia, memang macam tak ada sempadan. Kadang- kadang benda kecil pasal anak pun, boleh buat berjurai air mata berhari-hari, kan?

Masa pregnant lagi, aku mula sensitif sangat kalau hal-hal berkaitan dengan anak ni. Tambah-tambah bila dah bersalin, anak dah ada depan mata, lagi lah aku sensitif  kalau hal berkaitan dia. Dia kena inject BCG pun air mata aku dah nak meleleh fikirkan sakitnya dia kena jarum suntikan tu. Dia menangis kena amik darah (masa suspected jaundice), aku yang menunggu dia pun siap dah nangis sekali. Memang lemah lah hati seorang ibu rupanya. Lemah yang penuh kekuatan terselindung aku rasa. Tak sanggup rasanya nak tengok anak sakit, memang aku selalu mohon pada Allah setiapkali anak aku demam ke apa ke, biarlah aku yang tanggung rasa sakit tu dan bukan anak aku.

Sebenarnya entri kali ni,memang bukan nak cerita pasal aku.

Ini cerita tentang mak aku. Satu ayat aku boleh katakan-mak aku memang superb! kasih sayang dia memang melimpah ruah. Menitis air mata aku tengok dia bersusah payah jaga aku masa aku dalam pantang. Dia yang banyak bersusah payah bersekang-mata jaga anak aku tiapkali anak aku meragam. Kalau anak aku merengek sikit, dia yang cepat-cepat bangun ambil anak aku, dukung dan dodoi dia. Aku memang terkial-kial sebab tak reti sangat nak handle. Lagisatu sakit luka cser ni memang buat aku payahlah nak bangun dan dan tu juga bila anak merengek atau menangis. Memang ambil masa sikit lah nak bangun. Bila dah bangun, nak betulkan duduk pun ambil masa juga. Syukurlah Allah kurniakan aku seorang mak yang kasih syg dia memang tiada batas.

Itu belum lagi dia yang uruskan aku, mandikan aku dengan daun herba masa aku dalam pantang. Dia juga yang urut badan aku, kalau aku ni tak jiwa kental memang aku melalak masa tu juga lah mengenangkan betapa besar pengorbanan dia pada aku, sebagai seorang ibu. Rasa macam ‘kerja’ seorang ibu ini, bukan hanya seketika, tapi sepanjang hayat. Walaupun dah sepatutnya lepas tanggungjawab dia terhadap aku, pada hari aku bernikah. Tapi itulah kuasa Allah, dia jadikan ibu ni kasih sayangnya tak pernah habis.
Lagisatu, mak aku memang tak reti duduk diam. Dari awal pagi, lepas subuh, masak untuk sarapan-basuh kain baju aku dan baby-sidai baju-masak untuk lunch-jaga baby sampailah ke malam, baru dia tidur lepas settlekan semua kerja. Itu pun kalau anak aku tak meragam sampai ke subuh, dapatlah dia tidur kejap, kalau tak berjagalah dia sama-sama dengan aku sampai anak aku tidur.

Teringat masa aku mengandung, kaki dan tangan aku bengkak, dia yang urutkan perlahan-lahan. Bila aku berjalan, dia yang tolong pegang tangan aku, papah aku bila aku susah nak berjalan. Masa kat hospital pun sama. Dia yang jaga baby supaya aku dapat tidur sekejap masa waktu melawat.

Paling penting, bila aku rasa ‘down’ lepas bersalin, dia yang selalu bagi kata-kata semangat kat aku, selalu bersama aku. Kalau nak suruh balas jasa dia, memang aku tak mampu walaupun aku gadaikan dengan nyawa aku sekalipun. Aku ni memang bukan anak yang baik. Aku jenis yang degil dan keras kepala. Kadang-kadang memang suka melawan cakap. Itu belum lagi bila aku buat dia terasa hati samada sedar ataupun tidak. Tapi bila dah ada anak sendiri ni, aku memang dah makin faham perasaan seorang ibu. Kalau anak sakit, memang kita pun rasa sakit sama. Kalau anak gembira, kita yang rasa macam dunia ni ada dalam gengaman kita dan paling penting, sangup buat apa sahaja asalkan anak dapat hak dia dan dapat yang terbaik.

mak


Terima kasih mak.
Atas semuanya dari saat melahirkan aku sampai ke hari ini, kasih sayang mak tak pernah surut untuk aku.


8 comments:

  1. Dear...
    Entry mengenai ibu dear buat julia mengaliarkan air mata...masyaAllah, begitulah jua ibu2 diluar sana2...kasih syg ibu dan juga bapa hingga ke syurga abadi...hanya Allah dpt membalas jasa mereka kan dear...:)

    ReplyDelete
  2. sadis!
    mak adalah segala2nya bagi kita

    ReplyDelete
  3. *cry* i pun tak boleh jugak cita bab mak ni..mmg cepat ja air mata nk keluar...xtau nk cita cemana besar pengorbanan mak dan pertolongan mak kita. sikit pun diorang tak tunjuk penat.

    ReplyDelete
  4. yeahhh all humans should love their motherrrrrr :D

    ReplyDelete
  5. With Julia : kan..dan smoga kite2 ni pun dpt jd parent y sgup bkorban demi anak.amin,insyaAllah


    Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P : kasih ibu smpai ke syurga,kan dear..

    ctmah: betul tu..kdg2 bl sakit,mulalah nk bmanja ngn mak...

    NoRr : setuju sgt...dorg ni mmg dkurniakan kasih syg y tak bsempadan

    LisaLisut : yeszza,setuju sgt

    !eNa PnG :'(

    ReplyDelete
  6. i pun sama. tp i tak berani nk cakap yg i sayang kt mak i depan depan. so i belikan dia peti ais baru. hiksss....dengan ucapan, terima kasih mak jaga etty masa dalam pantang ni, tolong jagakan umar. hehe..

    ReplyDelete

Terima Kasih singgah blog ini. Sila tinggalkan komen anda :) tapi yang positif je taw.Kalau nak tanya apa-apa secara details, boleh email saya yea - veelara85@gmail.com

♥♥ Lara ♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...